Dalam posting saya bertajuk "PAS hanya meracau?", antara lain saya nyatakan: "Berapa kali dah aku cakap! Aku tak nak (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) jadi Perdana Menteri! Masalahnya, ramai pemimpin PAS yang hanya jadi tukang tengok, tukang ulas. Meracau tak tentu hala!!"
Berikut adalah antara komen yang saya terima:
Tinggal lagi, apabila saya menyuarakan hak demokratik saya, ia bagaikan menjerkah kegianan ramai yang kepingin melihat Anwar menjadi Perdana Menteri. Tentulah saya akan dijerkah balik. Tak kisahlah. Takkan aku ja boleh kata kat orang. Orang pun boleh kata kat aku juga.
Lagi pun, dah jenuh dah saya kena kata macam-macam. Tambah sikit lagi, apa salahnya.
Begitu juga, apa salahnya Cik Gu Pa kata apa yang disasarkan akan berlaku pada 16 September ini "Tidak demokratik, bermoral untuk ambil alih kerajaan cara lompat"? Itu hak demokratik dia. Kalau tak setuju, bantailah balik. Gunakan hak demokratik untuk bantai balik seperti yang Khalid buat. Hujah lawan hujah. Jangan serang peribadi. Jangan bogelkan maruah kawan.
Saya dah kata, biar kebebasan bersuara bercambah dalam PAS. Takut perpecahan? Hanya jenis kurang ajar yang tidak berprinsip yang takut kebebasan bersuara. Abang adik bertengkar sampai terdengar dek jiran sekalipun, takkan nak tebang tiang rumah kot!
Saya tak setuju Anwar jadi PM, setakat mana terhenti hak demokratik saya?
Mai nak cerita. Sebelum Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi jadi Perdana Menteri, saya langsung tak setuju dia jadi Perdana Menteri. Hati saya menuduh dia tak cerdik. Saya juga termakan kata-kata Mat Sabu, "Dolah ni lagi jahat daripada (Tun Dr) Mahathir (Mohamad)!"
Pada tahun 1981, ketika saya berkhidmat di Bahagian Penerbitan, Kementerian Dalam Negeri, saya tak setuju Dr Mahathir jadi Perdana Menteri. Waktu itu, Tuhan Yang Maha Mengetahui betapa bencinya saya kepada Dr Mahathir, walaupun tiap-tiap minggu saya terserempak dengan beliau ketika sembahyang Jumaat di Masjid Negara.
Saya tak setuju. Tetapi, apabila proses demokrasi, tak kiralah macam mana pun asal orang anggap demoratik, memilih beliau sebagai Perdana Menteri, saya hanya mampu bertengkar dengan rakan-rakan sepejabat termasuk SB-SB yang ditugaskan untuk membantu kerja-kerja Bahagian Penerbitan, Kementerian Dalam Negeri.
Lebih dari itu, aku nak buat apa?
Samalah juga bila Anwar ditakdirkan jadi Perdana Menteri. Saya memang tak suka, meluat, hampa sebutlah apa sahaja perkataan yang sejenis dengannya. Tetapi, apabila proses demokrasi, tak kiralah macam mana pun asal orang anggap demoratik, memilih beliau sebagai Perdana Menteri, aku nak buat apa?
Saya tak boleh buat apa pun menentang kehendak dan proses demokrasi. Saya hanya boleh mempertahankan hak demokratik saya yang tidak redha Anwar menjadi Perdana Menteri.
Takkan hampa nak sembelih, kerat-kerat dan cincang mayat aku kerana aku tak suka Anwar jadi Perdana Menteri!
(Semalam, kebetulan jumpa Mat Sabu. Saya merayu sungguh-sungguh agar beliau tidak menerima sebarang jawatan dalam kerajaan pimpinan Anwar. Itupun kalau ada tawaran. Mat Sabu pun kata kat saya, setakat ni aku ni belumlah lagi hidung tak mancung, pipi yang gatal tersorong-sorong.
Saya juga memberitahu sesopan yang boleh kepada beberapa kawan, kalau hampa pegang jawatan tinggi dalam kerajaan Anwar, menteri ka, bawah sikit ka, kita akan minum teh tarik semula bila hampa dah pencen nanti. Maksud saya, jawatan tinggi. Takkan aku tak minum teh tarik dengan pegawai biasa, kerani, peon dan pencari fail dalam kerajaan pimpinan Anwar).
Berikut adalah antara komen yang saya terima:
abdrahim kassim said...Apa salahnya tak suka? Itu hak demokratik saya. Dan, apa salahnya kawan-kawan di atas balun saya, itu juga hak demokratik mereka.
Bakaq,
Kalau hang tak nak Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri, hang nak siapa?
Mustapa Ali?
Stormbringer said...
hang nak sapa bakaq? hang pon satu! macam baguih! lepaih kena tangkap ni aku tengok hang dah cakap lain! hang dah jadi penakut!
pondok said...
Bakaq pun kalut.
Hang nak sapa jadi PM, bakaq?
Anonymoussaid... (September 11, 2008 9:08:00 PM MYT)
Aku boleh baca hati Bakaq sebab aku jin minsyaril watiwannas..
PM, dia nak Najib Altantuya, x dapat Syed Hamid Albab pun cukup baik. Ni orang baik2 sebab boleh sumpah atau keturunan hadaralmaut. Yg lain2 AMNO x boleh pakai.
TPM mesti orang PAS berjiwa melayu asli bukan mamak tapi xdak, jadi pilih Ibrahim katak. Setuju semua?
Tinggal lagi, apabila saya menyuarakan hak demokratik saya, ia bagaikan menjerkah kegianan ramai yang kepingin melihat Anwar menjadi Perdana Menteri. Tentulah saya akan dijerkah balik. Tak kisahlah. Takkan aku ja boleh kata kat orang. Orang pun boleh kata kat aku juga.
Lagi pun, dah jenuh dah saya kena kata macam-macam. Tambah sikit lagi, apa salahnya.
Begitu juga, apa salahnya Cik Gu Pa kata apa yang disasarkan akan berlaku pada 16 September ini "Tidak demokratik, bermoral untuk ambil alih kerajaan cara lompat"? Itu hak demokratik dia. Kalau tak setuju, bantailah balik. Gunakan hak demokratik untuk bantai balik seperti yang Khalid buat. Hujah lawan hujah. Jangan serang peribadi. Jangan bogelkan maruah kawan.
Saya dah kata, biar kebebasan bersuara bercambah dalam PAS. Takut perpecahan? Hanya jenis kurang ajar yang tidak berprinsip yang takut kebebasan bersuara. Abang adik bertengkar sampai terdengar dek jiran sekalipun, takkan nak tebang tiang rumah kot!
Saya tak setuju Anwar jadi PM, setakat mana terhenti hak demokratik saya?
Mai nak cerita. Sebelum Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi jadi Perdana Menteri, saya langsung tak setuju dia jadi Perdana Menteri. Hati saya menuduh dia tak cerdik. Saya juga termakan kata-kata Mat Sabu, "Dolah ni lagi jahat daripada (Tun Dr) Mahathir (Mohamad)!"
Pada tahun 1981, ketika saya berkhidmat di Bahagian Penerbitan, Kementerian Dalam Negeri, saya tak setuju Dr Mahathir jadi Perdana Menteri. Waktu itu, Tuhan Yang Maha Mengetahui betapa bencinya saya kepada Dr Mahathir, walaupun tiap-tiap minggu saya terserempak dengan beliau ketika sembahyang Jumaat di Masjid Negara.
Saya tak setuju. Tetapi, apabila proses demokrasi, tak kiralah macam mana pun asal orang anggap demoratik, memilih beliau sebagai Perdana Menteri, saya hanya mampu bertengkar dengan rakan-rakan sepejabat termasuk SB-SB yang ditugaskan untuk membantu kerja-kerja Bahagian Penerbitan, Kementerian Dalam Negeri.
Lebih dari itu, aku nak buat apa?
Samalah juga bila Anwar ditakdirkan jadi Perdana Menteri. Saya memang tak suka, meluat, hampa sebutlah apa sahaja perkataan yang sejenis dengannya. Tetapi, apabila proses demokrasi, tak kiralah macam mana pun asal orang anggap demoratik, memilih beliau sebagai Perdana Menteri, aku nak buat apa?
Saya tak boleh buat apa pun menentang kehendak dan proses demokrasi. Saya hanya boleh mempertahankan hak demokratik saya yang tidak redha Anwar menjadi Perdana Menteri.
Takkan hampa nak sembelih, kerat-kerat dan cincang mayat aku kerana aku tak suka Anwar jadi Perdana Menteri!
(Semalam, kebetulan jumpa Mat Sabu. Saya merayu sungguh-sungguh agar beliau tidak menerima sebarang jawatan dalam kerajaan pimpinan Anwar. Itupun kalau ada tawaran. Mat Sabu pun kata kat saya, setakat ni aku ni belumlah lagi hidung tak mancung, pipi yang gatal tersorong-sorong.
Saya juga memberitahu sesopan yang boleh kepada beberapa kawan, kalau hampa pegang jawatan tinggi dalam kerajaan Anwar, menteri ka, bawah sikit ka, kita akan minum teh tarik semula bila hampa dah pencen nanti. Maksud saya, jawatan tinggi. Takkan aku tak minum teh tarik dengan pegawai biasa, kerani, peon dan pencari fail dalam kerajaan pimpinan Anwar).










Cantik? Klik 






http://pkrpasdap.blogspot.com
ada ke orang macam nie. masuk blog orang tapi hentam orang. perangai macam DAP. tak sedar diri.
Oi bakaq.. kalo tak suka sgt mesti ada sebabnya, cuba habaq mai sket sbb apa hang benci sangat kat Anwar sampai yang nak kerja bawah dia pun hang nak putus hubungan? Dan kalau hang tak mau dia hang nak sapa? bukan nak marah hang cuma hang cuba terang sket pendirian hang, sbb apa hang tak suka. Mmg la itu hak hang nak sokong sapa. Tapi cuba habaq mai sket sebab apa yang hang benci sangat kat dia? Kalo nak kata dia bukan pemimpin islamic, ramai ulama termasuk TGNA da sokong da dia. Cuba habaq mai sbb apa nih...
mie umno
aku tak pernah kata apa kat hang. banyak komen hang yang aku publishkan dalam blog ini.
orang yang hang kata perangai macam DAP tu, depa tu kawan-kawan aku. ada orang kata, perangai DAP jauh lebih baik dari perangai hang. aku no comment.
aku dah kata. hujah lawan hujah. aku banyak kawan dengan orang/blogger umno. kami boleh berselisih pendapat. hujah lawan hujah.
tapi hang jenis menabur fitnah. setan pun terkejut besar dengan perangai hang.
banyak komen fitnah hang yang aku tak publish. Bercakap konon bela Islam/Melayu. Tetapi, perangai hang memburuk dan membusukkan nama Islam/Melayu. Macam siapa tu, yang dari Bukit Bendera tu?
Tak payah jawab kat aku. Jawab sendiri kepada Munkar Nankir di dalam kubur. Jawab kepada Allah di Padang Mahsyar.
aku bersyukur sangat kepada Allah kalau hang tak mari dah blog aku ni. jangan datang lagi!!!
Anonymous at September 16, 2008 6:24:00 AM MYT,
Tak dan nak jawab. Ada hal. Mungkin aku akan jawab dalam satu posting.
Terima kasih atas soalan hang.
muka hang sama ngan muka mustapa ali.. adik beradik kaaa??huhu. patutlah sebulu, tgk muka ko bebulu lak masa lepas kua balai, ingat pejuang rakyat rupanya pejuang bangsa jerk. uwek la aku dgr ko nye hujah, nmpk cam gempak tp cm perompak jerk. huaahuahuahuaha. Sory la bro, lu kena citer kat kite org pasai ko tak suka sgt kt anwar. pastu baru bole trusted ckit posting ko. jgn buat citer udah. Bak kata syawal: polisi dikantora. hahaha
HANG BEST LA BAKAR....ALAH SAPA PUN PM HANG MEMANG TAK SUKA,(DATO SERI BAKAR=PM MALAYSIA KE 69)
Mat sabu tak nak jadi Menteri? Baik masuk masuk tabligh le kalau macam tu. Yang jadi Naib Presiden dan bertanding praya tu bukan ke niat nak jadi menteri? Dah le, jangan berlagak warak pulak
Assalamualaikum
Jom kita sama2 rujuk kitab Yusof Qardawi - Feqah Keutamaan....kot kot ada panduan dalam kitab tu...
Kalau ikut akal dan emosi kita, macam2 kita boleh buat andaian dan spekulasi.InsyaAllah semoga bertemu panduan
DrRantissi
aku jumpa seorang prof u yang ada di dewan pemuda pusat.dia kata, kenyataan cikgu pa betul dan untung buat ahli pas, tapi tidak untuk rakyat malaysia.Saya tanya kenapa? dia jawab, sesetengan pemimpin dan ahli pas dah melampau percaya anwar sampai tinggal pemimpin sendiri. kenyataan cikgu pa itu juga menjadikan rakyat malaysia kecewa dengan kegagalan dsai.
Saya rasa betul juga prof ni punya pandangan. Memamng susah lah krisis ni. Kuasa penting, tapi sampai tak nak patuh pimpinan, susah juga.
abg bakaq......
saya pn nk tau sangat sebab apa yg abg meluat smpai mcm tu...
saya pn kalau blh biaq la yg bakal menjadi PM tu dr PAS...
saya tunggu penerangan abg...
.........................................*****
salam,
kita tengok petang ni apa jadi, 16hb sampai pukul 12 tengah malam ni
jangan dok kalut
salam
xpe bang bakaq..biaqje bang bakaq suarakan suara hati bang bakaq..kalau sume membontoti anwar membuta tuli payah pulak..tu macam maha det je..
ps:teringat kuliah Allahyarham Ust Nikmat Yusof bila beliau ceghita yang beliau berselisih pendapat dengan Anwar dalam syura Abim sampai bertegang leher bila Anwar nak masuk UMNO.Tapi, untuk kes itu je la.Lepas tu ok je depa berkawan.Al-fatihah untuk beliau.
wasalam
Hang bakaq, pandai sb tu tuning balik otak hang. X palah..aku boleh cakap lepaih ni..PENARIK BECA adalah bloger kompenan pada Blog KJ,Pemuda Umno dan sewaktu dgnnya..buleh macam tuh? www.citrabudiman.blogspot.com
Salam Pak Cik Bakaq..
Takkan nak minum teh pun tak bulih kot..ka Pak Cik takut nanti mereka bocoq rahsia kat Pak cik. Sembang punya sembang tak sadar telepas rahsia.
Tapi yang peliknya Semua PM Pakcik tak suka tentunye ade sebab..Saya pun macam pakcik juga semua PM tak suka termasuk TPM yang ada sekarang..dan saya ade sebab untuk tidak menyukainya...
Tapi yang sebaiknya kita perlu sangka baik, jadi Saya berpendapat untuk Bersangka Baik dengan ANWAR selagi saya tak nampak perbuatan buruknya...Mungkin Pakcik dah nampak apa yang saya tak nampak..Tetepi kalau boleh menimbukkan was-was baik pakcik jangan cerita melainkan benda ini betul betul yakin..nanti timbul fitnah walhal niatnya baik.
Wassalammmmmmmmm
Bakaq, teruskan jer luahan hati mu. Hak mu sendiri. Kalu kita tak luahkan dalam bloq kita, mana lagi kan nak luahkan?? Kalu face-to-face, takut lak lebam muka dok kena penumbuk.
Saya pon memang tak minat dsai jadi pm, tapi dah kalu ditakdirkan, kita kena gak terima. ini semua ALLAH yang MAHA BERKUASA yg menentukan nasib Malaysia ini.
Pak Bakaq,
Nampaknya hang 'tak suka' betul dgn Anwar. Sampai tak nak minum teh tarik sesama bakal menteri serta timbalan walaupun mereka tu kawan-kawan. Nak tunggu sampai pencen pulak. Baik ker memutuskan hubungan dengan saudara se-agama yg amalkan Islam dgn sebenar..?
Takpe la, itu hak masing-masing.
Wallahu'alam..
Abg bakaq..biaq pi la sapa2 pun nak jd PM yg penting harap harga barang tak naik mencanak (nak harap turun satu dunia punya harga barang memang naik) dan yg penting yg jadi PM tak lupa tuntutan ISLAM..
Orang yang dipanggil Bakaq ni, fius putus kot... Semua PM dia tak suka, kalau dia sendiri jadi PM pun dia tak suka juga kot...
Bakaq,
Kalau hang tak mahu Anuar jadi PM, bio aku le yang jadi PM. Hang boleh minum teh tarik dengan aku sampai kembong ha, ha, ha.
schoolrunner
schoolrunner
..you are full-filled with HATRED! Semuanya 'negative'. Tak bagus tu dan tak sihat untuk kesihatan rohani dan jasmani. Kena cepat2 cari penawar atas 'sajadah'. Bila dah dapat petunjuk, barulah 'redha' datang. Barulah jiwa tuan tenang dalam apa jua keadaan. Lalu, Approach dan Penerimaan tuan akan lebih rasional..
Kaq,Tgh org dok admire DSAI hang menongkah arus.Terok lah kena lutu.tapi aku percaya hang ada reasons. Hidup demokrasi. Limah Labu Ayaq.
1. AKHIRNYA, rakyat Malaysia menang. Anwar Ibrahim kalah dan tewas dengan permainan ciptaannya sendiri. Allah SWT sudah berfirman " manusia hanya bisa merancang Allah juga yang menentukannya", kita boleh berdakwah namun hanya Allah SWT yang memberi hidayah dan membuka hati seseorang, jangan jadi macam Anwar dia sendiri menentukan dirinya jadi PM pada 16 September 2008! Allah SWT sangat Murka kepada orang yang Takbur dan Sombong.
2. Namun manusia kalau sombong dan ego tetap juga keras hatinya, semalam dalam ucapannya yang Hanya dihadiri 10,000 orang ( sasaran 30,000 ) , beliau berkata dengan nada marah dan benci, memberi ugutan kepada Perdana Menteri Malaysia, katanya "...''Saya memberi masa dua minggu kepada Abdullah untuk membuat keputusan sama ada menerima tawaran ini atau tidak.''Kita ingin adakan pertemuan dengan Perdana Menteri bertujuan berbincang untuk peralihan kuasa secara aman dan tenteram selain membebaskan tahanan politik,''
3. Yang teramat malang ialah PAS kini berpecah dua dan bercelaru angkara Anwar, kata MSO seorang penulis ahli PAS yang berpengaruh, katanya, "...Dalam perhatian saya mengenai isu sokongan kepada Anwar ini Nik Aziz menggunakan sepenuhnya baju dan jubahnya sebagai Mursyidul Am Pas untuk menyokong bekas TPM itu. Pandangan Majlis Syura pun dilanggarnya! Perangai ini sungguh aneh. Beliau seakan lebihkan kepada Anwar daripada menjaga perasaan dan kepentingan pemimpin Pas sendiri. Nik Aziz harus sedar dan jangan mudah nyanyuk bahawa Pas itu adalah hak jemaah dan bukan kepunyaannya. Sehebat mana ilmunya dan sebesar mana pengaruhnya ia tetap dipayungi oleh Pas.."
4. Kumpulan PAS yang menyokong Anwar diketuai oleh Ketua Erdogan PAS, "...Mereka yang bersetuju dengan projek 16 September ini atau tepatnya terpesona dengan Anwar ialah Husam Musa, Naib Presiden Pas, (beliau boleh dianggap sebagai ketua), Kamaruddin Jaaffar, Setiausaha Agung, Zulkifly Ahmad, Pengarah Strategi Pas, Mohd Hatta Ramli, Bendahari Agung Pas, Mahfuz Omar, Ketua Penerangan Pas, Syed Azman Syed Mohamad AJK Pas, Abdul Khalid Samad, ahli Parlimen Shah Alam. Mereka ini dibantu oleh Dr Mariah Mahmood dan Dr Lo' Lo' Ghazali keduanya AJK Pas Pusat...
5. Kumpulan "Kepimpinan Ulama" yang tidak bersetuju dengan Anwar tetapi bersetuju bersatu dengan Perdana Menteri Malaysia ialah, :...Manakala pihak yang tidak setuju dan tidak yakin dengan projek berkenaan ialah Abdul Hadi Awang, Presiden Pas, Nasaruddin Mat Isa, Timbalan Presiden, Mustafa Ali, Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pas. Mereka ini dibantu oleh Dr Haron Din, Timbalan Mursyidul Am Pas, Harun Taib bersama beberapa tokoh veteran Pas Terengganu, Kedah, Kelantan, Johor dan lain-lain..
6. Tak kanlah Husam Musa Lebih Baik daripada Kumpulan Ulama. Husam hanya punya dua pilihan keluar PAS sertai PKR atau utamakan Presiden PAS daripada berusaha jadikan Anwar PMtidak sah. Sangat malang apabila Husam berusaha memperbodohkan Tuan Guru Nik Aziz. Kata MSO...Pada hemat saya, puak yang menyokong Anwar atau yakin dengan projek peralihan kuasa 16 September (esok) itu mereka sedar hakikat kekosongan angan-angan itu. Tetapi kenapa mereka sokong ialah kerana motif lain. Saya tidak kira Husam Musa (arkitek baru Pas) buta dan jahil mengenai hal ini. Beliau tentu sekali nampak dan bermain politik untuk kepentingan partinya dan juga dirinya di sebalik menyokong projek itu...
7. Kesimpulannya, katanya lagi.."Jangan terkejut kalau pada pemilihan pucuk pimpinan Pas tahun depan Husam akan mencabar Abdul Hadi Awang untuk jawatan presiden!..
7b. Penulis tidak terkejut dengan analisa MSO itu, dengan bantuan Anwar dan Lim Kit Siang tiada mustahil Husam akan menjatuhkan Hj Hadi, kerana Hj Hadi dikatakan penghalang utama Anwar jadi PM ( Mat Jenin ). Bukankah sekarang ini pun Husam sedang bekerjasama dengan Anwar dan Lim Kit Siang!
http://jentayuabaka.blogspot.com/
dibawa oleh :
Penulis Cyber
http://beritamalaysiakini.wordpress.com
Jumpak ustaz sekolah kampung takdi masa beli kueh. Panjang khutbah dia kat aku pasal ciri-ciri pemimpin.
Kata dia pemimpin yg baik mesti ada OTAK dan HATI..mesti ada rekod kad, xleh bidan atau payung terjun.
Lagi dia kata mesti ada pegangan (dasar/prinsip), berakhlak baik tingkah laku (beragama)..semua yang baik-baik aajer.
Mesti bijak(bukan auta) rajin pandai mengurus, yang penting sekali ada amanah dan adil..jauh sekali ada penyakit KKK(natang apo?)..
Kalu la gitu nampak gaya hampir semua pemimpin atasan kita di tanah air ni layak-layak belaka. Memang patut la RTM kata negara kita bertambah maju dan jaya..
Jadi Bakaq buat apa kita sibuk2 nak tukar cari baru? Kita sokong ajelah sampai hari kiamat!
aku juga bersetuju dengan bakaq
tak suka anwar jadi PM - walaupun meluat sangat sangat dengan UMNO/BN sekarang ni
tapi jika ditaqdirkan anwar jadi pm - aku kena terima - kerana itu demokrasi-
aku tak suka kerana dia banyak "berhutang" (bukan hutang duit - hutang rasa/derita - bagi rakyat yang mempunyai deria rasa), yang dia belum bayar sejak dia masuk UMNO.
Masa dia dalam ABIM - aku memang "salute" dia - tapi sejak masuk UMNO, dia mula "berhutang" dan terus "berhutang" yang sehingga kini belum dijelaskan walaupun sikit. banyak juga kerja baik dia - perubahan dalam kerajaan masa dia masuk - tapi "hutang" dia besar.
saya pernah cakap dulu,saya pun tak berapa suka anwar dan mat sabu pernah cakap kalau anwar jadi PM yang mengharap dia jadi menteri kawan-kawan dia saja,anwar tak pandang dia pun dan saya rasa mat sabu pun tak kebulog nak jadi menteri,BN adalah syaitan besar,saya akan sokong anwar selagi PAS ada dlm Pakatan Rakyat..
Pendedahan ikhlas daripada bekas pejuang PKR.
CORETAN DRP ALMARHUM_ zemi
BISMILAHIRAHMANIRAHIM
ASALAMUALAIKUM WBT.
MEMANDANGKAN SAYA ADA MENERIMA PM DRP BEBERAPA SAHABAT YG MEMOHON SAYA MENYIARKAN CORETAN INI,MAKA SAYA POSTING SEMULA HARI INI.KPD WM DAN MOD SAYA BERHARAP ANDA DPT BERTINDAK DGN ADIL DAN SAKSAMA AGAR TIDAK DELETE ATAU LOCKED THREAD,SESUAI KEBEBASAN MEDIA YG SERING DIUAR-UAR SELAMA INI.
CORETAN INI SAYA PERNAH POST PD 30/6/08.DAN TELAH DISIARKAN LEBIH KURANG 8 JAM,SELEPAS ITU SUDAH DIDAPATI HILANG.
Untuk baca seterusnya sila klik link di bawah
http://mymassa.com/news/118/ARTICLE/1267/2008-07-19.html
Allahuakhbar...hebat sungguh dugaan yg Allah beri kpd ahli jamaah PAS (golongan marhain mcm ana) berhubung dgn kes ini...
Memang patut pun pak bakaq tak suka kpd semua PM yg dulu (yg sudah pastinya tidak menurut Islam sepenuhnya)..Mungkin kalau ada yg suka..pastinya mrk condong dengan kezaliman.
Steady pak bakaq...(tapi masih blom steady bebetul sebab tak masuk jamaah ana..he he)
Kepada semua jamaah PAS...sudah pastinya Alquran dan sunnah merupakan jalan terbaik buat kita utk membuat keputusan dr dulu, kini dan selamanya (bukan mcm UMNO). Usaha mencari kebenaran, doa dan bertawakkal kpd Allah krn manusia selain Nabi bukan insan yg maksum.
Pesanan buat semua kepimpinan PAS, inilah masanya bagi sheikh semua muhasabah diri dan cari penyelesaian terbaik krn setiap tindakan antum akan mempengaruhi perjuangan memartabatkan kalimah "Laa illahaillallah" di bumi Malaysia ini.
Allahuakhbar!!!
NAMPAKNYA HANG PUN SMA DGN AKU BAKAQ....KAULAH SEORANG PENULIS YANG REALISTIK,......BUKAN PEMBOHONG
Kalo tak suka kat Anwar tu tak kisah lah...itu hak masing-masing
Tapi yang sampai tak mau minum teh tarik dengan kawan-kawan yang jadi menteri anwar tu apa hal? awat hang kerosot sangat?
Ajaran Shiah ka?