Sedap!! Klik gambar di atas!

Jiwa feudal PAS

Malaysiakini 11/9/08 melaporkan, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menggesa Umno kukuhkan institusi raja Melayu (laporan Bernama di sini). Na'uzu biLlahi min zalik! Selamatkanlah negara kami, kami dan anak cucu kami, ya Allah!

Apa yang Tun Dr Mahathir Mohamad buat dulu dah elok dah. Saya penyokong kuat tindakan Dr Mahathir menerajui Pindaan Perlembagaan yang secara tidak langsung mencincang imuniti raja-raja Melayu.

PAS pun sokong waktu itu. Saya masih ingat, Al-Marhum Ustaz Haji Yusof Rawa dan Al-Marhum Ustaz Fadzil Noor personally involved untuk memastikan ahli-ahli Parlimen PAS menyokong usul itu. Saya masih ingat, di waktu itulah saya diberitahu, Ustaz Yusof berkata kepada Tuan Guru Mursyidul Am kini, "Hang tau ka, Nik Aziz?! Patek tu maknanya anak anjing!"

Sayangnya, beberapa Ahli Parlimen PAS dari Kelantan melarikan diri dari Dewan Rakyat ketika pengundian dibuat. Mereka terlalu takut Sultan dan Sultanah Kelantan akan angin satu badan jika mereka menyokong pindaan itu. Mereka juga terlalu takut kepada Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah yang waktu itu menentang pindaan tersebut.

Sejak 1990 lagi, saya memang geli geleman sangat dengan tokoh-tokoh PAS Kelantan yang berjiwa feudal. Angkat sembah kepada Sultan sampai mencakar langit. Saya memohon Allah melindungi saya dan keturunan saya dari berbuat demikian.

Pada masa itu, saya fikir orang-orang PAS Kelantan dan orang-orang PAS Pahang sahaja yang berjiwa feudal (jiwa feudal orang PAS Pahang lebih menjadikan kita geli geleman. Dok sebarkan khabar yang belum tentu betul kononnya Abdullah yang mereka panggil TM baca Harakah. Apa nak heran dia baca Harakah. Unta di Mekah pun tanggung kitab. Sultan Pahang jadikan PAS macam pariah mereka tak nampak-nampak).

Hari ini, saya melihat jiwa feudal semakin berkembang di dalam PAS, termasuk di kalangan orang PAS Terengganu, orang PAS Kedah, ramai lagi. Jiwa feudal dan tingkah-laku yang feudalistik semakin berkembang dengan PAS. Semakin tak kelihatan masyarakat Madinah di dalam PAS.

Tambahan - Komen saya dalam blog Rudin X:

Aku ingat nak jerit kuat-kuat pasal posting hang yang ni dalam blog aku. Tak berani aku!

Apa pun, bacalah blog Haji Khalid Abdul Samad mengenai ahlil-nujum. Dan, ada apa di muka dalaqm akhbar Harakah keluaran terbaru? Saya bertanya kerana di Kelantan khabarnya ada ahli PAS yang nak bakar Harakah.
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Kita semua berharap semoga Allah Ta'ala yang Maha Tinggi redha kepada kita semua dan mencurahkan tawfiq dan inayah-Nya kepada kita, dan semoga insya'Allah hati suci Imam Mahdi (ajf) gembira dengan kita sebagai pengabdi negara ini, pengabdi agama, pengabdi rakyat, dan wajah kita putih di hadapan Allah kelak di Yaumul-Akhirat.

    Ja'far Bukit Bintang

  2. ai bang,

    berat jer cerita hari nie...

    mat nasha tu ape cerita? saya dah naik meluat !

    dia sayang benor dengan umno ke?...

  3. saya pun tak suka raja2 ni,depa ni bukan ada contoh baik yang boleh ditiru pun, ada la sorang 2 yg boleh pakai sikit tp banyak yang melingkup dan menyusahkan rakyat..

  4. Kalau msia jadi republik islam mcm mana modelnya.rukunegara dah begitu.lagu kebangsaan dah begitu.negara bernama madinah tertegak dgn ilmu dunia,ilmu ketuhanan dan hanya takutkan Allah.ayuh siapa bersedia untuk memimpin?merdekakah hati kita?

  5. Tak betul. Masa tu PAS cakap mereka hanya akan sokong kalau sekali dengan kekebalan UMNO turut di hapuskan

  6. Nak bentuk negara modelkan Madinah bukan senang tambah2 di Malaysia. kena berdepan dgn BN, institusi raja2, golongan kuffar, golongan munafiq, golongan koperat keparat, gol polis & askar, gol penjenayah dan ahli maksiat!!! termasuk juga musuh2 dari luar Barat /US/ Yahudi....

    Kalau hendak contohi sirah Nab, tahap masyarakat di Malaysia kini sama lebih kurang masyarakat Quraisy di Mekah sebelum hijrah. kena sanggup bersungguh/berjihad. Lagi penatnya jika yg mengaku Melayu/Islam menentang Melayu/Islam spt terhadap Kelantan kini.

    Nak tiru revolusi Iran atau Taliban? Sanggupkah org2 Melayu/Islam di Malaysia yg belum cukup tarbiah dan kekuatan iman untuk berjihad?

    Sudah ditakdirkan perjuangan kita melalui sistem demokrasi yg ada di malaysia, maka cara inilah dahulu kita gunapakai; setakat ini sudah pun nampak kejayaan walaupun kecil, syukur dan teruskan perjuangan kita dalam jemaah dan pimpinan yg ikhlas.

  7. Trimakasih tamu pulau melaka.alhamdulillah syukur.

  8. Selepas Sultan datang Syaitan. Mungkin Pak Bakar boleh tanya Nik Aziz tentang ni.

  9. Saya sangat setuju. Terbukti dalam sejarah, segala keputusan raja-raja melayu semasa menghadapi krisis adalah untuk 'self-prservation' bukan atas kepentingan rakyat. Sekarang sudah sampai waktunya untuk Rakyat pula menjadi raja.

  10. "Tuhan akan Memberi kepada sesuatu kaum seorang Raja yang berpatutan dengan kaum itu" (Hadith)

    Maka tidak timbul soalan Raja yang Adil atau Raja yang Zalim. Kaum yang baik Tuhan bagi Raja yang baik and vice-versa.

    " After Kingdoms come Tyrants" (Hadith)

    'To remove Monarchy from this World' (Zionist Agenda No.2) reprinted 1962

    Ketuanan Melayu terletak pada kuasa Raja2 Melayu.

    "Tafakkur sesaat lebih baik dari Ibadah setahun" (Hadith)

    Maka orang2 Melayu fikir lah sendiri.

    Ahli Politik tak suka Raja, depa nak kuasa penuh.

    Obey Allah and Rasul and then your King.

    Pendatang Halal

  11. tugas sebagai pemimpin islam pun tak terlaksana, nak minta kuasa apa lagi..kuasa ekonomi ke

  12. Perlembagaan dan keadaan sosiopolitik di Malaysia waktukini menjadikan institusi raja penting. Walaupun begitu, kekuasaan raja perlu ada hadnya. Kita tidak mahu peristiwa dahulu semasa raja mempunyai imuniti penuh berulang lagi. Saya bersetuju, apa yang Tun Mahathir lakukan adalah baik dan merasa kesal dengan sesiapa mereka yang memutar belit isu tersebut bagi kepentingan politik mereka. Sedih dengan kedaan negeri Kelantan yang perniagaannya dan hartanahnya banyak dikuasai oleh keluarga raja. Keenganan TG Nik Aziz untuk bersama-sama dengan Tun Mahathir dalam isu tersebut memakan diri.

  13. Tuan,

    Terima kasih kerana mempromosikan buah fikiran saya.

    Selamat berpuasa dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri.

    Salaam.

    Rudin X (Mimpi Boneka)

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008