Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu kata Anwar hanya berkesan tarik undi bukan Melayu... (Malaysiakini 6/9/08). Mat Sabu tak betul. Sebenarnya, yang berkesan tarik undi bukan Melayu ialah Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dalam tahun 1999, pengaruh Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih besar di kalangan orang Melayu.
Tidak kira apa perasaan saya kepada Anwar, saya terpaksa akui Anwar adalah satu-satunya tokoh yang berjaya mempupuskan undi orang-orang Melayu kepada Umno dan Barisan Nasional (BN). Hanya kira-kira 35 peratus sahaja orang-orang Melayu yang mengundi Umno dan BN ketika itu. Tengku Razaleigh dan Semangat 46nya pun tidak berjaya melakukan apa yang dapat dilakukan oleh Anwar. Dr Mahathir dan BN pimpinannya berjaya mendapat nyawa-nyawa ikan kerana undi bukan Melayu.
Waktu itu, pembangkang sibuk mendakwa Umno sebagai spesis yang sedang pupus. Tiba 2004, ambik habuan!
Orang dah jenuh marah kat saya, tapi saya tak peduli. Saya tetap kata kemenangan besar pembangkang dalam pilihan raya 8 Mac lalu berpunca dari tindakan Dr Mahathir yang bersungguh-sungguh menentang kerajaan yang dipimpin oleh pengganti yang diangkatnya sendiri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Ketika Dr Mahathir telah memulakan secara peringkat demi peringkat penentangannya terhadap Abdullah dan keluar dari pencen sejak dari kira-kira bulan Mei 2005 lagi, amat jarang suara Anwar kita dengar menentang kerajaan Abdullah.
Ketika itu, para pemimpin dan penyokong pembangkang lebih banyak mendengar "muzik" yang dialunkan oleh Dr Mahathir.
Pengaruh Dr Mahathir ke atas pembangkang menyebabkan Anwar angin satu badan. Saya tidak akan lupa betapa kurang ajarnya Azmin Ali terhadap beberapa pimpinan PAS yang dikerah mengadap oleh Anwar selepas mereka menghadiri ceramah Dr Mahathir di Taman Melawati. Lihat surat saya kepada Malaysiakini "Apa hak Anwar marah pemimpin PAS?"
Pada waktu itu, saya sakit hati sungguh kepada beberapa pemimpin PAS yang "gatai pungkoq" pi mengadap Anwar bila dikerah mengadap. Sebenarnya Anwar tak salah. Memang dia angin satu badan bila orang yang dia rasa kawan-kawan dia tadah telinga kepada Dr Mahathir. Yang sangat bersalah ialah pemimpin-pemimpin PAS yang "gatai pungkoq" pi mengadap Anwar bila dikerah mengadap.
Pantang Anwar panggil. Berkejar-kejar nak pi mengadap. Meluat aku!!
Dr Mahathir terus membangkitkan kemarahan rakyat. Anwar pula boleh saya anggap hampir pasif. Saya tak kata dia pasif. Saya kata hampir pasif. Almost dumb!!
Kelibat Anwar melawan Umno dan BN dengan bersungguh-sungguh hanya dapat dilihat dengan jelas dalam pilihan raya kecil Ijok. Itupun, Abdullah tetap selamat dari serangannya ketika Dr Mahathir seolah-olah meminta rakyat di Ijok mengundi Tan Sri Khalid Ibrahim untuk mengajar Abdullah. Hanya Datuk Seri Najib Tun Razak yang didebik sakan oleh Anwar.
Bacalah jawapan bodoh Anwar kepada soalan A Voice. Dalam posting bertajuk "My rambling mind at the session with Anwar", A Voice cerita kat kita:
For reasons he is an ulamak’s grandson?! Aku yang bodo pun tak boleh terima jawapan hang!Dalam tahun 1999, pengaruh Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih besar di kalangan orang Melayu.

He (Anwar) was asked to hold back his criticism of Pak Lah for reasons he is an ulamak’s grandson.
Bagaimanapun, walau sehebat mana pun beliau berusaha, Dr Mahathir tetap gagal mengalih undi Melayu dari gerombolan yang dipimpin Abdullah pada pilihan raya 8 Mac lalu. Beliau tidak dapat mempengaruhi orang Melayu seperti yang berjaya dilakukan Anwar pada tahun 1999.
Seperti yang berjaya dilakukannya pada tahun 1999, Dr Mahathir hanya berjaya mempengaruhi orang-orang bukan Melayu sebelum dan pada pilihan raya 8 Mac lalu. Sebab itulah saya kata Mat Sabu tak betul. Dr Mahathir yang mengalih undi orang-orang bukan Melayu dari BN sebelum dan pada pilihan raya 8 Mac lalu. Bukan Anwar.
Tak boleh terima pendapat saya? Anda boleh sembelih dan cincang pendapat saya. Be my guest!

Cantik? Klik 

Dari dulu saya nak hantar surat ke Malaysiakini,asyik terbantut.
betul, pendapat tuan
Bakaq,
Mat Sabu macam tak boleh terima lagi Anwar.Kenapa? Dia teringat lagi ke Anwar panggil dia "Mat Sapu" masa dalam UMNO dulu.
Cakap kat Mat Sabu tu, jangan dendam lama-lama, nanti diambil orang....
Bakaq,
Betuilah tu... Anwar tak suka pemimpin PAS dengar Mahathir cakap kerana dia tak suka kat Mahathir. Pasai Mahathir sumbat dia dalam jel.
Dia tidak bantai Dollah kerana Dolah yang lepaskan dia.
Kita orang Melayu Bakaq, orang berbudi kita berbahasa...
Pemimpin PAS tu kebanyakannya kenal baik dengan Anwar. Tentulah kalau Anwar panggil dia orang datang, kawan katakan....
Burung atas pokok pun Anwar boleh panggil turun, inikan pula kawan-kawan.
Apalah hang ni Bakaq...
Tak berapa betul beb!
Kebencian orang-orang bukan melayu terhadap UMNO/BN sememangnya dah lama terpendam,tapi pada masa itu 2004, mereka memberi peluang kpd AAB (dgn imej baru) untuk membetulkan keadaan..
Cuma, mereka mula melangkah memBERANIkan diri dan mula nampak menunjol apabila Si-Mamakdir secara terbuka, bertubi-tubi mengkritik AAB.
Kaum Cina khasnya, seolah-olah terpanggil untuk sama-sama bangun selepas melihat dgan mata kepala sendiri 'the numbers' (melalui internet M2day u-tube sbg).. keBERANIan BERSIH(orang-orang Melayu kebanyakan dari PAS!) dan kemudian HINDRAF(kaum India).
Akhirnya, keBERANIan dan seterusnya untuk menukar pertadbiran, diterjemahkan kedalam tong-tong undi PRU lalu..
Ketiadaan kritis Anwar itu sabenarnya taktikal sahaja bagi fasa pertama, lebih-lebih lagi mengenangkan 'jasa budi' AAB tidak mencampuri kebebasan mahkamah dalam kes pembebasan Anwar.
Yang aneh sekali..Mungkin Si-Mamakdir ni salah satu penyebab orang bukan melayu mengalih dari BeEnd tetapi dia juga ialah penyebab utama kebobrokan BeEnd itu sendiri.. bermula semasa pemerintahannya selama 22 tahun!
mat sabu pulak panggil anwar aljub*ri.. musuh ketat mat sabu masa anwar dalam umno.. pas memang akan terus berhati-hati dengan anwar
pengaruh anwar kuat bawa pengundi semua kaum terutama melayu...pendapat mat sabu tak betul langsung!!
Apa yg saudara perkatakan itu ada asas.
Mat Sabu sebelum ini pun berhujah ,
faktor Mahathir adalah faktor utama kekalahan teruk BN PU yang lalu.
Setuju..
analisa yang agak menarik... ana nampak satu persepsi baru dalam kemenangan PR 12... tapi pelik, kenapa Abang Mat rajin sangat sebut nama Anwar??? sedangkan, dipermulaan serangan Mahathir terhadap Pak Lah, Abang Mat sendri ada sebut, serangan itu akan melahirkan satu perubahan politik yang terlalu besar, bahkan lebih hebat 1999 dahulu. ternyata benar. tiba-tiba, abang mat masih lagi ingat Anwar selepas kemenangan 2008. apakah Abang Mat masih sayangkan Anwar??? mungkin abang Mat kena jawab dengan tulus ikhlas...
al-bakistani
Saudara Bakar,
Almost numb, bukan almost dumb. Kesilapan sikit je tu.
Tapi saya menyokong idea saudara.
Dr Mahathir menggunakan sistem kills with borrowed knife. Menggunakan orang UMNO sendiri untuk memberikan undi protes.
Dan kini, undi protes tu menjadi satu wave tapi masih gagal untuk menundukkan Abdullah.
dumb maksud saya - of a person often offensive: lacking the ability to speak
sapa2 pun bole pakai apa2 teori..yg nyatanya bila anwar berceramah berduyun2 dtg tak kira bangsa dan agama..melayulah yg paling ramai..depa dtg pasaipa?nak mkn mee sup je ke? ceramah hj hadi? hehehehe....
Anwarwood Productions - The Biggest Blockbuster Show on Earth!
(Anwarwood Produksi - Tayangan Paling Besar dan Hebat di Dunia!)
http://patek1472.wordpress.com
quite true..
memang benar pengarah dr mahathir terhadap orang bukan melayu amat besar
Tak payah pening kepala la nak pikir sapa pengaruh lebih kuat..sapa pengaruh lemah .Yang penting sapa dok buat jahat tu pi melingkup bila sampai masa...yang dok buat baik .nanti Allah balas baik.abis cerita.Yang dok ulas itu ini macam hang...esok jawab di akhirat setiap apa yang hang tulih..tu aja.jangan marah noooo.
mat sabu salah, pak bakaq salah...
paklah yang berjaya tolak undi melayu dan bukan melayu....
bukan sebab nuar, atau mahadei...
hebat mana pun nuar, atau mahadei... kalau tak kerana paklah bingai sangat... takkan undi beralih...
pak lah berjaya buat orang amnu sabotaj parti, pengundi mca, mic berenti pangkah bn...
pak lah dengan jayanya, tidak beri bonus kepada kakitangan awam... dah berapa undi tertolak...
pak lah dengan jayanya naikkan harga minyak sampai 1.92, sampai harga barang naik... dah berapa undi hilang....
pak lah dengan jayanya bagi anak menantu kaya... dah berapa undi tiada...
senang cakap.. syarikat paklah dan anak beranak lah yang berjaya menghapuskan pengaruh amnu... bukan setakat pengundi atas pagar... pengundi yang dalam pagar pun abis semua lari... pasal pak lah...
http://isteri-mamak-tua.blogspot.com/2008/08/anwar-shadow-goverment-mungkinkah.html
Saya lihat begini:
1) Pak Lah menang besar dulu sebab mentaliti lepas ialah buat macam mana pun BN menang, maka rakyat berharap dengan kemenangan besar Pak Lah, Anwar dapat keadilan di mahkamah dan dilepaskan.
2) Rakyat sedar Anwar dizalimi dan rakyat umumnya percaya Anwar ada wibawa dalam politik.
3) Pasca Anwar keluar, Pak Lah tak menampakkan sangat kelemahannya. Memang ada khabar bahawa Pak Lah lepaskan Anwar atas nasihat orang2 alim dan orang2 alim yang sama minta Anwar tidak terlalu menyerang Pak Lah sebelum ini.
4) Tidak lama selepas itu, Pak Lah nampak sangat lemah dan Anwar fikir Pak Lah harus bertanggungjawab dalam soal kelemahan negara. Suka atau tidak sistem tidak bergerak sendiri, maka kelemahan sistem harus dikritik dan Pak Lah harus ambil tanggungjawab.
5) Faktor Mahathir juga tidak boleh dikesampingkan, tetapi kesannya pada orang UMNO totok yang tak suka Anwar. Orang Melayu atas pagar ringkasanya tidaklah terlalu memuja Mahathir atau Anwar tetapi pragmatik.
6) Kelemahan Pak Lah adalah aset Anwar, dan kekuatan Mahathir adalah liabiliti untuk Anwar tanpa menafikan Anwar ada kekuatan tersendiri.
7) Orang Cina umumnya pragmatik. Mereka berharap aspek perniagaan, budaya dan bahasa mereka tidak diganggu gugat. Tuntutan terhadap meritokrasi ada kewajarannya tetapi mereka bukanlah terlalu mendesak. Mereka melihat Anwar ada timbang rasa dalam hal ini. Mereka juga tidak fikir persoalan ketuanan Melayu perlu digugat sangat kerana isu lain lebih penting. Anwar adalah Melayu dan mereka melihat moderatenya Anwar sebagai sesuatu yang boleh diharapkan untuk memastikan soal bahasa, budaya, perniagaan dan timbang rasa tentang pendidikan untuk generasi mereka diberi. Jika mereka fanatik nak cabar ketuanan Melayu, mereka dah lama beri undi tak berbelah bagi pada DAP.
8) DAP juga mendapat laba dari hasil reformasi yang penuh warna ini. Tidak terkecuali PAS dan PKR. Adanya PKR bukan hanya jambatan untuk DAP dan PAS tetapi meyakinkan bahawa politik rentas kaum mampu dibentuk.
Ini adalah taktik nyerang yang dilakukan oleh Anwar..
Jangan serang kepala, serang org number 2..
kalau serang kepala nescaya seluruh badan akan bersatu..
anwar menyerang Najib kerana ingin memecah-belahkan kapal Umno..
kerana waktu itu pengaruh pak lah di dalam umno cukup kental..lihat sahaja selepas keputusan di Ijok..Ku Li sampai kata kita perlukan lebih ramai orang di KJ..kalau serang pak lah sudah pasti puak - puak ini akan bersatu dan menyerang dengan dahsyat..
Nah setelah anwar berjaya menggoyangkan kekuatan umno dengan perpecahan yang amat sedikit..anwar segera menyerang kedua - duanya...lihat ceramah anwar di wangsa maju..
Hasilnya??
Ya, benar Mahathir ada jasanya, blogger ada jasanya dan Anwar ada jasanya...
Tapi yang paling berjasa ada si Pak Lah bingai..
sekian...
Sebenarnya Mat Sabu tu marah pada Anuar kerana tak diajak berbincang pasal 16hb.sept.
Pak Bakaq,
Saya rasa undi melayu kepada BN, sebab umno mainkan sentimen perkauman yang kuat.. Banyak melayu yang terpengaruh. Tapi bagi melayu bandar yang berilmu dan 'beriman' bnyak yg xsokong BN. Kalau kita nak analisis betui2, mmg susah kita nak dapat satu analisa yg tepat. Rakyat Malaysia susah untuk dibaca.
Pak Bakaq,
Harapan saya, tulislah dengan ilmu dari akal fikiran dan berpeganglah pada keimanan. Insya'allah.. Mudah-mudahan selamat dunia akhirat.
Anak Kedah.
Undi bukan Melayu lari dari BN kerana benci mereka kepada BN yang tak reti kenang budi. Tahun 1999 undi bukan Melayu selamatkan BN, tapi BN (UMNO) jadi angkuh selepas menang besar tahun 2004. Jadi pada 2008, mereka ajar BN sekali lagi ekoran isu-isu perkauman yang dimainkan oleh UMNO-BN. Faktor ekonomi juga menyumbang kepada kemerosotan undi BN. Seperti kita maklum, fokus utama orang Cina pada ekonomi. Apabila ekonomi merosot, mereka gelabah dan meracau. Maka BN selaku kerajaan dihukum kerana menyebabkan mereka susah cari makan.
salam.
betul dan tak betul...
rakyat bukan suka sgt pada anwar atau mahathir tapi rakyat terlalu meluat pada BN.. tu jer la faktornya.
kaum cina tolak bn atas kesan ekonomi...
kaum india tolak atas isu ugama(hindraf)
kaum melayu masih SOKONG bn sebab tarbiah buta tuli yg di beri umno kepada org melayu.
lantak la apa yg kanda bakaq fikirkan saya tetap ingin menyatakan bahawa melayu terlalu jauh tertinggal ilmu politik jika di bandingkan dengan kaum lain..jadinya revolusi mungkin jalan terbaik untuk melayu.
Salam,
Apa yang saya nampak ialah hanya undi saluran satu yang masih sukar untuk diperolehi oleh pembangkang terutama dalam kawasan kuat BN tetapi saluran dua dan tiga telah menunjukkan satu perubahan drastik. Saluran satu ramai orang tua yang hanya tengok TV1,TV2,TV3,NTV7,TV9 dan dengar radio kerajaan jadi tak hairanlah kalau wujud sebarang sentimen semasa maka propaganda media tersebut adalah medium berkesan untuk mengawal undi dari lari kepada pembangkang.
sori la kalau menyampuk...,
Thanks!
Melayu bukan yang paling terer ke politik. Keje tak payah buat, sembang goreng sampai tengah malam pon boleh.