Komedi ketuanan Melayu berterusan lagi. Semalam, The Sun melaporkan Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib menyatakan ketuanan Melayu hanya istilah ciptaan. Ia tidak wujud dalam dunia nyata.
Ketuanan Melayu tidak bermakna sama sekali walau diratib-ratib, dinyanyikan dan ditulis sepanjang hari dan berapa kali sekalipun jika orang-orang Melayu tidak berbuat apa-apa untuk memperbaiki diri merekla, katanya ketika ditemubual oleh Sin Chew.
Sebelum ini, Utusan Online hari ini melaporkan ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Dr Rais Yatim mengingatkan orang Melayu bahawa mereka tidak boleh terlalu bergantung kepada konsep ketuanan kerana ia lebih merupakan perasaan atau ego politik yang tidak disokong oleh kekuatan dalam perjuangan atau peruntukan Perlembagaan negara.
Kalau ketuanan Melayu tidak ada, maknanya gerombolan yang terjerit-jerit mempertahankan ketuanan Melayu itu apa? Kalau kata bangang, mungkin mereka marah. Datuk Seri Cua Soi Lek pula rupa-rupanya disiasat polis kerana benda yang tidak ada (lihat Malaysiakini "Chua disiasat polis isu ketuanan Melayu"). Watak utama video skandal seks itu juga menolak benda yang tidak ada (lihat Malaysiakini "Chua: Kita tidak terima Ketuanan Melayu"). Dan, Presiden MCA pula mengugut untuk keluar Barisan Nasional (BN) kerana benda yang tidak ada. Tengoklah petikan berita The Sun 27/8/08 di bawah:

Former MCA vice-president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek has upped the ante in his media war with party presidential candidate, vice-president Datuk Ong Tee Keat, with a dare to Ong to repeat to Umno what he told the Chinese press lately - that MCA may pull out of BN if Umno does not shed its "Ketuanan Melayu" policies.Nampaknya semua jadi gila kerana ketuanan Melayu. dan, antara yang gila itu berpangkat menteri. Berapa ramai menteri gila di negara ini?

Cantik? Klik 

Alamak tak best la kalau tak dak lagu ketuanan Melayu. Nanti orang Umno nak nyanyi lagu apa pulak. Ketuanan Islam, ketuanan Malaysia, ketuanan pribumi, ketuanan patriotik, Negaraku, ketuanan raja, ketuanan ... apa lagi ye.
Harap-harap lepas ni tak dak yang kena tangkap dan siasat pasai kata ketuanan Melayu tak dak.
anwar brahim punya pasal melayu pon malu ngaku melayu.
tuan tanah cakap berbelit2 pasal ketuanan melayu, lepas ni kau nak jadi apa? nak jadi arab pakai kopiah pakai sarban.....sedaq la diri sendiri tu, cermin muka .....dah la hidung pesek, jalan terkedek2 ada ati nak jadi tok arab.
abis tu tuan tanah nak jadi cina nak jadi india.... kalau tak nak bela bangsa sendiri.
cina & india lawan sultan dia pon dia sokong ....apa punya org....citttt
Perdana2 Menteri Malaysia:
-Tunku AbdulRahman - keturunan Siam.
-Tun Hj AbdulRazak - keturunan Maksar.
-Tun Husein Onn - keturunan Turkiye.
-Tun Mahathir - Keturunan India.
- DS Abdullah Ahmad Badawi - keturunan Arab (?)
- DS Najib = Tun Razak- keturunan Makasar.
Semua tu kacokan? Bagaimana dengan Melayu? Bagaimana dengan ketuanan yg diwar-war tu?
Penarik beca,
Apa maksud Muhammad Muhd Taib menyatakan ketuanan Melayu hanya istilah ciptaan. Ia tidak wujud dalam dunia nyata...?
Dan mengapa Rais Yatim mengingatkan orang Melayu bahawa mereka tidak boleh terlalu bergantung kepada konsep ketuanan kerana ia lebih merupakan perasaan atau ego politik yang tidak disokong oleh kekuatan dalam perjuangan atau peruntukan Perlembagaan negara.
Sebelum ini orang UMNO begitu taksub dengan "ketuanan melayu", mengapa tiba-tiba menteri seperti diatas, menukar pendirian...?
Apakah selama ini ahli UMNO memperjuangkan sesuatu yang tidak ujud bagi meraih sokongan walau pun terpaksa memperbodohkan orang melayu...?
Selepas ini tipu muslihat apa yang mahu digunakan oleh ahli UMNO untuk memperbodohkan lagi orang melayu...?
Untuk pengetahuan semua, orang melayu tidak malu mengaku diri nya melayu, tapi yang menyebabkan melayu itu hina adalah kerana pemimpin yang dipilihnya. Memang celaka pemimpin melayu.
Anon 16 Dec. 2PM, Mat Taib kata tada ketuanan Melayau, Anwar kata Ketuanan Rakyat, Jadi yang ada hanyalah ketuanan diri sendiri. Hak hak orang melayu dan Pribumi Sabah dan Sarawak dah ada dalam Perlembagaan Negara. Harap saudara janganlah memalukan diri sendiri dengan komen liar.
Tuan jenis apakah melayu ini,kalo merempat di negeri sendiri..Tuan jenis apakah orang melayu ini,kalo membelakangkan agama untuk kepentingan diri...Tuan jenis apakah orang melayu ini,kalo menterinya memperkayakan kroni....dunia ini pinjam-pinjaman sahaja...di dalam kubur nanti tahulah anda siapa sebenarnya tuan empunya dunia ini...