Saya tak puas hati ditangkap

Kayuh cermat jiwa selamat
Gatal jari tangan digari
Kalau memblog tidak berhemat
Dicekup polis di malam hari

Memang. Memang saya tak puas hati ditangkap. Saya tak puas hati kerana saya bukannya ditangkap kerana memperjuangkan nasib mustadh'afin (the oppressed atau golongan tertindas). Saya juga bukannya ditangkap kerana memperjuangkan golongan terpinggir (the marginalised). Bukan kerana menentang rasuah, penyelewengan, penyalagunaan kuasa dan bukan kerana memperjuangkan Malaysia baru yang lebih bertamaddun akhlaknya. Bukan, bukan, bukan!

Saya dicekup polis di malam hari kerana kesilapan bangang (stupid mistake).

Saya bangga?

Nak bangga apa?! Tangan digari kerana gatal jari. Saya tak bangga sikit pun. Menyusahkan anak bini aku ja. Menyusahkan kawan-kawan aku. Tak pasal-pasal depa kena berkumpul di hadapan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) kerana kesilapan bangang aku. Saya merayu kemaafan mereka. Merayu sangat-sangat!

Saya juga tak bangga copy and paste crest puaka tu. Nak bangga apa?! Kesilapan bangang.

Saya pun dah delete crest puaka tu dari posting bertajuk "Kenapa tak usik Raja Petra?" Saya dah malas nak ingat benda tu.

Saya nak jadi orang yang sama

Ketika saya diberitahu sebab penangkapan saya, saya terus beritahu pegawai-pegawai polis yang menangkap saya, "Kalau yang ni, aku tak nak bela diri aku". Sejak saat pertama saya diberitahu sebab penangkapan saya, itulah jawapan dan perasaan saya.

Saya hanya nak jadi bakaq a.k.a. ~penarik beca yang sama. Kalau di JSJK saya kata saya tak bangga dan saya kesal (alahai, di bangunan itu jugalah terletaknya Kementerian Dalam Negeri dulu, di mana saya berkhidmat dari 2 Mei 1980 hingga 31 Disember 1983), di luar pun saya cakap perkara yang sama juga.

Saya tak kata saya kesal sebab saya nak bodek polis yang tangkap saya supaya mereka tak debik saya atau sumbat saya lama-lama dalam lokap. Saya tak perlu bodek polis. Nasib saya bukan di tangan mereka.

Kalau Allah s.w.t. yang dikasihi mentaqdirkan saya akan didebik macam anjin kepala buruk dan diterajang masuk lokap sampai mampuih, kalau itu taqdir Allah terhadap saya, bodeklah polis sampai berguling-guling atas tanah pun, itulah nasib yang terpaksa saya harungi.

Kalau Allah tidak mentaqdirkan saya disiksa bagai di neraka, buatlah apa pun, bulu roma pun tak gugur. Nasib saya di tangan Allah yang saya sembah.

Saya orang, bukan plastik

Saya tak ingat apa depa kata dengan tepat. Tetapi beberapa pegawai polis yang tangkap dan siasat saya dan juga pegawai-pegawai lain, termasuk ACP Kamaruddin Md Din bagaikan berkata kepada saya, "Gamak hang buat gitu kat lambang yang kami letak atas kepala kami!"

Saya beritahu mereka, bukan saya buat. Saya gatai tangan copy and paste crest puaka tu. ACP Kamaruddin memang marah kat saya. Tetapi, dia tak debik saya. Sama seperti kita, dia pun orang jugak, bukan robocop yang mungkin dicipta supaya tidak berperikemanusiaan.

Bila depa kata gitu, saya orang, bukan plastik. Saya rasa rasa kesal sangat. Sebab itulah saya beritahu Malaysiakini:
"Saya memohon maaf mana-mana yang tersinggung kepada semua (anggota) polis. Tetapi tulisan dalam artikel itu saya pertahankan," katanya.

"Saya rasa saya tidak patutlah meletakkan lambang itu."

"Apabila disebut (dalam siasatan) tentang lambang (PDRM) itu, saya langsung tidak mempertahankan. Saya kesal dan saya tidak pertahankan. Kalau ada orang bertanya bab itu, saya malas layan lagi," tambahnya.

"Saya kesal, dan saya balik, saya mahu buang."
Semalam pun saya mohon maaf lagi dalam berita Malaysiakini bertajuk "Blogger apologises for lampooning police logo".

Ni saya nak mohon maaf lagi. Saya memohon maaf kepada seluruh anggota polis kerana copy and paste crest puaka itu dalam posting berkenaan. Saya mohon maaf sungguh-sungguh!

Mengelak didakwa?

Adakah saya beria-ia memohon maaf kerana mahu mengelak didakwa? Dakwa tak dakwa bukan urusan saya. Itu urusan undang-undang. Saya tidak ada kuasa nak ubah undang-undang.

Saya mohon maaf dari dhamir saya

Saya pun ada kelemahan. Bila saya diasak pelbagai persoalan oleh polis mengenai crest puaka itu, saya teringat sangat kat mak mertua saya yang sangat saya kasihi. Saya dok teringat, macam manalah agaknya kalau mak tahu (memang dia dah tahu pun).

Saya jahat. Mak mertua lebih tahu dari orang lain bahawa anak dia bersuamikan orang jahat. Tetapi, jahat-jahat saya pun, saya tak mahu menyakitkan lagi hati mak, walaupun saya tahu dia amat merana sejak saat pertama dia menerima saya sebagai menantunya.

Menyakitkan hati mak mertua saya sama seperti menderhakainya. Menderhakainya sama seperti saya menderhakai mak yang melahirkan saya. Sama seperti saya menderhakai Fatimah Az-Zahra 'a.s. yang sangat-sangat saya kasihi, puteri RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wa alihi wasallam yang teringin sungguh hati saya hendak memanggil bonda kepadanya, tetapi saya tak berani kerana orang jahat selama-lamanya tidak layak memanggil bonda kepada Fatimah yang suci.

Mak mertua saya isteri anggota polis. Isteri saya dan adik-adiknya dibesarkan dan disekolahkan dengan gaji seorang anggota polis - abah yang dikasihi. Sebab itulah saya takut sangat mak mertua saya tahu sebab apa saya ditangkap. Tapi nak buat macam mana, mak dah tahu.

Good cop, bad cop

Saya berkali-kali memberitahu kepada pegawai-pegawai polis di JSJK, yang saya lawan ialah polis yang jahat.

Pasukan polis juga seperti yang lain. Ada baik, ada jahat.

Dalam PAS yang saya sokong pun ada yang baik. Ramai juga yang jahat. Dalam Umno juga ada yang baik, ramai yang jahat. Malah di masjid pun ada yang baik dan ada yang jahat. Ada yang pergi masjid kerana hendak mendedakatkan diri kepada Allah - qurbatan ilaLlah. Mereka baik.

Tetapi, ada juga yang pergi masjid kerana hendak curi kasut. Itu jahat.

Begitu juga dengan pasukan polis. Selepas ini saya akan sebut, i am targetting the bad cop. Polis baik saya tidak akan sakiti lagi hati mereka. Kalau saya buat begitu, saya yakin Allah s.w.t. yang dikasihi pun tak suka.


Terima kasih tidak terhingga kepada semua yang bersimpati terutama yang bersusah-payah. Terima kasih tak terhingga.

Sinaaar!!!

  1. Salut Bakaq. Orang jahat kat mana-mana pun kita kena lawan. Tak kiralah pakai serban ke, pakai blazer ke, pakai uniform ke, atau dari kumpulan dan parti mana sekalipun. Salut!

  2. saya respek abis kepada anda,Bakaq.bukan senang nak mengaku kesalahan sendiri.saya memang hormat pandangan anda dalam artikel ini.

    orang jahat memang patut disanggah.no question about it.

    tapi apapun,yang buruk dijadikan sempadan dan yang baik dijadikan tauladan.

    sekali lagi,syabas kepada Bakaq telah berjaya mengharungi pengalaman getir baru-baru ini.saya doakan Bakaq dan sekeluarga ada berada didalam keadaan sihat dan selamat sentiasa.amin.

  3. Salam perjuangan...

    Selamat kembali ke ruangan "terhad" ini.

    apapun, keyakinan diri dalm menentang kejahilan itu penting...

    http://www/perisik-rakyat.com/

  4. "...saya bukannya ditangkap kerana memperjuangkan nasib mustadh'afin (the oppressed atau golongan tertindas). Saya juga bukannya ditangkap kerana memperjuangkan golongan terpinggir (the marginalised). Bukan kerana menentang rasuah, penyelewengan, penyalagunaan kuasa dan bukan kerana memperjuangkan Malaysia baru yang lebih bertamaddun akhlaknya."
    Semoga kata2 tersebut menjadi dasar dan cita2 perjuagan para bloggers. Semoga amal kebajikan yg kita lakukan akan menjadi bahan bukti dihadapan Rabull-Jalil nanti.
    Teruskan perjuangan sehingga Tanah Air kita bebas dari pemikiran dan cengkaman AM RI KA.

    Abu Jawad, Golden Triangle

  5. Moral cerita ini, seperti yang pernah aku tulis dlm blog aku ialah, "jangan bakar kelambu kerana marahkan nyamuk".

    Lagipun kita sama-sama orang melayu beragama islam. Kalau kita marah UMNO atau BN, tak perlu lah kita caci nista pegawai-pegawai kerjaan. Tak perlu juga kita terbalikan bendera atau bakar bendera kebangaan kita semua.

    Aku nampak ada blogger yang letakkan gambar Pak Lah dan Najib secara terbalik. Itu juga tidak menunjukkan adab orang islam yang sebenar. Pak Lah atau Najib pun manusia macam kita gak. Ramai orang UMNO tak suka DSAI tapi mereka tak pun buat yang bukan bukan. Mereka tak buat pun karikator yang menghina Anwar.

    Begitu juga ramai orag UNMO tak suka Nik Aziz, tapi mereka tak pun sampai nak hina Nik Aziz secara peribadi.

    So fikir-fikirkan la sendiri.

  6. biar bersabar, semua manusia membuat kesilapan. saudara telah membuat kenyataan kekesalan saudara, saya bersyukur. Akan tetapi, ada juga pihak2 yang telah mempolitikkan perkara ini. Semoga ini akan memberi pengajaran kepada kita semua. Semoga berjaya dlm perjuangan saudara, wassalam.

  7. usaha kita hanya sikit, 1 peratus aje..yang baki 99 peratus tawakal pd Allah..

  8. Ya. Lebih-lebih lagi Bakaq buat posting ni kat dalam blog...Tabik spring...
    Yang penting sekarang semua dah ok. Takde yang tercedera..

  9. takpa la pak bakaq oi. dah salah tu kena la admit kan? ingat! lepas ni jangan main copy/paste ja. pikiaq bagi panjang sikit.

    macam tu jugakla dengan fahaman syiah pak bakaq. jangan main ikut ja. study bagi habih pasai sejarah dan rujukan syiah serta ahli sunnah.

    saya tulih sebab saya sayang pak bakaq yang kritikal orangnya.

    Puyot

  10. Welcome back bakaq! Love your work and its gotta go on!

  11. http://pkrpasdap.blogspot.com

    Yang lepas, biarlah lepas jangan diungkit lagi,
    Jadilah penarik beca yang betuk-betul 'pakai meter' supaya orang tak benci,

    jangan naik harga tambang beca sesuka hati...

    janji blogspot TUAN HAMBA ada lagi.
    Kita kritik polis bukan kerana hasrat dengki.

  12. Salam Pak Bakaq,

    Sambil naik beca kita nyanyi lagu P.Ramlee dalam filem Tiga Abdul.

    "Buang yang keroh, Ambil yang jernih"
    "Baru Teguh Peribadi"

    Minta izin link blog tuan ke http://ikutsukaakuisa.blogspot.com/

    Terima kasih

  13. Pak Bakaq,

    Senang hati Pak Bakaq dah keluaq. Yang sudah tu sudah lah, jangan buat lagi. Tapi kalau ada kepincangan di kalangan pemimpin, itu memang wajib Pak Bakaq tegur, tak kira lah, PAS, UMNO, PKR atau sesiapa. Saya doakan kesejahteraan ke atas Pak Bakaq dan keluarga.

  14. Kadangkala manusia terkhilaf..
    Hidup mesti terus dan apa yang berlau jadikan sempadan.Tqs

  15. Pak Bakaq....

    "Jikalau takut akan kegagalan, jangan bicara soal perjuangan....."

    Teruskan berjuang Pak Bakaq....ada hikmah semuanya......

  16. Tapi saya suka tengok crest itu.

  17. Bakak!

    Ini kawan lama kamu yang jahat agak lebih dari kamu! Banyak sangat pemimpin PAS dulu benci dengan kawan kamu ni.

    Yang mudahnya lupakan segala kerenah itu.Anggap ianya remeh temeh. Tak payah beriya sangat mendendangkan kepiluan hati kerana kita telah dilahirkan dalam sebuah negara yang ditadbir oleh sebuah kerajaan memang menyiksa jiwa rakyat.

    Kon tahu rasa usikan hati kamu. Bak kata orang tua-tua: Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Tapi nak buat macam mana Bakak? Nasi dah jadi bubur! Kalau tak daya nak makan, taruh dalam besen letak dihalaman, rezeki ayam namanya. Tidak membazir.

    Kon sebagai kawan lama kamu tahu sangatlah hati perut perjuangan kamu. Kon tak pernah ragu sedikit pun arah tuju perjuangan kamu. Walaupun ada masa sedikit-sedikit kita bercanggah pendapat, tapi hala tuju kita satu matlamat! UMNO/BN akan kita tumbangkan bersama! Bila? Jawapannya bila-bila yang kita terdaya!

    Okey Bakak! Mulai hari ini kon akan layari blog kamu! Cuma PENARIK BECA jangan menjadi barang hiasan untuk tatapan pelancung. Jadilah PENARIK BECA bangun bersama PENGEMIS DI KOTA menuntut keadilan dan kebajikan untuk semua!

    http://rp-semantan.blogspot.com

    CUCU TOK KEDU

  18. Kak Ainon

    Kalaulah betul Kak Ainon layari dan baca blog saya, terharu sungguh kutu ini.

    Kak Ainon tentu tak ingat langsung siapa kutu ini. Tapi, saya pernah pi rumah Kak Ainon masa Kak Ainon duduk di Taman Melawati kira-kira dalam tahun 1984.

    Sedikit-sebanyak, saya belajar menulis dari Kak Ainon.

    Sebab itulah, bila Kak Ainon pernah kata dalam blog Roslan SMS (terima kasih kerana hang simpati, Lan!) bahawa saya menulis lintang-pukang dan menyalahi susun bicara teratur al-Quran yang suci dan sangat saya kasihi, saya rasa diri saya macam anjin kepala buruk!

    Tapi saya tak pernah marah guru saya. Kerja guru menegur saya. Saya memang nak cuba tulis dengan cara yang teratur, walaupun masih tidak berjaya.

    Man cucu Tok Kedu

    Antara banyak-banyak kawan yang lama aku tak jumpa, hang la yang paling payah aku lupa. Sintaro atikusa! Rupa-rupanya hang yang dok kon, kon tu!

    Nanti bila kita jumpa, kita mabuk-mabuk air halal dan di halalkan Allah s.w.t.!

  19. Dulu ingat crest tu untuk pasukan K9.

    Siapa yang tidak pernah silap, Tuan? Cuma Tuan cukup jantan untuk mengaku. Saya tersentuh.

    Tuan masih penulis blog pautan saya. Teruskan penulisan Tuan yang berani.

    "Tiada salah, Bagaimana nak Di maafkan?"

  20. Salam Abang Bakaq,

    Truely a man is one when he keeps his word and is brave enough to admit his mistake. When it was all over the news that you were called in by the police I got plenty of calls saying I too should watch out. My father cautioned me too many time that I cant remember that night but he did not tell me to stop blogging.

    I was punished too for blogging without the care for the world of what was right and wrong. However I stood firm to my stand on why I did it. It is a good Niat after all that prompt me to write but emotions gets the best of us when we fail to realize that blogging is a big responsibility.

    Again I will applaud you on the courage to face a mistake that anyone of us bloggers could have made any day. But do not give up~ for as long as the Niat is good the almighty will be compassionate.

  21. Harap Bang Bakaq beri penjelasan, apa kaitan penangkapan dengan jenayah komersil.

    dipendekkan cerita, jawapan bagi persoalan-persoalan yang di sini

  22. Sebol,

    Bahagian Jenayah Siber dan Multimedia terletak di bawak JSJK.

    Tu la saja yg aku tau.

    Tak kisah la, depa buat kerja depa, kita buat kerja kita.

  23. Orang yang tak pernah buat salah ialah orang yang tak pernah buat apa-apa.

    Tapi sapa yang menentukan betui atau salah? tentu la yang mempunyai kuasa.

    Tanggungjawab hang dah selesai, brader. La ni, tanggungjawab depa pulak. kalau depa mau kita menghormati lambang tu, depa pun ena hormat la sikit. Sebelum nak buat apa-apa, tengok dulu lambang tu.

  24. Welcome back bro. Keep on a rockin' ;-)

  25. Memang patut lah dibuang crest tu. Kalau kita lihat dari zaman dulu sampai sekarang, ramai yang mati berjuang dengan memakainya.
    Saya terharu tang mak mertua tu, terasa dia semacam saya pula, bukan senang orang tua kita cari rezeki untuk bagi kehidupan dan pendidikan. Lagi terharu bila che bakaq perlihatkan kekesalan.
    Apapun saya masih berhutang 'teh tarik' dengan che bakaq.
    Syukur che bakaq masih boleh menulis.

  26. Salam Pak bakaq...

    Ok, saya harap, lepas Pak Bakaq dah minta maaf banyak2 dalam posting terbaru ni, sudah lah...
    Enough...lepas ni tak perlu lagi minta maaf...

    Life's goes on pak bakaq... teruskan menulis dan kami akan terus meninggalkan komen! ;)

  27. Orang melayu hanya pandai seni silat dan main wayang kulit aje. Minda yg kecil terkongkong, belum reti seni kartun apalagi satira..Sikit2 mengamuk.

  28. Bakaq Hulk!

    Pala otak hang dari dulu sampai lani macam tu jugak. Keras kepala, degil dan susah nak nasihat. Kehebatan hang terkantoi, bilamana tangan hang telah tersasar jauh kerana pala otak hang terlalu kreatif.Sendiri buat sendiri jawab la bro.

    Apapun aku tetap respek hang kerana hang memang kawan lama aku dan hang memang macam tu la jugak!

  29. Lega la...
    Penarik Beca dah start kayuh balik
    lama dan sabag, duk tunggu input baru dr Pak Bakaq
    Paktam suka baca bab tersirat disebalik yang tersurat tuu

    Syabas

  30. Bakaq Haq,

    Apa-apa tindakan yang kita lakukan, adalah reaksi yang dilahirkan dari dalam jiwa kita.Seseorang itu tidak akan saja-saja "sepak tong" kalau tidak ada perkara yang dimarahkannya(kecuali dia tidak ada kerja). Seseorang itu juga tidak akan tumbuk dinding atau meja, kalau tidak kerana marah (kecuali orang gila)

    Tetapi orang-orang yang berkelakuan begitu adalah orang-orang yang kasar dan perengus.

    Bagi orang-orang yang jiwanya lembut (bukan badannya)akan mengambil pendekatan yang berlainan. Kalau dia marah mungkin dia akan mendiamkan diri atau kalau dia mahu berkata sesuatu dia akan menyampaikan dalam bentuk sindiran.

    Begitu juga dengan penyair-penyair, penulis-penulis, kartunis-kartunis, pelukis-pelukis,semua mereka ini boleh dikatogerikan, mereka yang punya jiwa yang halus tetapi hati yang keras.

    Saya kira saudara juga termasuk dalam katogeri ini. Sebab itu saudara menulis di blog.

    Jiwa saudara yang tidak tenteram melihat kerakusan anggota-anggora polis dalam melaksanakan tugas mereka, telah terpendam begitu lama.

    Kedatangan gambar logo kepala anjing itu secara sepontan dapat diterima oleh jiwa saudara lantas saudara menampalnya di blog saudara.

    Memang perbuatan menampal logo itu satu kesalahan kerana saudara telah memanjangkan lagi penyebaran logo yang tidak betul itu.

    Tetapi tindakan "spontan" saudara itu adalah betul kerana itu menandakan saudara masih lagi punyai jiwa yang tidak menyenangi kepada perkara-perkara yang melibatkan ketidakadilan dan penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh penjawat-penjawat bahagian keselamatan dan ketenteraman awam.

    Jangan salahkan diri sendiri......

  31. Mungkin lepas ini kita perlu lebih berhati2 ketika berbicara. Ramai blogger2 lain yang langsung tidak mempedulikan hal ini sehinggakan membawa cerita2 fitnah yang masih belum tentu kesahihannya.

  32. assalamualaikum

    saya teresentuh dengan coretan abang bakar

    memang betul kalau itu yang kun
    maka fayakun lah dia

  33. wa suka baca blog hang...

    so...terus kan brader...

  34. Salam Lepas
    Selamat terus membeloger, muga anda tabah, kita wajib menentang orang yang zalim yang jahat, yang buruk perangai, WALAUPUN mereka ITU PAK aji,pak lebai, orang islam atau orang bukan islam.
    Keadilan perlu terus di tegakkan di BUMI TUHAN ALLAH INI
    Wong Jo Wolo

  35. salam.

    bagus benarlah, kalau tak patah semangat. dan kalau kita rasa dah buat silap, eloklah perbetulkan. tak luak apa pun.

    so, selamat berjuang kembali!

  36. Baguslah ada kesedaran. Kekadang kita ni rasa apa yg kita buat semua betul. Kekadang perlu orang lain memperbetulkan kita. Syukurlah anta sudah sedar.

  37. Salam
    Pak Bakaq tulis: Dalam PAS yang saya sokong pun ada yang baik. Ramai juga yang jahat. Dalam Umno juga ada yang baik, ramai yang jahat. Malah di masjid pun ada yang baik dan ada yang jahat. Ada yang pergi masjid kerana hendak mendedakatkan diri kepada Allah - qurbatan ilaLlah. Mereka baik.
    Pak Bakaq yang baik sebab itu saya tak pernah nak salahkan ahli UMNO yang cinta Tuhan, Rasulullah dan ahlul bait (tetapi berjuang dalam parti kebangsaan itu). Yang baik dalam mana2 blok kena bekerja lawan amerika, zionis, dengan memperdayakan para alim ulama yang sangka mereka buat kerja demi Islam tetapidemi kepentingan satu manusia saja.
    Wassalam.

  38. Faisal

    Hang lebih cerdik daripada aku. Hang Ustaz, walaupun hang tak nak orang panggil hang Ustaz. Hang mengaji Akademi Islam.

    Lepas tu hang pi mengaji Islam sampai Turki ke mana-mana nu....

    Aku bodoh.

    Aku tau hang tak menangis di malam hari untuk Husain 'a.s. yang kita kasihi dan berkerja serta menjilat Yazid di waktu siang. Aku pun tak buat gitu, walaupun aku bodoh.

    Aku tak larat. Aku mampu lawan satu-satu dulu. Aku nak lawan Yazid yang sedang berkuasa dahulu. Yazid yang sedang gila kuasa aku kira kemudian. Dia belum berkuasa, hanya gila kuasa. Tu pun belum tentu dapat kuasa.

    Jangan kerana kebencian terhadap Yazid yang gila kuasa kita berlaku tidak adil terhadap mustadh'afin yang ditindas Yazid yang sedang berkuasa.

  39. sokong Faisal Tehrani !

    Cinta Ahli Bait tidak semestinya Syiah sahaja...

    Yang benci Ahli Bait itu lagi teruk dari Yazid dll.

    Sama sedang berkuasa atau gila kuasa.

    Ahli Bait termasuk sahabat jika ikut Ahli Sunnah Wal Jaamah.kerana iman dengan itba' ( ikut zahir batin ) ajaran Nabi s.a.w.

    Ikut fahaman ASWJ...Bukan Syiah.

  40. Bakaq,
    Hang nak lawan Pak Yazid buat apa. Dia pejuang Islam.

  41. Hello bakar...terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata....nahas padahnya. Siapa yang beri kuasa pada anda untuk menilai mana polis yang baik dan polis mana yang jahat?? Anda memang patut di hukum berat dan anda perlu tarik semua fitnah anda pada PDRM..Kebiadapan anda terhadap PDRM tidak boleh dimaafkan oleh warga PDRM..permohonan maaf anda hanya boleh dugunakan untuk mengurangkan hukuman!!!Saya harap anda akan didakwa...

  42. Sdr PB, teruskan perjuangan sehingga pemikiran politik Liberal Amerika-Zionis tersungkur di Tanah Air tercinta.
    Samir Kintar, the Lebanon's longest-held prisoner in the occupied land(Israel) told that "in case of any attacks against Iran, we will not remain idol, because any blow to the Islamic Republic is in fact a blow the world's deprived nations." We have learned lesson of allegiance from the late Imam Khomeini School; from this lesson we say that we will not leave the Iranian nation alone. This is a word pledged by any fighter for the cause of God."
    He also said that Imam Khomeini "inspired the Lebanese groups with the spirit of resistance and fighting."

    TAJJAWAD,Jln Pinang, KL

  43. buat salah, minta maaf-lor.
    we are humans-mah.
    it happens. =)

  44. jausyan,

    sabaq noooo. salah hanya dari segi undang2, hukum Allah s.w.t tidak ada salahnya. Redha Imam, Redha Allah jugak. moga abg bakaq tergolong dari kalangan pengikut dan pencinta ahlul bait dan semoga dapat memanggil "bonda" kepada Sayyidah Fatimah Az-zahra nanti.

    Selamat menyambut 15 syaaban, wiladahnya Imam Zaman a.s

  45. salam dan selawat atas nabi tercinta serta seluruh umatnya, kepada airasiana hang pulak apa kuasa yang hang ada sampai bolah jatuhkan hukum pandai cakap la hang, polis baik jahat kita semua boleh nilai dengan cara kerja depa cuba hang bagitau aku kes rogol dalam lokap baru2 ni, sapa yg buat, kes hilang dadah dalam bilik simpanan polis sapa yg. buat takkan mamak cendoi pulak kan..pikir habis2 la aku cakap bukan aku reka aku tengok tv aku baca berita yg. mana semua itu seluruh rakyat saksi ..hang nilai la..kenapa kalau kita tak buat salah bila kita nmpak polis kita takut...sebab polis bukan lagi tempat untuk kita rasa selamat..seolah2 macam musuh kepada rakyat..hang 'try' tengok tengah bawak kenderaan tetiba ada 'roadblock' hang tak rasa cemas ka, walaupun hang tak buat salah, aku lama dah gabra..aku la..hang maksum kut...selawat

  46. salam.
    pak bakaq!
    boleh saya tau abg pak bakaq bertaklid dgn sape?
    kalo pak bakaq jawab,baguslah...
    kalo tak jawab,maknanye pak bakaq dgn abg mat
    sabu same jer la...
    cuma 'pro' je...

Post a Comment


Anda lelaki perkasa? Isteri segar menawan? Anak pintar cerdas? Klik di sini.
 

Jeritan dari Gaza

Hulurkan simpati

Photobucket

Bantuan anda diperlukan!

Pihak PAS Kawasan Kuala Kangsar memohon sumbangan orang ramai bagi membiayai jaminan 9 orang sahabat seperjuangan, mangsa kezaliman polis, yang telah ditahan oleh polis semasa kejadian tunjuk perasaan di Masjid Ubudiah, Bukit Chandan tempohari. Mereka akan diikat jamin pada 8hb Februari (Ahad) jam 3.30 petang, di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar. Berikut adalah akaun bank untuk sumbangan tersebut:

1. Parti Islam Semalaysia Kawasan Kuala Kangsar,
RHB Islamic Bank
Nombor akaun: 2-58187-00000991
2. Bendahari PAS Kuala Kangsar Azmi Kamal, Bank Islam
Nombor akaun: 08040020018015

Derma Kebangkitan Rakyat



Terima kasih di atas budi anda yang sudi mendermakan dana kepada Perakexpress untuk meneruskan perjuangan. Sumbangkan ke :-

Akaun Maybank : 158097625245
Mohd Afandi Ahmad (Mat Saman Kati)

Jumlahnya akan sentiasa diumumkan!

Arkib

Perpaduan


Presiden PAS (dua dari kanan) dalam
majlis perpaduan Islam di Iran

Forum Keadilan 15/3/09

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Klik gambar di atas. Sedap, bib!! Memang sedap sungguh!! Dan, boleh buat duit sakan!


Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Sila klik!!

Video

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Powered by FeedBurner

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

Participating for Allah s.w.t.

Boikot!!

Kawan-kawan

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008