Sedap!! Klik gambar di atas!

Hang akan masuk neraka, bakaq!

Adakah berita The Star hari ini "Chew: Suspend foul-mouthed MP" dan "Kayveas: We will leave Barisan if ISA is not amended" membuktikan bahawa MCA dan PPP lebih bermoral dari Umno? Teruk sungguhlah kita umat Islam apabila orang bukan Islam bercakap soal moral dan prinsip keadilan dan kita pula buat benda yang tidak bermoral dan bertentangan dengan prinsip keadilan.

Apa yang lebih menarik perhatian saya ialah kata-kata Datuk M. Kayveas bahawa "success is a lousy teacher". Saya tidak pernah berminat dengan Kayveas malah saya bersyukur kepada Allah s.w.t. bila Kayveas kalah di Taiping.

Tetapi bak kata orang kampung saya belah-belah Taipng nu, "Jangan beli benggali roti, beli roti benggali". Kata-kata Kayveas itu, dalam banyak hal, patut menjadi ingatan kepada kita yang menyokong Pakatan Rakyat (PR). Kalau sungguh kita menyokong, kita mesti ingatkan para pemimpin dan pendukung PR supaya jangan jakun sangat dengan kemenangan. Jangan merapu tak tentu hala. Sampai tak ketahuan darat dengan laut.

Tetapi, kalau berani nak ingatkan, kenalah sanggup tanggung akibatnya. Kerana capui sangat kritik PAS, orang pernah kata saya akan masuk neraka. Hinggakan, antara lawan apa yang saya yakin tak elok dalam BN, dalam Umno, dalam pasukan polis, dalam kerajaan dan dalam PAS, saya rasa yang paling keras pembalasannya ialah bila lawan PAS - parti yang saya sokong.

Lawan apa yang tak elok dalam pasukan polis memang la dah masuk lokap, tapi lawan PAS orang kata akan masuk neraka. Na'uzubiLlahi min zalik!

Berkaitan: Pinda ISA: Pemimpin MCA sokong Kayveas (Malaysiakini 1/12/08)
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Biarlah otak kita berfikir dan meluahkan perkara yang membawa perubahan dan perkembangan,antaranya jika berfikiran politik, biarlah politik itu ke arah kebaikan untuk memerintah, jangan terperusuk sebagai pembangkang untuk selama-lamanya. Berani membuat perubahan dan keputusan! Kecuali otak mereka yang mula diselaputi oleh kuman-kuman kezaliman yang didatangkan oleh Umno/Bn. Mereka takut untuk memerintah hanya sekadar untuk jadi pembangkang yang kuat!

  2. Betui sangat tu pak bakaq. Tapi, sekarang ni bukan saja orang suka roti benggali, tapi yang suka benggali roti pun ramai jugak!

  3. Itulah susah orang Pas ni....kritik sikit..nanti masuk neraka...

    Macam orang Umno...kritik sikit...kata kutuk melayu....

    Hai....langsung tak boleh nak tegur....

  4. Abg Bakaq..Cadangan kepada bakal PM kita..

    1. Nanti hapuskan semua kouta dan biasiswa kepada orang-orang MELAYU yg nak masuk universiti,kena bagi samarata dan berdasarkan merit.Dan jgn lupa hapuskan METRAKULASI kerana ia diwujudkan utk tolong org MELAYU.

    2. Hapuskan MARA dan semua agensi kerajaan yg berkaitan MELAYU kerana hanya beri keutamaan kepada org MELAYU.

    3. Hapuskan konsep UNIVERSITI BUMIPUTERA di UITM..

    4. Minta semua masjid dan surau jangan pasang speaker diluar nanti org bukan melayu terganggu..

    5. Benarkan semua TOKONG,GEREJA dan KUIL dibina di tanah kerajaan dan jgn lupa beri peruntukan.DAn peruntukan mesti dibahagi samarata utk semua jenis rumah beribadat..baru adil

    6. Oleh kerana mendapat 2/3 majoriti nanti di PRU13,tolong hapuskan Artikel 153 dan Artikel yg mana YDP Agong ada kuasa beri permit,biasiswa dan apa-apa yg menunjukkan ketidaksamarataan.

    7. Hapuskan Artikel BAHASA MELAYU sebagai bahasa rasmi dan AGAMA ISLAM sebagai agama rasmi kerana semua kaum dan menuntut hak samarata..

    8. HApuskan semua sekolah kecuali sekolah kebangsaaan.

    9. Hapuskan semua kouta yg melibatkan MELAYU supaya lebih adil,ISLAM itu adil.

    10. HApuskan AKTA HASUTAN,ISA,KERAHSIAAN (ISO) kerana kerajaan perlu adil dan telus,malah ISLAM itu adil dan umat ISLAM tak perlu perlindungan daripada AKTA-AKTA tersebut.

  5. Assalamualaikum,

    kalau kita kutuk PAS sikit masuk neraka..tp kalau pemimpin PAS dan ahli PAS mengutuk,caci,fitnah dan memalukan maruah org tanpa bukti takpe..masuk syurga fisibilillah.. betul ke??

    Siapa yg tentukan masuk syurga neraka?? Mazhab mana diorang belajar??

    KAta berjuang menegakkan ISLAM tapi sampai sekarang langsung tak nampak APAKAH PERJUANGAN ITU??

    Realitinya PERJUANGAN PAS UNTUK MENEGAKKAN SYIAR ISLAM telaH TENGGELAM oleh PERJUANGAN DAP DAN PKR..

    Jgn la cakap perjuang mereka sama..cuba baca balik artikel penubuhan kedua-dua parti tersebut dan bandingkan dengan artikel penubuhan PAS..

    Sanggupkah semua PEMIMPIN PAS menarik kata-kata yg telah dikeluarkan dahulu mengatakan bahawa UMNO kafir kerana bekerjasama dgn MCA dan MIC??

    Oleh itu kepada sesiapa PEMIMPIN atau ahli dari PAS yg nak mengutuk Abg Bakaq ni tolong-tolong cerminkan diri sendiri dulu..

    Kecewanya saya kerana ISU BABI dan ARAK pun PAS tak boleh buat apa-apa.. semua telah diikat dan di kunci..oleh mereka-mereka yg memperkudakan pemimpin PAS..

    Lebih baik PAS di PERAK dan SELANGOR jgn jadi AHLI EXCO kerajaan negeri tetapi hanya memberi sokongan sahaja kepada PKR dan DAP kerana tanpa jawatan maka isnyallah PEMIMPIN PAS akan jadi lebih beranai (org kedah kata dgn izin..baru ada teloq sikit!!)

    wassalam

  6. Sambung ketam:

    11.Hapuskan semua bentuk subsidi
    12.Hapuskan segala hak-hak melayu dan bumiputra termasuk tanah rizab melayu
    13.Hapuskann juga hak orang melayu menjadi pemimpin negara @ PM
    14.Berikan hak samarata kepada agama-agama lain di malaysia
    15.Benarkan bangasa lain atau bangsa melayu sendiri untuk berniaga sampai siang - kelab malam,rumah urut, rumah pelacur,jualan arak - secara bebas dan terbuka
    16.Benarkan sesiapa sahaja menternak babi dimana-mana mereka suka dan kerajaan mesti berikan subsidi kepada pengusaha berkenaan.


    Ini baru namanya keadilan.Kesamarataan. (Walaupun tak adil dan tak samarat kepada melayu dan islam)

  7. "Tok Uban said...

    Itulah susah orang Pas ni....kritik sikit..nanti masuk neraka...

    Macam orang Umno...kritik sikit...kata kutuk melayu....

    Hai....langsung tak boleh nak tegur...."

    apabila terlalu taasub .. beginilah ..

    sapa la insan yang boleh menentukan masuk syurga neraka tu ? dah cukup amalan agaknya ?

  8. Tokeh Beca,

    PAS banyak retorik. Tapi bila Islam diperlecehkan, menyorok kat mana? Takut DAP sergah ke?

  9. Bang Bakaq..

    100% setuju dengan bang Bakaq..
    Bagi saya kalau kita berani membangkang..kita juga patut berani menerima kritikan..
    Pas bukannya maksum yang jelas tidak berdosa mengkritiknya di atas rasa tanggungjawab kita untuk menguatkan jemaah...

    Bang Bakaq..kritikan awak sungguh membina dan tidak ramai orang yang boleh berfikir macam awak berfikir...insyaallah surga menantimu..

    Cucu Panglima Garang

  10. Adil dalam Islam ialah meletakkan sesuatu kena pada tempatnya. Bukannya sama rata, sama adil. Maksudnya kalau anak lelaki belikanlah songkok, anak perempuan belikanlah tudung. Kalau ikut adil cara ketam dan pahang@blogger.com, maka belikan kedua2nya songkok atau tudung. Itu bodoh namanya.

    Maka kalau orang itu berhak dibantu kita bantu atas dasar dia perlukan bantuan. Kalau dia tak perlu bantuan takkan nak bantu atas alasan: "Barulah adil...".

    Levitra

  11. yes. Ahli politik sama saja. demi masa depan politik dasar asas perjuangan dilupakan. Marilah bersatu di bawah panji-panji Islam. Bukan islam hadhari atau islam PAS.

  12. salam pak bakaq,

    tentang pernyataan 'kemenangan guru yang teruk' tu saya setuju. ini kes yang saya perhatikan dan alami sendiri di perak. pr perak semakin selesa dengan memolok jawatan itu dan ini sehinggakan janji2 asas semasa pilihanraya dulu pun belum ada tanda2 nak tunai lagi. jangan sampai esok lusa nak pru baru kalut nak buat itu ini.

  13. "Pas bukannya maksum yang jelas tidak berdosa mengkritiknya di atas rasa tanggungjawab kita untuk menguatkan jemaah...

    Bang Bakaq..kritikan awak sungguh membina dan tidak ramai orang yang boleh berfikir macam awak berfikir...insyaallah surga menantimu..

    Cucu Panglima Garang"

    saya bersetuju dengan saudara ..

    yang menjadi masaalah apabila terlalu taasub hingga menganggap pas itu agama..

    bak kata orang

    kelemahan UMNO kerana pemimpinnya
    kelemahan PAS kerana Penyokongnya
    vice versa ..

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008