Sedap!! Klik gambar di atas!

Moral tu apa menatang?

Update waktu iftar:

Khalid jawab lagi dalam postingnya bertajuk "Kerajaan BN tidak akan tumbang 16 Sep ini?" Setakat yang saya kenal Cik Gu Pa, saya percaya dia boleh jawab dengan gentleman - hujah lawan hujah. Cik Gu Pa bukan gedebe.

Biar kebebasan bersuara bercambah dalam PAS. Takut perpecahan? Hanya yang tidak berprinsip yang takut kebebasan bersuara. Abang adik bertengkar sampai terdengar dek jiran sekalipun, takkan nak tebang tiang rumah kot!

Posting asal:

Ramai orang mengulas etika fenomena lompat katak yang dikatakan akan terjadi pada 16 September ini. Tetapi bukan semua orang boleh menuduh "Tidak demokratik, bermoral untuk ambil alih kerajaan cara lompat". Awal-awal lagi sudah ditertawakan orang dan ditertawakan lagi. Walaupun saya tidaklah merasa senang, tetapi nak kata apa. Yang ketawa tu nampaknya mengungkit sejarah.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad sudah pun menjawab di sini dan di sini.

Khabar angin yang bertiup kencang di Markaz Tarbiyyah PAS Taman Melewar semalam mendakwa ada orang tertentu yang mengarahkan Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman supaya menyiarkan ulasannya mengenai apa yang diriuhkan akan berlaku pada 16 September ini di muka hadapan Harakah keluaran yang akan diedarkan esok atau malam ini.

Entahlah. Nama pun khabar angin.

Seseorang pula bertanya kepada saya semalam, beretikakah orang-orang yang berpeluk dengan Umno ketika terbentuknya kerajaan campuran dengan parti Perikatan pada tahun 1973 sebelum bersama-sama mengasaskan Barisan Nasional pada 1974? Dalam pilihan raya 1969, rakyat undi PAS kerana bencikan Umno dan Perikatan. Benci sungguh, sehinggakan ejaan kapal layar (lambang Perikatan) dalam huruf jawi dibuat sehingga menjadi perkataan kafir.

Tiba-tiba, bila dah menang atas tiket PAS hasil sokongan rakyat yang bencikan Umno dan parti kapal layar, berpeluk pula dengan Umno. Orang itu bertanya, apa etikanya? Saya tak jawab apa-apa. Nantilah saya jumpa Pak Yazid Jaafar di Kampung Baru untuk bertanya mengenai etika PAS berkawan dengan Umno dan Perikatan. Pak Yazid, Allahyarham Ustaz Amaluddin Darus dan beberapa yang lain khabarnya tak setuju PAS berdakap sedap dengan Umno dan Perikatan waktu itu.

Tadi saya lapor apa kata orang. Di bawah ni daripada saya sendiri.

Alasan pada masa itu sama juga dengan alasan sesetengah orang yang gian sangat nak berkawan dengan Umno sekarang - kepentingan Melayu dan Islam. Saya tidak ada facilities nak buat kajian. Kalau ada, saya nak buat kajian sejauh mana kepentingan Islam dilaksanakan dari tahun 1973 sehinggalah PAS dihambat dari Barisan Nasional seperti anjin kepala buruk pada tahun 1978.

Kalau ada facilities, saya juga nak buat kajian sejauh mana pula kepentingan Islam dilaksanakan dari tahun 1982 selepas Tan Sri Asri Muda digulingkan sehinggalah sebelum pilihan raya 1986. Waktu itu, saya menganggap PAS menjadi pembangkang tegar.

Malah, selepas pilihan raya 1986 pun, saya menganggap PAS tetap menjadi kuasa pendesak yang diambilkira supaya kerajaan pimpinan Umno tidak meminggirkan Islam.
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Berpeluk dengan UMNO tu boleh tahan juga. Menari gelek kat Timur Tengah dulu bagaimana??? Bermoral ke?????

  2. PAS tak pernah melompat masuk umno

    PAS kerjasama dengan umno zaman asri melalui muktamar khas

  3. Eh, Bakaq. Sama mcam UMNO je hang ni....Suke sebut NATANG....Banyakla bertaubat. Tak yah sebut benda2 merapu dan mencarut dalam bulan puasa ni.

  4. Di awal PAS menang balik kelantan 2 adun S46 melompat masuk umno, adakah disana tiada persoalan moral kepada adun S46 tersebut?

  5. Baca ulasan terbaru Khalid Samad berkenaan "khabar angin" ini"

    http://khalidsamad-shahalam.blogspot.com/2008/09/kerajaan-bn-tidak-akan-tumbang-16.html

  6. Pahlawan Melayu atau Pengkhianat Bangsa?
    Perwatakan dan gaya Dato' Ahmad Ismail menampakkan beliau seorang Panglima Perang Besar bangsa Melayu yang begitu garang dan tegas. Seolah-olah tidak ada seinci pun yang akan diberikan oleh panglima ini dalam menegakkan kedaulatan dan keagungan bangsa
    Tetapi adakah ini kebenaran atau persepsi semata-mata? Kalau benar ia hanya persepsi, silat persepsi sebegini rupa hanya boleh diajar oleh seorang ahli politik sahaja. Ahli politik yang ketandusan prinsip. Ahli politik yang dahulunya berwajah pejuang bangsa dan kini sudah bertukar rupa untuk menjadi musuh bangsa Melayu nombor satu, Anwar Ibrahim.
    Seni halus yang dimainkan oleh Ahmad Ismail berbau Anwar. Anwar dengan liciknya menarik perhatian orang ramai kenegeri Sabah dan Sarawak sedangkan pergerakannya banyak tertumpu di Semenanjung Malaysia, terutamanya di negeri kuatnya Pulau Pinang.
    Fakta yang sahih menunjukkan Anwar Ibrahim telah mengambil Ahmad Ismail sebagai anak didik politiknya ketika Anwar menjadi Ketua Perhubungan Negeri. Dari ahli biasa, Ahmad Ismail diangkat oleh Anwar hingga beliau memegang tampuk kepimpinan Bukit Bendera. Dalam tempoh ini, segala kemahuan dan nafsu duniawi Ahmad Ismail dipuaskan oleh Anwar. Ahmad Ismail begitu terhutang budi dengan jasa yang telah ditabur oleh mentor politiknya.
    Pada tahun 2008, Anwar meraih hutang budinya dari Ahmad Ismail. Namun, bukanlah kenangan kisah silam sahaja yang berjaya membuat Ahmad Ismail mengkhianat bangsa sendiri. Kerakusan dan ketamakan Ahmad Ismail menjadi pendorong utama mengapa dia sanggup menggadai maruah diri, maruah bangsa dan maruah UMNO.
    Setelah Pulau Pinang jatuh ketangan Pakatan Rakyat. Dunia Ahamad Ismail menjadi semakin gelap. Dia seolah-olah karam dalam lautan politik yang bergelora ini.Hanya Anwar sahaja yang boleh menyelamatkannya.
    Dengan sekelip mata, Ahmad Ismail dengan relanya menjayakan wayang dan mengupas agenda sebenar Anwar Ibrahim yang telah menggegar negara baru-baru ini. Ketika sidang akhbar itu berjalan, pesan Anwar Ibrahim bergema di dalam Ahmad Ismail – "Bakar semangat Melayu, Pastikan BN berpecah tanggal 16 Sepetember ini. Pastikan Gerakan dan MCA keluar dari Barisan. Bila aku kembali berkuasa kau akan menerima habuannya."
    Tanggungjawab UMNO ialah untuk memperjuangkan nasib anak bangsa, dan dengan nada yang sama, kepada pemimpin yang sengaja membelakangi tanggungjawab ini demi kepentingan peribadi, UMNO harus berani menjatuhkan hukuman seberat beratnya. Kerana UMNO alaf baru ini tiada tempat untuk pengkhianat anak bangsa dan boneka Anwar Ibrahim seperti Ahmad Ismail ini.

  7. 20 September tarikh baru kerajaan Anwar Ibrahim?

    Ketika tinggal kurang seminggu, Pakatan Rakyat mengubah tarikh mencapai sasaran membentuk kerajaan persekutuan? Jawapannya nampak menjurus ke arah itu berdasarkan kenyataan terbaru Ketua Umum Pakatan Read more http://www.kulitpisang.com/

  8. Blog Uztaz Ahmad Awang, ada cerita sikit peranan Pas dalam BN dulu. Yang pasti Pa Ali senang dengan pencen Timbalan Menteri.

  9. Maaf saya cakap, sekarang nie dalam pas seolah banyak jurucakap. Pulak tu, tak sekata satu sama lain. Ini merbahaya pada parti. Pas patut sedar kemenangan yang dikecapi berkat kerjasama pr. Saya tak nafikan kerja kuat daripada org2 pas banyak menyumbang pada kemenangan ari tu. Tapi, saya harap pas tidak lupa diri dan mendabik dada. Allah bagi sedikit kenikmatan untuk kita rasai. Tak salah dan tak rugi jika kita rendah diri dalam menikmati kenikmatan yg sedikit ini. Usaha dari kita, yang menentukan Allah...

    Anak kedah

  10. Pas patut sedar kemenangan yg dikecapi antaranya berkat undi protes org UMNO terhadap UMNO khususnya kepimpinan flip-flop; sebahagiannya mengikut nasihat Dr Mahathir.

    Bila bercakap kepentingan Melayu dan Islam di Malaysia kita tengok secara relatif dgn kuasa ekonomi, politik dan berbagai lagi yg ada pada bukan Islam di negara ini. Kita tambah pula percubaan mengembangkan kristian dan sekularisasi dan Islam moderat ala Amerika serta sepak terajang geo-politik Amerika/ Zionis yg ingin menabalkan Hamid Karzai Malaysia di negara ini. Tak cukupkah dgn S'pore sbg pengkalan depa di sebelah sini? Kita juga banding kuasa politik Melayu/Islam dgn penindasan terhadap umat Islam/ Melayu di Selatan Thailand, Selatan Filipina dan S'pura apabila hampir segala2nya telah tiada lagi. Nak pergi jauh lagi, boleh singgah di Palestin, Afrika Selatan dan Bosnia.

    Ada faham?

  11. Memang benar dalam PRU 12 lepas, PR tidak akan menang tanpa kerjasama PAS-PKR-DAP. Kerjasama yang telah memberi peluang kepada PKR untuk bertanding di kerusis parlimen.

    Walaupun begitu anda harus ingat, kemenangan tersebut majoritinya adalah kerana undian golongan non partisan/pertengahan seperti saya. Kalau nak dikira dengan jari, pengundi dari kalangan penyokong tegar parti politik adalah amat kecil.

    Walaupun apa yang ingin di delusikan oleh penyokong tegar PR; yang jelasnya, kemenangan besar PR dalam PRU12 adalah kerana Pak Lah - UNDI PROTES. Berpijaklah dibuni yang nyata, sebelum kemengan PRU12 ini hanya tinggal sebagai sebuah sejarah sahaja. Malahan, kenyataan "letak tunggul pun boleh menang, asalkan bukan dari BN" telahpun menjadi jenaka yang dikongsi ramai oleh orang awam.

    Jadi jangan ingat bahwa PR akan terus mendapat 35% atau lebih kerusi parlimen didalam PRU14 akan datang, samada PR berjaya mengambil kerajaan federal atau tidak pada bulan ini, sekiranya setiap parti komponen dalam PR gagal menunjukkan prestasi dan gagal mengkotakan janji parti masing-masing, serta gagal berubah untuk menarik pengundi yang berbeza-beza. Yang tidak senagi adalah:

    (1) Sekiranya masih menunjukkan sikap penakut sehingga Islam diketepikan. Cukuplah setakat apa yang berlaku dalam lima bulan lepas yang jelas nampak mengikis kedaulatan umat Islam di Malaysia, walaupun apa alasan parti PAS.

    (2) Sekiranya masih menunjukkan sikap tidak berintegriti menghalalkan cara. Sikap segolongan ahli PAS yang suka merasionalisasikan dan memutarbelitkan kesalahan sebagai betul. Saya tidak faham bagaimana sebuah parti yang mengaku dirinya Islam, boleh mempersetujui kaedah lompat. Sikap ini telah menghilangkan kredibiliti parti PAS dimata ramai pengundi atas pagar (non partisan) termasuklah saya, YANG MENJADI MAJORITI PENGUNDI PR DALM PRU12. Seolah-oalah ini bermaksud, bolehlah kita mencuri demi untuk mndapatkan wang bagi membina masjid!!!

    (3) Tiada integriti. Dahulunya, bukankan TGNA sendiri sanggup hadir dimajlis di rumah Dato' Zaid Ibrahim, kerana bersetuju dengan betapa tidak bermoralnya lompat parti. Sekarang beliau menghalalkan cara.

    (4) Gagal berubah untuk menarik perhatian golongan berbilang kaum di Malaysia dan Umat Islam dari golongan pertengahan

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008