Sedap!! Klik gambar di atas!

Tok Guru Mursyidul Am kena "ISA"?!!

Dalam posting bertajuk "Moral tu apa menatang?", saya melaporkan:
Khabar angin yang bertiup kencang di Markaz Tarbiyyah PAS Taman Melewar semalam mendakwa ada orang tertentu yang mengarahkan Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman supaya menyiarkan ulasannya mengenai apa yang diriuhkan akan berlaku pada 16 September ini di muka hadapan Harakah keluaran yang akan diedarkan esok atau malam ini.

Entahlah. Nama pun khabar angin.
Saya tak panjang-panjangkan kerana orang menyuruh saya menganggap cerita itu sebenarnya khabar angin yang bertiup kencang dan lancang. Orang juga menuduh saya nak memulakan sekali lagi siri fiksyen politik serta fitnah jahat dalam blog ini - walaupun apa yang dianggap fitnah jahat sehingga nak disaman itu akhirnya dapat dirasa juga betapa kencangnya tiupan angin yang menyebabkan pohon bergoyang.

Saya juga mengambil keputusan tak nak lapor sangat kisah tiupan-tiupan angin kencang kerana setiap kali saya melapor, akhirnya Mat Sabu akan dituduh sebagai sebagai pembocor rahsia.

Saya dah ulangi penegasan dalam "The villain has rested his case lah!!"

Kerana posting itu, saya dimarah teruk oleh penyokong-penyokong Mat Sabu (sesetengahnya jenis pak yet of the highest order yang hanya tahu mengangguk dan tak bertulang belakang untuk memberi pendapat sendiri. Kalau hampa angin satu badan dengan aku, silakan). Saya tegaskan bahawa saya telah memberitahu Mat Sabu dan beberapa rakan lain bahawa saya tak akan ambil maklumat dari mereka untuk ditulis dalam blog ini.

Sebabnya mudah sahaja. Bila orang suruh saya bersumpah "waLlahi, wabiLlahi, wataLlahi bahawa maklumat itu bukan dari Mat Sabu, Husam Musa, Salahuddin Ayub, Mahfuz Omar, Ustaz Idris Ahmad atau Mohamed Hanipa Maidin (nama yang kebetulan disebut Abdullah Abdul Karim di sini - untuk makluman, Dolah ialah sahabat yang saya kasihi dan hormati hingga saat ini. Dolah tak saya salahkan. Itu saja saya boleh kata)," bila orang suruh saya sumpah begitu, saya tidak teragak-agak untuk bersumpah.

Saya tak suka mereka dapat bala kerana saya. Jadi mangsa witch hunting.

Memang, saya dah ulangi penegasan dalam "The villain has rested his case lah!!". Tetapi terkejut belacak saya apabila sudah tersebar berita Tok Guru Mursyidul Am kena "ISA"! Baca apa yang Sebol tulis di sini.

Memang, ada orang telah forward SMS di bawah kepada saya:
khabarnya (TG) Nik Aziz kecewa hrkh x siar penuh 'bidasan' penuhnya pd (Haji) Mustapha (Ali). katanya Mustapha blh hrkh siar dua muka intbiu. dia punya kytaan x ambik semua. mcmna ni?
Saya ambil keputusan tak nak panjangkan. Bukan sebab saya baik (sejak bila pulak aku ni baik!). Tapi sebab saya tak larat dah dengan witch hunting. Siapa bocor maklumat kepada bakaq? Bab saya kena maki hamun sekalipun, saya tak kisah. Macam-macam orang kata kat saya. Sampai sebut api neraka. Lantak pi lah. Tapi yang saya tak tahan ialah witch hunting.

Dalam posting "Moral tu apa menatang?" juga saya kata:
Biar kebebasan bersuara bercambah dalam PAS. Takut perpecahan? Hanya yang tidak berprinsip yang takut kebebasan bersuara. Abang adik bertengkar sampai terdengar dek jiran sekalipun, takkan nak tebang tiang rumah kot!
Memang la, Cik Gu Pa nak bersuara, biarlah. Apa hal nak menggelejat sangat dan luku-luku maruah dia? Hujah lawan hujah la. Khalid nak bersuara, biarlah. Hujah lawan hujah. Tok Guru Mursyidul Am nak bersuara, biarlah. Hujah lawan hujah. Apa hal nak kudungkan jangkauan suara dia?

Jangan lupa, Almarhum Ustaz Fadzil Noor pernah sebut bila kerajaan Umno mengamuk dengan ISA 1987 dulu kalau tak silap: "Hujah lawan hujah. Ceramah lawan ceramah. Kaset (kaset ceramah) lawan kaset. Ni kaset lawan ISA!"

Jangan kudungkan jangkauan suara Tok Guru Mursyidul Am!

Bila dikudungkan, macam-macam hal berlaku. Selain beberapa sebab lain, saya mengaku bahawa periuk nasi saya lintang pukang sampai sekarang bila Harakah dikudungkan kekerapan keluarannya selepas pilihan raya umum 1999 lalu. Dah dekat 10 tahun aku miskin (Jangan silap faham, aku bukan nak mintak duit sesiapa atau nak claim apa yang aku memang tak kelapaq dah nak claim - walaupun sejak Disember 1986, walaupun maruah aku tidak lebih dari nilai kupang tembaga (duit satu sen) di mata keluarga yang aku kasihi. Advance RM5,000 aku akan bayar ansur-ansur melalui tulisan yang akan aku terus bagi kat hampa. Insya Allah, aku tak akan makan duit hampa - ini tiada kena-mengena dengan Harakah atau kompeni yang sewaktu dengannya).

Bila jangkauan suara Tok Guru Nik Aziz dikudungkan, adakah saya akan buat tak tahu?! Aku ni apa?! Memang la aku tak pernah bawak tempurung mintak sedekah kat Tok Guru Mursyidul Am atau cari peluang tidur atas riba dia nak mengorat projek. Tetapi, adakah aku akan buat tahu?! Aku ni apa?!

Saya ni dok melengung ni, shall the villain strike back? Hampa tak payah pening-pening nak jawab. Lantak pi kat aku lah! After all, who cares?!!
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Bang Bakaq,

    Saya mewakili kawan baru saya topeng perak, nak minta updatekan rss "Perisik Rakyat" kepada

    http://feeds.feedburner.com/perisik-rakyat

    Dia dok piindah randah, sampai tak terkejar URL rss yg baru, jadi aku ajar dia feedburner.

  2. Pak bakaq,
    izinkan saya memberi pendapat.
    Teringat peristiwa isra mikraj.Ketika Rasulullah s.a.w di izin Allah s.w.t masuk melawat neraka.Bila Rasulullah masuk api nerakapun padam.Apa peranan kita sebagai umat dia?Harga petro mahal pak bakaq!Kita guna air boleh kot?Almarhum Ustaz Fadzil Noor pernah membaca sebuah hadis,diparlimen pulak tu.Antara bunyi hadis tu kalau saya tak silap berbunyi"Fitnah itu tidur".Tolong perbetulkan saya pak bakaq.
    Terima Kasih.
    Isa

  3. alahai eden sajo2 poe kl hari ni dari gomeh,tau2 ado tok guru kek tmn malewa,den pon poe la buko poso di situ hah,sodap yo,lopeh traweh lai sodap den dongar tok guru nik aziz yang di kasihi,eden memang goram bonar tengok cikgu pa muka dopan harakah hari tu,hari ni bilo den dongar tok guru togor cikgu pa,pueh hati den,den takbir kuek2 tadi,mano buleh pj satu negori yang kuek pas macam trengganu buleh keluar kenyataan macam lawan keputusan muktamar,walau den ni dok di negeri9,negori lomah tapi den ni ikut la jugo jamaah ni,faham la jugok sikit sebanyok pase jamaah ni,ingat jiwo cikgu pa ni dah nak gi ke umno lo,nasib baik nasha dah gi umrah,lotak jawatan yolah cikgu,kalo pimpinan umno salah guna utusan,berita harian,cikgu dah salah guno harakah,eden nak beronti boli harakah selaei cikgu dok situ,

  4. kenapa lah cikgu pa boleh jadi gitu yer?tak yah lah cikgu ,dah la,berikan aja jawatan cikgu tu pada anak muda lain di trengganu tu,lepas tu cikgu hallo sepatah kat ustaz nakhaei beritahu dia yang cikgu memang silap sebab tak ikut dia dulu,idea dia lah yang bagi kat pas supaya pengarah pilihanraya pas pusat jadi ahli dewan harian supaya dia boleh ikut serta,

  5. POK AMAI AMAI BELALANG KUPU2
    BUAT RAMAI2 SORANG DIRI SIPU2
    NASIB LA CIKGU KAWAN2 CIKGU DAH LARI DAH,MAKIN TERSERLAHLAH PENDEDAHAN PENARIKBECA DI PERINGKAT AWAL,SAMPAI NAK DI SAMAN,SALAM MAAF ZAHIR BATIN PAK BAKAR,TERUSKAN KERJA ANDA UNTUK KEBAIKAN PAS,ALLAHUAKBAR.

  6. Bakaq,

    Bila baca tulisan hang ini teringat aku kat Malek Husain. Isu-isu macam ini suka betul dia...

    20 tahun dulu lagi aku memang dah tak senang dengan perangai puak-puak tu. Tapi dia orang kata aku orang Nakhaie..

    Walaupun aku ni depa kata luk laq, tapi dah 5 kali aku ngundi tak pernah sekali pun aku pangkah BN. Hari-hari aku bergelemak dengan orang UMNO tapi, aku tak pernah nampak UMNO tu betoi..

    Awat dia yang duduk bawah ketiak Tok Guru, terliok sampai macaam tu sekali dengan UMNO.

    Astarg'firullah....................................(ngucap panjang)

  7. Rahim

    Ikhlas cakap 4.48 pagi Ramadhan ni dan Allah jadi Saksi - aku percaya semua hang kata dalam para 2 dan 3.

    yang para 4, bab hang tanya awat tu, aku tak dapat nak kata apa.

    banyak sejarah yang aku ingat. sejarah tu aku malas nak ingat. orang parit, bota, lambor, kuala kata "tak sio aku!"

    org tg malim kata apa?

  8. Selepas 20 tahun baru sah!

    Orang putih kata.. mole.. agent.. spy.. undercover.. under payroll.. trojan

    Nak biarkan saja?
    Terpulang kepada jemaah PAS untuk tindakan selanjutnya.

  9. Salam Penarik Beca.
    Ala kullihal ini lah perjuangan kehidupan bagi insan di bumi Melayu yg sedang terhakis kemelayuan dan keislamannya di badai gelombang demokrasi hegemoni Amerika.
    Kepimpinan Pas berada di persimpangan jalan. Satu golongan yg mahukan Anwar menjadi PM dgn cara apa sekalipun. Hanya dua matlamat utama Anwar PM dan menghancurkan Umno yg sedang nazak. Golongan ini di dukung oleh para doktor perubatan, jurutera dan politikus.
    Golongan kedua yg mahukan insan Melayu menjadi PM bukan Anwar, muqabalah dgn Umno dan menghancurkan Umno yg sedang nazak dan akan di talkinkan dengan SIAPA TUHAN KAMU? SIAPA NABI KAMU? SIAPA IMAM KAMU?
    Golongan kedua ini terdiri dari para ustaz, politus jadi2an dan politikus veteran.

    Golongan ketiga yang hendak meneruskan perjuangan Sirat ul-Mustakim tiada pemimpin yg hendak memimpin. Golongan ini hilang arus dalam gelombang politik era PRU12. Golongan ini menunggu pemimpin yg sanggup menongkah badai hegemoni Amerika dan sekali gus menguburkan umno dan mengharamkan kewujudan pertubuhan umno dari pendaftar pertubuhan Malaysia.
    Ala kulli hal inilah senerio perjuangan bangsaku Melayu yg sudah hilang jati dirinya. Dan semuanya menuju alam akhirat.

    Pada hari kiamat, setiap insan akan dibangkitkan dalam bentuk yg sesuai dgn kadar akhlaq serta kebiasan yg tertanan dlm jiwanya. Apabila termasuk dlm golongan yg suka beribadah dan telah sampai makam makrifah,ia akan dibangkitkan dgan wajah yg bercahaya. Namun, jika termasuk dlm golongan orang umum seadanya, ia akan dibangkitkan dlm rupa manusia yg hanya memiliki cahaya pada kedua kakinya sahaja. Dan jika tidak termasuk dlm golongan yg suka beribadah, ia akan dibangkitkan dlm bentuk kebiasaan sebagaimana kehidupannya di dunia. Ia tidak akan di bangkitkan dalam rupa manusia.
    RAMADHAN KAREEM.

    Ja'far Ahamadi Bukit Bintang

  10. salaam,

    dulu Mustafa Ali yang melukut ke Umno setelah darah Ibrahim Libya meleleh.

    kini, sekali lagi mahu melukut?

  11. pak bakaq,

    menarik sungguh perkabaran drp melewar kali ini...lebih menarik drp kabaran sibedul jumpa paklah.

  12. Orang Tanjung Malim kata :TOK SIR AMBO.....
    SIR(KELANTAN)= SIO (LOGHAT PERAK)....sebab ambo ogheng Tg Malim Peghak dah jadi rakyat Kelate...samalah tu dari Sungkai sampei ke Tanjung Malim cakap tak sio juge Pak Bakaq oi...kecuali yang angin KL...

  13. OOOOOOOOOOOiiiiiiiiiii apa dah jadi,sian kat teman2 di harakah kerana pengerusi lembaga harakah buat hal camtu,walau apa pun kita caya harakah bawah ahmad lutfi memang hebat,teruskan kerja2 anda dan yang penting jadi lah penyambung kepada apa jua yang telah di putuskan muktamar,kerana muktamar adalah syura paling besar dalam pas,mungkin cikgu pa tertidor waktu muktamar atau dah hilang ingatan,dia dah terkeluar dari sifat2 yang wajib ada pada seorang pimpinan.

  14. Salam untuk Bakaq.

    Teguran Tok Guru Nik Abdul Aziz sepanjang tu kepada Cikgu Mustafa Ali adalah ditulis oleh Anual Bakri Haron (SUP MB).

    Memang kerja Anual menokok tambah menjadikan sebuah cerpen. Banyak yang dikatakan tulisan TOK Guru adalah ditulis oleh Anual Bakri.

    Kerja SUP hanya menulis, mecetak dan menjual buku.

    BUDAK MB

  15. 'Buat mereka yang belum sedar'

    Jawablah tangan
    apa yang kamu telah kerjakan
    Jawablah akal
    apa kah tipu daya yang telah kamu usahakan
    Jawablah hati
    apa yang telah kamu titipkan untuk rohmu
    Jawablah kaki
    kemanakah hala tujuan sehingga terus berlari
    mengejar yang tak pasti

    Tidakkah kamu sedar
    segala gelagat kamu diawasi
    Tidakkah kamu sedar
    bahawa segala nya akan berakhir
    kerna kiamat itu hampir

    Adakah kamu belum sedar atau
    adakah kamu masih boleh menguntum senyuman
    dibalik bunga-bunga dosa
    darah nanah di hidang
    menjadi makanan generasi kamu

  16. Daripada Rasulullah (s.a.w.w): "ALLAH azzawajalla berfirman: 'Urusan kamu adalah dengan warak, ijtihad, menunaikan amanah, benar di dalam perkataan, lama sujud, rukuk, tahajud di waktu malam, memberi makan dan memberi salam.'"

    Sesiapa yang bersumpah (halifa) dengan (nama) ALLAH dalam keadaan berbohong (kadhiban), maka dia akan menjadi kafir (kafara). Sesiapa yang bersumpah dengan (nama) ALLAH dalam keadaan benar (sadiqan), maka dia berdosa (athima) kerana ALLAH berfirman dalam Surah al-Baqarah(2):24 'Dan janganlah kamu menjadikan (nama) ALLAH dalam sumpahmu sebagai penghalang untuk berbuat kebajikan '.

    BERKATALAH BENAR SEKALIPUN MEMBINASAKAN DIRI ANDA KERANA ITU ADALAH KEJAYAAN ANDA, TINGGALKAN KEBATILAN SEKALIPUN IA KEJAYAAN ANDA KERANA IA PADA HAKIKATNYA ADALAH KEBINASAAN ANDA.

    *Apabila anda selesai daripada sholat anda, maka katakanlah: Wahai Tuhanku! Wahai Penutup segala keaiban dan Pendengar segala suara (Allahumma Ya Saatira l-‘Uyaub Ya Saami‘a Kulli Sautin)

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008