Laa... apa jadi pulak dengan kemaluan Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena)? Orang kampung dah tahu, Gapena mahu mengambil tindakan undang-undang ke atas kerajaan jika meneruskan dasar Inggeris (PPSMI).
Tapi apa pulak ceritanya dengan kemaluannya? Ca pi tengok apa pasai yang Pyanhabib tertanya-tanya mengenai kemaluan Gapena. Klik di sini. Agaknya sebab itulah Prof Dr Haji Hamirdin Ithnin tersengih-sengih di sini.
Benarkah Gapena sebenarnya pahlawan kesiangan? Nak tahu apa pahlawan kesiangan, baca di sini. Atau Gapena sebenarnya tak pandai? Ya la, kata bodoh depa marah pulak.. Retorik Gapena tak ubah semacam ahli politik melalak? Kenapa orang bimbang Gapena hanya hangat-hangat tahi ayam? Yang nyata, Gapena menyebabkan orang menjadi nanar (kepala banyak pusing!).
Bukan semua menentang PPSMI dalam dunia yang semakin meletakkan multinational entities menjadikan nation-states "ada serupa tiada". Sebagai pengenalan mengenai proses pengkerdilan nation-states, baca di sini.
Saya pernah bersembang dengan orang korporat yang menceritakan kompeninya membatalkan kerjasama dengan pembekal luar semata-mata kerana masalah komunikasi. "Bila ada problem, kita nak tanya technical department dia punyalah susah. Kita pakai English terms - banyak negara tau dan faham. Dia pakai term dalam bahasa dia. Mana kita nak faham".
Senang cerita lagu ni lah. Siapa yang bercakap dengan anak-anak di rumah pasal komputer tak guna perkataan "mouse" sebaliknya menggunakan perkataan "tetikus"? Saya pernah rasa nak tergelak terguling-guling bila anak-anak saya yang sekarang mengaji di Tanjung Malim dan Dungun bertanya fasal subjek sains dan matematik mereka ketika di sekolah rendah dulu. Dah la saya tak faham apa depa tanya, istilah pulak pelik-pelik dan nak tergelak sungguh dengar (kononnya istilah dalam Bahasa Malaysialah tu! Ketika itu, dekat hari-hari saya membangang dan membabunkan "pakar-pakar bahasa" yang terjemahkan istilah-istilah tu). Rasa macam nak ajar anak dalam bahasa Eskimo yang aku tak tau sepatah haram pun!!
Barangkali, sebab itulah guru sastera Melayu pun sokong PPSMI. Baca di sini. Anda boleh baca huhah-hujah pro pembelajaran dan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Malaysia di sini, di sini dan di sini serta blog yang memperjuangkannya di sini. Baca pula hujah orang yang pernah jadi cik gu di sini.
Akhirnya mengapa pula Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar meminta Gapena menyokong Menteri Besar Perak? Rata-rata, para pemimpin Gapena adalah orang-orang Umno. Takkan depa nak sokong Menteri Besar Perak, orang PAS. Dengan memohon maaf kepada Malaysiakini dan oleh kerana berita laman berita itu di dalam Bahasa Malaysia kini free, bacalah berita di bawah:

Dasar BI: Pelajar saman Kementerian Pelajaran
Malaysiakini (20/1/06): Empat pelajar sekolah menengah di Perak menyaman Kementerian Pelajaran kerana membantah penggunaan Bahasa Inggeris sebagai pengantar mata pelajaran Matematik dan Sains di sekolah rendah dan menengah.
Mohammad Shawwaal Mohd Nizar,14; Mohammad Fadzir Rosni, 15; Nor Najiha Muhaimin dan Syazaira Arham Yahya Ariff – kedua-duanya berusia 16 tahun – mengemukakan saman itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi.
Mohammad Syawwaal mengemukakan saman melalui bapanya Mohammad Nizar Jamaluddin; Mohammad Fadzil melalui bapanya Mohamed Rosni Abu Bakar; Nur Najihah Muhaiminmelalui bapanya Muhaimin Sulam dan pelajar tingkatan empat, Syazaira Arham Yahya Ariff, melalui bapanya Yahya Ariff Kamaruzzaman.
Mereka mengemukakan saman pemula itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas di sini melalui Tetuan Mohamed Hanipa dan Associates
Saman itu yang turut disertakan dengan afidavit daripada Mohammad Nizar, yang mewakili bapa semua pelajar berkenaan, juga memohon deklarasi bahawa responden tidak mempunyai kuasa dan budibicara untuk memperkenalkan, menguatkuasakan dan melaksanakan dasar pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris seperti yang terkandung dalam Surat Pekeliling Ikhtisas bertarikh 27 November 2002.
Bahasa pengantar
Mohammad Syawwaal ialah pelajar Sekolah Kebangsaan Batu Tiga, Temoh, Perak; Fadzil Nor, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Muda Abdul Aziz, Sungai Siput, Perak; Mohamed Rosni, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak, Perak dan Syazaira Arham, pelajar di Madrasah Idrissiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak.
Keempat-empat pelajar itu, yang tidak hadir di mahkamah, juga memohon kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah. Hanya dua orang bapa iaitu Mohammad Nizar dan Yahya Ariff yang hadir hari ini mewakili empat pelajar itu.
Bercakap kepada wartawan, Peguam Mohamad Hanipa Maidin berkata, saman itu dibuat kerana penggunaan Bahasa Inggeris sebagai pengantar mata pelajaran Matematik dan Sains di sekolah rendah bertentang dengan Perlembagaan Persekutuan.
“Mengikut Seksyen 17 Akta Pendidikan Tahun 1956, Bahasa Melayu hendaklah menjadi bahasa pengantar dalam semua mata pelajaran di sekolah rendah dan menengah di negara ini,” katanya.
Afidavit yang dikemukakan, menyebut, pada 27 November 2002 Kementerian Pelajaran dalam pekelilingnya mengatakan Bahasa Inggeris akan menjadi bahasa pengantar bagi mata pelajaran Matematik dan Sains mula sesi persekolahan tahun 2003.
Tambahnya, pekeliling itu dibahagikan kepada dua iaitu untuk sekolah rendah, menengah kebangsaan dan Sekolah Rendah Jenis kebangsaan Tamil (SRJKT) dan satu lagi khusus untuk Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC).
Pilihan terakhir
Menurutnya, wujud diskriminasi dalam arahan ini kerana murid sekolah rendah, menengah kebangsaan dan SRJKT diajar mata pelajaran Matematik dan Sains hanya dalam Bahasa Inggeris sedangkan untuk SRJKC, ia diajar dalam dua bahasa – Bahasa Inggeris dan Mandarin.
Sementara itu, Naib Ketua Pemuda PAS, Pusat Idris Ahmad yang hadir sama di majlis berkenaan berkata, proses undang-undang merupakan pilihan terakhir yang dilakukan oleh pihaknya.
“Setelah tiga tahun dasar itu dijalankan, ia semakin menimbulkan kecelaruan dalam dasar pendidikan negara terutama kepada murid di kawasan luar bandar.
“Pada mulanya, kami mengharapkan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah mengubah semula dasar pengajaran kepada asal tetapi beliau juga tidak melakukannya,” katanya.
Idris berkata, kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendapati kira-kira 50 peratus murid tidak boleh bercakap dalam Bahasa Inggeris.
Tujuan saman
Katanya, selain itu Kongres Kepentingan Bangsa dan badan pendidikan Cina, Dong Jiong Zong (DJZ) turut membantah penggunaan Bahasa Inggeris sebagai pengantar untuk mata pelajaran Matematik dan Sains di sekolah rendah.
Sementara itu, bapa Mohd Syawal iaitu Mohd Nizal Jamaluddin berkata, anaknya mengambil tindakan tersebut untuk kepentingan murid Melayu pada masa depan.
“Kesan yang paling besar ialah kepada murid dari kawasan luar bandar kerana mereka tidak mempunyai peluang untuk mempelajari Bahasa Inggeris yang mencukupi seperti rakan mereka di bandar,” katanya.
Beliau berkata, mungkin pada masa ini kesannya belum dapat dilihat tetapi dalam masa beberapa tahun lagi ia dapat dirasai dengan begitu ketara.

Cantik? Klik 

Apalah kuasa Gapena hendak menentang orang politik. Kalau hasrat mereka tidak sama dengan hasrat orang politik maka suara mereka tidak akan kedengaran. Dalam kes ini orang politik Melayu dah mula nak jadi hero Melayu, nak pejuangkan Bahasa Melayu konon, nak ambil hati orang Melayu lah tu.
Maka mamat-mamat politik ini pun membiarkan Gapena ini melalak dan wartawan media perdana pun dikehendaki menyiarkan suara salakan Gapena ini. Itu yang kita nampak Gapena seperti kesiangan tu.
Meminjam kata-kata Tukar Tiub: cukuplah 50 tahun Melayu diperbodohkan.
ada jugak yg bahlol gunakan budak2 untuk sampaikan hajat mereka..apa sendiri tak saman?
Salam...
Ada mata pelajaran yang sesuai digunakan bahasa inggeris dan ada pula sesuai ngan bahasa ibunda kita..Aku belajar bidang sains komputer kat Universiti dulu...kalo nak tulis assignment dalam bahasa melayu cukuplah susah..tetingkap,tetikus,papan kunci dan berbagai lagi istilah yang kalo dibaca menjadi bahan ketawa je..Orang melayu ni bukan apa..susah sikit je dah x mau buat...kan ada pepatah bersusah2 dahulu..bersenang2 kemudian..kalo x dipecahkan ruyung,mana nak dapat sagunya...kalo x belajar skang,mana nak jadi pandainya....
keris panjang...
lebih baik hang asap saja keris hang tu..
dari merapu tak tentu pasal...
ada mulut.. bau busuk..
ada mata tp buta..
ada hati.. mati..
ada otak..tut...
memang sempit pemikiran mereka ini. teramat kurang cerdik dan akhirnya membinasakan bangsa melayu dengan menggunakan bahasa melayu.
ulasan http://diataspagar.blogspot.com
Saya nak baling kasut kepada Gapena.
:)
Saya teringatseorang cikgu kelas tambahan Tata Bahasa Inggeris saya di tahun 70an mengajar BI kepada kelas kami dengan Bahasa Melayu. Mudah dan senang difahami. Hingga kini saya 'respect' kata guru itu. Kami jadi pandai BI kerana kami diajar cara-cara supaya lebih mudah memahami kaedah bercakap menggunakan bahasa penjajah itu.
Salam,
en bakaq tolong jgn buat komen dan tulis ikut pandangan yg dangkal.Jgn rasa jelek dan nak tergelak pada istilah. Istilah boleh dicipta dan boleh dikekalkan dlm bahasa asal. Pokok persoalan adalah menguasai ilmu sains dan matematik mengikut bahasa pertuturan pelajar.Bahasa yg mereka fahami.Bab menguasai BI itu perkara lain pula.Bagaimana nak dpt ilmu jika tak faham bahasa - tak tahu apa yang diajar oleh guru.(Guru pun kelam kelibut) Selama ini pelaksanaan BM sebagai medium dlm pendidikan tidak ada masalah. Zaman dulu budak Melayu phobia nak belajar Sains dan matematik.Tetapi dah sampai tahap dimana kalau tak ada sains dan matematik tak bererti sijil itu.Semenjak pelaksanaan PPSMI phobia terhadap matapelajaran tersebut datang kembali. Rata-rata guru-guru juga tak yakin mengajar. Malahan guru yang mengajar pelajaran tersebut juga mendapat ilmu dlm medium BM semasa persekolahan mereka.Apakah dgn mengajar sains dan matematik dlm BI pelajar-pelajar dpt menguasai BI dgn baik?Berapa banyak doktor telah dilahirkan oleh UKM. Tanyalah pakar pendidikan dlm hal ini.Cuma yg perlu, kaji bagaimana nak mengajar BI dgn berkesan supaya para pelajar dpt menguasainya secara lisan dan tulisan sebagaimana yg ditulis oleh dariana.TK.
Ikut aku senang saja...kalau nak ajar anak perempuan pandai memasak, cakap dan ajar dia dengan bahasa Melayu. Kalau cakap dengan cakap Inggeris,takut lain masakan pulak yang dibuatnya. Sebab tak paham !
masa aku dok kat US dulu..ramai jugak mat saleh kat sana yg tak pandai matematik & sains..aku yakin 100%.. depa ajaq matematik & sains tu dalam BI..tak tau la pulak kalau depa ajaq dlm BM...
saya bukan menentang penggunaan BI tetapi tak setuju gunakan dlm math & sains..
kalau nak perkasakan BI biarlah belajar subjek BI shj.. pastu wajibkn subjek EST.. nape nak korbankan math & sains yg smmgnya dah susah bertambah2 lg susahnya..
saya belajar juga istilah tetikus, antaramuka pengguna, papan kekunci dll. tapi saya berfikiran positif malah saya rasa menarik istilah2 tu. takda pula rasa nak tergelak atau berguling2. mungkin saya susah nak gelak. pada saya kalau nak gelak, dengar dlm bi dah boleh gelak. yela, mouse tu kan tikus. tapi pada saya anehlah, kalau kita tak rasa apa2 bila dengar istilah dlm bi tapi tergelak guling2 bila ditukar ke bm. mungkin bangsa kita masih asing dgn penterjemahan. yelah, org berkuasa kita ni pemalas. taknak byk kerja buat terjemahan. semua nak senang kerja terus nak ke bi aje. tambah pula dgn golongan yg mengagungkan bahasa inggeris. asal dlm bahasa melayu aje, ketinggalanlah, sempitlah. saya cadangkan mereka ni, berhentilah jadi org melayu sebab mereka ni menyusahkan kita aje.