Pagi-pagi lagi Bariah dah bersiap-siap nak ke mahkamah Kota Bharu. Suami tercintanya, Sheih, akan di bawa ke mahkamah majistret hari ini untuk membolehkan pihak polis mendapat perintah tahanan reman sebelum di bawa untuk disoalsiasat di Jabatan Siasatan Jenayah Komersil di Kuala Lumpur.Bariah kata, beliau difahamkan Sheih akan dibawa ke mahkamah majistret Kota Bharu jam 9.00 pagi ini. Harap-harap, kawan-kawan di Kota Bharu akan berada di mahkamah majistret yang berkenaan.
Saya tak tau siapa lagi, tetapi menurut Bariah, antara yang menghubunginya untuk berkongsi apa yang kini dihadapinya dan mungkin memberi kata-kata semangat ialah Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dan Nuraina A Samad.
Mat Sabu bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) - dua kali dizalimi ISA. Nuraina pula anak bekas tahanan ISA. Bapaknya, Allahyarham Pak Samad Ismail, begitu lama dizalimi ISA. Bayangkan perasaan anda jika dihina dengan perkataan "anak komunis!"
Saya menjangkakan Salahuddin Ayub, Haji Mahfuz Omar dan Datin Paduka Marina Mahathir akan turut menghubungi Bariah.
Saya memberitahu Bariah, jangan terkejut jika melihat tok lakinya digari beramai-ramai dengan pakaian lokap. Saya dulu digari tujuh orang sekali dari lokap Sentul ke mahkamah Kuala Lumpur dengan t-shirt yang tertulis Lokap Kuala Lumpur yang baunya buaya pun mungkin boleh pitam jika dicampak ke dalam sungai.
Antara yang digari serangkai dengan saya ialah seseorang yang saya pun tak tau sama ada dia ok atau tidak. Bila dia minta rokok kepada polis dalam perjalanan ke mahkamah itu dan polis tak bagi, dia kata, "Mintak rokok sebate pun tok se bagi. Berapa ore mu? Satu, dua, tiga, pat. Beringat! Mu beringat! Aku keluar, aku bedilmu!" Bedil tu tembaklah.
Dia menceceh dan menyampuk tak habis-habis walaupun di dalam mahkamah sehingga terjerit si majistret (perempuan): "Yang di belakang tu diam!!"
Bila saya beritahu tentang digari beramai-ramai dan pakai baju lokap yang biasanya lebih busuk dari babun tengik, Bariah kata, "Nasib baik abang cakap fasal digari and I can prepare myself. Takut termenangis!"
Saya beritahu dia, "Nak teriak jangan tahan-tahan. Peduli apa, laki aku. Bukan laki hampa!"
Turut menziarahi Sheih di lokap mahkamah di Kota Bharu tadi ialah Naib Presiden PAS Haji Husam Musa, Adun Bukit Tuku Haji Abdul Fatah Harun dan rakan-rakan lain dari PAS Kelantan.
(Poster oleh Mob 1900 dan sila baca blog Amin)










Cantik? Klik 






dulu ada orang nyanyi lagu 'negaraku' jadi 'kuku'lepastu mca minta maaf 'settle'semua. kickdefella tak mengadu dgn mca ke? mca bole kasi 'settle' maa.. Apapun alasan penahanan,ISA tidak boleh diterima pakai keatas manusia,jin & haiwan.
Ala apa ada pada label komunis tu, Pak Bakaq, I'm very proud berkawan dengan komunis sosialis tau. Komunis Sosialis kite bukan macam komunis-sosialis Rusia tu, tak leh beragama langsung. Komunis-sosialis kita komunis murtad macam di Negara China tu, boleh beragama dan berfamily. Komunis Malaya ni, Komunis kerajaan kebajikan, memperjuangkan nasib dan menghargai sumbangan kaum buruh, merapatkan jurang pendapatan penduduk miskin dan kaya. Komunis melawan kezaliman dan keangkuhan kapitalis.
Kenapa kalu sebut komunis jah kita teringat bintang 3 yang ganas itu, tak bolehkah kita ubah persepsi dan imaginasi kita bahawa komunis-sosialis adalah perjuangan menuntut keadilan buruh, pekerja ladang, kaum marhean?
Saya lebih pilu kalu orang panggil Wahabi dari kapitalis atau komunis. Walhal Pak Bakaq mana-mana orang kaya (berhati kapitalis) yang gian cari duit, tak kira sampai mengambil hak orang lain, menggaggu ketenteraman awam, merosakkankan tugu, monument, lambang keagamaan, kesucian orang lain itu lagi jahat, tapi bila di sebut Wahabi tu, ulama suuk jaga perut, filsuf sesat, sasterawan seksi, pengkhianat bangsa, perasaan hati kita tu bagai dihiris-hiris. Dan rasa luka di hati kita tu bawa masuk ke kuburlah gitu.
Harap dia dan mereka-mereka faham ek...
saudara kickdefella,
Tuhan akan kabulkan doa orang teraniaya.