Sedap!! Klik gambar di atas!

Fatwa mengenai ISA

Posting blog ini sebelum ini menulis sekitar fatwa mengenai pengkid. Oleh kerana fatwa mengenai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) lebih diperlukan, saya menghantar pertanyaan mengenai hukum penahanan tanpa bicara kepada Setiausaha Majlis Fatwa Kebangsaan yang juga Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz. Salinan pertanyaan seperti di bawah (sila klik imej):

Sambil itu, saya berterima kasih kepada Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang tidak meneruskan perbuatan menipu orang-orang Melayu seperti yang dilakukan oleh sesetengah pihak, termasuk para pemimpin Umno, seolah-olah ketuanan Melayu memang benar-benar wujud.

Utusan Online hari ini melaporkan, Rais yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno mengingatkan orang Melayu bahawa mereka tidak boleh terlalu bergantung kepada konsep ketuanan kerana ia lebih merupakan perasaan atau ego politik yang tidak disokong oleh kekuatan dalam perjuangan atau peruntukan Perlembagaan negara.

Katanya, laungan ketuanan Melayu seharusnya dilihat daripada sudut kebolehan dan kemampuan, merit dan dedikasi terhadap tugas serta tanggungjawab mahupun disiplin politik.

‘‘Setakat mempunyai hak-hak keistimewaan seperti terkandung dalam peruntukan 153 Perlembagaan atau setakat kedaulatan terhad Raja-Raja Melayu, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, perkhidmatan awam yang majoriti Melayu, agama Islam sebagai agama rasmi – ini semua belum menjamin kekuatan semula jadi, jauh sekali mendaftarkan kekuatan Melayu itu sendiri,’’ tegasnya.





Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Assalamualaikum Tuan Penarik Beca. Di sini saya ingin mengemukakan hujjah ilmiah tentang pengharusan ISA dari sudut agama.

    1. Al-Imam al-Qarafi menyatakan: "Pemerintah adalah orang yang diserahkan kepadanya mentadbir seluruh urusan rakyat, menjaga kepentingan umum dan membenteras segala yang merosakkan, mengekang penjenayah, membunuh penderhaka dan mengukuskan penempatan rakyat dalam negara dan perkara-perkara lain yang seumpama dengannya ".

    2. Al-Imam al-Juwaini pula menyatakan bahawa di antara tanggungjawab pemerintah ialah : " Memelihara akidah dan amalan agama umat Islam sejauh yang boleh dilakukan, menghapus kekeliruan yang dibawa oleh penyeleweng agama, membanteras amalan bida'ah serta penganjur-penganjurnya".

    Daripada dua huraian yang dibuat oleh dua orang ulama ini dapatlah disimpulkan bahawa tanggungjawab pemerintah dalam Islam begitu besar dan luas. ia merangkumi kepentingan-kepentingan yang berkaitan dengan kehidupan dunia dan agama seperti keamanan negara, keselamatan nyawa dan harta benda penduduk serta kebajikan mereka, keselamatan akidah serta kemudahan menunaikan perintah agama. Bagi melaksanakan tanggungjawab yang besar ini, Ketua Negara sudah tentu mempunyai bidang kuasa yang diperlukan tanpa diikat oleh prosedur-prosedur ketat seperti dalam bidang kehakiman. menjelaskan hal ini, Imam al-Qarafi menyatakan :
    " Ketua negara mempunyai kuasa kehakiman dan kuasa mengeluarkan fatwa. ia juga boleh melakukan perkara-perkara yang tidak bersifat fatwa dan kehakiman seperti menghimpun tentera, mengisytiharkan peperangan, memungut hasil dan membelanjakannya pada tempat yang betul, melantik pegawai-pegawai, membunuh penderhaka, iaitu tugas yang banyak dan tidak boleh dilakukan oleh hakim dan juga mufti".

    Antara bidang kuasa yang menjadi tanggungjawab Ketua Negara ialah kuasa hisbah. Ini merangkumi tanggungjawab mengeluarkan perintah dan peraturan yang bertujuan menjaga kepentingan umum, menguatkuasakan peraturan-peraturan keselamatan negara, ketenteraman awam, ekonomi, pengangkutan, perusahaan dan sebagainya.

    Menjelaskan kuasa hisbah ini, Ibn al-Qayyim dalam kitabnya " at-Thuru al Hukmiyah" menyatakan :

    " Bahawa hukum-hukum yang dijalankan di bawah kuasa hisbah adalah merupakan hukum-hukum syarak. Hukum-hukum tersebut mempunyai kaedah-kaedah pelaksanaan di sisi syarak. kepentingan umat mungkin tidak dapat dijaga dengan sempurna tanpanya. Pelaksanaan seperti ini tidak memerlukan pendakwa dan orang yang didakwa. Jika prosedur sedemikian diikuti, maka kepentingan umat akan musnah dan sistem pemerintahan akan menjadi kucar-kacir. Pihak berkuasa boleh menjalankan kuasa ini berasaskan petanda-petanda dan alamat-alamat yang jelas serta hubungkait yang boleh dijadikan keterangan (circumstantial evidence )".

    Maka di bawah kuasa hisbah ini, pemerintah dalam Islam boleh menahan seseorang tanpa bicara atas sebab kepentingan umum dan keselamatan negara. menghuraikan persoalan ini, Dr. Saud bin Said ad-Duraib dalam kitabnya "at-Tanzim al-Qada' fi al-Mamlakah as-Saudiyyah" menyatakan :

    " Seseorang ketua negara dengan kuasa eksekutifnya boleh mengeluarkan perintah membekukan harta atau membelanjakannya. Ia juga boleh mengasingkan (memenjara atau memencilkan) orang yang boleh menimbulkan kekeliruan terhadap masyarakat seperti yang dilakukan oleh Saidina Umar r.a terhadap Sobiq bin Asal kerana usahanya mengelirukan orang ramai tentang al-Quran. Pemerintah juga boleh menahan dan membuang daerah sesiapa yang pada pandangannya boleh memudharatkan masyarakat."

    Para Imam mazhab telah membincangkan persoalan ini dalam kitab-kitab mereka seperti yang disebut oleh as-Syathibi dalam kitabnya "al-I'tisom" :

    " Sesungguhnya para ulama berbeza pendapat tentang keharusan memukul tertuduh dengan tuduhan jenayah. Imam Malik r.a berpendapat bahawa harus memenjarakan seseorang yang dituduh melakukan jenayah sekalipun pemenjaraan itu merupakan sejenis penyeksaan, malah sebahagian ulama maliki berpendapat bahawa memukulnya juga adalah harus. Hukum ini pada pandangan ulama Maliki samalah dengan hukuman menetapkan supaya tukang yang mengambil upah perlu menggantikan bahan yang diserahkan kepadanya oleh pelanggan (jika rosak atau hilang), kerana tanpa pukul dan penjara ketika ada tuduakn yang kuat, tidak mungkin dapat dikembalikan harta daripada tangan pencuri dan perompak. Ini memandangkan bukti keterangan kadang-kadang sukar diadakan. maka terdapat kepentingan umum untuk mengenakan seksaan terhadap tertuduh sebagai cara mendapatkan kembali harta yang dicuri dengan menunjukkan harta tersebut disembunyikan dan membuat pengakuan."

    Al-Mawardi dalam kitabnya "al-Ahkam as-Sultaniyah" menyatakan bahawa tindakan yang sedemikian hanyalah boleh diambil oleh 'Amir' iaitu kuasa eksekutif. Manakala Qadi atau hakim hanya boleh mengenakan hukuman seksaan setelah disabit tuduhan dalam perbicaraan di mahkamah mengikut prosedur keterangan yang ditetapkan oleh undang-undang.

    Adalah jelas daripada perbincangan para ulama ini, jika penahanan tanpa bicara diharuskan dalam kes harta benda, maka dalam kes-kes yang membabitkan keamanan dan keselamatan negara adalah lebih utama tindakan sedemikian untuk diambil. malah jika pemerintah berpendapat bahawa tanpa penggunaan ISA, keamanan dan keselamatan negara akan terjejas, maka pada ketika itu penggunaannya adalah WAJIB. Ini adalah berasaskan kepada satu kaedah usul fekah yang berbunyi " Apa-apa perkara yang tidak sempurna suatu perkara wajib itu melainkan dengannya, maka perkara itu adalah menjadi WAJIB."

    UNTUK MAKLUMAT LANJUT: Sila baca Risalah Isu Semasa , Pelaksanaan Siasah Syar'iyyah dalam Pentadbiran Kerajaan, yang ditulis oleh Y.Bhg S.S dato' Wan Zahidi Wan Teh, Mufti Wilayah Persekutuan, yang diterbitkan oleh JAKIM, tahun 2003.

    From- http://shamsuddinmoner.blogspot.com

  2. Baru nak sedar? lambat sungguh pick up puak2 ni. Orang dah kata lama dah, KETUANAN ISLAM tu lah yg Rasulullah saw ajar, melewati warna kulit dan bangsa.baru akan timbul kekuatan ummah.

  3. Syabas kerana sdr. telah menunaikan hak saudara utk bertanya fatwa pasal ISA

  4. pak bakaq,

    menarik juga isu ketuanan melayu..tolong hurai sikit konsep dan pelaksanaan ketuanan melayu..sejak bilakah melayu jadi tuan? dimanakah letaknya ketuanan melayu, dalam perlembagaan persekutuan kah atau pada perlaksanaan DEB kah ataupun pada konsep nya kah?

  5. wtf, y the Anonymous brag so much about all those tings.u tink ppl will look at those long stuff?

  6. Dear Penarik Beca,
    What about fatwa on a person who has been proven in court of having homosexuality relationship?Its only that his case was struck off due to technical aspect of the law."Even though reading the appeal record, we find EVIDENCE TO CONFIRM that the appellants (Anwar dan Sukma) were involved in homosexual activities and we are more inclined to believe that the alleged incident at Tivoli Villa did happen sometime, this court, as a court of law, may only convict the appellants if the prosecution has successfully proved that the alleged offences as stated in the charge, beyond reasonable doubt".
    Can he be the leader of a muslim nation?

  7. Ahmad Mazlan Osman atau Profit

    Yang bertanya lebih tahu dari yang ditanya.

  8. Ceramah Akidah 20hb Nov 2008 di Masjid Universiti Islam Pahang (UMP):Syeikh Dr Salim Ulwan(Mufti Australia) http://pondokhabib.wordpress.com

  9. Mana hujah balas daripada tuan pendakwaraya..?? ISA tu harus ke?

    Uiihhh...

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008