Sedap!! Klik gambar di atas!

Akta Hasutan bukan untuk Umno

Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail baru-baru ini menyifatkan kaum Cina sebagai rakyat menumpang di negara ini. Sahabat Umno yang bernama Gerakan menjerit-jerit supaya Ahmad dikenakan tindakan. MCA yang takut dilihat tak menjerit, turut melalak.

Kedua-dua sahabat Umno itu bukan tak tau, Mat tak akan didakwa dibawah Akta Hasutan. Sambil menjerit-jerit, mereka tau Mat akan selamat. Mat orang Umno. Mat boleh kata apa sahaja. Apa Mat nak risau? Pak Lah dia dah bagi jaminan.

Mat dah senyum sampai ke telinga. Pak Lah dia dah kata, isu tersebut tidak perlu diperbesar-besarkan. Akta Hasutan bukan untuk Mat. Mat orang Umno.
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Akta Hasutan sebenarnya direka cipta oleh KERAjaan untuk menangkap Pembangkan yang menghasut rakyat supaya membenci KERAjaan. Sekiranya ini berlaku barulah akta hasutan dikira pakai. Dan sekiranya UNMO mengeluarkan kenyataan berbau hasutan ini akan dikategori kan sebagai Nasihat atau pandangan sahaja.
    Sekian Terima kasih

  2. Bakaq,

    Cuba hang bayangkan kalau Gerakan dan MCA keluar barisan. Parti itu pun orang-orang Cina pun sudah tidak mahu lagi.

    Tinggal orang-orang Sabah dengan Sarawak sahaja yang boleh bagi nyawa pada UMNO. Itupun entah berapa hari tahannya.

    Tak tahulah kalau lepas ini PAS pula hulurkan tangan untuk selamatkan UMNO.

    Haji Hadi kata keadaan ini berlaku bukan salah Dolah. Jadi nampak macam nak bantu Dolah je...

    Jangan kira silap bang... Takut nanti PAS pun ruyup sama..

  3. Saudara Bakaq,

    Ni lah double standard pihak kerajaan. Sungguh pelik. Bagus ada puak yg telah buat laporan polis..Paklah kata takpa dia akan nasihat Datuk Ahmad supaya jgn ckp mcm tu lg..hanya 'NASIHAT'...Isk isk isk

  4. TUNGGU SJ SELEPAS 916,TAK PAYAH AKTA HASUTAN,HANTAR SJ MEKA2 INI KE TANJUNG RAMBUTAN,THE BEST PLACE FOR RACIST(ORG TAK SIUMAN)

  5. mat umno memang kebal. ada 2 standard of law kat mesia nih. satu utk rakyat biasa, satu utk umno. kes mat umno yg usung sepanduk sultan natang itu hari pun tutup mcm tu jer....

  6. saya sokong

  7. kalau lah dari kalangan pembakang yang buat kenyataan itu,saya jamin 100000000000000% utusan malay dok muka depan,besar2.......ini lah negara malaysial yang demokrasi

  8. duri dalam daging/musuh dlm sel

  9. Keberanian Membina sebuah Malaysia Baru.

    Kini ialah tahun 2008. Tahun inilah rakyat Malaysia terbangkit dari tidur yang nyenyak. Kebanyakan rakyat terlalu sibuk mencari nafkah dan membina hidup mereka untuk memperhatikan zaman telah berubah dan idealisma yang didukung oleh Bapa-bapa pengasas negara masih belum tercapai untuk negara sahingga hari ini.

    Tidaklah lama dahulu pada tahun 1957 dan untuk seteman kita di Malaysia Timur pada tahun 1963, idealisma dan impian yang diucapkan oleh Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (Bapa Kemerdekaaan dan Bapa Malaysia) untuk Malaysia diumumkan dan disambut dengan penuh kegembiraan didalam hati sanubari rakyatnya. Allahyarham Tunku Abdul Rahman mempunyai impian dan idealisma sama seperti Martin Luther King, Gandhi, Nelson Mandela dan ramai lagi termasuk nabi-nabi sepanjang sejarah manusia.

    Kerapkali impian-impian tersebut dirampas dan diselewengkan dibawah kepura-puraan nasionalisma, perkauman dan idealisma keagamaan oleh ahli-ahli politik dan orang-perseorangan yang memilih dan melantik sendiri sebagai jaguh kebenaran dan beriman (Little Napoleon). Individu yang membangkit meneruskan idealisma tersebut tidak dibenarkan bersuara, diasingkan, dibankrapkan, dicercakan, dipulihkan dan lebih teruknya dipenjarakan cuma kerana tidak mengikut aliran impian dan idealisma agenda-agenda parti terpilih.

    Undang-undang digubal dan diluluskan sewenang-wenangnya di Parliamen untuk mengubah idealisma yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia dan menutup muslihat agenda parti dan individu. Memang betul diperkatakan Malaysia mengikut peraturan proses demokratik seperti yang dipraktiskan kebanyakan negara-negara barat semasa pilihan raya (walaupun tercemar tetapi tidak terbukti). Tetapi, selepas sahaja diberikan kepercayaan dan dipilh sebagai pemimpin atau wakil rakyat, idealisma persendirian dan parti mengantikan idealisma nasional dan personaliti Jeykll dan Hyde timbul kembali untuk diulangi pada setiap pilihan raya besar dan kecil.

    Rakyat Malaysia telah dipimpin secara tersesat sekian lamanya sahingga apa yang benar dikaburkan, apa yang salah ditoleransikan, apa yang jahat ditutupkan, apa yang adil disebut sebagai tidak adil, apa yang tidak bermoral dijadikan bermoral dan korupsi dan tutup sebelah mata menjadi-jadi dan perlu diterima sebagai kehidupan harian kita. Iri hati, kebencian, ketamakan, perkauman, perampuk dan sifat setan mulai membiak di minda rakyat Malaysia dan sahabat, kawan dan rakyat Malaysia sejagat diperlihatkan sebagai musuh dan manusia tidak setanding. Sekali sekala, pemikiran seperti ini dilontarkan kepada negara asing yang tidak sebangsa dan seagama sendiri.

    Minda dan jiwa rakyat Malaysia telah dicemari dan diracuni bertahun-tahun lamanya sahingga ternampak macam Malaysia sahaja yang paling betul dan kita harus memerintah dunia mengikut acuan kita. Contoh negara-negara yang mengikut Malaysia ataupun yang kita mengikut
    mereka adalah seperti Korea Utara, Zimbabwe dan Israel. Apakah justifikasi yang boleh diberikan kepada generasi sendiri ataupun generasi rakyat Malaysia yang akan datang tentang apa yang kita buat kepada manusia sejagat terutama kepada rakyat Malaysia sejagat adalah betul dan adil padahal ia dibuat atas pengorbanan dan sengsaraan manusia sejagat iaitu rakyat Malaysia sendiri.

    Bolehkah kita memperkatakan, saya melakukannya demi menurut perintah dan arahan Tuhan atau agenda politik parti? Siapakah yang memberikan kamu inspirasi dan idealisma tersebut? Jangan sekali-kali mengampuni minda dan ketamakan sendiri atau menumpang diatas minda dan ketamakan orang lain. Jangan memetik dan memilih dalam kitab-kitab Tuhan atau Undang-undang manusia untuk menjustifikasikan atau menyesuaikan mengikut idealisma dan kehendak minda kamu yang tersongsang. Kamu boleh menipu yang lain atas kejahilan atau emosi mereka pada masa tertentu tetapi tidak akan dapat menipu suara hati manusia atau anak sendiri dan barangkali suatu hari nanti diri sendiri apabila nur cahaya mendatangkan kepada kamu.

    Keberanian mengubah yang tak betul di Malaysia untuk mencapai idealisma bapa-bapa pengasas negara tidak mustahil. Kebanyakan rakyat Malaysia telah membangkit dan sedar bahawa masa hadapan negara akan ditentukan oleh warganegara sendiri melalui suara hati mereka dengan panduan kepercayaan kepada agama masing-masing untuk hidup berharmoni dan produktif secara betul dan tidak mengikut acuan politik, perkauman atau keagamaan yang dikutbahkan.

    Agenda parti dan persendirian tidak boleh diutamakan berbanding idealisma dan harapan bapa-bapa pengasas untuk semua rakyat Malaysia. Agama dan prinsip-prinsip adalah panduan kepada suara hati kamu untuk menentukan sesiapa yang menjadi pemimpin tidak mengsongsangkan rakyat Malaysia ataupun masyarakat.

    Kerana pada akhirnya, apa yang adil dan benar tentu diutamakan oleh setiap pemimpin ataupun agenda parti masing-masing.

    Adakah Wakil Rakyat kamu ataupun Kamu! mempunyai Keberanian?

    http://patek1472.wordpress.com

  10. Orang Umno cakap apa pun bebas dari Akta Hasutan. Kalau orang lain cakap macam tu, gegar satu negara orang umno-BN canang cerita.

  11. http://pkrpasdap.blogspot.com

    dah minta maaf, kira selesai lah...

    masa marah biasalah, mesti keluar ayaq tak baik tu..

    bak kata orang tua, kerana mulut badan binasa..lepas nie binasalah dia dari jawatan UMNO..

  12. I cry for Malaysia

  13. buat apa yang perlu..
    jangan cuba menghasut :-)


    Salam perkenalan ;-)
    http://pro-faizal.blogspot.com

  14. Biasalah parti UMNO- parti melayu. Kalau bab agama, pilih part yang mana sesuai dgn kehendak jer.

    Hmm.. kalau hang nak kaya, baik hang ikut. Kalau melawan, susah nanti aku kerjakan.

    Tapi takpe, Mat jgn bimbang. Abang Dolah ada. BPR, POLIS aku pegang maaa....

  15. Cuba kalau Datuk Ahmad Ismail orang Pakatan Rakyat dah sah, suratkhabar terutamanya UTUSAN MELOYER akan melalak2 suruh di ambil tindakan dibawah Akta Hasutan...MB Selangor baru cadangkan je, udah le budak2 UITM di kerah buat bantahan,AUKU pun di ketepikan lepas tu bagi makan nasi minyak...kena faham undang2 hanya laku kat orang luar BN dan org2 BN yg nak di pinggirkan atau kambing itam...hik hik

  16. Bahaya cakap si Ahmad tu . yang betul kita semua menumpang di bumi Allah. Untuk itu jangan takbur terhadap perintah Allah.
    Yang betul begini: Jika orang cina mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu dalam kontrak sosial maka orang Melayu juga boleh mempertikaikan pemberian hak kewarganegaraan kepada orang Cina.Ini kerana di buat dalam perjanjian yang sama.

  17. salam,

    ada orang kata pak mat mail tu pun 'setinggan gak'.

    khabarnya tok dia ngan bapak si Det tu sama2 naik kapal bawang datang malaya nak buka kedai nasi kandar.

    tolong siasat betui tak?

  18. Orang Umno semua suci dan maksum. Dolah tu lagi suci, mana ada dosa. Pembangkang je yang tak suci..
    Dolah tu sikit lagi jadi wali-wali la, tak pun jadi nabi..kerajaan langit..
    Woi dolah baik hang jadi PM kerajaan langit la.. lagi best aper..

  19. Salam.

    PM kita ni memang tak boleh pakai dah..
    Memang racist tahap tertinggi la mereka ni, apa yang mereka pandai?..TIPU!!
    Tipu lagi..lagi-lagi tipu..tak habis-habis ngan tipu.. dah dasar penipu..tipulah, apalagi selain tipu yang pandai dibuat penipu. Yang kesian..yang kena tipu!

    Nak belajar macamana nak kenal penipu? Teknik asasnya saja. Silalah ke weblog:

    http://raktamrittika.wordpress.com/

    Boleh la belajar nak kenal penipu dan boleh juga belajar menipu agar tak nampak sangat macam penipu.

    WASSALAM.

  20. QUE SERA, SERA -(What Will Be, Will Be)(Apa Yang akan Jadi akan Terjadi)

    Meaning of Que Sera, Sera:
    (Maksud Que Sera, Sera:)
    ---------------------------------------------

    The expression "What will be,will be" is used to describe the notion that fate will decide the outcome of a course of events, even if action is taken to try to alter it.

    (Ungkapan "Apa yang akan jadi akan terjadi digunakan untuk maksud Takdir akan menentukan keputusan kejadian-kejadian seterusnya walaupun tindakan diambil untuk cuba menghalangnya.)


    (Lyrics written by Jay Livingston and Ray Evans
    for Alfred Hitchcock's 1956 re-make of his 1934 film
    "The Man Who Knew Too Much" starring Doris Day and James Stewart.)


    When I was just a little girl,
    I asked my mother, "What will I be?
    Will I be pretty?
    Will I be rich?"
    Here's what she said to me:

    "Que sera, sera,
    Whatever will be, will be;
    The future's not ours to see.
    Que sera, sera,
    What will be, will be."

    When I was just a child in school,
    I asked my teacher, "What will I try?
    Should I paint pictures"
    Should I sing songs?"
    This was her wise reply:

    "Que sera, sera,
    Whatever will be, will be;
    The future's not ours to see.
    Que sera, sera,
    What will be, will be."

    When I grew up and fell in love.
    I asked my sweetheart, "What lies ahead?
    Will we have rainbows
    Day after day?"
    Here's what my sweetheart said:

    "Que sera, sera,
    Whatever will be, will be;
    The future's not ours to see.
    Que sera, sera,
    What will be, will be."

    Now I have Children of my own.
    They ask their mother, "What will I be?"
    Will I be handsome?
    Will I be rich?"
    I tell them tenderly:

    "Que sera, sera,
    Whatever will be, will be;
    The future's not ours to see.
    Que sera, sera,
    What will be, will be.
    Que Sera, Sera!"

    http://patek1472.wordpress.com

  21. tuan,

    ahmad ismail sudah dipanggil polis untuk diambil keterangan dibawah akta 4(b) hasutan.

    janganlah terlampau prejudis.

    buat malu sahaja letak ayat suci al-quran disebelah kalau hati penuh dengan prasangka busuk.

  22. memang pun. punyalah hebat si mat tu TPM tolong mintak maaf bagi pihak umno. hebat sungguh si mamat tu.

  23. Uikh.. Abe Mie dah insaf ker?

    ... Encik Anonymous, dipanggil polis tu perkara biasalah. Polis kan geng mereka... Kalau pangkat besar sikit polis pergi rumah jer, tak payah panggil (macam bini abang najib kita tu)

    Kalau hang pembangkang siap la hang. Polis pakai topeng (SWAT) la mari cekup.

    hehehe... akai ada ka?

  24. Saudara Bakar..

    Saudara dan rakan2 sealiran(senada dalam isu ni) buleh dak buka mata hati saudara, celik luas2 sikit.

    Sebelum ni, berapa kali pemimpin pembangkang pertikaikan hak Melayu? Pernah sedara ada kesedaran utk bangun menentang? ataupun sekurang2 menegur dalam blog sedara ni?

    Majlis Peguam persoalkan agama Islam, apa tindakan sedara dan rakan2 senada? setuju membuta tuli ke? Sedara pasti tak turun dalam bantahan tu, jadi, ada dak sedara bangkitkan dalam blog ni?

    Ni, kenapa bila sekali orang Melayu pertikaikan hak bangsa lain, sedara yang berbangsa Melayu beragama Islam nak beriya2 mengutuk ahmad pulak? apa? Tak boleh ka orang Melayu pertikai hak bangsa lain dalam masa yang sama bangsa lain dok permainkan melayu? Dahlah sedara kutuk ahmad, ni buat apa nak pertikai dalam blog? ketepikan sat isu ahmad tu orang UMNO, ingati bahawa dia orang melayu, seorang yang berani dan tegas.

    Sedara dan rakan2 senada jangan jadi bodoh la...sekali sekala fikirlah guna akal yang waras, jangan pakai emosi.

    terima kasih.

  25. Pasca pilihan raya kecil Permatang Pauh mengundang nyalaan api, apabila semua permimpin Cina "ternyala" kemarahan kepada sikap 'menghasut' Datuk Ahmad Ismail, Ketua Bahagian UMNO Bukit Bendera.

    Sebelum ini, berlaku juga Hishammuddin Hussein, Ketua Pemuda UMNO telah menghunus keris dan Hamidah Osman, ADUN UMNO/BN di Perak mengungkap kata-kata berbau perkauman kepada seorang ADUN KeADILan ketururnan India.

    Lalu direspon secara "marah" pemimpin-pemimpin Cina, misalnya Dr Koh Tsu Koon , selaku pemangku Presiden Gerakan mengatakan ucapan Ahmad itu adalah punca utama BN kalah di Permatang Pauh. Tidak cukup dengan itu, mereka tidak berpuas hati dengan pendapat Perdana Menteri sendiri tentang ucapan Ahmad yang didakwa sekadar memberi amaran supaya tidak mengulanginya lagi.

    SEPATUTNYA, Ahmad lebih sedar betapa nyalaan perkauman telah tidak relevan lagi masa kini. Ingatlah, Tuhan menjadikan manusia beriman atau tidak beriman ada tujuan dan manfaatnya. Harus diingat, manusia itu dijadikan berbangsa-bangsa/pelbagai kaum dan budaya supaya kita berkenal-kenalan dan berkasih sayang secara harmoni. Hiduplah kita dengan aturan kententuan Tuhan, baru aman dunia sejagat.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008