


Berapa kereta mereka pecahkan cerminnya dan katuk sampai lingkup? Berapa kedai yang dipecahkan, dirompak sehingga bertempiaran lari para peniaga? Berapa orang yang mereka pukul sampai berdarah?
Adakah negara ini tak aman kerana perarakan mereka? Adakah orang Kuala Lumpur semuanya menggigil ketakutan malam tadi? Berapa banyak masjid yang terpaksa ditutup, para jemaah disuruh balik dan tiada sembahyang berjemaah kerana perarakan mereka?
Mereka hanya menentang kezaliman Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Mereka tidak ganas. Merekalah yang sering diganasi tak fasal-fasal. (Gambar-gambar ihsan Malaysiakini dan Malaysian Insider. Video ihsan Malaysiakini. Sila klik imej-imej di atas)










Cantik? Klik 






Post a Comment