Dulu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar mendakwa akan berlaku demonstrasi besar-besaran di Parlimen pada 14 Julai 2008 ketika usul undi tidak percaya percaya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hendak dibentangkan. Laluan ke Parlimen disekat seolah-olah Parlimen telah menjadi zon perang:Padahal tak ada siapa rancang pun:
Akhirnya "perang" di dalam Dewan Rakyat:
Syed Hamid pula dikepung, risikan menatang apa tu? Menggelejat juga nampaknya:
Kali ini, wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) "untuk keselamatannya", kata Syed Hamid.
Pemberita pun "not above the law," katanya. Ahmad Ismail?:
Kerajaan Barisan Nasional tak salahgunakan ISA. Ada faham? Dengar ni:
bakaq a.k.a ~penarik beca teringin sungguh nak percaya Menteri Dalam Negeri! Rasa-rasa macam ada perbezaan antara kenyataan di atas dan di bawah ni (Laaa!! Hang pun kena, Din! Hang pun Din... Hang tak tau ka, 14/7/08 dulu Syed Hamid tak pernah buat andaian, mereka-reka cerita dan membangkitkan kegelisahan dan lebih bertanggungjawab. Kalau tak ada berita, jangan sampaikan berita yang cuba menggugat, mengelirukan pandangan rakyat jelata!!):










Cantik? Klik 






Salam Tuan!
Saya dah buat ulasan dalam post saya di blog saya.Harap dapat tuan luangkan masa untuk jenguk dan beri komen tuan.
TQ!
Salam Tuan,
Sekarang apa pula yang akan di bentangkan? ada tak lagi bantahan dan demotrasi jalanan semperna 3 orang yang di tangkap tu?
Salama mesra,
Teresa kok telah membuat penafian terhadap isu azan di dalam blognya beberapa hari sebelum di tangkap...
dalam blog tersebut pihak jawatankuasa masjid yang di dakwa di paksa memperlahankan azannya juga telah mengeluarkan satu kenyataan yang teresa kok tidak terlibat.
semuanya boleh di dapati di dalam
http://teresakok.com
penyebar sebenar cerita tak betul ini datangnya dari www.pembelamelayu.com dan telah secara halus meminta maaf atas laporan isu azan yang tidak di selidiki secara mendalam...
surat petisyen yang pembelamelayu tunjukkan tidak mempunyai tanda kepala muka surat pejabat teresa kok...itu semua inisiatif penduduk sendiri...
sebarkan...
Tuan,
Hari ni semua orang panggil Bang Bakaq "Tuan".
hehe
Tuan
Kee kEE Kee
salam, Tuan
Kee Kee Keee
ISA hanya untuk pemimpin pembangkang. Pemimpin BN/UMNO cakapla apa saja. Sure selamat punya. Ni la hakikatnya...oh Malaysiaku tercinta!
Abang beca, abang beca....(dah lupa lirik seterusnya)...saya nak maklumkan pertukaran alamat blog saya ke:
http://tehsinalwaysbetter.blogspot.com dan pertukaran nama kepada Better in Time...nama lama: Me...Only Better....
terima kasih daun keladi....
Kalau tuan teringin nak percaya, saya tak KEBULOG NAK PERCAYA..
Betul la camne nak percaya cakap menteri ni. Tak kan keputusan sebegini besar kesan pada negara dia kata tak nak 'intefere' Apa punya menteri, bila dah tersilap mula la nak tai chi-eh baik tak payah jadi menteri, awak tu di lantik untuk pegang amanah supaya keadilan terjamin. Woi--letak jawatan la, sebab senang je kena kelentong polis, tengok tengok lah sikit dalam polis tu ramai sangat yang nakal, dah banyak yang tak betul tapi nak percaya juga bulat bulat.Entah la Pak Syed.....
salam Tuan,
AnakSyed AlBar ni cuba untuk menjadi populish, lahni di Bhg dia pundah terumbang ambing. Setakat ini tewas 1 cawanagan yg tidak menyokong dia. Kalau ini jadi realiti, karier politiknya akan berakhirdilanyak oleh Daeng Malek. Dulupun dah hampir nak tsunami politiknya. Beliau tak mendatang kan hasil...Anak Johor yg gagal mempertahankan Batu Putih, .... Hampehhhh!!!!
depa lawak je tu :)
Bang peratikan TDM.dia ni paling bahaya bila takde jawatan.dia tidak menggunakan kelebihan akal yg diberi Allah untuk kebaikan.jgn bagi pisang buah dua kali.salam
Dosa pada Allah S.W.T boleh minta ampun.Dosa pada manisia (melayu,cina dan india)???
tq,isa
sejak gari ISA berada di tangan pak ameed, satu macam bunyi suaranya. egois. lupa daerah dan tak ingat diri.
kadang2 cakap dan amalan boleh makan tuan.tidak sekarang sehari dua lagi. tidak pun seminggu dua lagi
doa orang kena zalim tidak ada hijab ke hadhrat Tuhan.