Menanti sedap dan lazatnya Najib menjadi PM

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dijerkah supaya menghentikan main sorong tariknya. Pelan peralihan kuasa pada 2010 yang dia nak sangat dicincang-cincang oleh timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Majlis Tertinggi (MT) Umno. Begitu lebih kurang kata Malaysian Insider (MI).

Najib muncul sebagai pemenang, Abdullah pengalah (meminjam kata-kata Vince, pemenang Akademi Fantasia 1). Tiadalah bapa Kamaluddin dan bapa mertua Khairy Jamaluddin itu berdaya menyambungkan injury time yang diharapkannya untuk terus bertapuk di atas kerusi Perdana Menteri dan Presiden Umno.

"Undur Lah! Belah Lah!" seolah-olah itulah tema konsert MT pagi tadi.

Pelan peralihan kuasa dari Abdullah kepada Najib yang disifatkan macam budak-budak oleh Tengku Razaleigh Hamzah (Malaysiakini 26/9/08) dipercepatkan Mac ini. Berkatalah bapa mertua Khairy itu, "Kalau sudah diawalkan tidak timbullah (pelan) 2010 itu".

Berkata lagi ia, "Apabila kerja habis, habislah". Habis Lah!

Habis Lah! Lihatlah, bagai semuanya diarahkan oleh Najib.
Agaknya, bila Najib kata, "Hentikan press conference ini," berhentilah ia. Berhenti Lah!

Video ihsan The Star.

Jika anda pandai membaca air muka orang dan body language orang, bacalah air muka
dan body language kedua-duanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat MT pagi tadi
(Gambar ihsan The Sun)

Di rumahnya, isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor tersenyum sampai ke telinga. Tibalah masanya untuk merasa sedap dan lazatnya menjadi penghuni Seri Perdana dengan segala nikmat kuasanya.

Namun, pembangkang juga menanti-nanti dengan penuh berselera untuk merasa betapa sedap dan lazatnya Najib menjadi Perdana Menteri. "Jika Tengku Razaleigh yang mengambil alih kepimpinan dari (Datuk Seri) Abdullah (Ahmad Badawi), ia berita yang tidak menggembirakan kepada kita. Kalau Najib ambil alih, itu berita baik," kata Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu.

"Kepada pembangkang, eloklah kalau Najib yang ganti. Nak berhadapan dengan Najib lebih kurang berhadapan dengan Abdullah. Dua-dua sama sahaja," katanya lagi.

Lebih menarik lagi pandangan seorang pemimpin Gerakan. Najib mempunyai liabiliti dan beban politik, katanya.

"Reputasinya (Najib) tercemar dengan pembunuhan wanita Mongolia," MI memetik pemimpin Gerakan itu berkata. Beliau merujuk pembunuhan Altantuya Shaariibuu pada 2006 lalu.

Pihaknya, kata pemimpin Gerakan itu, bimbang adakah isu yang serius itu akan memburuk menjadi tamparan yang hebat kepada Barisan Nasional (BN) kelak.

Persepsi umum masih lagi dibelenggu dengan begitu banyak persoalan yang tidak pernah dijawab berhubung keseluruhan episod itu, katanya lagi.

"Ia adalah satu liabiliti...bebanan politik yang akan memberi kesan kelak jika terbiar tidak diselesaikan terutama apabila musuh politik Najib begitu aktif, mungkin semakin kuat dan secara terbuka mensasarkan beliau untuk menghancurkannya," MI memetik beliau berkata.

Sedap lagi kata-kata seorang peguam yang juga bekas pemimpin MIC kepada MI: "Datang dari lubuk tercemar Umno-BN yang sama, tentulah kejujujuran dan integriti Najib diragui umum".

  1. Kalau kau jadi perdana menteri
    apakah sekadar sebagai proksi
    kepada big mama the 1st lady
    yang tentu seronok sekali
    semakin tembam kembang berseri

    Jangan pula angkat sumpah
    dalam teruja dan meriah
    tersasul menyebut Altantuya
    merah padam muka big mama
    boleh gempa bumi di Putrajaya

    Dari http://1426.blogspot.com/2008/09/kalau-kau-najib-jadi-pm.html

  2. Tenguk kat langit. Renung punya renung..


    I. Pusingan Pertama RAHMAN
    (Kerajaan FEUDAL))

    R...untuk Tungku Ab RAHMAN
    A...untuk ABDUL Razak
    H...untuk HUSSIN Onn
    M...untuk MAHATHIR
    A...untuk ABDULLAH Badawi (2004)
    N...untuk NAJIB (2008)



    II. Pusingan Kedua RAHMAN
    (Kerajaan RAKYAT)

    R...untuk Tg RAZALEIGH (Bebas - 2009)
    A...untuk ANWAR Ibrahim (2009)
    H...untuk HUSAM (2012?)
    M...untuk ???
    A...untuk ???
    N...untuk ???


    Semua diminta bersabar..MAN JADDA WAJADDA.

  3. Dato Seri Najib ada banyak isu yang belum dijawab dan diselesaikan. Mungkin Raja Petra tahu lebih banyak rahsia pemimpin ini...?

  4. RAHMAN DIZAHIRKAN MANUSIA
    AR-RAHMAAN HAKIKAT SEBENARNYA

Post a Comment


Anda lelaki perkasa? Isteri segar menawan? Anak pintar cerdas? Klik di sini.
 

Jeritan dari Gaza

Hulurkan simpati

Photobucket

Bantuan anda diperlukan!

Pihak PAS Kawasan Kuala Kangsar memohon sumbangan orang ramai bagi membiayai jaminan 9 orang sahabat seperjuangan, mangsa kezaliman polis, yang telah ditahan oleh polis semasa kejadian tunjuk perasaan di Masjid Ubudiah, Bukit Chandan tempohari. Mereka akan diikat jamin pada 8hb Februari (Ahad) jam 3.30 petang, di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar. Berikut adalah akaun bank untuk sumbangan tersebut:

1. Parti Islam Semalaysia Kawasan Kuala Kangsar,
RHB Islamic Bank
Nombor akaun: 2-58187-00000991
2. Bendahari PAS Kuala Kangsar Azmi Kamal, Bank Islam
Nombor akaun: 08040020018015

Derma Kebangkitan Rakyat



Terima kasih di atas budi anda yang sudi mendermakan dana kepada Perakexpress untuk meneruskan perjuangan. Sumbangkan ke :-

Akaun Maybank : 158097625245
Mohd Afandi Ahmad (Mat Saman Kati)

Jumlahnya akan sentiasa diumumkan!

Arkib

Perpaduan


Presiden PAS (dua dari kanan) dalam
majlis perpaduan Islam di Iran

Forum Keadilan 15/3/09

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Klik gambar di atas. Sedap, bib!! Memang sedap sungguh!! Dan, boleh buat duit sakan!


Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Sila klik!!

Video

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Powered by FeedBurner

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

Participating for Allah s.w.t.

Boikot!!

Kawan-kawan

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008