Satu perkembangan yang baik kepada saya kebelakangan ini ialah kesungguhan orang-orang Umno memperjuangkan kepentingan Melayu dan Islam. Tidak kiralah berlakon untuk kepentingan politik atau memang benar-benar ikhlas. Tidak perlu mereka meyakinkan kita atau sesiapa pun. Akhirat sana boleh cerita. Allah Maha Mengetahui.
Sebenarnya penyembelihan kepentingan Melayu dan Islam disempurnakan lagi kali entah ke berapa ribu dalam persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003 yang lalu. Saya harap dapat diyakinkan tanpa sebarang keraguan bahawa Umno tidak terlibat dalam persempadanan semula itu dan pak yet-pak yet di SPR tidak tunduk sedikit pun kepada titah perintah para pemimpin Umno.
Namun saya masih berbangga kerana dengan tangan berlumuran darah setelah membunuh kepentingan Melayu dan Islam, tetap jua tak segan-segan bersuara untuk kelihatan sebagai pembela Melayu. Saya menerima SMS berikut yang diforwardkan oleh seorang kawan Umno yang di mata saya dari jenis yang lebih berjenis berbanding majoriti yang lain. Berikut ialah SMS yang saya tak edit itu:
Secara senyap2 Kerajaan Perak yg d terajui YAB Ir Nizar meluluskan 400hektar tanah strategik kpd 9buah sekolah persendirian Cina.Keputusan DAP yg memaksa kelulusan tersebut.Selepas terbongkar baru nak timbang kelulusan tanah untuk sek agama rakyat,bila tak tahu. PERAK BETUL2 KERAJAAN BONEKA DAP PRO CINA..MELAYU oh Melayu..Saya lalu bertanya kepada seorang kawan di Perak yang khabarnya dekat sangat dengan Menteri Besar Perak. Menteri Besar saya tak kenal. Dia lagilah tak kenal saya. Berikut jawapan kawan lama yang saya tak edit juga:
Tak betul, sebelum ini kerajaan bg balek perkapita kpd sar, naik elaun guru kafa dan tadika Islam, dan luluskan bantuan pembinaan bngunan baru beberapa buah sar, tanah sdg dlm proses unt diluluskan oleh kerajaan, yg bg kat Cina baru cdgkan belum lulus lagi, pajak 30 tahun. Sek Cina 1000 h je, sar lbh dr itu.Tiadalah saya hendak menambah.










Cantik? Klik 






QUE SERA, SERA -(What Will Be, Will Be)(Apa Yang akan Jadi akan Terjadi)
-------------------------------------------
Meaning of Que Sera, Sera: Wikipedia
(Maksud Que Sera, Sera): Wikipedia
The expression "What will be,will be" is used to describe the notion that fate will decide the outcome of a course of events, even if action is taken to try to alter it.
(Ungkapan "Apa yang akan jadi akan terjadi digunakan untuk maksud Takdir akan menentukan keputusan kejadian-kejadian seterusnya walaupun tindakan diambil untuk cuba menghalangnya.)
(Lyrics written by Jay Livingston and Ray Evans
for Alfred Hitchcock's 1956 re-make of his 1934 film
"The Man Who Knew Too Much" starring Doris Day and James Stewart.)
When I was just a little girl,
I asked my mother, "What will I be?
Will I be pretty?
Will I be rich?"
Here's what she said to me:
"Que sera, sera,
Whatever will be, will be;
The future's not ours to see.
Que sera, sera,
What will be, will be."
When I was just a child in school,
I asked my teacher, "What will I try?
Should I paint pictures"
Should I sing songs?"
This was her wise reply:
"Que sera, sera,
Whatever will be, will be;
The future's not ours to see.
Que sera, sera,
What will be, will be."
When I grew up and fell in love.
I asked my sweetheart, "What lies ahead?
Will we have rainbows
Day after day?"
Here's what my sweetheart said:
"Que sera, sera,
Whatever will be, will be;
The future's not ours to see.
Que sera, sera,
What will be, will be."
Now I have Children of my own.
They ask their mother, "What will I be?"
Will I be handsome?
Will I be rich?"
I tell them tenderly:
"Que sera, sera,
Whatever will be, will be;
The future's not ours to see.
Que sera, sera,
What will be, will be.
Que Sera, Sera!"
http://patek1472.wordpress.com
Salam,
kbykan yg karat umno ni baya2 mak bpk saya. Umur 50 ke atas. Ckp sikit psl pembangkang semua salah, terus melenting. Hr 2 saya dh pesan kat ayah jgn bg mak pi prk permatang pauh, sbb bahaya & blh timbul fitnah (mak ayah saya umno tp ayah selalu dok umah je, mak yg aktif). Siap ayah marah saya supaya jgn campur urusan depa. Dia ckp BIARLA AKU NAK SOKONG PARTI YG AKU SUKA. Padahal sy xdak ckp pun xbg dia sokong sapa. Saya cuma bgtau dia jgn benarkan mak pi ppauh sbb bahaya. Tu je. Malas la nak layang geng2 pakcik makcik yg dah liat ni.
maaf kalau saya terkasar bahasa.
saya seorang muslim dan orang melayu.asal saya dari Perak.
saya tak kisah dengan keputusan dari Nizar.kalau ada kebaikan,elok diteruskan.cuma kita harus sedar samada Nizar membuat keputusan tersebut atas kerelaan dan keikhlasan beliau ataupun kerana terpaksa.wallahhualam.juga kena pertimbangkan apa kata ahli PAS sendiri mengenai hal pemberian tanah tersebut.
Namun buat mana-mana pihak sebelum membuat apa-apa komen dan kritikan,eloklah kiranya membuat kaji selidik dahulu sebelum berkata-kata.jangan takut jika kita dipihak yang benar.perlu difahami bahawa dalam politik banyak "trick".
Abang Beca ,
Sila beritahu kawan abang Beca yang kat Perak tu supaya Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak ada sumber media internet mereka sendiri untuk menerangkan kepada rakyat Malaysia perkembangan terkini di Perak. Jangan harap pada Harakah, Tranungkite, Malaysiakini dan blogger-blogger lain macam Abang Beca ni.
ALHAMDULILLAH....
Apa bagi sikit sangat tanah tu kat Cina, bagilah semuanya.....barulah kerajaan perihatin, tak gitu?
ayub-mengkarung,
awat hg racist sgt, xkan cina kt malaysia ni tak boleh hidup aman damai..kalau bg kat melayu semua boleh,habih tu yg cina mcm merempat dinegara sendiri? depa ni pun warganegara m'sia, tak paham lg mesej yg kwn pakcik bakaq bagi? mengkarung la hg sampai bebila pun...
adam peace
Kasi la tanah bertaraf hakmilik kekal kat sekolah cina, buat apa 999 tahun, kasi je terus taraf "perpetual".
Hairan dengan DAP ni, nampak dari luaran mcm jagoan konsep "Bangsa Malaysia" tapi bila sentuh bab SR(J)K dan SM(J)K melenting. Macam mana nak capai Bangsa Malaysia kalau sekolah pun buat ikut kaum. Hapuskan sahaja SR(J)K dan SM(J)K ni. Cuba contohi Amerika Syarikat dalam aspek asimilasi kaum, ada ke Sekolah Jenis Kebangsaan Hispanic, Sekolah Jenis Kebangsaan French. Semua duduk belajar bawah satu bumbung. Orang Melayu pula kena la bertolak ansur. Buka seluas-luasnya sekolah asrama penuh kepada bukan melayu.
Kita semua bersalah..
Isu ini sengaja dibesar-besarkan oleh pihak tertentu untuk menimbulkan kemarahan orang Melayu. Bila bangsa Cina atau bangsa lain tengok Melayu marah, maka mereka akan melabel Melayu sebagai anti perkauman. Inilah namanya permainan kotor politik pembangkang...
dengar cerita sebelum ini kata pemberian tanah untuk bukan melayu dikatakan selama 99 tahun!.
tapi sekarang dikatakan 30 tahun pula.
apapun,jika pihak yang memberi tanah dan menerima tanah itu berbakti pada tanah maka tiada apa salahnya.lebih elok jangan terbiar begitu sahaja.
tapi Nizar jangan lupa pula pada SAR (sekolah agama rakyat).saya menyokong saranan salah seorang komentar disini yang mana eloklah kerajaan Perak bertindak lebih proaktif dalam menerangkan berita tentang hal kerajaan Perak agar tidak disalah erti.senang warga Perak dan rakyat Malaysia yang lain tahu perkembangan terkini di Perak.
Bakaq,
Datuk aku orang Jawa datang ke Sabak Bernam sekitar 1910. Dia kahwin dengan opah aku orang bugis. Bapak aku orang panggil Jawa beret.
Ayah aku pula kahwin dengan mak aku orang melayu Palembang. Orang kata aku orang Melayu bumiputera. Aku merupakan generasi ke 3.
Ramai kawan-kawan aku di Penang, Melaka dan Johor, mereka adalah merupakan generasi ke 5 dan ke 6 tetapi mereka kebanyakannya bangsa Cina, India dan Cyelon.
Tetapi mereka tidak disebut sebagai bumiputera.
Aku malulah nak mengaku bumiputera kerana aku baru generasi ke 3.
Hang kalau free jengoklah blog aku.
http://rahimkassim.blogspot.com/
Saya harap PAS dan YAB MB Perak terus sedar dia berada di tampuk sekarang krn peruntukan perlembagaan negeri yg mensyaratkan MB mesti Melayu beragama Islam.
Jd kalaupun menang besar PRU12, jgnlah lupa terus tentang kebaikan-kebaikan yg ada dlm perlembagaan negeri/ negara dan polisi-polisi yg telah menjadai asas kenegaraan Malaysia, khususnya yg diukudakan utk menjaga kepentingan umat dan agama Islam, bangsa Melayu dan kedudukan Raja-Raja.
Kan BangsaMoro telah hilang Moroland dan kita telah hilang Tanah Melayu. Berapa banyak lg "konsesi" lg dan lg yg hendak diberikan kpd pihak yg menekan tanpa henti sejak PRU 12 hari tu?
Btw, Bila nak desak DAP mintak maaf pasal azan dan tulisan jawi tu (Teresa Kok)?
kadang2 orang2 proumno ni nampak sayang bbenor kat melayu dan islam. tapi mengapa dalam banyak perkara juga,lansung atau tidak langsung mereka tak sayang kepada melayu/islam. terhadap bahasa misalnya.. hiburan melampau misalnya...
yang jelas tunggengnya mengapa mereka sangat anti kepada melayu-islam PAS di kelantan. dibuatnya kami di kelantan musuh tuknenek sejak dulu hinggakini.
berat mata memandang org lain kepada kami berat lagi bahu memikul beban buatan umno/bn terhadap kami dan pemimpin2 di kelantan kini??? namun syukur kami membangun bersama islam dengan berbekal kebenaran dan kesabaran.