Sedap!! Klik gambar di atas!

Timing Anwar, timing Tok Guru

Khabarnya Tok Guru Presiden PAS masih enggan menandatangani persetujuan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim menubuhkan kerajaan jika beliau mempunyai bilangan yang mencukupi. 16 September lalu khabarnya jumlah sudah cukup. Tetapi bilangan Ahli Parlimen yang beragama Islam terlalu sedikit. Khabarnya.

Apabila Ahli Parlimen yang beragama Islam terlalu sedikit, dikhuatiri institusi-institusi lain yang juga mempunyai suara dalam pembentukan pemerintahan negara tidak akan bersetuju.

Masa dan perkembangan kini, khabarnya, memihak kepada perancangan Anwar. Muktamadnya peralihan kuasa dalam Umno kepada Datuk Seri Najib Tun Razak sudahpun diisytiharkan sebagai "sangat baik kepada kami" oleh Pengarah Strategik PKR, Saifuddin Nasution.

Saya telah lama diberitahu bahawa perancangan Anwar antara lain terjejas dan terpaksa ditangguhkan kerana keengganan beberapa pemimpin kanan PAS untuk berkerjasama. Entah benar entah tidak manalah saya tahu.

Saya juga tak tahu apa persetujuan yang dicapai dalam pertemuan antara Tok Guru Mursyidul Am, Tok Guru Presiden dan Anwar di Kota Bharu. Lagi pun, saya difahamkan, bukannya Tok Guru Presiden tak nak sign langsung. Dia nak sign. Tapi, tunggu lepas mesyuarat para pemimpin PAS 6 dan 11 Oktober ini. Selepas itu, mungkin dia sign. Dia tak pernah kata pun dia tak nak sign langsung.

Sebab itulah saya tak kisah sangat. Kalau cakap masalah timing sekarang yang terbaik menurut perkiraan Anwar, mungkin selepas itu timing lagi baik. Mana nak tau.

Lagi pun, mungkin Tok Guru Presiden berkata dalam hatinya, dulu anta semua bising sangat ana jumpa Umno tak ada keputusan mesyuarat, sekarang ana nak tunggu mesyuarat. Sebab itulah, kali pertama saya mendengar cerita itu, saya tak tulis.

Lainlah kalau berkendak dalam gelap dengan pemimpin-pemimpin Umno tanpa keputusan mesyuarat. Kalau main belakang macam tu saya tulislah.

Itupun saya tak panjangkan lagi cerita - termasuk apa yang dihebohkan sebagai perjumpaan 8 September lalu.

Saya belum pernah melihat orang berbohong dengan begitu selamba. Saya juga belum pernah melihat muktamar yang ditukarkan menjadi pesta pembohongan yang jijik. Saya belum pernah tengok semua tu dan oleh sebab itu saya tak nak tengok.
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. kalau pasal tu... letak jawatan je lah haji hadi tuh... sungguh....

    kalau pun lagi ramai yang bukan islam.. kenapa?
    nak buat undang-undang pun... masih belum buleh, bukannya mereka tetiba jadi 2/3...

    yang penting, pas tu... kena usaha keras untuk menang... dan berkhidmat dengan cemerlang... sampai orang bukan Islam dekati pas kerana pas.. bukan kerana pkr atau dap...

    ini tidak, masa ada peluang beri jawatan senator kepada bekas calon dari kelab penyokong pas india tuh... tak beri... itu lah masanya menunjukkan ikhlasnya pas dalam membantu semua golongan.. bukan hanya pandai duk menyapu balak macam amnu...

    sungguh aku cakap... pas lembab... harapkan fasal lima saja... kalau korang lembab.. maaf la... aku takleh jugak nak sokong gitu-gitu...

    sebabnya, walau pun ada niat nak tegakkan negara Islam.. tapi kalau kaedah menjurus terus kepada kegagalan.. tiada berkemampuan... takde guna.. macam sorang lelaki minat kat sorang pompuan... tapi.. tidak pandai nak memikat, bengap pulak nak menambat hati mak bapak budak tuh... bila nak berjaya?? kena pula... sesekali ada 'ter'pergi isap dadah, curi ayam... lagi la susah...

    tingkat kan kemampuan, tunjukkan keikhlasan, dan... jangan terlalu gelojoh nak serang peribadi... perbaiki diri itu lebih baik...

    el

  2. salam

    entahla pasal mende macamni.dah berapa tahun PAS wujud?dalam tempoh tu berapa banyak non-muslim didakwahkan kepada keindahan ISLAM?dalam tempoh bekerjasama dengan komponen parti pembangkang, berapa banyak MP parti pembangkang dapat eknal betul dengan islam?

    sebab banyak sangat menghukum orang tu tak islamik..tak islam tapi b ukan nak cuba mendidik pun.poendekatan tak kena..tahu menghukum nak tegak negara islam.kalau buat negara islam tapi pendekatan tak kena..alamatnya jadi kosmetikla negara islam perjuangan PAS.Patutla ada sesetengah yang mendakwa pakai serban je lebih sampai tertutup minda tu (tak semua hanya segelintir)patutnya puak2 macamni belajar pendekatan dan hikmah macam TGNA tak pun Ust. Usman Muhammadi (pendekatan kepada golongan non muslim)

    wasalam

  3. el... lidah tak bertulang.

    Pemimpin sejati wajib buat keputusan jika tak mampu mesti mesyuarat dengan semua ahli mesyuarat demi masa depan ummah dan agama Islam.
    Anwar tak apa dia pemimpin yg cita2 besar menjadi PM. Jamaah fikir beliau orang2 berpendidikan Washington. Beliau wajib menentukan masa depan beliau di saat Washington menghadapi krisis kewangan dunia dan kemajuan teknologi tenaga nuklear Iran.

    Ja'far Ahmadi, Bukit Bintang

  4. el.
    Hang ni tak serang peribadi ke? Siap serang Tuan guru lagi.

    Pooodaaahhh

    AL

  5. bodohnya... apa yang aku serang peribadi dia? ada aku sebut pasal buruk laku dia ke? macam korang duk kata dolah pegang tangan betina? macam korang duk jerit altantuya bila nampak najib?
    pegi sekolah lah...

    jangan kerana sokong pas butakan mata korang dari kelemahan corak pemerintahan pas...

    pas gagal dalam pemerintahan kalau nak disebut secara menyeluruh.. jangan nak kata pas lebih baik dari amnu... tidak ada guna kalau setakat lebih baik dari benda yang sangat buruk lah... itu belum menjadikan korang cekap...

    wakil rakyat pas.. hahaha... cuba-cuba bawak belajar saikologi sama... pengurusan juga... dan yang penting... harus lah bawak-bawak amek tau pasal berita dunia... ada wartawan dari media pas sendiri meluat ngan sesetengah pemimpin pas... kalau nak tanya pendapat pasal isu semasa.. mesti nak kena jelaskan dulu pasal isu tu.. pasal mereka tak tau... banyak sangat boikot paper kot...

    tapi nak wat cemana... orang pas ni... maksum.. takleh nak tegur kan? tegur sikit... orang tu lidah tak bertulang lah... hahahahha...

    el

  6. Aku rasa PAS tak brape bijak dlm hal ni, tgk statent TGHH dlm star melayu kat SINI aduh2 pening bila baca. Tgk plak cara org bijak mengutarakan pendapat pasal isu 3M ni 3M-Syarat yg dikenakan oleh PAS Kalau tak setuju kena la kasi tau sbb kenapa tak setuju, kalau setuju pun kena la kasi tau kenapa mcm yg Khalid Samad buat. Baru ada perbandingan.

    Takkan semua perkara nk ikut ijtihad/istikarah ulama semata mata? Kalau begitu, tak payah la ada perancangan. Semua berserah pada takdir senang cerita. Mesti kena ingat, mana ada org maksum. Semua boleh ditegur! Ini dah seakan menuju ke jln amnu. Itu la masalah nye org melayu nih. Kadang2 pemimpin tak salah, cuma pengikut duk angguk yes sir/yes tok yg menjadikan masalah problem sebenarnya.

  7. Bakaq,

    Aku baca YB Khalid punya ulasan pasal 3M ni cukup baik. Teringin aku nak sembang dengan hang dengar cerita ini.

    Sekarang ini nampak beza betui dari zaman aku dulu.Dulu kalau tak setuju pun taklah sampai macam ini..

    Awatnya Bakaq...

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008