Sedap!! Klik gambar di atas!

Datuk Seri Najib, bolehkah pengecut jadi PM?

Bernama melaporkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, daripada segi pengisian tidak akan ada yang berubah, "mana yang baik yang dibuat oleh Pak Lah saya tetap akan teruskan".

Jika Najib hanya mahu meneruskan "mana yang baik yang dibuat oleh Pak Lah," persoalannya berapa timbun yang tak baik yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi? Itukah yang diisyaratkan?

Timbalan Presiden Umno itu turut memberi jaminan bahawa beliau sentiasa bersedia untuk diberi teguran jika ada kelemahan.

"Eloklah tegur menegur antara satu sama lain," kata beliau.

Kenyataan Najib mengingatkan kita kepada kenyataan Abdullah dalam sidang akhbar selepas Perhimpunan Agung Umno 2006 lalu. Perdana Menteri berkata: "Saya tidak akan mempersoalkan kesetiaan saudara jika ditegur. Akan ada salah dan silap tetapi apa yang penting adalah terus berusaha, menokok tambah apa yang kurang, yang tak elok diperelokkan, inilah maknanya".

Malah, beliau juga bertanya kepada pemberita: "Kenapa kamu kata saya tidak terbuka untuk dikritik?"'

Apa yang terjadi, sejarah akan berkata-kata sampai bila-bila.

Walaupun Najib berkata "eloklah tegur menegur antara satu sama lain," tetapi saya tidaklah hendak menegur. Saya hanya hendak bertanya, bolehkah Najib yang pernah dianggap pengecut oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggantikan Abdullah sebagai Perdana Menteri?

Malaysiakini 21/4/08 melaporkan, Dr Mahathir menganggap Najib "lemah dan pengecut". Berita Harian 9/10/08 pula melaporkan bekas Perdana Menteri berkata, beliau tidak tertarik dengan prestasi Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Di kampung saya, orang pengecut dipanggil "taik penakut". Maknanya, si "taik penakut" sudah ketagih, gian dan laluk dengan sifat penakut.

Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar pernah berkata, Najib mungkin dipandang paling berkelayakan untuk memimpin Umno oleh sebahagian ahli-ahli parti itu, tetapi beliau juga dipercayai dipandang tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri oleh sebahagian besar rakyat negara ini.

"Urusan Umno, hak Umno dan kita tak mahu campur tangan. Tetapi dalam urusan kepimpinan negara, rakyat menuntut pemimpin yang mempunyai integriti. Kita menuntut negara ini dipimpin oleh Perdana Menteri yang bukan sahaja bersih, tetapi dilihat bersih.

"Masalah terbesar yang dihadapi Najib ialah beliau tidak dilihat bersih," kata Mahfuz.

Pengarah Strategik PKR, Saifuddin Nasution pula menyifatkan Najib mempunyai terlalu banyak pekung di dada dan hanya menunggu masa sahaja. "Jika Umno boleh melakukannya kepada Abdullah, kenapa tidak Najib?" kata beliau. Abdullah bagaikan dijerkah supaya pergi cepat-cepat oleh mesyuarat Majlis Tertinggi Umno 18 September lalu.

Najib tidak berbeza dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, mungkin bersih tetapi tak nampak bersih. Bukan orang-orang pembangkang seperti Mahfuz dan Saifuddin sahaja bercakap begitu. Tokoh-tokoh BN juga mempunyai pandangan yang sama.

Malaysian Insider (MI) melaporkan, seorang pemimpin Gerakan menyifatkan Najib mempunyai liabiliti dan beban politik. "Reputasinya (Najib) tercemar dengan pembunuhan wanita Mongolia," kata beliau.

Beliau merujuk pembunuhan Altantuya Shaariibuu pada 2006 lalu.

Pihaknya, kata pemimpin Gerakan itu, bimbang adakah isu yang serius itu akan memburuk menjadi tamparan yang hebat kepada BN kelak.

Persepsi umum masih lagi dibelenggu dengan begitu banyak persoalan yang tidak pernah dijawab berhubung keseluruhan episod itu.

"Ia adalah satu liabiliti...bebanan politik yang akan memberi kesan kelak jika terbiar tidak diselesaikan terutama apabila musuh politik Najib begitu aktif, mungkin semakin kuat dan secara terbuka mensasarkan beliau untuk menghancurkannya," MI memetik beliau berkata.

Persepsi rakyat tentang Najib mungkin disimpulkan dengan baik dalam kenyataan seorang peguam yang juga bekas pemimpin MIC kepada MI: "Datang dari lubuk tercemar Umno-BN yang sama, tentulah kejujujuran dan integriti Najib diragui umum".

Mengambilkira pandangan tokoh-tokoh BN itu dan lebih dari itu, pandangan Dr Mahathir yang saya percaya "he means it" ketika berkata demikian, izinkan saya bertanya sekali lagi: Datuk Seri, layakkah orang yang tidak dilihat bersih, lemah dan pengecut menjadi Perdana Menteri?

Diharap tidak adalah polis datang menangkap saya lagi di waktu malam. Saya tidak menuduh Datuk Seri, jauh lagi menghasut. Malah, menegur Datuk Seri pun tidak.

Saya hanya bertanya, Datuk Seri. Harap-harap, sekadar bertanya tidaklah menjadi satu jenayah di dalam negara kita.

Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Salam pak bakaq haq,

    Sebenarnya najib perlu dimotivasikan. Suruh baca buku 'Dare To Fail' karangan Billy. Ada tiga jenis penakut yang dikemukakannya, tapi kemungkinan 'takut bini' yang paling ketara. Bagi sesiapa yang mengalami penyakit ini - berhenti jadi lelaki. Maaf cakap, penyakit ini sangat detrimental to the well being of a person. Namun, ada kawasan samar-samar di antara 'takut' dan 'sayang' bini. Kan ka?

  2. aku lebih suka ayat-ayat perenggan terakhir tu. takut pisang berbunga dulu pastu baru berbuah..fikir-fikirkanlah



    Mengambilkira pandangan tokoh-tokoh BN itu dan lebih dari itu, pandangan Dr Mahathir yang saya percaya "he means it" ketika berkata demikian, izinkan saya bertanya sekali lagi: Datuk Seri, layakkah orang yang tidak dilihat bersih, lemah dan pengecut menjadi Perdana Menteri?

    Diharap tidak adalah polis datang menangkap saya lagi di waktu malam. Saya tidak menuduh Datuk Seri, jauh lagi menghasut. Malah, menegur Datuk Seri pun tidak.

    Saya hanya bertanya, Datuk Seri. Harap-harap, sekadar bertanya tidaklah menjadi satu jenayah di dalam negara kita

    tokpengulu

  3. boleh pak bakaq... malaysia boleh... bontot kuali pun boleh jadi ketua pemuda umno... janji banyak kepala agong nak dikongsi...

  4. bakaq.. kesian hang.. nak menulis tapi takut juga kena tangkap.. aku pon doa hang tak kena tangkap...kesian hang!

    Patriot Selatan

  5. bakaq..tun m sebenaqnya nak kata najib ponen,takut kat bibi sama..

  6. bakaq..tun m sebenaqnya nak kata najib ponen,takut kat bibi sama..

  7. Salam !

    Saya faham perangai Najib tu, semangatnya hanya ada pada siapa yang ada di kelilingnya saja, pernah jumpa diapun dulu dan faham sangat perangainya, kalau tak percaya boleh test, ada cara dia jadi panik dan kaku, yang baik pulih semangat dia hanyalah orang kelilingnya, sebenarnya dia tidak punta kekuatan pribadi

  8. alahaiiiiiiiiiiiiiiiiiii..
    pak bakaq tlg siasat siapa tuan empunya blog.antihusam

  9. Bakaq, hang kalau nak tulih, tulih betoi betoi...toksah sikit sikit ketaq...sikit sikit ketaq..takut kena tangkap la, takut itu la..ni sahih style sebijik macam najib..takut bini, peeeeeraahhhh..bakaq, hang pun sama.

  10. Bungaraya berseri-seri dan mengeluarkan haruman yang berkekalan,..lalu berkata-kata,
    Betulkah Pak Najib pengecut? Atau takut bini? Jangan mudah membuat tuduhan melulu tanpa usul periksa. Dan hanya berdasar prasangka. Sesuka hati. Jangan jadi orang melayu yang hilang kemelayuannya. Dan jangan jadi orang islam yang hilang keislamannya.

  11. mudah untuk berkata2..tapi payah nak bt.kita boleh tuduh org..tapi kn siap ngan bukti..jgn suka2 tuduh.kebayakkan tulisan anda lebih kepada propaganda politik.kamu kn ingat..kebanyakan kata2 mahathir banyak yg tersirat dari tersurat..so bt kajian dahulu lepas tue baru tulis n bagi rakyat biasa macam kami ni baca.peace yo

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008