Sedap!! Klik gambar di atas!

Perang Umno semakin sengit

Perang Umno semakin sengit. Baca laporan Malaysiakini "Bocor info MT tindakan 'jijik, petualang'". Baca juga dua laporan dalam Harakahdaily bertajuk "Umno akan dilupakan - Muhyiddin" dan "Penyokong PM tunggu lampu hijau untuk bertindak" di sini.

Saya berharap tidak ada pemimpin pembangkang yang duduk-duduk sambil jadi tukang ulas dan tukang merungut sahaja. Pelbagai kemungkinan akan berlaku. Kalau jadi begini, apa pelan bertindak? Dan, kalau jadi begitu, apa pula pelan bertindak?

Harap-harap, janganlah buat pelan bertindak nak berbagi jawatan dengan Umno pulak. Janganlah terpedaya dengan pujuk rayu konon-kononnya Datuk Seri Najib Tun Razak tak boleh diharap nak jaga Islam. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi jaga Islamkah?

Takkan tak cam mana satu Islam dan mana satu Islam Hadhari.
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Pak Bakaq, kalau tahu siapa yang tak boleh beza Islam dengan Islam Hadhari tu, bagitau ana. Ana nak hadiahkan buku 'Hadharah Islamiah bukan Islam Hadhari' karangan TG Hj Hadi.

    :)

  2. POLITIK NEGARA MAKIN KALUT?
    dari- http://greencresent-wanibrah.blogspot.com

    Pak Lah dah lantik Najib Menteri Kewangan,
    Pak Lah ambil alih Menteri Pertahanan,
    Pak Lah mula bersedia menuju 2010,
    Pak Lah akan serah Perdana Menteri kepada Najib.

    Najib pula ambil sikap terima aje,
    Najib ikut-ikut apa Pak Lah atur,
    Najib membayang dia mampu laksanakan,
    Najib melihat itu mungkin peluang baik.

    Anwar pula terus memburu takhta kerajaan,
    Anwar telah tersasul "political engagement",
    Anwar kini sudah ditinggalkan 16 September,
    Anwar mula cari hal baru bersama Pakatan Rakyat.

    Nik Aziz bertelagah dengan Mustapha Ali,
    Nik Aziz bersetuju dengan Anwar,
    Nik Aziz bersungguh untuk lihat BN ditamatkan,
    Nik Aziz ternganga Mustapha Ali senyum sinis.

    16 September petanda Anwar tersasar tarikh,
    16 September bikin PAS menjadi kalut,
    16 September hanyalah taktik Anwar,
    16 September menghilang keyakinan individu tertentu.

    Pakatan Rakyat parti menunggu,
    BN dah 51 tahun bertakhta,
    Pakatan Rakyat adalah hegemoni rakyat,
    BN adalah bebal dengan derita rakyat.

    Rakyat terus terdera jika BN terus bertakhta!!
    Rakyat akan terbela... cubalah takhtakan Pakatan Rakyat!!

    Apa-apapun kekalutan... semuanya belum tentu.
    Apa-apapun, Tuhan yang Maha Esa menentukan, maka rakyat diajak terus bertawakal.

  3. Salam Pakcik dan Pencinta Kebenaran,

    Boleh Pakcik highlight krisis umat Islam Mindanao yang sedang diserang tentera Filipina dalam bulan Ramadhan ni? Pelarian dah mencapai angka 500,000. Setakat ni saya lihat Pakcik Salahudin je yang membangkitkan isu tu. Ramai pimpinan PAS lain asyik membelai-belai impian Anwar dan Dolah Badawi. Masakan semangat Badar Kubra hanya untuk penduduk Madinah di zaman Nabi saaw? Kita kena jaga keluarga kita. Tapi kita dilarang melupakan nasib saudara kita yang dirundung malang, kecuali kita dah terbatal syahadat. Tolong ye Pakcik.

    Salawat

  4. encik bakaq.. saya teringin nak tanya.. hang jaga melayu ka? atau islam ka?

  5. Bakaq!

    Kalau tak berbalah bukannya UMNO!

  6. Salam,
    Kalau cakap pasal Ahli Politik ni, Aku pernah dengar satu kiasan.

    Ahli Politik tak pernah pegang janji. Kalau 10 janji yang dia bagi 1 je yang dia tunaikan, Kalau 100 janji yang dia bagi 1 je yang dia tunaikan, Kalau 1000 janji yang dia bagi 1 jugak yang dia tunaikan.

    maksudnya baik Anwar ke Badawi ke Najib ke TG Nik ke Mustapa Ali ke Teresa Kok ke 16 September ke mestilah dipandang dengan pandagan yang sinis aka tak percaya 100 peratus. Tengok la apa jadi kat PRU12.

    Fendy

  7. salam.

    Perang UMNO semakin sengit berikutan hari penamaan calon nanti.Penang dan Kelantan sudah menyatakan sumpah setia mereka pada Datuk Seri Abdullah dan mungkin beberapa negeri yang lain akan turut serta.

  8. Nuar al Kelentong xbuat lawak lagi ke ari ni...??

  9. Salam Pak cik..

    Betul tu...jangan dok ulas aje..buat buat apa yang patut...

    Yang cerita pasal UMNO Penang dan Kelantan tu menyokong Pak Lah tu boleh percaya ka? Mensyurat Bahagian Pun belum tetiba aje dah kata Sokong...Ini Ahli menentukan Pemimpin ke Pemimpin Menentukan Ahli...macam Ayam dengan Teloq ayam sapa keluar dulu..heheheheh..Bacullah ahli kalau sokong Pemimpin sembrono aje...Akai mana????

    Wassalammmmmmm

  10. ini bukan setakat tengah sengit.malah tengah hangat dan sensasi!

    ada yang menyatakan kesetiaan mereka kepada Datuk Seri Abdullah dan ada pulak yang meminta dia berundur dengan segera.pihak yang manakah akan lebih mendapat sokongan?pihak yang menyokong atau menentang Pak Lah?kita bakal tahu jawapan akan persoalan ini pada hari penamaan calon nanti.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008