Di pautan ini, saya hanya salin hujah-hujah pembangkang sahaja ketika berbahas mengenai Rang Undang-undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan). Tak laratlah nak salin semua. Jika anda mahu membaca apa yang dikatakan oleh menteri dan ahli-ahli Parlimen penyokong kerajaan Barisan Nasional (BN), sila baca hansard Dewan Rakyat. Anda juga boleh membaca ulasan mengenai perkara itu di sini.
Saya salin hujah-hujah mereka untuk membolehkan anda membuat penilaian sendiri. Saya sendiri menyokong pendapat orang yang buat AUKU, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyatakan, "Jika hari ini penuntut lebih dewasa dan bertanggungjawab batalkan sahaja AUKU".
Semua orang tahu, Dr Mahathir suka bercakap sinis dan berlapis-lapis maknanya. Jenis cakap sampai lima enam puluh makna. Itu hobi dia. Tetapi, saya nak ambil yang tersurat sahaja.
Mungkin berbangkit persoalan, adakah penuntut kita lebih dewasa dan bertanggungjawab? Ukuran dewasa atau tidak, bertanggungjawab atau tidak, adalah subjektif. Lain orang, lain cara penilaiannya.
Persoalannya, sampai bila Umno dan BN hendak menghina para pelajar di pusat-pusat pengajian tinggi sebagai budak-budak yang tidak bertanggungjawab? Adakah para pelajar pusat-pusat pengajian tinggi semuanya budak-budak yang tak bertanggungjawab?
Antara lain, mungkin AUKU berpunca dari ketakutan Umno dan BN hendak bersaing dengan pembangkang di kampus. Sebab itulah calon Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, "saya tidak takut kalau kita hendak bersaing dengan pembangkang di kampus..."
Saya petik sebahagian ucapannya:
Saya salin hujah-hujah mereka untuk membolehkan anda membuat penilaian sendiri. Saya sendiri menyokong pendapat orang yang buat AUKU, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyatakan, "Jika hari ini penuntut lebih dewasa dan bertanggungjawab batalkan sahaja AUKU".
Semua orang tahu, Dr Mahathir suka bercakap sinis dan berlapis-lapis maknanya. Jenis cakap sampai lima enam puluh makna. Itu hobi dia. Tetapi, saya nak ambil yang tersurat sahaja.
Mungkin berbangkit persoalan, adakah penuntut kita lebih dewasa dan bertanggungjawab? Ukuran dewasa atau tidak, bertanggungjawab atau tidak, adalah subjektif. Lain orang, lain cara penilaiannya.
Persoalannya, sampai bila Umno dan BN hendak menghina para pelajar di pusat-pusat pengajian tinggi sebagai budak-budak yang tidak bertanggungjawab? Adakah para pelajar pusat-pusat pengajian tinggi semuanya budak-budak yang tak bertanggungjawab?
Antara lain, mungkin AUKU berpunca dari ketakutan Umno dan BN hendak bersaing dengan pembangkang di kampus. Sebab itulah calon Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, "saya tidak takut kalau kita hendak bersaing dengan pembangkang di kampus..."
Saya petik sebahagian ucapannya:
Kita buka untuk semua dan kita compete base on ideas, berdasarkan kepada idea dan biar serahkan kepada mahasiswa untuk pilih siapa dia hendak ikut dan siapa dia hendak bantah. Itulah yang kita hendak melihat kerana ini membukakan minda mereka, menjadikan mahasiswa bukan hanya mahasiswa, bukan hanya academic students tetapi rakyat Malaysia yang terbuka minda mereka untuk buat pilihan. Saya tidak takut kalau terpaksa turun ke padang berdepan dengan sahabat saya daripada Rasah, tahniah kerana baru sahaja menang tanpa bertanding sebagai Ketua Pemuda DAP, tidak ada demokrasi dalam DAP menang tanpa bertanding tetapi tidak apa kita turun sama-sama dan... [Dewan riuh] Saya bertanding, saya bertanding Pemuda dengan Yang Berhormat Jerlun tidak apa, saya tetap bertanding.Saya salin juga di sini beberapa petikan menarik perbahasan itu:
Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Baik, terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Baguslah itu jaminan maknanya kita boleh tubuh tetapi saya hendak sebut bahawa ini masalah yang dihadapi oleh pelajar. Jangan kata hendak tubuh, saya pergi makan nasi rumah seorang pensyarah universiti buat PhD di sana, pensyarah itu dipanggil balik oleh universiti untuk beri jawapan kenapa Mahfuz Omar pergi rumah kamu.
Saya pergi makan nasi, pergi ziarah dia. Tak akan pergi makan nasi, macam mana kalau saya menikah seorang lagi. Isteri saya belajar buat PhD di UK, sebulan sekali saya pergi, nanti dia tanya pasal apa Mahfuz mai. Maknanya isteri saya jawab, dia mai bukan sahaja setakat mai, tidur dengan saya. Salah.... [Ketawa] Makna kena jawab kepada pihak universiti. Ini saya kata apa punya undang-undang. Jadi saya hendak kata bahawa Yang Berhormat beri jaminan tetapi apa dari segi praktikalnya tidak berlaku begitu. Tekanan kepada pelajar-pelajar di luar negara cukup teruk.
Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Sambung sedikit Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi beberapa alasan yang diberi oleh menteri menyatakan universiti tidak mahu campur tangan parti politik dalam urusan universiti, tidak mahu pelajar dipengaruhi oleh mana-mana parti politik.
Saya juga hendak tahu apakah pihak kementerian membuat kajian di mana negara-negara yang top 100 universities dalam Times Higher Education Ranking ini mana universiti yang ada AUKU ala Malaysia ini. Mereka tidak ada, mereka top 100 universities. Umur mengundi di sesetengah negara seperti US dan UK ialah 18 tahun, mereka boleh mengundi, boleh terlibat dalam politik tetapi universiti mereka top 100. Jadi, alasan yang diberi tidak boleh dipakai langsung, tidak boleh diterima.
Puan Teo Nie Ching [Serdang]: Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, sekiranya tiada kajian saintifik yang menunjukkan bahawa penglibatan dalam politik akan mempertingkatkan daya berfikir mahasiswa, adakah kementerian ada kajian saintifik menunjukkan bahawa penglibatan dalam politik akan menjejaskan daya berfikir mahasiswa.
Sekiranya kementerian juga tidak ada kajian saintifik dalam area ini, pada pendapat saya marilah kita membenarkan mahasiswa untuk terlibat dalam politik kerana ini adalah hak asasi mereka. Sekiranya setiap orang selepas mereka mencapai umur 21 tahun mereka boleh terlibat dalam aktiviti-aktiviti politik, kenapa mahasiswa kita tidak ada kebebasan ini?
Tuan Chua Tian Chang [Batu]: Yang Berhormat Menteri, kalau betul hujah Menteri itu parti politik ini bersifat emosi dan akan mengancam kestabilan masyarakat, lebih baik kita haramkan semua parti politik. Ini kerana kalau betul satu budaya parti politik ini tidak baik untuk pelajar, sudah tentu tidak baik untuk orang yang tak ada pelajaran. Kalau anak-anak kita yang masuk universiti pun akan terpengaruh dengan sifat emosi, sifat yang tidak rasional ini apatah lagi kita membenarkan anak-anak muda yang tak masuk universiti. Mereka boleh menyertai parti politik dan mereka akan bertindak secara waras, tak beremosi, rasional kalau dia tak masuk universiti dan itu logik yang kita hadapi sekarang.
Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Anak saya dua orang belajar di luar negara, saya tahu sangat isu ini dan saya tahu sangat diskriminasi, malah Timbalan Perdana Menteri pernah pergi ke Indonesia di mana tempat universiti anak saya belajar, dicari anak saya malah orang yang ikut dia, pegawai-pegawai dia mencari dan secara single out daripada ramai-ramai itu dan memberi orang kata, ugutan-ugutan kepada anak saya, kerana dia anak saya, semata-mata kerana dia anak Dr. Lo’Lo’. Jadi saya kira ini adalah satu sikap yang boleh diteruskan sebab saya kata, yang mendapat political mileage adalah kami di pihak pembangkang.










Cantik? Klik 






Penarik beca,
Memang benar Auku diujudkan adalah untuk mengawal kebebasan mahasiswa berpolitik. UMNO-BN tahu jika dibiarkan mahasiswa-siswi berpolitik mereka akan hilang kuasa kerana pelajar dari pengajian tinggi ini bijak menapis pengaruh yang diterima itu sama ada kerajaan atau pembangkang itu mendatangkan kebaikan atau keburukan kepada mereka.
Apa pun alasan yang mereka ajukan, Auku adalah cara mereka melindongi diri menghadapi kekalahan dari kebangkitan para pelajar dan Auku adalah tanda ketakutan UMNO-BN hendak bersaing dengan pembangkang di kampus.
Percayalah, sekiranya UMNO-BN jadi pembangkang, mereka akan mendesak supaya Auku dihapuskan.
semua tau AUKU dan ISA akta yg menyelamatkan UMNO.
itu ja.. politik UMNO boleh masuk kampus. Politik Pembangkang no way..jangan harap!
www.kampusnegara.net
Apakah kuasa jalanan diperlukan untuk memusnahkan AUKU ini??????
AUKU Tun Dr Mahathir buat, dia mau suh hapuskan? Apa pasai masa jadi PM tak mau hapuskan?
Memang UMNO, maupun juga mana2 pemimpin Islam sepatutnya akan TAKUT dan akan menyokong AUKU.
Duduk dan bertanyakan kepada para Dekan2 Hal Ehwal Pelajar di mana2 Universiti2 tempatan. Buka mata, buka telinga dan sedikit minda kamu tentang gejala yang sendirinya melanda penuntut-penuntut Melayu/Islam.
Sebagai pemimpin yg dilantik oleh rakyat, yang memegang amanah rakyat dan juga amanah Allah SWT kepada kita terutamanya kepada pemimpin2 seperti Tun, sewajarnya beliau RISAU dan TAKUT. Beliau takut anak-anak Malaysia yg tercicir dan menghabiskan duit rakyat berpolitik di Universiti dalam masa yg sama menutup peluang orang lain dengan penyalahgunaan amanah yg telah diberikan kepada mereka.
Insaflah.
AUKU itu untuk membantu pelajar kita yang asyik berpolitik sehingga melupakan tugas utama mereka iaitu belajar. Lepas grade nanti berpolitiklah sepuas-puasnya. tq
Kita mulakan kempen 'BEBASKAN MAHASISWA DARI AUKU'
Kita mahu mahasiswa universiti negara kita minda mereka bebas dari belengu politik kelentong Umno/Bn!
Mahasiswa hari ini adalah pemimpin negara dan rakyat masa depan!
Selamatkan Mahasiswa dari penjara minda Auku!
Asasnya AUKU diujudkan untuk memastikan pelajar2 Melayu memberi perhatian sepenuhnya kepada pembelajaran untuk mencapai tahap tertinggi. Tanpa AUKU, Melayu akan lalai dan leka dengan 'sorak' sehingga kampong tergadai dan akhirnya menjadi 'bangsat' dibumi sendiri.
Pemimpin UMNO sekarang khususnya suka AUKU dibatalkan bagi membolehkan mereka melebarkan sayap pengaruh dan seterusnya menggunakan 'politk wang' untuk kekal berpengaruh dengan 'melabur' kepada pemimpin pelajar.
Mungkin Tun digelar 'diktator' dalam AUKU tetapi Khaled Nordin hanya akan merosakkan masadepan politik dirinya sendiri sebagai pemimpin yang 'bodoh sombong'.
Di universiti, pelajar sering berhadapan dengan sistem pembelajaran yang berbentuk exam-oriented learning, mungkin ini satu kejayaan kepada sesiapa yang menyokong untuk memanipulasi isi kandungan AUKU untuk kepentingan pemikiran politik yang sempit. dengan pemikiran pentadbiran universiti yang sebegitu rupa, pelajar-pelajar yang graduated ini hanya akan menjadi seperti robot, kurang daya kreativiti dan akan membentuk satu generasi yang akan mengampu saja.
contohnya, di dalam AUKU dinyatakan pelajar tidak dibenarkan berpolitik, tetapi ada sesetengah pihak menggunakan pelajar untuk kepentingan politik mereka dengan bertopengkan isu-isu yang berbentuk perkauman. saya bersetuju ada parti politik menggunakan AUKU ini sebagai perisai mereka, kerana mereka tahu, the academicians are more powerful in their thinking.
"Anonymoussaid...
Memang UMNO, maupun juga mana2 pemimpin Islam sepatutnya akan TAKUT dan akan menyokong AUKU.
Duduk dan bertanyakan kepada para Dekan2 Hal Ehwal Pelajar di mana2 Universiti2 tempatan. Buka mata, buka telinga dan sedikit minda kamu tentang gejala yang sendirinya melanda penuntut-penuntut Melayu/Islam.
Sebagai pemimpin yg dilantik oleh rakyat, yang memegang amanah rakyat dan juga amanah Allah SWT kepada kita terutamanya kepada pemimpin2 seperti Tun, sewajarnya beliau RISAU dan TAKUT. Beliau takut anak-anak Malaysia yg tercicir dan menghabiskan duit rakyat berpolitik di Universiti dalam masa yg sama menutup peluang orang lain dengan penyalahgunaan amanah yg telah diberikan kepada mereka.
Insaflah.
Saturday, December 13, 2008 6:54:00 PM MYT
Khairi Jalalluddin said...
AUKU itu untuk membantu pelajar kita yang asyik berpolitik sehingga melupakan tugas utama mereka iaitu belajar. Lepas grade nanti berpolitiklah sepuas-puasnya. tq"
Ni lagi dua ekoq cakap pakai kepala lutut.
Bila masa pemimpin UMNO pegang amanah Allah SWT,
Jangan nak merepek laa... yang patut insaf hang tu dulu.. dari lahir sampai mati percaya kat TV dgn SuratKhabar mengarut.
Menilai kemampuan PAS
http://sting-alidoc.blogspot.com/
ikut korag laaa....tak habis2,ingat malaysia ni bapak korang punye....
itu AUKU... tambah lagi dengan AKUJANJI pulak... hohoho...
amnu makhluk paling bacul lam dunia...
kita kat luar ni boleh kata macam-macam. Tapi kalu nak tau pentingnya auku, cuba pergi ke IPTS yang dikendalikan oleh kerajaan negeri, yang dalam kelas pembangkang. Contohnya KIAS. pelajar sokong umno tak boleh cakap pun, di cerca, di selar, di bidas. Kalu cerca, selar dan bidas tu berfakta, tak ape, ni main emosi aje, dan tak betul cerita pula tu.
Ya la, kalu auku tu asyik bela kerjaan pun tak jadi, kena adil. Tapi nak ujudkan keadilan dengan situasi politik demokrasi atau democrazy ni susah tau.
Semo pihak kena pakai otak, jangan pandai perli dan kata aje, tapi nasib dan masa depan pelajar tidak ditekankan.
mereka ni politik kelas ketiga bro.. Nak maju mcmane la negara camni ade kepala hotak pon pikir mcm minda kelas ketiga jek..
salam dan selawat,AUKU = alat atau sebahagian dari alat UMNO tuk kepentingan peribadi.ok habis kat situ aku nak komen si khairi..nih..apa yg jadi kat KIAS itu sebab pembangkang tidak ada 'chanel' untuk melawan kerajaan hasil dari tindakan AUKU sendiri..memang padan la muka sapa sokong kerajaan,dlm ipts baru tahu langit tinggi rendah..kalau ipta kerajaan sokong dlm ipts sapa nak sokong sendiri la..sapa tak 'emo dlm hal ini hak kena sekat cuba buat sama adil..baru KIAS terdiam seribu bahasa kau..
kau yg emo nih, aklu rasa kau org.KIAS yg sokong kerajaan, amacam rasa hak tak terbela ..pembangkang lama dah rasa..
komen panjang2 ni buat apa? all without facts... setakat cakap itu tak adil.. itu tak betul mmg le boleh... semua ni dah baca line by line ke pindaan AUKU ni?
Pandai kata menang tanpa bertanding tu tak ada demokrasi. Yang bercakap tu lupa ke yang dia pernah menang tanpa bertanding untuk jawatan Timbalan Ketua Pemuda.
Bagi aku memansuhkan AUKU bukanlah untuk jadikan universiti gelanggang untuk mencari pengaruh oleh BN ataupun PR... tetapi lebih kepada memberi ruang untuk mahasiswa kita membuat penilaian mereka sendiri terhadap kerajaan mahupun pembangkang. Membiarkan mereka berbicara secara terbuka dan ilmiah untuk membahasakan apa yang ingin dan cuba diketegahkan oleh kerajaan mahupun pembangkang.
Jangan jadikan mereka seperti lembu dicucuk hidung dan ikut sahaja... sama ada ikut kerajaan ataupun ikut pembangkan.
Mahasiswa kalau setakat jadi pak turut sahaja pun tak guna (walaupun AUKU dimansuhkan terus). Jadi mahasiswa perlu "tepuk dada tanya akal".
Si Mahathir tu memang pandai tipu muslihat dia. Setelah makan nangka orang lain kena getahnya.
Pada zaman beliaulah segala macam akta untuk sekat pelajar universiti dari terlibat politik.
Kalau luar negara Kelab UMNO ni adalah cara yg terbaik untuk sapu duit. Kelab lain diharamkan hatta yg berunsur Islam semua dikaitkan dengan pembangkang.
Tu pasal masa BTN semua pelajar mengiyakan aje sebab malas nak bertekak. Lepas tu ikut suka hati la nak sokong sapa.
BN/UMNO takut sangat hilang kuasa dan bertarung secara anak jantan.
Kesimpulannya si Mahathir tu hipokrit tapi ada juga org masih tertipu lagi dengan dongeng dia.
Lahabau