Sedap!! Klik gambar di atas!

Banyak lagi bapak-bapak Madoff

Berita Harian Singapura melaporkan "Beberapa bank dunia terjejas dengan skandal Madoff" (untuk mengetahui lebih lanjut mengenai skandal Madoff, sila baca posting Tun Dr Mahathir Mohamad "Pak Man Telo - New York"). Seorang tokoh korporat pula memberitahu saya bahawa skandal Madoff ini hanyalah "tip of the iceberg". Maknanya, ada banyak lagi bapak-bapak Madoff yang lebih hamlau skim penipunya. Dan, siapa boleh menolak kemungkinan ia turut melibatkan pelaburan sesebuah negara, dan bukan sekadar bank sahaja. Saya hanya nak tanya, kalau bank sehebat HSBC pun terlibat, ada atau tidak mana-mana bank di Malaysia yang turut terjejas dengan skandal Madoff?

Skandal Madoff memburukkan lagi krisis kewangan dunia. Ketika Penguasa Kewangan Singapura (MAS) menjangkakan negaranya boleh menghadapi kemelesetan lebih mendalam dan berpanjangan jika ekonomi sejagat bertambah buruk, bagaimana pula negara kita ketika Tun Dr Mahathir Mohamad tidak yakin Datuk Seri Najib Tun Razak mampu menghadapi cabaran berikutan kemelesetan ekonomi global (lihat berita Malaysiakini "Dr M: Money politics will ruin Umno in GE")?

Berikut ialah berita yang dimaksudkan itu:
Beberapa bank di dunia termasuk HSBC dan BNP Paribas dikatakan boleh mengalami kerugian akibat penipuan yang dilakukan oleh pedagang New York, Bernard Madoff.

Sejauh ini, bank-bank setempat seperti DBS dan OCBC berkata mereka tidak mempunyai pendedahan dalam dana yang diuruskan Madoff.

Ketua Komunikasi Korporat OCBC, Cik Koh Ching Ching, berkata: 'OCBC Bank tidak mempunyai pendedaan dalam Bernard Madoff Investment Securities LLC. Pendedahan anak syarikat insurans, Great Eastern Holdings, terhadap entiti itu tidak penting.'

Madoff, 70 tahun, seorang veteran di Wall Street, diberkas Khamis lalu kerana didakwa menipu pelabur sebanyak AS$50 bilion dalam satu skim piramid yang runtuh dalam krisis kewangan sejagat ini.

Bank terbesar Sepanyol, Santander, menyatakan anak syarikatnya mungkin kerugian lebih AS$3 bilion ($4.5 bilion).

Santander berkata dana pelaburannya, Optimal, mempunyai pendedahan sebanyak 2.33 bilion euro. Bank itu juga telah melaburkan dananya sebanyak 17 juta euro dalam produk Madoff.

Bank Perancis, BNP Paribas, berkata ia boleh mengalami kerugian sehingga 350 juta euro, manakala firma broker saham Jepun, Nomura, menyatakan ia menghadapi kerugian sehingga 27.2 bilion yen.

Menurut kenyataan BNP Paribas, bank itu tidak mempunyai pelaburan langsung dalam syarikat Madoff tetapi ia mempunyai pendedahan risiko dalam dana-dana ini melalui perniagaan dagangan dan pinjaman berkolateral kepada dana bagi dana perlindungan.

'Jika kerana penipuan yang didakwa ini menyebabkan nilai aset dana perlindungan adalah sifar, kerugian BNP Paribas boleh mencapai sebanyak 350 juta euro,' menurut kenyataan BNP Paribas.

Di Tokyo, Nomura Holdings 'mengesahkan pendedahan berkaitan Madoff bernilai 27.5 bilion yen,' menurut kenyataan firma itu.

The Financial Times menukil beberapa sumber terdekat menyatakan HSBC mempunyai pendedahan sehingga AS$1 bilion.

Pendedahan itu berputik daripada pinjaman yang disediakan kepada pelanggan institusi terutamanya, dana perlindungan, yang melaburkan dengan Madoff.

Institusi kewangan di Korea Selatan juga dikatakan boleh kerugian sehingga AS$100 juta.
Berkaitan:
Malaysian shares seen down on Wall St fall
US stocks end lower as Madoff victim list grows
Alleged Madoff fraud has worldwide exposure
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Giliran bank pula. he he. tapi semua orang syuyah oooo

  2. I think he is a "fall guy" saja to cover-up mungkin bank2 spt HSBC banyak judi dlm mkt derivatives!

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008