Sedap!! Klik gambar di atas!

Betul ka Wan Farid tu kaki kutip rasuah?

Calon BN dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu 17 Januari akan datang, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dituduh sebagai sebagai tukang kutip tol dari ahli-ahli perniagaan yang mahukan pengesahan Perdana Menteri untuk projek-projek mereka. Beliau juga dituduh sebagai salah seorang pak yet Khairy Jamaluddin dan "running dog" menantu Perdana Menteri itu.

Laman web MyKMU pula menuduh seperti berikut:
Kroni Khairy yang kelima ia itu Wan Ahmad Farid dilantik menjadi Senator dan seterusnya menjadi Timbalan Menteri Dalam Negeri. Tugasnya adalah untuk membantu Khairy menjadi "baby sitter" untuk menjaga Syed Hamid Albar. Maka kepentingan Khairy terpelihara dalam Kabinet baru ini.
Kalau betul Wan Farid tu jahat macam tu sekali, sekali lagi, kalau betul, adakah orang Kuala Terengganu nak berwakil rakyatkan orang jahat? Kalau betul, tak takutkah si Wan Farid tu akan jadi tukang faraid harta benda orang Terengganu?

Bacaan selanjutnya:
Monsoon (Cup) winds of change (RPK)
Muslihat baru: Tukang bimbit beg (Marhain Daily)
Kenapa Musa Hassan?
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Bakaq,
    Kalau bukan Wan Farid yang jadi calon, bolehkah UMNO pastikan calon lain itu tidak kaki rasuah? UMNO ni letak sapa pun sama sahaja....

  2. salam.

    ini biasalah ni tuduhan peribadi terhadap calon sebagai strategi perang saraf.no big deal.buat tuduhan tanpa bukti dan fakta yang kukuh asalkan dapat mempengaruhi undi untuk mendapat sokongan.

    Wan Ahmad diserang sebab dia calon yang lebih "merbahaya" dan ada potensi untuk menang.sebab itulah ada khabar angin untuk memburukkan namanya.cuba kalau wakil bebas yang ada potensi untuk menang,mesti la khabar angin tentang calon warga bebas tu yang akan diuar-uarkan.

  3. pak bakaq,

    kalau idris jusoh,wan hisham dan wan farid adalah termasuk dlm kumpulan 6 jahanam di Trg, siapa lagi yang 3 orang tu?

  4. najib perlu meletakan wan farid.
    ada angin sepoi2 bahasa kata kita buat umno kalah supaya orang akan blame najib.
    dua kali kau kalah najib...bye bye Mac2009.
    jadi,letak wan farid org Paklah,tentu spin doktor paklah takleh buatkan kalah nanti orang kata ...tu lah ..orang memang tak nak ada bau Paklah sekalipun.
    akan tetapi Dr spin najib pulak kata,baik aku kalahkan wan Farid,terbukti orang taknak puak Paklah.
    ..jeng..jeng...18Jan2009 juga paklah patut letak jawatan.
    andai wan farid menang,nanti puak paklah kata...kita orang okay lagi pa...

  5. Ada tak Pak bakaq dengar orang PAS nak jadikan PAS kalah kali ni di Kuala Terengganu ?

    mereka nak jatuhkan air muka Hj Hadi.

    Senang nak naikkan Presiden baru ( jangan baca BARUA ) yang pro Anwar pemilihan tahun depan.

    itu nak tanya Pak Bakaqlah takut takut tahu.

    tq n jumpa lagi.

    p/s : cerita hantu tak ada ke kali ni ?

  6. jangan la dok menuduh Datuk Farid .. tiada bukti jangan cakap la ...

  7. Aku setuju kalau bn kalah. Wan Farid tu sapa

    Tok Wan

  8. Panglima Cyber,

    Pada 2006 ada budak mengaku anak buah Haji Hadi tuduh aku "kidnap" Boyfried dia, betul-betul meroyan budak tu dalam blog boyfried dia http://rymza.blogdrive.com. Memula tu kami kata "ala budak-budak kasmaran, mabuk edankan cikgunya sendiri, nyibuk jah orang tua nak have fun gossip-gossip dalam internet pun dah cemburu nak mapus, amboi possesivenya dia" Biasakla budak girl kalu dah jatuh cinta dengan cikgu sendiri. orang sayang cikgulah katakan.

    Selepas 2 tahun insiden serangan itu berlalu dan dengan kematian MP KT, aku fikir budak itu tidak omong-omong kosong memang dia anak buah Haji Hadi yang tugasnya untuk bawa pulang cikgu dia ke KT untuk inilah, ini by election inilah agaknya. Juga untuk menghentam BN, dan menghasut MP-MP melompat parti. ntah orang kata cikgu dia ini kununnya bertinta sakti, maksudnya kalau menulis itu boleh tukar benci jadi sayang, sayang jadi benci...wallhualam bissawak.

    Pada aku la ni PR dan BN dah sama saja..kan Pak Bakaq kan. memasing berebutkan projek kerajaan. Kalau Najib bijak dan dia tak tahan waima satupun projek kerajaan, macam yang dilakukan oleh Pak Det, pasti kita akan dapat lihat lebih banyak lagi kegelojohan pemimpin-pemimpin PR ini.

  9. Umno ngan Rasuah bukan boleh di pisah...kalau sekiranya ada pemimpin UMNO yang baik, jenis tak makan rasuah wat pe dok dalam UMNO lg...keluaq le..masuk PAS..kalo tidak tahan je lah telinga bila orang babitkan ngan rasuah..tak gitu??

  10. Salam Pak Bakaq,
    Mungkin betui kata Panglima Cyber:
    "Pada aku la ni PR dan BN dah sama saja..kan Pak Bakaq kan. memasing berebutkan projek kerajaan. Kalau Najib bijak dan dia tak tahan waima satupun projek kerajaan, macam yang dilakukan oleh Pak Det, pasti kita akan dapat lihat lebih banyak lagi kegelojohan pemimpin-pemimpin PR ini." Bak kata kawan-kawan, ada projek orang UMNO dapat "fees kamsen", bagi orang PAS "fees sabilillah"... mak ooi. Elok gak tanya Timbalan Pres PAS dan orang yang sewaktu dengannya.

  11. Salam bro,

    Tak habis-habis nak serang peribadi calon ape lah salahnya kalo nak serang pun bagi lah bukti sekali ingat orang kat kuala terengganu bodoh sangat ke... setakat nak dengar auta bukan fakta....

    orang sabah kata agak-agak lah bah setakat nak memburukkan sesama umat Islam ape hukumnya... bab ni kena tanya Haji Hadi....

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008