Sedap!! Klik gambar di atas!

Kurang ajar of the highest order

Saya percaya orang yang membuat kenyataan di bawah tentu mendakwa beliau beragama Islam. Jika tidak, tentu dia tidak pergi memberi keterangan kepada Jabatan Agama Islam Perak (JAIP).

Bacalah kenyataan kurang ajar of the highest order di bawah:
Sementara itu, Zul yang ditemui sebaik mengadakan pertemuan dengan pegawai JAIP di sini enggan memperincikan kandungan surat aduannya kepada JAIP itu.

Ditanya sama ada dia turut melakukan hubungan seks, Zul berkata: “Tidak mengaku tidak boleh, dia (BPR) ada gambar.''

Katanya, dakwaan BPR bahawa dia dan dua rakannya meminta perempuan China daripada Mohamad Imran adalah tidak benar.

“Kita tak minta, tak cari, Mohamad Imran yang hantar. Serupa juga kalau orang bagi sedekah, awak tak terima ke sedekah itu?’’ ujarnya. (Baca selanjutnya di sini dan di sini)
Saya tidak mahu campur hal parti orang. Hampa punya fasallah. Tetapi sebagai anak Perak, saya memohon Menteri Besar Perak mengambil tindakan sewajarnya terhadap ahli Majlis Daerah Perak Tengah itu.
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. well, brother becha. nak kata terkejut dengar tadi pun entah, tak tahu nak komen apa. tapi yang saya berani kata adalah, jika benar disabitkan dan benar ada bukti, maka kesalahan itu jelas terbukti. maka tidak boleh kita angkat orang sebegini sebagai pemimpin, lebih2 lagi dalam menjaga hal-hal agama islam.

    jikalau pun dia bertaubat dan meminta maaf, kita terima, tapi sebagai pemimpin, pada pendapat saya jangan diambil kerana kelak nanti boleh dijadikan kes atau sabit bilamana ada orang lain yang cuba untuk menabur fitnah kembali. maka eloklah kita mengambil jalan yang berhati-hati. dengan maka itu, orang tersebut pun kenalah faham akan kenapa kita tidak patut mengambil mereka memimpin lagi. kerana kita akan takut nanti islam kita digadai sebagaimana orang yang menerima sahaja bila "disedekahkan" sesuatu.

    saya tidak menuduh, dan saya tidak mahu menuduh sebelum diputuskan betul2. saya pun tak nak percaya. cuma saya nak nyatakan, kalau betul, pada pendapat saya, saya tidak akan angkat lagi orang sebegini sebagai pemimpin.

  2. aku malu nak mengaku dia ni kaum MELAYU ISLAM aku....dia tak tau persoalan ZINA tu berjuta kali lagi berat dari persoalan politik....astaghfirullah....dah la mengaku sbb terpaksa....mintak pihak berkuasa ambil TINDAKAN...JAIP di mana dalam kes ni???

  3. jika benar berlaku seperti apa yg didakwa,
    MB Nizar harus segera mengambil tindakkan terhadap mereka ini..
    org seperti ini adalah duri dlm daging dlm usaha n cita utk membentuk negara ISLAM..
    jika melihat dari pengakuan mereka,
    jelaslah bahawa walaupun berbaju PKR namum badan mereka masih lagi umno..
    walaupun jika mereka diperangkap,
    kesalahan mereka jelas menjatuhkan maruah kerajaan PR n maruah MB Nizar..

  4. oh sounds so familiar the excuse...sounds like UMNO...saya tak minta, tak cari, taukeh bagi/hantar durian...."Serupa juga kalau orang bagi sedekah, awak tak terima ke sedekah itu?"
    is this PKR culture?
    isn't the thing to do to resign?
    the excos? nothing right...so far...tak cari kan..

  5. Lainlah kalau mereka dakwa dirogol oleh wanita itu.

  6. Best jugak kalau zina dianggap sedekah. Kalau kena sebat, itu dianggap hadiah... Bodoh betul sesetengah rakyat Malaysia ni...

  7. kenapa nak kaitkan hal zul hassan ni dengan UMNO? mase berkempen bukan main cakap dia orang keadilan (PKR), siap angkat pegang jawatan lagi, tapi bila buat salah camni, kaitkan dengan UMNO. Tak adil sungguh rasanya, ni perangai orang jahil, tak kisah la die parti mana, kalau jahil, jahil la. be fair la, sepahit mana pon kenyataan, salah tetap salah, benar tetap benar

    Gorila

  8. Baguihhhhh....ada harapan aku jadi ahli majlis.

  9. Gorila, you need to paham. UMNO and korupsi sudah sebati. Bila sebut korupsi, tergambar jelas UMNO dengan benderanya Sang Saka Merah Putih Keris. Jadi jangan salahkan orang kalau mengaitkan UMNO dengan perkara jahat. Sebut Iblis dan Syaitan (tak kira agama apa pun) akan dikaitkan dengan kejahatan di dunia.

    Tapi saya kena setuju dengan Gorila, tak kira party apa pun, tak kira apa pun, tak kira dia ini pejuang rakyat ke, YB rakyat ke. Itu dulu, sekarang kalau dia betul salah, kita nasihat dia ambil jalan bermaruah sepertimana Chua Soi Lek dan mengaku..."I'm the man". Lepas itu letak jawatan dan diam. Saya sendiri tidak akan mengangkat lagi orang sebegitu sebagai pemimpin, kerana jelas bagaimana dia boleh membela Islam kalau dia tidak tahu thin line between right and wrong dalam hal Islam, lebih lagi concept sedekah?

  10. Saya lupa nak nyatakan sesuatu, dahulu dalam sejarah kegemilangan Islam, saya lupa zaman siapa. Mungkin zaman Khalifah Harun Al-Rashid? Pernah wujud di mana zaman orang tidak layak menerima sedekah atau pun zakat, mereka sendiri rasa diri mereka tidak layak. Kalau saya tersilap baca ataupun terlupa tolong betulkan.

    Oleh itu, tidakkah boleh saudara Zul kita cakap sahaja, "Saya tak layak terima sedekah ini"? Begitu tahap keimanan yang teguh. Kalaupun taukey kata alah, ini durian kira bagi sedekah, cakap sahajalah..."Saya tak layak menerima sedekah." Apa susahnya? Hendak seribu daya, tak hendak seribu juta dalih kita boleh bagi.

    Selamat Malam Malaysia.

  11. sesumpah@pokka,

    "org seperti ini adalah duri dlm daging dlm usaha n cita utk membentuk negara ISLAM.."

    Jangan-jangan lebih banyak duri yang ada... daripada daging.

  12. dunia nak kiamat, camtu la gelagat manusia!

  13. apahal lak sesumpah kaitkan keBANGANGan si exco PKR sengal tu dgn UMNO plak? Oooo... kalau yg jahat je mesti UMNO la ye? Ape punye pemikiran la si sesumpah ni? Ni sume tunjuk ajar si anwar bangsat la tuh! kalau dah salah, tujukan plak salah kat org lain... memang BENGAP betul org2 mcm ni... kalau dah salah tu, jgn la ckp diorg tu berfikiran UMNO... UMNO x jahat... yg jahat adalah org2 yg x beriman... n aku pun x ckp PAS atau PKR jahat... yg jahat ialah Anwar dan Husam!!!!

  14. sila ke http://hauzah.blogspot.com untuk Hari al-Quds Sedunia. terima kasih.

  15. Perempuan Cina bagi sedekah benda tu pada Melayu PKR. Busuk.

  16. Itulah sebabnya, aku percaya yg org politik ni sama saja.
    Manifesto berbuih2 tapi habuk pun tarak. Ngapa Pakatan Rakyat tak gantung jawatan diorang ni ? Double standard macam UMNO jugak.
    Ini baru tak sampai setahun berkuasa, dah komplen tak boleh nak tolak SEDEKAH.
    Sama je BN ke PR ke, kalau PR berkuasa lama mcm BN pun akan byk kroni, korupsi dll.
    Sekarang apa macam Manifesto PR? Kebanyakannya, macam BN terkubur tanpa nisan. Rakyat kena tipu lagi.

  17. apa hal plak nak kaitkan perangai individu dengan parti, tak relevan langsung... mengong,
    kalau ahli satu parti tu ditangkap mencabul gadis bawah umur, tak semestinya ahli lain mcm tu... tak pun cuba check senarai pesalah dalam penjara, tgk ahli parti mana yang ramai... mengong btul

  18. kita mesti ingat orang PKR bukan semua darah warna biru muda.. Ramai lagi dalam PKR masih pekat biru tua.

    Kalau dah cair biru muda kita kira dah OK laa. Kalau mula hijau sudah tentu teringin nak masok PAS pulak.

    Bila dah pasti biru tua tak kira sapa sama ada dalam PAS atau PKR, lebih2 lagi pemimpin, mesti tendang punya!

  19. Bakaq... yang sebetulnya ahli politik melayu ni memang bangang. tak reti memrintah. Melayu BN ke Melayu PR ke ... serupa aja...

    Sebab tu la cina dan india dah naik tocang sebab Melayu tak reti memerintah...

    Hang paham tak bakaq...?

  20. sungguh kecewa..

    camni nak jd pemimpin rakyat?

  21. Kecewa juga,
    Kan mudah kalau semua kembali kepada Islam ketika nak memerintah, terutama yang mengaku beragama Islam ni. Memang susah nak mengelakkan diri dari pelbagai dugaan dunia ni, itu sebablah kita memerlukan seorang pemimpin yang sentiasa mendekatkan diri dengan Islam, ada kemungkinan akan gagal tetapi lebih berpeluang untuk berjaya insya-Allah...

  22. Benda sedap Bakaq.....

    Main dengan menatang tu, cerodek macam manapun hancor...

    Jawatan Timbalan Perdana Menteripun orang tak kesah, inikan pula hanya Ahli Majlis Daerah...lantaklah... ase kan sedap weh....

  23. JAIP hendaklah mendakwa mereka ini telah melakukan zina mengikut undang-undang jenayah syariah Ng. Perak kerana mereka sendiri telah mengaku melakukan perbuatan zina tersebut....

  24. Anonymous, hang kata -"apa hal plak nak kaitkan perangai individu dengan parti, tak relevan langsung... mengong"

    Itulah, kita kat Malaysia ni terlalu taksub dgn parti.

    Kalau yg buat tu org UMNO, korang kata UMNO ni memang teruk. Tapi kalau jadi kat PKR, kata takleh nak kaitkan plak.

    Ngape double standard? Lantaklah kalau dia PKR ke, UMNO ke, PAS ke, MCA ke, adik sendiri ke, bapa sendiri ke .. kalau salah, salah gak. Dia bukan ahli parti biasa - tapi berjawatan besar dlm sebuah parti yg mewar-warkan ketelusan, anti-korupsi etc.

    Alih2 kata suapan berupa zina ini lebih kurang sama dgn sedekah. Apa cerita ?

    Pada aku lantaklah dia dari parti apapun, yg salah tetap salah.

    Malaysia perlu buat undang2 - kalau ahli politik yg terlibat dgn rasuah (tak kisah rasuah libatkan kulit atau wang) hukuman kena 3 kali ganda yg kena pada org biasa. Bukan apa, nak tolong dia supaya kat Mahsyar esok kurang sikit kena hukum dengan Allah.

    Maklumlah, pemimpin ni kena jawab pasal kebajikan & amanah yg dipertanggungjawab oleh ramai org2 dibawah dia.

    Bukan nak hukum, tapi nak tolong ...

    p/s Pada Anonymous - ngapa tak berjawab:
    1. Tadi aku tanya ngapa tak gantung2 jawatan dia ni sedangkan dia dah ngaku terima "sedekah".

    2. Apa cerita Manifesto spt kat Selangor yg byk terkubur (atau sekarang kata tak boleh nak laksanakan) ? Bukan kerajaan Sgor skrg hampir sama mcm kerajaan sebelum ni? Cakap byk, kerja kurang ?

    3. Ingat, kita kena adil. Jgn sebab kita suka satu parti, apa saja yg dibuat dek parti tu betul aje, dan janganlah sebab kita benci satu parti tu kita tak bertindak adil padanya.
    Yg salah tetap salah.

  25. Sekarang bagi kita semua - tak kira kita sokong sapa, bangsa & agama kita: Kita semua kena nyatakan dengan jelas pendirian kita.

    1) Kutuk perbuatan yang dilakukan oleh orang ni; iaitu BERZINA

    2) Kutuk dan perbetulkan tentang apa yang dia kata hal SEDEKAH

    3) Minta dia LETAK JAWATAN dari jawatan yang membabitkan orangramai. Pendeknya, kalau jawatan tu meletakkan dia sebagai Ketua apa-apa jawatankuasa.

    Seorang PENZINA tidak layak untuk jadi pemimpin Adakah tidak ada orang yang lebih baik? Jadi, BUANG DIA

    4) Desak PKR ambik tindakan. PKR dan Pakatan, JANGAN nak defend orang macam ni. Jadi, PKR mesti tegas. Kalau PKR sayang sangat orang macam ni, BERMAKNA PKR PUN TAK BOLEH PAKAI.

    5) Desak Pejabat agama ambik tindakan kerana BERZINA. Bukti sudah ada. Dia pun mengaku.

    Tak boleh nak nafikan bahawa kita tak boleh mudah-mudah dan suka-suka menghina & perlekeh Umno/BN, seperti sikap sesetengah penyokong Pakatan yang taksub ... seolah-olah "orang-orang Umno/BN saja yang terlibat dengan maksiat".

    Sekarang, sudah ada dari PKR yang buat Tuduhan rasuah dia tak mengaku, jadi kita tak boleh cepat sangat nak buat kesimpulan walaupun nampak macam...

    Namun, dengan orang yang macam ni, semasa kes bicara dia nanti, aku tak nak bagi sokongan langsung... Bukan kerana aku jadi hilang kepercayaan kepada PKR/Pakatan, tapi kerana aku benci dan meluat jenis orang yang macam ni!

    P/S Bakaq: Terima kasih kerana telah masukkan feed blog saya di Malaysiakita - Cendana Blues: Addicted to Politics http://cendana287.blogspot.com Saya tengok bahawa banyak jugak Clicks yang berasal dari site saudara:-)

  26. Zul Hassan, lu punya otak ada tapi akal takde. celah paha pun kira sedekah gak. lu ngaji mana ?

  27. cam mana bpr leh ada gambar derang kongkek?
    bpr ngendap ke?
    ke ada yang kasik?
    sapa kasik?
    kenapa kasik?

  28. “Adalah tidak mustahil nasib politik pro-Islam akan dipersia-siakan apabila pentadbiran kuasa tidak berada dalam tangan mereka. Sekalipun mereka yang membantu kenaikan kuasa politik berkenaan.

    Dalam sejarah al-Ikhwan al-Muslimin, mereka pernah membantu revolusi yang dibuat oleh Jamal Abd al-Nasir sehingga beliau berjaya menjadi Presiden Mesir. Bahkan kemenangan Jamal ‘Abd al-Nasir itu sebenarnya kerana bantuan Gerakan al-Ikhwan al-Muslimin. Mereka juga yang membela Jamal pada peringkat awal semasa rakyat sudah mula tidak puas hati dengannya.

    Malangnya, Jamal ‘Abd al-Nasir yang pernah berbai’ah dengan wakil Hasan al-Banna dan berjanji setia untuk membela Islam itu berubah sama sekali setelah menjadi Presiden. Dia yang mengetahui banyak rahsia-rahsia pergerakan al-Ikhwan telah menggunakan ‘kepakarannya’ itu untuk memusuhi al-Ikhwan habis-habisan.

    Ramai pemimpin al-Ikhwan yang ditangkap dan dibunuh. Dialah juga yang menggantung Syed Qutb, ‘Abd al-Qadir ‘Audah dan lain-lain. Dari seorang teman yang dibantu, menjadi musuh yang memburu. Sebabnya, kerana pemimpin al-Ikhwan tidak berhati-hati melihat kepercayaan dan dasar yang dipegang oleh Jamal ‘Abd al-Nasir yang seakan memakai ‘baju pro-Islam’ pada peringkat awal.

    Namun, apabila menjadi Presiden, dia telah menanggal baju tersebut dan jelaslah akidah sebenar yang dianutinya iaitu ‘pro-sosialis’ dan dia sebenarnya talibarut Soviet Rusia. Memang, Soviet Rusia akhirnya menjadi begitu rapat dengan Mesir, bahkan Soviet telah menjadi kiblat pentadbiran sosialis Jamal ‘Abd al-Nasir.

    Terbukti tuduhan terhadap Jamal sebelum itu bahawa dia ‘tali barut’ Soviet Rusia adalah benar. Topeng Islamnya adalah mainan politik. Jamal yang terkenal dengan slogan dan kepetahannya telah menjadi idola masyarakat ‘Arab. Sementara Al-Ikhwan terpaksa membayar harga kesilapan itu dengan menjadi kelompok yang paling ditindas dan diseksa.

    Akhirnya, al-Ikhwan terpaksa berjuang dengan airmata, penjara dan darah berhadapan dengan seorang Presiden yang memegang tampuk kuasa dengan bantuan mereka sendiri.

    Alangkah baiknya, jika para pencinta Islam berhati-hati dalam langkah-langkah mereka. Jangan sampai suatu hari mereka terpaksa bertempur dengan musuh yang ditegakkan oleh mereka sendiri. Musuh itu pulak akan lebih licik kerana banyak mengetahui rahsia mereka.

    Kemenangan Islam mestilah melalui denai dan lorong yang diredhai oleh Islam. Jika kita melalui jalan yang asing bersama orang lain, mungkin orang lain akan sampai ke destinasinya, tetapi kita akan tersesat jalan.

    Ingatlah selalu firman Allah yang memberi amaran kepada baginda Nabi s.a.w agar tidak terpengaruh dengan tawaran kemenangan segera tanpa melalui jalan yang diredhai Allah. Firman Allah:

    (maksudnya) Dan sesungguhnya hampir mereka dapat memesongkanmu (Wahai Muhammad) dari apa yang Kami telah wahyukan kepadamu, supaya engkau ada-adakan atas nama Kami perkara yang lainnya; dan (kalau engkau melakukan yang demikian) tentulah mereka menjadikan engkau sahabat karib. Dan kalaulah tidak Kami tetapkan engkau (berpegang teguh kepada kebenaran), tentulah engkau sudah mendekati dengan menyetujui sedikit kepada kehendak mereka. Jika (engkau melakukan yang) demikian, tentulah Kami akan merasakanmu kesengsaraan yang berganda semasa hidup dan kesengsaraan yang berganda juga semasa mati; kemudian engkau tidak beroleh penolong pun terhadap hukuman kami. (Surah al-Isra`: 73-75).

  29. Betul kata Pa'chik tu, Kalau kita mengaku kita semua orang Islam kita kena siasat semua. Sampai ke lubang cacing. Jangan biarkan satu pon lubang tak dibuka. Kita tunggu apa MB Perak nak kata nanti tak payah nak melulu menghakim orang.

    Kepada yang rasa PR tak buat kerja tu, PR baru jer memerintah. PR ada 4 tahun nak buat kerja. Macam mana UMNO yang dah bertahun2 memerintah tapi tak buat kerja? Korang ni macam anak yang tak dapat apa yang dia minta. Kalau bapa takde duit, macam mana nak beli. Aku rotan baru tahu. NAK KENA ROTAN?

    Fendy

  30. Dear Penarik beca,
    I am anxious to know what the De Facto leader going to comment.He is in the same soup as his follower except that he did not plead guilty and refuse to take the oath.

  31. Soalnya.. Ber'power'kah MB Perak tu nak ambil tindakan..? Ermm.. jab biar kita menung dulu..

  32. aku setuju ngan kenyatan musti perak, ustaz harussai:
    'dia mmg bodoh ttg hukum agama klu dia rasa kenyataan tu bole mempertahankan diri dia'
    selama 30thn lebih apa yg dia belajaq tg agama haa??dia tak bersekolah ker??tp dlm hal ni dia dalih ke mana pun memang dia BODOH!!

  33. manusia susah nak berubah kepada kebaikan.gunakan kan saluran2 /undang2 yang ada untuk mendakwa mereka yang bersalah.Mb Perak tahu apa yg sepatutnya dia lakukan.Tak payah kita kondem pentadbiran negeri.cakap je pandai,akal taruk mana????

  34. mcmana BAPAKNYA gitulah ANAKNYA...

  35. Aku dah lali...asyik seks,liwat pembangkang..tapi aku nak tanye org UMNO ada yg bagus ke..pelik2...

  36. Tuan,

    org Melayu yang aku tahu cakap memang berkobar kobar...tapi bila dah hulur....kebanyakan sapu jugak.

    aku cakap melalui pengalaman aku kerja dulu...kekadang bila time petang tinggal aku sorang aje...yang lain pergi cakuat/massage, towkey belanja.

    kalau bab rasuah, yang selalu ulang alik masjid pun telan...sampai buat umrah pun ada towkey kautim.

    Ini tak kiralah penyokong PAS, UMNO, PKR semua ada...tapi yang nyata kebanyakannya Melayu Islam..

    Yang tak kena dugaan tu jangalah eksyen sangat ok...alhamdulillah aku dapat mengelak sebab aku takut penyakit dan nama busuk yang akan terpalit pada anak bini aku...mungkin org Islam ni menganggap Allah akan memaafkan segala perbuatan melainkan syirik yg buat nereka tak takut...pendapat aku ajelah ni..

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008