Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub mempersoalkan sikap para pemimpin Umno yang hanya menentang malah mengadakan demonstrasi terhadap kenyataan dari seteru politik mereka sahaja, tetapi berdiam diri ketika institusi Islam dihina.
"Baru-baru ini gerombolan yang entah siapa-siapa dengan begitu bangga dan megah menjerit-jeritkan kata-kata "stupid fatwa everywhere".
"Di mana pemimpin Umno Selangor yang berdegar-degar dalam isu azan? Di mana pemimpin Umno Perak yang kononnya memperjuangkan sekolah agama rakyat? Di mana semua pemimpin Umno yang kononnya memperjuangkan kepentingan Islam?
"Mengapa mengambil sikap berpilih-pilih atau selektif? Oleh kerana gerombolan itu bukan musuh politik mereka, mereka berdiam diri?" Ahli Parlimen Kubang Kerian itu mempersoalkan.
Begitu kenyataan Salahuddin mengenai demonstrasi segerombolan betina mengenai isu pengkid (lihat berita Malaysiakini 7/11/08 bertajuk "Protest against anti-tomboy fatwa").
Pernah diceritakan kepada saya oleh seorang kakitangan di Parlimen tentang perbualan Salahuddin dengan beberapa Ahli Parlimen DAP, kalau tak silap termasuk Teresa Kok, yang beliau terdengar.
Dalam perbualan itu, Ketua Pemuda PAS memberitahu Ahli-Ahli Parlimen DAP itu, walaupun pihaknya percaya dengan kerjasama dan engagement, tetapi dalam soal-soal yang berkaitan dengan pencerobohan agama Islam (yang selalu Salahuddin sebut sebagai "territory kita" dalam perbualan-perbualan yang kebetulan saya tumpang dan orang jangan ceroboh "territory kita"), kakitangan tersebut memberitahu bahawa Salahuddin menggunakan kata-kata "over my dead body".
Saya juga berharap PAS tidak bersikap selektif dalam soal-soal mempertahankan Islam. Saya harap PAS tidak cakap sahaja tetapi membuktikannya, tidak kiralah terhadap siapa pun.
Saya suka kata-kata Salahuddin:
Tinggal lagi, saya berharap tidak ada pula yang membaling molotov cocktail ke muka kepala betina-betina itu yang katanya bernama Lee Wei San. Saya tak tuduh, tetapi molotov cocktail kebetulan dibaling apabila Umno sakit hati. Saya kata kebetulan, saya tak tuduh ni!
Bagi saya isu fatwa itu mudah sahaja. Pihak berkuasa agama mungkin berpendapat fatwa terpaksa dibuat mengenai benda-benda yang tidak disebut dengan jelas dalam al-Quran atau hadith. Maklumlah, zaman Nabi Muhammad s.'a.w.w. tak ada pengkid, nak sebut macam mana?!
Dalam negara ini, setahu saya, siapa yang nak ikut fatwa, ikutlah. Siapa yang tak nak ikut, suka hati hang la nak tungging buyung pun. Tungging apa pun boleh. Tak perlu sampai nak ceroboh urusan agama orang, ceroboh territory orang.
Dengan bangga pula terjerit-jerit "stupid fatwa everywhere". Tak stupid ka amba abdi dan kuli kepada kehendak ego yang perasan hebat sangat? Hamba abdi dan kuli kepada kehendak kemaluan sendiri tidak stupid?
Nanti sat, tak habis lagi. Nak tanya ni, puak-puak yang buat fatwa pula, bila nak buat fatwa tentang penipuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Speaker Dewan Rakyat yang berat sebelah, Perdana Menteri yang tak mahu isytihar harta keluarganya dan banyak lagi benda lain yang menyiksa rakyat?
(Kepada yang masih tidak tahu apa benatang pengkid itu, Harian Metro 9 November lalu menceritakan, antara ciri pengkid ialah berpakaian dan bergaya seperti lelaki (pakaian dan cara hidup), tubuh badan dan rambut sama seperti lelaki, menjalin hubungan dengan wanita sehingga ada yang bercinta dan melakukan seks, membengkung payudara, suka wanita cantik dan menganggap diri seperti lelaki yang boleh menjaga pasangan, terutama apabila diganggu).

"Bagi kita, agama kita adalah territory atau wilayah kita, agama orang lain pula wilayah mereka. Kita tidak pernah dan tidak mahu menceroboh wilayah orang lain dan orang lain jangan menceroboh wilayah kita.Sambil berharap PAS tidaklah bersikap selektif dan jangan cakap tak serupa bikin, saya pun nak tanya juga di manakah panglima kontot yang terjerit-jerit dalam isu azan, tulisan jawi pada papan tanda serta isu sekolah agama rakyat di Perak.
"Kita tidak pernah melakukan provokasi ke atas agama orang lain. Orang lain pula janganlah melakukan provokasi ke atas agama kita".
Tinggal lagi, saya berharap tidak ada pula yang membaling molotov cocktail ke muka kepala betina-betina itu yang katanya bernama Lee Wei San. Saya tak tuduh, tetapi molotov cocktail kebetulan dibaling apabila Umno sakit hati. Saya kata kebetulan, saya tak tuduh ni!
Bagi saya isu fatwa itu mudah sahaja. Pihak berkuasa agama mungkin berpendapat fatwa terpaksa dibuat mengenai benda-benda yang tidak disebut dengan jelas dalam al-Quran atau hadith. Maklumlah, zaman Nabi Muhammad s.'a.w.w. tak ada pengkid, nak sebut macam mana?!
Dalam negara ini, setahu saya, siapa yang nak ikut fatwa, ikutlah. Siapa yang tak nak ikut, suka hati hang la nak tungging buyung pun. Tungging apa pun boleh. Tak perlu sampai nak ceroboh urusan agama orang, ceroboh territory orang.
Dengan bangga pula terjerit-jerit "stupid fatwa everywhere". Tak stupid ka amba abdi dan kuli kepada kehendak ego yang perasan hebat sangat? Hamba abdi dan kuli kepada kehendak kemaluan sendiri tidak stupid?
Nanti sat, tak habis lagi. Nak tanya ni, puak-puak yang buat fatwa pula, bila nak buat fatwa tentang penipuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Speaker Dewan Rakyat yang berat sebelah, Perdana Menteri yang tak mahu isytihar harta keluarganya dan banyak lagi benda lain yang menyiksa rakyat?
(Kepada yang masih tidak tahu apa benatang pengkid itu, Harian Metro 9 November lalu menceritakan, antara ciri pengkid ialah berpakaian dan bergaya seperti lelaki (pakaian dan cara hidup), tubuh badan dan rambut sama seperti lelaki, menjalin hubungan dengan wanita sehingga ada yang bercinta dan melakukan seks, membengkung payudara, suka wanita cantik dan menganggap diri seperti lelaki yang boleh menjaga pasangan, terutama apabila diganggu).

Cantik? Klik 

Short hair
Long hair
Who Cares
Stupid Liberalist everwhere
Bukan ke Pakatan Rakyat menyokong demonstrasi? Bukankah kedua2 NGO ni banyak terdapat di link blogger2 Pakatan Rakyat? Apa nak kata bila anak murid kencing berlari? Saya tak heran sebab apa depa ni kurang ajar...sebab inilah yg diperjuangkan oleh PR. Kebebasan bersuara konon.
KanDahKena
Cayalah hang pak bakaq
Apa kena mengena pengkid dengan PR...? PR memperjuangkan nasib rakyat. Kebebasan bersuara bukannya memperjuangkan nafsu songsang. Pengkid ini manusia bernafsu songsang...betina jadi jantan tapi jantan plastik. Orang jenis ini mesti diberi kaunseling bahawa lahir perempuan mesti jadi perempuan.
kita blh menghukum, tapi apa langkah kita utk selesaikn masalh masalh?
anggaplah kita semua ( rakyat dan politikus ) masih baru, mentah yang sedang cuba menyesuaikan diri dengan suasana baru yg terbuka ini. Memang kena ambil masa nak matangkan diri dengan perkembangan ini. Ya, memang ada buruk baiknya. Kita kena yakin, kita sedang menuju pada satu tingkat kebebasan insaniah. Berperingkat-peringkat la. Geng-geng yang 'kurang ajar' tu pun tgh ghairah nak bersuara, kita yg kata 'adil' sgt ni, berilah masa utk mereka, mereka juga seperti kita, perlu sedikit masa untuk matang dan memahami konsep sebenar kebabasan yang sedang PR perjuangankan.
SAH DAH! BETINA TAK SEDAR YANG DIA BETINA,
ISLAM TAK SEDAR YANG DIA ISLAM,
KAFIR TAK SEDAR YANG DIA KAFIR
DULU MASA AKU KECIK-KECIK JALAN BANYAK BERLUBANG-LUBANG TAPI BILA DAH DEWASA NI PULAK LUBANG YANG BANYAK BERJALAN-JALAAN !!!!
Mungkin mereka semua peng'kid'..
Atau mungkin mereka pun tak tau maksud peng'kid'..
Sudahlah penat aku nak dengo isu ni macam2
Salam,
Apa ke halnya bila Majlis Fatwa cuba mngharamkan perkara yang sudah haram hukumnya? Inilah yang telah menimbulkan polemik kerana umum mengetahui hukum lelaki yang menyerupai perempuan atau sebaliknya adalah haram...Jelas jadi buat apa dilayan puak-puak kuffar yang bercakap soal hukum Islam...Memalukan sahaja bila polis tidak mengambil tindakan yang tegas bila puak ini melakukan demo....
thx!
Salam,
Dalam UMNO pun ada pengkid, pasal tu dia orang diam saja.
Calon naib Presiden UMNO yang bertitle Datuk Dr Haji yang bertangungjawab tentang Hal Ehwal Islam pun hilang taring.
Polis tak tangkap pula demotrasi pengkid, mungkin budak-budak tu anak-anak orang BN kut.
Che' Bakar,
Saya nak ujudkan tabung fatwa.
Berapa sanggup kasi?
Anak Bulan
Bulan Penuh 2012
Fatwa yang dikeluarkan adalah atas perbincangan mendalam oleh ahli-ahli Majlis Fatwa. Hasil dari sebulat suara dari rundingan tersebut maka fatwa dikeluarkan. Jadi, mengapa harus dipertikaikan? Yang peliknya, ia dipertikaikan oleh bukan Islam. Atas tujuan apa mereka bangkang Majlis Fatwa?
budaya demonstrasi2 ni budaya PKR..jangan laa double standard pak bakaq..
ini lah masalahnya bila orang yang tak berilmu
cerita. masa tu mulalah buat andaian.
suka-suka buat cerita.
Ada yang komen ni bile mase pulak pertikaikan tak boleh buat demo. Tapi kalau dah demo tu di luar hak memang lah tak patut. Mereka sepatutnya sedar fatwa itu adalah untuk orang Islam. Kenapa mereka pula yang nak pertikaikan.
alahh.. yang rtm pi tayang olivia petang-petang tu tak ke menggalakkan pengkid?
p mampos lar lu..pas bayar brapa nie??
hang tak perasan ka dalam jabatan polis pun banyak pengkid?
tokpengulu
En Bakar,
Suasana yg tidak keruan skg ni saya fikir adalah peringatan ALLAH SWT kpd kita semua supaya jgn mengabaikan agama Islam kita yg suci ini..lihatlah apa dh jd dgn org Islam kita kat M'sia ni skg..semuanya kita ada..sebut saja..dadah,arak,zina,fitnah,rempit,mendapatkan rezeki tak kira halal/haram dsb..anak-anak tidak didik dgn sempurna kerana ibu bapa memberi tumpuan kpd kerjaya masing2..skg ini wang dan harta adalah segala2nya..org yg bercakap pasal Islam pun tidak memaparkan apa yg mereka perjuangkan(sebahagian lah)..maka jgn lah kita berasa hairan kenapa NGO yg tidak ada kena mengena dengan isu/fatwa ini pun boleh menyibuk..dan kita hanya setakat merungut sahaja..sepatutnya NGO ini dikenakan ISA kerana tindakan mereka itu boleh menjejaskan keselamatan negara andainya kita tidak berfikir rasional..
"Mengapa mengambil sikap berpilih-pilih atau selektif? Oleh kerana gerombolan itu bukan musuh politik mereka, mereka berdiam diri?" Ahli Parlimen Kubang Kerian itu mempersoalkan."
Laaarrr... Si kafir-kafir harbi yg menjelik-jelikkan Islam tu kawan-kawan seangkatan PAS dalam PR. Tentulah orang-orang UMNO keberatan nak menegur 'teman sekatil' PAS yang kafir laknatullah tu.
Lu ada faham ka?
Inilah masalahnya bila Dakwah Islam itu disekat oleh sesetengah pihak yang mempunyai kuasa dan peliknya mereka ini juga beragama Islam. Dakwah atau penerangan mengenai cara hidup Islam amat penting buat masyarakat Malaysia. Kerana ini yang terjadi bila yang bercakap ialah mereka yang tidak tahu tentang agama. Betulkan saya kalau ada agama2 yg lain didunia ini yang menghalalkan perempuan bertukar menjadi lelaki dan lelaki pula menjadi perempuan?
bila pulak fatwa agama islam ni melibatkan orang cina dan hindu?
kenapa diaorang lak yang terasa?
setahu aku,bila melibatkan fatwa, isu itu hanya membabitkan hal undang2 bagi org yg beragama islam jer..SAH MINAH2 NI BANGANG...bila lak kita ada majlis fatwa agama budha n hindu?
SEBAGAI MAKLUMAN KEPADA YANG BERAGAMA KRISTIAN, BUDDHA DAN HINDU..... FATWA YANG DIKELUARKAN OLEH MUFTI HANYA TERPAKAI KEPADA ORANG ISLAM SAHAJA. KENAPA AGAMA LAIN SIBUK-SIBUK PULA. NAK BERDEMO TU TENGOK ISULAH HOI.... LAIN KALI PERIKSA DULU. BODOHLAH PUAK-PUAK NI.