Sedap!! Klik gambar di atas!

Tanya la, tak payah lokap-lokap

Saya tidaklah meminta orang lain dijejaki, ditahan dan disumbat ke dalam lokap. Saya hanya memohon layanan yang sama rata.

Saya juga teringat apa yang dibangkitkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang pada pandangannya, para pemimpin hanya mengambil tindakan terhadap orang-orang Melayu sahaja.

"Tulisan dalam memo Hindraf ini bukan sahaja racist tetapi juga "seditious"(hasutan).

"Seorang penuntut universiti Wee Meng Chee telah perlekehkan Negaraku dengan mengguna lagu Negaraku tetapi dengan lirik yang mempermainkan sembahyang dan azan orang Melayu (Islam). Azan dijadikan duet lagu cinta.

"Apakah mereka dikehendaki memohon maaf? Apakah pemimpin mereka dikehendaki memohon maaf? Jauh sekali.

"Sebenarnya Wee dipertahan oleh pemimpin-pemimpin parti Cina dan anggota Hindraf dibebaskan daripada tahanan dan ada yang dengan bebasnya bertanding dalam pilihanraya dan menang menjadi wakil rakyat," katanya.

Saya tidak minta Wee Meng Chee dijejaki, ditangkap malam-malam buta di hadapan anak isteri seperti saya (terkejut habis depa, tertekan dan kecewa) dan selepas itu disumbat ke dalam lokap. Saya hanya ingin bertanya, apa salahnya Sheih dan saya dipanggil Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan (JSJK) untuk memberi keterangan tanpa dijejaki, ditangkap, digari (walaupun untuk prosedur), direman dan disumbat ke dalam lokap?

Ihsan Waejo

Memang saya berterima kasih dengan layanan yang professional dan berhemah ketika di JSJK. Tetapi, alangkah leganya kalau diminta hadir untuk memberi keterangan seperti Meng Chee (lihat laporan Malaysiakini 23/9/08 bertajuk "Penyanyi 'Negarakuku' disiasat polis"). Kalau diminta hadir seperti itu, saya akan pergi. Saya percaya, Sheih juga akan pergi.

Orang lain saya tak tahu. Tetapi, kalau saya, saya sedia berkerjasama. Berapa jam pun saya boleh beri keterangan. Tanyalah apa yang hampa nak tanya fasal hal aku. Hal orang lain aku tak tau.

Ketika dibawa dari rumah saya ke JSJK di Jalan Dato Onn, saya dah putuskan untuk berterus-terang. Apa nak sorok-sorok, saya tulis secara terbuka dan ambil sumber yang sememangnya terbuka kepada semua orang. Saya bukan masuk gerakan bawah tanah - komunis ka, al-Ma'unah ka.

Saya ulangi, saya hanya memohon layanan yang sama rata. Saya tidak minta orang lain disumbat ke dalam lokap.
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Sama rata?
    Tak Boleh!!!
    U (Untuk) M (Melayu) NO !!!
    Ada faham!!!

    Anak saya SPM dapat 100 A1,
    Anak saya PMR dapat 200 A1,
    tapi tak boleh masuk MCKK.Kenapa???
    Aggggghhhhh.........aku tak faham

    Ngah.

  2. Salam...saudara,
    saya bersetuju dengan saudara banyak perkara bukan setakat pemimpin sahaja sehinggalah pihak berkuasa tempatan (PBT) pun hanya berani mengambil tindakan kepada melayu aje.

    Dari itu marilah kita ubah nama bangsa melayu kepada nama lain aje. atau lebih baik kita masuk bangsa cina atau indon. tidak pun kita tukar nama kita kepada nama2 seperti mereka.

    Banyak dah , kita lihat. bukan setakat tu aje. banyak hak2 melayu dihapuskan oleh pemimpin2 kita.

    Contoh, MRSM dibenarkan 10% utk golongan mereka. Bila UiTM dicadangkan oleh PR melenting pulak mereka?

    Pembelajaran bahasa malaysia didalam matematik dan sains pun dihapuskan oleh depa.

    Saudara nak tahu di sekolah2 rendah jenis kebangsaan cina. masih diajar didalam bahasa cina dan ditambah pembelajaran matematik dan sains didalam bahasa inggeris.

    lihat betapa takutnye pemimpin2 melayu didalam penguatkuasaan keatas mereka.

    Biasiswa banyak dihapuskan dan dikurangkan digantikan dengan loan dan berfaedah.

    kalau nak cite kat cini banyaklah brother.

    ikhlas..

  3. Sekarang, ini sudah jadi negara "Siapa Menyalak Palinguat, Dia Punya."

    Sekarang adalah time Ketuanan orang Cina dan Hindu, jangan marah atau sedih.

    Tengok lah. Bagi makan nasi lemak (nasi dengan telur dengan timun), ada pulak yang bilang makanan anjing.

    Agaknya sebenar dihati dia makanan nasi lemak tu yang orang Melayu dok baham hari2 sama macam makanan anjing lah kot.

    Jadi Melayu tu anjing lah pasal makan makanan gitu hari2.

  4. Bakaq,

    Awat hang 'quote' Mahathir, dia bukan Melayu. Dia heret orang Melayu durhaka sama Raja Melayu. Dia ni pandai silap mata. Hangpa ingat dia 'vanguard' of the Malays, kesian hangpa orang2 Melayu. Sekarang sibuk 'ketuanan Melayu' konon.

    Kalau ketuanan melayu, awat hangpa di jail tapi Namawee kena dialogue je? Hang pikiak sikit, noh.

    Contoh: Satu syarikat Melayu, saya pun boleh jadi CEO tapi tuan nya masih Melayu. Betoi tak?

    Jadi, masa mamak tu ajak hangpa buang kuasa Raja Melayu, awat hangpa bodoh sangat? Raja Melayu tu kuasa ketuanan melayu. Saya jadi PM pun takpa, masih kerajaan Melayu. Kita ni kerajaan, bukan pemerintah, so hang pikiaq sikit.

    Sekarang ni, kalau hang kembalikan kuasa2 raja Melayu (pre-1982), Guan Eng jadi PM lagi bagus, dia punya style lebih Islam dari Melayu pun. Orang Melayu pun tak payah risau.

    Lagi satu saya nak habak kat orang melayu ni. Depa ingat depa je Islam. For your info, bangsa yang terakhir untuk memeluk Islam dalam dunia ni adalah bangsa Melayu. Cina, India, Eropah, Afrika ni semua dah jadi Islam lama sabelum orang Melayu tahu pasal Islam. Hang pikiaq betul2.

  5. kenapa ek kerajaan hanya berani tangkap org Melayu je...Mungkin faktor Khairy kot> sbb di belakangnya bukan Melayu kkot...jaga hati katakan

  6. Salam

    Kan Malaysia dah sah di panggil juara kampung...sp tak heranlah kalau Melayu di treat sebegitu....sheikh di reman dan dibawa he KL dari KB, RPK masuk Uni ISA (2 year short course)...biasa lah sebab mereka Bumiputra.

    Mungkin depa fikir tuan Sheikh kita takde duit nak travel ke KL untuk ditemuramah polis..so remanlah, dapat "all expenses paid" trip ke KL.

    RPK lak lain citernya, mungkinkah RPK di Uni ISA kan untuk "cut off the communication link" antara Anwar dan rakyat/raja memandangkan RPK keturunan raja (nama pun raja) ?

    Yang lainnya janpa fikirlah sendiri (bab kata Nabil, raja lawak)...

  7. salam Bro;

    Itulah gayanya kalau nak ambil hati bangsa yg menyokong partinya. bayangkan kalau tidak ada
    dua sayap parti kompenan yg tebesar itu..???? mampukan UMNO nak hadapinya PRU..?? dengan PKR saja saya rasa UMNO dah tumbang.....

    mereka dah hina bangsa melayu terutama negara, baru nak siasat.itupu akibat desakan dan pengaruh para blogger. power juga blogger ni.. semua . Syabas dan tahniah..!!!!!!!

  8. xtau nak komen macamana.

    takut kata hasutan.

    maklum saja la, saya ni orang melayu.... dah la tu, bukan pemimpin amnu pulak tu....

    Kalau saya pemimpin amnu, saya kata pi apa pun, nak hina pi sapa pun, saya yakin tak jadi hasutan punya lah....betul!!

  9. hidup nik aziz

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008