Sedap!! Klik gambar di atas!

Anwar, ISA dan babi

Malaysiakini semalam bertanya "Another round of ISA for Anwar?"

Saya teringat tahun 1998 dahulu. Apabila diumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), saya mengutuk-ngutuk dan memaki-maki Tun Dr Mahathir Mohamad dan kerajaan, walaupun sebelum itu saya sangat berterima kasih kepada Dr Mahathir kerana memecat Anwar.

Ada kawan bertanya, "Hai bakaq, dah berubah ka hang ni?! Dah sokong Anwar pulak?"

Saya jawab, "Dak. Tobat lahum aku tak sokong Anwar selagi aku nampak dia dok lagu tu jugak. Tapi tahan bawah ISA aku tak boleh terima. Kalau babi pun depa ISA, aku tak terima. Aku maki. Anwar tu orang".

Saya tau, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah kata bahawa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi "tidak ada telinga untuk mendengar, tidak ada mata untuk melihat". Tetapi saya nak minta elok-elok kepada Perdana Menteri.

Saya nak minta Perdana Menteri berlawanlah seperti orang lelaki. Jangan tergelejat-gelejat tak ketahwan darat dan laut macam si dayus dan menggunakan ISA. Lawanlah Anwar seperti orang bertamadun. Hujah lawan hujah, tipu helah politik lawan tipu helah politik, strategi lawan strategi dan taktik lawan taktik.

Saya mohon Perdana Menteri janganlah bersikap kurang ajar dan menggunakan ISA. Saya tak larat nak sebut dah, "Kalau babi pun depa ISA, aku tak terima. Aku maki. Anwar tu orang". Jangankan babi, kalau bekas Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail sekalipun ditahan ISA, saya akan kutuk, saya akan maki.

Ketika Anwar beria-ia sangat tak nak usik sikit pun Perdana Menteri, A Voice pernah cerita dalam postingnya yang bertajuk "My rambling mind at the session with Anwar":
He (Anwar) was asked to hold back his criticism of Pak Lah for reasons he is an ulamak’s grandson.
Tak eloklah anak cucu ulamak buat perangai macam ular dalam semak!
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. bakaq,
    semoga hang keluarga keturunan bahagia dunia akhirat.

    hang tanya pasai isa - nas dalam quran tempohari..
    chek takut jawab .. takut chek/ umat tak laghat nak amal..

    [perkataan ISA memang takdak kecuali nama nabi]

    untuk sikit keterangan pasai isa hang refer kesah khalifah umar r.a. yang tinggaikan pesan/ nasihat/ panduan pada enam orang syura dia ..

  2. ni bakaq, depa buka pintu gate; panggil pulis dunia mai..

    http://news.my.msn.com/regional/article.aspx?cp-documentid=1681642

  3. Anwar is destabilising the country + telling the world about it.
    I think we are staying in the news for the wrong reasons.
    The govt has been very patient, I feel.
    It's not easy to govern a multi-racial country, in my humble opinion.

  4. Ramai orang tak sokong ISA,zalim,BN nak guna juga,boleh pertahankan kuasa..macam la islam kata babi tak boleh makan,haram,BN nak makan juga,sebab dia kata sedap..

  5. bakaq,
    semoga hang keluarga keturunan bahagia dunia akhirat.

    hang tanya pasai isa - nas dalam quran tempohari..
    chek takut jawab .. takut chek/ umat tak laghat nak amal..

    [perkataan ISA memang takdak kecuali nama nabi]

    untuk sikit keterangan pasai isa hang refer kesah khalifah umar r.a. yang tinggaikan pesan/ nasihat/ panduan pada enam orang syura dia ..


    Saya tanya nas yang membolehkan tahan tanpa bicara. Bukan pendapat manusia. Pendapat hatta ijtihad manusia tertakluk kepada betul dan salah. Saya minta nas - sama ada dari al-Quran atau Hadith.

    Kalau Anwar tak betul (aku pun bukannya berkenan kat dia), bicarakan dalam mahkamah yang adil dan bersih.

  6. PM Abdullah Badawi tak da kuasa. Najib tak da kuasa, Anwar tak da kuasa apatah lagi Abdul Hadi Awang lagi tak da kuasa. Yang ada kuasa untuk merubah pemerintahan Malaysia adalah RAKYAT. KUASA RAKYAT!
    Senerio politik Malaysia selepas PR12 merubah blok2 politik perkauman. Itu baru merubah dgn pangkah. Apa kata jika rakyat menuntut piliharaya semula dlm suasana politik kini. KUASA RAKYAT dapat merubah ke arah Malaysia yg berkebajikan untuk semua kaum dan golongan tertindas sejak 52 tahun di tindas di bawah pemerintahan Umno & the geng.
    Tetapi untuk menghadapi KUASA RAKYAT di sana ada kuasa lain untuk memastikan pemerintahan negara ini tidak di ganggu-gugat.
    Tanyalah kepada Tuan Haji Shaari Sungib yg pernah disoal siasat sebelum ke penjara Kemunting. Di sana ada jawapannya.

    KUASA RAKYAT ! RAMADHAN KAREEM

    Ja'far Ahmadi Bukit Bintang

  7. salam!

    ramai yang tidak sokong ISA.itu kita nampak.tapi benarkah yang penangkapan 3 orang baru-baru diatas ISA adalah arahan Pak Lah?

    rasanya belum saya terbaca lagi mana-mana keratan akhbar yang mengatakan Pak Lah yang memberi arahan untuk mereka di tahan ISA.

    bukan apa.hanya sekadar bertanya.

  8. kita doakan moga-moga tahanan ISA sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera.doakan pembebasan mereka dalam keadaan yang baik.

    Tentang Anwar pula,dia ni memang susah hendak dipercayai.kata sudah cukup korum untuk membentuk kerajaan baru tapi enggan dedahkan jumlah sebenar.nama entah apakan lagi.

    tapi jarang sangat Anwar mengkritik Pak Lah.pasti Pak Lah tahu banyak perkara tentang Anwar dan sebab itu Anwar tidak berani mengusik Pak Lah berlebihan.hehe.

  9. Iyalah... Sejahat mana pun Anwar tu, tindakan ISA adalah zalim dan tak sesuai untuk beliau... Masukkan dalam penjara biasa dah la.. Itupun dah cukup seksa dah...

  10. Yang ada kuasa hanyalah Allah, Kita merancang, Dia yang menentukan. Kita hanya boleh berharap, berusaha, berdoa, dan bertawakal. Semoga Allah memberi yang terbaik untuk kita.
    Insya-Allah.
    Amin

  11. aku nak tahu jugak pasai ko tak suka anwar?? ko bole jujur tak dlm hidup.. aku nak tahu jugak utk panduan hidup aku, kenapa ko masih sembunyikan kisahnya..atau ko tgh cari kesilapan dia. Aku nak tahu kenapa ko tak suka Anwar Ibrahim??

    Shah, keramat, lrg kiri 16

  12. Anonymoussaid...

    aku nak tahu jugak pasai ko tak suka anwar?? ko bole jujur tak dlm hidup.. aku nak tahu jugak utk panduan hidup aku, kenapa ko masih sembunyikan kisahnya..atau ko tgh cari kesilapan dia. Aku nak tahu kenapa ko tak suka Anwar Ibrahim??

    Shah, keramat, lrg kiri 16


    Bakaq hang kata nak tulis dalam satu post nanti sebab apa hang tak suka kat anwar. Mana pi post tu bakaq? lagi lama hang duk simpan sebab apa hang meluat nak mampuih kat anwar lagi tuh orang kata hang tak betui. Baik hang bagitau bakaq. Ramai nak tau nih apa yg tak kena dengan anwar. Ka hang tengah duk cari salah dia? Habaq mai sket bakaq..

  13. Pak Bakaq,

    Apa yang salah kat Anwar tu? Pasai apa yang benci sangat? Kalau dia salah, atas dasar apa kesalahan dia tu? Betui ka kesalahan yg dia lakukan? Pak Bakaq tau sendiri atau dari org lain? Sahih ka apa yg Pak Bakaq tau? Tidakkah jatuh fitnah kalau kita hukum ikut kita rasa? Bagi saya lebih baik kita tak berburuk sangka sesama islam itu lebih slamat dari kita membawa dosa fitnah sepanjang hidup kita. Kita perlu berbaik sangka terhadap smua org. Takkan masuk syurga walau sebesar zarah ada perasaan benci dalam hati kita. Kalau tak betui kta tegur. Kitakan orang islam... Sama-samalah kita menjaga dan menyebarkannya...

    Anak Kedah.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008