Hari ini, dalam postingnya yang bertajuk "Bariah Ishak, Marina Lee and the rest of the heroes," Sheih tulis:Saya memberitahu Bariah, jangan terkejut jika melihat tok lakinya digari beramai-ramai dengan pakaian lokap. Saya dulu digari tujuh orang sekali dari lokap Sentul ke mahkamah Kuala Lumpur dengan t-shirt yang tertulis Lokap Kuala Lumpur yang baunya buaya pun mungkin boleh pitam jika dicampak ke dalam sungai.
Antara yang digari serangkai dengan saya ialah seseorang yang saya pun tak tau sama ada dia ok atau tidak. Bila dia minta rokok kepada polis dalam perjalanan ke mahkamah itu dan polis tak bagi, dia kata, "Mintak rokok sebate pun tok se bagi. Berapa ore mu? Satu, dua, tiga, pat. Beringat! Mu beringat! Aku keluar, aku bedilmu!" Bedil tu tembaklah.
Dia menceceh dan menyampuk tak habis-habis walaupun di dalam mahkamah sehingga terjerit si majistret (perempuan): "Yang di belakang tu diam!!"
Bila saya beritahu tentang digari beramai-ramai dan pakai baju lokap yang biasanya lebih busuk dari babun tengik, Bariah kata, "Nasib baik abang cakap fasal digari and I can prepare myself. Takut termenangis!"
Saya beritahu dia, "Nak teriak jangan tahan-tahan. Peduli apa, laki aku. Bukan laki hampa!"
All the way through my journey to the Kota Bharu Magistrate court to be remanded for the first time, I stared at the handcuff and pray to God that my wife will remain strong. I knew if she starts to cry, I shall too.Saya teringat ketika the revered Dr Syed Husin Ali dikejami Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dulu, orang menyatakan hero sebenar bukan Syed Husin, tetapi isteri kesayangannya, Sabariah Abdullah.
As I walked out of the car, I saw her in a distance smiling at me. That is why you have my photos smiling all over the papers next day. She is the hero.
Saya semakin yakin apa yang dikatakan itu bila membaca "Tuesdays with Bapak" yang ditulis oleh Nuraina A Samad dalam blognya, saya semakin yakin memang Sabariahlah hero sebenarnya. Saya semakin yakin kerana saya melihat ketika Allahyarham A Samad Ismail dikejami ISA, saya terasa benar bahawa hero yang sebenar adalah isterinya ketika itu, Allahyarham Hamidah Hassan.
Pengalaman peribadi saya hanya bersama-sama keluarga Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu. Dua kali dia dikejami ISA iaitu pada tahun 1984 dan dalam Operasi Lallang tahun 1987. Nak percaya tak percaya, ikut sukalah. Tetapi saya jamin, ketika itu hero sebenarnya ialah Kak Normah, isteri Mat Sabu.
Kini, Kak Marina isteri Raja Petra Kamarudin adalah hero di mata saya. Peduli apa orang nak kata apa.Raja Petra tulis menyalahi Islam? Kenapa tak bicarakan dia di mahkamah yang adil dan bersih? Kalau perbicaraan yang adil dan bersih mendapati dia bersalah, hukumlah.
Mengapa berlagak lebih dari Allah s.w.t. yang dikasihi. Allah tak boleh hukum kita tanpa bicara? Allah boleh buat gitu kalau Dia mahu. Tetapi, demi keadilan-Nya, tidak mungkin dan tidak mungkin Allah buat gitu. Kita akan dibicarakan di Mahkamah Qadhi Rabbul Jalil sebelum kita dihantar ke syura atau ke neraka (na'uzubiLlahi min zalik!). Semua saksi akan dipanggil. Malah, anggota badan kita juga akan turut menjadi saksi.
Mengapa mereka kurang ajar sangat berlagak lebih dari Tuhan dengan ISA mereka?!!
Bila membaca posting Sheih itu dan bila melihat kepada diri dan hati nurani saya sendiri, (oh my vicious self!!) saya, a villain, semakin terasa, i am completely nothing. Di malam Ramadhan ini, saya merayu keampunan Allah yang dikasihi!










Cantik? Klik 






I understand its RPK’s birthday this Saturday. I`m already sending him a raya card everyday. Today I sent him a birthday card. I appeal to others as well to send him a birthday card and express our support, our solidarity and our strength for and with him. Until he is free I will not be…none of us will be…
Y.M. Raja Petra Kamarudin
Tempat Tahanan Perlindungan,
34009 Kamunting,
Taiping.
Perak
Malaysia
Biarkan ISA! Sekurang-kurangnya subur budaya hero worship.
Semua hero muncul dari kalangan orang baik-baik.. Bahkan Nabi Muhammad saw ialah hero daripada semua hero bagi orang-orang yg mengaku islam.
Orang yg takut kepada hero biasanya penjahat-penjahat (villains),orang-orang yg zalim dan rakus termasuk lanun2 yg merompak khazanah rakyat juga para pengikut yg buta hati.
Dalam Islam penentang ISA jugak hero.
Why much attention on ISA when Encik Raja Petra was detained? Not even a farting sound when the so-called Al-Qaeda operatives (JIM) were detained. I don't think anybody knows Nik Aziz son's name then.
I think it's better for Encik Raja Petra to remain in Kamunting for the time being. Funny that he shouted the unfairness of ISA to detain him without proof. But it is okay for him to accuse people of murder and other despicable acts without proof.
Saya percaya si isterilah hero sebenar. Saya ada baca buku tulisan Syed Hussein Ali betapa zalimnya mereka lakukan ke atas tahanan ISA.
Salam pak bakaq,
Minta izin betulkan saya kalau salah
Dulu pintu langit rendah.
La ni dah terlalu tinggi.
Ugama AKU mudah,datang Iblis menyusahkan.
Sebut dosa apa yang kamu telah lakukan nescaya AKU ampun,kecuali syirik.
Kenapa syirik Allah tak boleh ampun ?
Sebab yang buat kerja syirik ni melebihi Tuhan.
Ngah.
Isteri mereka memang hero sebab suami mereka 'crook'.
to timbuktu
He should deserve all the attetion he needs. He is exposing all the coruptions and killings of these umno people who think that they can hide behind ISA to justify thier actions.
Might I remind you that trials are being conduct, RPK say he has evidences to implicate that umno person, read the news please and we probably will know what the upcome of the trial since they shove RPK to hotel kamunting.
Coincidence? I dont think so...
Betul tu Pak Bakaq. "Behind Every Great Malay Man, Is a Great Malay Wife" but behind great umno leaders are his cronies...
Amin
Fendy