Sedap!! Klik gambar di atas!

Batu Puteh: Malaysia digambarkan buat dakwaan palsu

Malaysia Insider melaporkan, kebanyakan dokumen yang digunakan oleh Malaysia untuk menuntut Pulau Batu Puteh di Mahmakah Keadilan Antarabangsa (ICJ) adalah dokumen-dokumen yang dikemukakan oleh Singapura (komen-komen di sini).

Malaysia juga digambarkan membuat dakwaan palsu mengenai surat yang dipercayainya akan menjejaskan hujah Singapura.

Dakwaan yang memeranjatkan itu dibuat oleh Ketua Hakim Singapura, Chan Sek Keong menyanggah dakwaan Kementerian Luar Malaysia kononnya para pegawai Malaysia mencari bukti di seluruh dunia untuk menyokong tuntutannya ke atas pulau batu berdekatan pantai Johor itu.

Chan mendedahkan perkara itu ketika melancarkan buku "Pedra Branca: The Road To The World Court".

Beliau dipetik oleh Straits Times Singapura sebagai berkata: "Saya tidak pasti sama ada ICJ menyedari bahawa kita yang mengemukakan kebanyakan dokumen yang digunakan oleh Malaysia sebagai hujahnya ke atas Singapura.

"Oleh itu, anda boleh bayangkan betapa kecewanya kita apabila kita dituduh enggan mengemukakan kepada mahkamah surat yang dipercayai Malaysia akan menjejaskan kes kita". Beliau menambah: "Hakikatnya ialah kita telah pergi ke serata dunia untuk mencarinya sejak kira-kira 30 tahun lalu tetapi tidak berjaya".

Jika benar dakwaan Chan itu, ia bukan memeranjatkan lagi, tetapi amat menyakitkan hati. Menteri Luar ketika kes tuntutan itu dibicarakan mesti bertanggungjawab.

Cuba baca apa yang media pro-Barisan Nasional kata:
Persiapan Malaysia untuk kes tuntutan Pulau Batu Puteh bermula sejak hampir 30 tahun dulu. Penyelidikan berhubung kedaulatan Malaysia ke atas pulau itu mula dilaksanakan ketika persediaan Peta Baru Malaysia 1979.

Kerja penyelidikan dilakukan di Malaysia dan di serata dunia, termasuk beberapa tempat di Kuala Lumpur, Johor, Melaka, Perak, Singapura, Indonesia, India, United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand, Portugal dan Belanda.

Usaha penyelidikan dan pengumpulan bahan bukti dilakukan berterusan oleh kira-kira 55 pegawai daripada 24 agensi kerajaan seperti Kementerian Luar Negeri, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Kementerian Pertahanan dan Pejabat Peguam Negara, penyelidik yang dilantik dan pakar dalam bidang tertentu dari tiga institusi pengajian tinggi tempatan seperti Universiti Teknologi Mara, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Khidmat penasihat undang-undang antarabangsa yang terkemuka seperti Sir Datuk Elihu Lauterpacht QC dan Datuk James Crawford dari Universiti Cambridge dan Datuk Nicolaas Jan Schrijver dari Universiti Leiden juga di gunakan.

Ketiga-tiga individu ini juga terbabit dalam prosiding kes negara di ICJ untuk Sipadan dan Ligitan dan juga di ITLOS bagi kes Penambakan Tanah Singapura.

Dalam kes Pulau Batu Puteh, delegasi Malaysia diketuai Tan Sri Abdul Kadir Mohamad dan pasukan undang-undang Malaysia yang diketuai Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, mempamerkan komitmen tinggi dan prestasi membanggakan.

Mereka memastikan hujahan kes negara adalah sentiasa teratur dan padat, mudah difahami oleh hakim dan sejauh mana yang mungkin memastikan tiada ruang langsung bagi Singapura untuk menyangkal apa yang dihujahkan oleh Malaysia sepanjang berlangsungnya perbicaraan iaitu daripada 6 hingga 23 November 2007.
Baca pula apa yang Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar kata dalam berita Harakah 3/6/08 bertajuk "Batu Puteh: Segera kemukakan semakan kehakiman":
"Persediaan yang ada sebelum ini bukan sahaja tidak mencukupi malah memalukan sehingga Peguam Negara Singapura, Chao Hick Tin menolak gambar-gambar yang dikemukakan pasukan Malaysia ke ICJ itu kerana gambar tersebut dikatakan telah diciplak dari blog yang juga dituduh menciplak gambar itu," kata beliau.

Mahfuz juga mempersoalkan apakah kriteria perlantikan anak Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail yang bernama Faezul Adzra sebagai salah seorang anggota pasukan Malaysia ke ICJ dalam perbicaraan mengenai Pulau Batu Puteh itu sedangkan beliau "baru habis mengaji".

"Jangan nanti orang tuduh ambil kesempatan nak melancong ke Belanda atau menyalahgunakan kedudukan," kata beliau.

Beliau juga menyatakan kesangsiannya dengan keputusan ICJ yang tidak mengambilkira penggunaan takrif Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai perairan sesebuah negara.

Takrif itu menetapkan perairan sesebuah negara berada dalam kawasan 12 batu nautika dari pantai negara berkenaan.

"Pulau Batu Puteh hanya tujuh batu nautika dari pantai Malaysia dan 25 batu nautika dari Singapura," katanya.

Beliau juga amat ragu dengan penggunaan surat surat Pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri Johor bertarikh 21 September 1953 yang menyatakan bahawa Johor tidak menuntut hak milik ke atas Pulau Batu Puteh sebagai hujjah untuk memutuskan bahawa pulau itu milik Singapura.

"Pada waktu itu Johor dan Singapura sama-sama berada di bawah penjajahan British. Siapa boleh menolak bahawa surat itu dibuat di bawah tekanan penjajah British untuk kepentingan perencanaan politiknya?" Mahfuz mempersoalkan.
Tidakkah anda rasa dikhianati? Di mana Berug dan Kurap? (Gambar di atas ihsan Singapore Straits Times)


Berkaitan:
Malaysia was 'lackadaisical' (Malaysiakini)
Batu Puteh: Police report lodged (Malaysiakini)
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. pecah tembelang..peta dah hilang..bangau dah pulang..suara sumbang...

  2. Orang melayu harus ingat mengapa meraka hilang Singapura. Sebabnya adalah sama untuk kehilangan Pedra Branca. Saya gunakan nama Pedra Branca kerana nama Pulau Batu Putih atau Natu Putih sudah tidak wujud lagi diperingkat antarabangsa.

  3. Berug & Kurap depa mana main isu2 international dengan izin...mereka jaguh kampung yang berkokok dalam reban je...

  4. Itu semua baru sikit jer... Ada dua lagi isu besar (masih disenyapkan) yang akan menyebabkan Singapura akan dapat meluaskan jajahan takluknya.... gua ada baca tentang benda nie....

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008