Assalamualaikum dan salam perjuangan,Buat sementara waktu ini abah saya tidak dapat untuk update blog ini, berikutan kes hari itu. Komputer peribadi (bukan laptop) dan juga modem diambil oleh pihak polis sebagai barang siasatan. Jadi tiada sebarang penulisan dari abah sehinggalah masalah komputer dan modem ini selesai.
Abah saya juga mengucapkan berbanyak terima kasih kepada mereka yang tidak putus-putus memberi kata-kata semangat, dorongan dan simpati terhadap abah. Sesungguhnya hanya Allah swt yg dapat membalasnya.
Berkenaan posting yang mengheret abah ke lokap baru-baru ini, abah saya memang menyesali dengan tindakannya meletakkan atau dalam kata lain "copy-paste" logo didalam posting tersebut. Walaubagaimana pun, abah tetap mempertahankan kenyataan dan ulasan yang dibuat didalam postingnya dan tidak akan sekali-kali menarik semula kenyataan itu. Abah berjanji akan buang crest itu bila masalah komputernya selesai. Insya-Allah, harap bersabar.
My dad wish a new malaysia for all and a reformed malaysian police, he also tenders his apologies to the entire police force. Dad told me, "i'm a dreamer, damn dreamer". Abah dah sedia didakwa dan menghadapi kemungkinan dihukum penjara. Keluarga juga insya-Allah akan bersedia menghadapi segala kemungkinan. Abah juga kirim salam untuk semua dgn lafaz assalamualaikum.
Kami anak-anak abah juga Umi, sentiasa memberi sokongan kepada abah, kerana kami tahu abah melakukan perkara yang betul (kecuali logo tersebut, saya sependapat dengan abah, kami memang kesal) cuma kami agak terkejut ketika dikhabarkan berita penangkapan tersebut. Yang paling kami risaukan adalah masalah kesihatan abah, yang lain-lain saya tahu abah pasti dapat tangani dengan baik. Bukanlah saya terlalu yakin tanpa asas hanya semata-mata kerana dia adalah abah saya. Tapi saya menilainya sebagai seorang yang matang, berpendirian tegas juga tak gusar jika perkara yang dibawa itu adalah benar. Walaupun kami jauh dari rumah, kami (saya dan baqir) sentiasa berada disamping umi dan abah(iyah dan sadiq juga) pada setiap saat dan ketika, jatuh atau bangun, sakit atau sihat, sedih atau gembira.
Doa dan harapan kami hanya satu, semoga kebenaran akan terbukti dan kajahilan akan jatuh disaksikan seluruh alam. Kerana yang melaksanakan adalah Allah swt kita manusia hanya merancang. Walau selicik mana pun kita merahsiakan kekufuran dan kezaliman kita, pasti satu hari Allah akan membukanya satu persatu.. Pasti!!! Tunggu dan lihat sahajalah saat itu..
Salam Perjuangan,
Kak Long
Tanjung Malim.
(Imej ihsan Mob 1900)





















Cantik? Klik 

Salam,
Terlalu sukar untuk saya menangis, tetapi membaca titipan 'Kak Long' membuatkan airmata saya mengalir.
Alhamdulilah, tahniah saudara Bakaq, saudara mempunyai anak yang amat memahami dan mengasihi saudara. Bersyukurlah kerana memperolehi anak yang soleh dan solehah adalah kurniaan ALLAH yang maha hebat.
Salam Perjuangan kepada 'Kak Long' dan sampaikan salam saya dgn lafaz assalamualaikum kepada kepada abah serta keluarga kak Long.
Salam takzim.
Wa 'alaikumussalaam Abang Bakaq.
salam Tuan Penarik Beca,
Syukur alhamdulilah, tuan telah dibebaskan dan semoga dalam keadaan sihat. Dalam kita menjaja perjuangan adakalanya semangat mengatasi segala-galanya. ketelanjuran berbahas mungkin tanpa kita sedari apabila laungan kebenaran kita tidak diperdulikan ibarat "anjing menyalak bukit"...namun apa pun perjuangan kita tetap teruskan.. semoga Allah menlindungi orang-orang yang membuat kebenaran lebih-lebih lagi untuk diriNYA yang satu...Wallahualam
Didoakan abah saudara sentiasa dipelihara Allah. Allah.
Salam Kak Long & Pak Bakaq,
Semoga tabah menghadapi dugaan, perkara dah berlalu dan tiada apa yang boleh dielakan lagi.
Saya mendoakan semoga Penarik Beca dan Bloggernya serta keluarga bersabar dan tabah.
Insyallah, keadaan akan kembali normal seperti sediakala.
Wassalam.
Penarik Beca akan mengayuh lagi
Ayuh kita tumpang becanya
Sambil menumpang kita dengar lagi ceritanya
Celoteh yang tak pernah letih
cerita ini dan itu
Dari isu pak menteri hingga kisah sang kutu
Penarik Beca akan mengayuh lagi..
lagi…dan lagi…
Ayuh kita naik becanya...
Kayuhan Penarik Beca memanglah laju
Sambil dengar beliau mengeluh
Keluhkan Orang Politik atau situkang Sapu
Kayuh beca -kayuh
Kayuh laju-laju
Gaduh jangan gaduh
Bongkar jangan pilih bulu
http://suteramalaya.blogspot.com/
SEMOHA BERADA DI DALAM KEADAAN YANG TENANG DAN BANYAKKAN BERDOA ...
TERUSKAN PERJUANGAN..SABAR DAN TABAH..KAMI DOAKAN ANDA SEKELUARGA DI RAHMATI DAN DILINDUNGI OLEH ALLAH..KAMI INSYAALLAH AKAN TETAP MENYOKONG ANDA DAN KELUARGA
to abg beca's family, our prayers will always with him... be strong...
Al-Israa'
++and say: "Truth has (now) arrived, and falsehood perished: for falsehood is (by its nature) bound to perish."
++we send down (stage by stage) In the Qur'an that which is a healing and a Mercy to those who believe: to the unjust it causes nothing but loss after loss.
baca quran banyak2 terutama ayat2 di atas... moga Allah beri kekuatan kpdnya...
teruskan perjuangan....biar 'tangan' yang berkata-kata menggoncang dunia...
usratika
Salam hormat...
Saya turut simpati dengan keluarga anda semua. Hanya sokongan moral sahaja yang dapat saya berikan.
Bagi saya isu logo tersebut bukan sesuatu yang penting malah tersangatlah remeh-temeh yang diperbesar-besarkan untuk mengalih tumpuan pembaca.
Yang paling penting, isu logo tersebut telah memberikan satu promosi percuma agar lebih ramai pembaca menghayati apa yang ditulis.
Siapa yang salah langkah??? Sendiri fikir-fikirkan...
Semoga saudara bakaq (penarik beca) sekeluarga tabah dalam mengharungi dugaan dan liku-liku kehidupan. Saya memanjatkan doa ke hadrat Ilahi agar beliau sekeluarga selamat dan sejahtera hendaknya. Amin...
moga-moga Bakaq tabah mengharungi cabaran hidup ini.yang lepas itu biarlah dijadikan pengajaran untuk bekalan di masa hadapan.
harap RPK juga tidak terlepas dari tindakan kerana dia yang mula-mula mengeluarkan logo tersebut.atauun mungkin RPK telah dapat menghidu akan dikenakan tindakan maka logo tersebut ditarik balik?
Harap Sdr Bakaq tabah menghadapi dugaan ni. Perjuangan memerlukan pengorbanan. Saya bangga dgn Sdr dan Keluarga
ya..ini salah satu cabaranya..mintak bnyk kuat smngat dan bersabar..
Salam
Sampaikan doa ini pada Abah kalian... tentu ia mengenali doa ini... Tentu ia cam siapakah yang telah lafazkan doa sebegini.
wa alhamdulillahir Rabbil’alamin
• ALLAHumma ya ALLAH; Limpahkanlah sholawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad; Janganlah ENGKAU angkat darjatku dimata manusia kecuali ENGKAU juga merendahkan aku dimataku sendiri sebanding dengannya; Janganlah ENGKAU perbarui kebesaran lahiriahku kecuali ENGKAU perbarui juga kerendahan hati dan batiniahku dalam jiwaku sendiri sebanding dengannya.
ALLAHumma ya ALLAH; Janganlah ENGKAU biarkan sesuatu sifat buruk dalam diriku kecuali ENGKAU perbaiki, tidak pula keaiban yang menimpa diriku kecuali ENGKAU perbaiki; Jangan pula ENGKAU biarkan penghormatan orang sementara ada kekuranganku kecuali ENGKAU sempurnakan ia.
ALLAHumma ya ALLAH; Limpahkanlah sholawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad; Berikanlah kepadaku kekuatan untuk melawan orang menzalimiku dan berilah aku kemampuan berbicara melawan orang yang mencari pertengkaran denganku dan berikanlah aku kekuatan untuk mengalahkan orang yang bersikap keras memaksakan
kehendaknya kepadaku; Berikanlah kepadaku siasat untuk menghadapi orang yang berkomplot terhadap diriku dan berilah aku kemampuan melawan orang yang memperlakukan buruk terhadap diriku; Selamatkanlah aku dari orang yang mengancamku, condongkanlah hatiku untuk menaati orang yang berusaha meluruskan tindakanku dan mengikuti petunjuk orang menunjukiku.
ALLAHumma ya ALLAH; Limpahkanlah sholawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad; Janganlah ENGKAU biarkan aku berpaling dari orang yang memberi nasihat kepadaku; Jadikanlah aku membalas orang yang meninggalkanku dengan kebaikan dan membalas dengan kebaikan yang melimpah terhadap orang yang tidak mahu memberi kepadaku; Jadikanlah aku tetap menjaga hubungan silaturrahim dengan orang yang memutuskannya denganku; Jadikanlah aku membalas dengan kata-kata yang baik terhadap orang yang berbicara buruk terhadap diriku; Jadikanlah bersyukur atas kebaikan dan mengabaikan nasib jelek yang menimpaku.
ALLAHumma ya ALLAH; Limpahkanlah sholawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad; Hiasilah diriku dengan perhiasan orang-orang sholeh, pakaikanlah kepadaku perhiasan para Mutaqqin dalam menyebarkan keadilan, menahan amarah, memadamkan kemarahan orang, mempersatukan orang-orang yang berpecah-belah, memperbaiki hubungan keluarga, menyebarkan kearifan, menutupi keaiban, berlembut perangai, suka melindungi yang lemah, bagus dalam perjalanan hidup, husnul khatimah, harum dalam perilaku, berlumba dalam mencapai keutamaan, pemberi kesan utama, tidak membongkar cela orang, memberi kelebihan ataupun kebaikan kepada orang yang sesungguhnya tidak berhak menerimanya, mengatakan kebenaran meskipun berat, menganggap sedikit kebaikan sendiri meskipun banyak dan menganggap banyak keburukan sendiri meskipun sedikit dalam perkataan dan perbuatan; Dan sempurnakanlah itu semua dengan kelestarian dalam ketaatan dan menyertai jama’ah, menolak ahli bid’ah serta pemikiran-pemikiran orang yang mengada-ada.
ALLAHumma ya ALLAH; Limpahkanlah sholawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad; Jadikanlah aku bersegera mendatangi-MU dalam keadaan darurat dan meminta kepada-MU dalam keperluan, bermohon-mohon kepada-MU dalam kemiskinan; Janganlah ENGKAU cuba aku dengan meminta tolong kepada selain ENGKAU manakala mengalami kesukaran ataupun merendahkan diri untuk meminta kepada selain ENGKAU manakala melarat yang kerana itu, aku menjadi berhak ENGKAU abaikan, tidak ENGKAU beri dan ENGKAU tinggalkan wahai Yang Maha Pengasih dan yang mengasihi.
ALLAHumma ya ALLAH; Jadikanlah apa yang dimasukkan oleh syaitan ke dalam hatiku berupa angan-angan, prasangka dan dengki menjadi ingatan akan kebesaran-MU dan tafakur atas kemahakuasaan-MU dan rancangan siasat menghadapi musuh-MU; Dan ubahlah apa yang berani aku ucapkan pada lidahku berupa kata-kata yang keji, rancu, mencerca kehormatan orang, kesaksian palsu, membicarakan keburukan orang yang tiada di tempat ataupun mencela orang yang hadir atau serupa itu menjadi ucapan yang berisi pujian kepada-MU, tenggelam dalam pujaan kepada-MU, terus-menerus mengagungkan-MU dan menghitung pemberian-MU.
ALLAHumma ya ALLAH; Limpahkanlah sholawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad; Janganlah ENGKAU biarkan aku dizalimi orang sementara ENGKAU mampu menolaknya dariku, jangan pula ENGKAU biarkan aku menzalimi orang sementara ENGKAU mampu menahannya dariku; Jangan ENGKAU biarkan aku tersesat sedangkan ENGKAU telah memberi Hidayah kepadaku; Janganlah ENGKAU biarkan aku fakir sedangkan dari-MU-lah keluasan rezekiku; Janganlah ENGKAU biarkan aku menjadi tiran sedangkan dari-MU-lah kekuasaanku.
ALLAHumma ya ALLAH; Jadikanlah aku berbicara dengan petunjuk dan ilhamkanlah kepadaku ketakwaan; Berilah aku taufik kepada apa yang lebih suci dan jadikanlah aku mengerjakan apa yang lebih ENGKAU redhai.
ALLAHumma ya ALLAH; Jadikanlah aku berjalan menempuh jalan yang utama; Jadikanlah aku hidup dan mati dalam agama-MU.
ALLAHumma ya ALLAH; Limpahkanlah sholawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad; Berikanlah aku harta benda melalui penghematan dan jadikanlah aku termasuk orang-orang yang lurus, penunjuk ke jalan yang lurus, termasuk hamba yang sholeh; Anugerahilah aku akhir yang penuh kemenangan, tujuan yang selamat.
ALLAHumma ya ALLAH; Limpahkanlah sholawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad; Cegahlah aku dari keborosan dan berlebih-lebihan; Jagalah aku rezekiku dari kemusnahan dan berikanlah kepadaku jalan petunjuk kepada kebaikan dari apa yang kunafkahkan.
ALLAHumma ya ALLAH; Limpahkanlah sholawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad; Liputilah wajahku dengan kelembutan dan janganlah ENGKAU hinakan wajahku dengan kemelaratan yang akan menyebabkan aku meminta rezeki kepada penerima rezeki-MU dan meminta kepada makhluk-MU yang paling buruk hingga aku tercuba dengan mengagungkan orang yang memberiku serta mencela orang yang tidak memberiku sedangkan ENGKAU adalah PENGUASA pemberian dan pencegahan.
ALLAHumma ya ALLAH; Limpahkanlah sholawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad; Berikanlah aku kesihatan dalam ibadah dan keleluasan dalam kezuhudan, ilmu dalam bekerja dan wara’ dalam semuanya itu.
Sesungguhnya kami milik ALLAH; Kepada-NYA jua kami kembali. Segala puji dan puja hanya bagi ALLAH.
cakap kat abah hang...kalau dia penyokong pas sekalipun dia takdak hak nak hina kalimah Allah Muhammad tu
semoga cik bakaq lebih berhati-hati ketika memblog
SEMOGA SIHAT SEJAHTERA.TERUSKAN PERJUANGAN.
Salam,
Saya doakan Pak Bakaq berada dalam kesihatan baik dan tidak dikenakan apa2 tindakan oleh pihak Polis. Pak Bakaq sendiri telah akui kesilapannya. Kadangkala bila terlalu rancak, kita terlupa batas2 kehidupan. manusia tidak dapat elak dari berlaku kesilapan. Saya harap Pak Bakaq terus menulis komen. Tak perlu terlalu rancak. Sederhana sudah mencukupi untuk pembaca memberi komen. Perasaan marah2 haruslah dielakan barulah lebih berketrampilan dalam penulisan blog.
kadangkala ada yang hantar komen berapi2 sampai hampir terbakaq Pak Bakaq, ankara penulisan mereka. Bergurau ye. jangan marah. InsyaAllah tak ada sesiapa pun ganggu Pak Bakaq jika tulisan adalah elok2, sekadar meyampaikan maklumat.
Saya doakan kebahagiaan kepada Pak Bakaq serta keluarga.
SALAM PERJUANGAN..KEPADA UMAT NABI YANG MENERUSKAN PERJUANGANNYA.BERBANGGA DAN BERBAHAGIALAH KAMU DARI DARAH DAGING PEJUANG SEBENARNYA.INSYAALLAH ALLAH SENTIASA DIPIHAK YANG BENAR WALAUPUN AJAL MENIMPA ..ALLAH MAHA MENGETAHUI.
Salam kepada Kak Long dan semua keluarga En Bakaq..
itu semua ujian dari Allah..
Untuk melihat adakah kita tabah & redha dengan ketentuan Nya.
Tetapi memalsukan logo polis (atau apa2 logo & trademark) adalah menjadi suatu kesalahan...
He have to pay the price..
Wassalam..
http://pkrpasdap.blogspot.com
perkataan MAAF membawa sejuta maksud. Dalam Islam, memamaf sesema Umat manusia amat digalakkan. namun perbuatan memberi maaf tidak bererti sesiapa bebas untuk melakukan perkara yang tidak baik.
Hampir semua orang tidak suka kepada kerja dan tugas polis terutamanya semasa mereka 'menyeleweng' dari tugas sebenar.
namun begitu, dengan pendapatan yang tidak seberapa, tugas tidak tentu masa, tempat panas-hujan, tiada masa dengan keluarga dan mempertaruhkan nyawa...itulah sebenarnya kerjaya polis.
Keadilan akan muncul jua. Yang penting kita mesti bersabar.
Hope he is ok.
Keep us updated.
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Alhamdullillah, berdirilah dengan haq. InsyAllah kebatilan akan kecundang. Jangan undur.
jengking: senantiasa mendoakan para blogers senantiasa berpegang teguh pada etika. InsyAllah abah kak Along akan sentiasa dilindungi Allah s.w.t
polis menahan bapa anda kerana menghina institusi kepolisan. mempunyai keluarga yang bertugas sebagai anggota polis, saya berkongsi rasa penghinaan itu. walau semarah mana pun dia, tatasusila perlulah dijaga terlebih lagi dari yang mengaku pejuang islam.
Dear Kak Long,
My family and I would like to wish you and your family be forever blessed and protected by Allah, especially your dearest Abah.
Berani kerana Benar!
tukang kasut
Salam...
Menitis airmata ini membaca coretan ikhlas dan tegas dari zuriat seorang pejuang...
Sabar Kak Long... ALLAH sudah berjanji... Dan janji ALLAH itu PASTI!!!
Sebuah ungkapan,
"MATI ITU PASTI! HIDUP INSYA-ALLAH!"...
Sampaikan salam buat semua...
salam....
abg penarik beca....
pertama kalo menghantar komen utk blog abg...
saya bukan sesiapa..tapi baru ingin belajar...
abg sudah jauh kedepan...berani mempertahankan pendirian..walaupon masuk kedalam penjara...
malu rasanya diri saya yang selama ini membaca penulisan dari abg...
semoga ALLAH taala menjaga keluarga abg sekiranya abg dipenjarakan...
dan ALLAH masih tetapkan hati abg dalam perjuangan...
saya bukan sesiapa berbanding bakaq a.k.a penarik beca....
Semangat Kal Long !
harap pedang yang tajam membunuh musuh agama Allah bukan sesama Islam, atau satu pegangan atau anutan.
munafik dilarang Nabi dibunuh walhal nabi sudah jelas kemunafikannya.
Kerana apa ? sifat Rahmat baginda ke seluruh alam meliputi manusia juga jin dan binatang dan tumbuhan.
Salam .... moga islam menyatukan kita semua.
http://penembak-tepat.blogspot.com
Kepada Anak-anak dan isteri saudara kon Abu Bakar Rashid (Bakak Haq).
Kon sekeluarga terus mendoakan kesejahteraan kepada Sdr Bakak Haq walaupun kon dan keluarga kon sudah amat lama tak bertemu dengannya.
Dalam perjuangan menegakkan kebenaran yang hakiki ini jadikanlah:
Penjara itu tempat berehat seketika.
Buang daerah itu penghijrahan.
Dibunuh itu menerima syahid.
Kirim salam kon kepadanya.
http://rp-semantan.blogspot.com
CUCU TOK KEDU
Sabarlah kak long.. abah kak long seorang yang berani, berani menyatakan kebenaran. semuga kak long sekeluarga dirahmati Allah selalu.
salam hormat pak bakaq,
semoga terus tabah dan menulis dgn pena yg tajam, biar kita di hina di kijak di dunia yg fana ni...
sedangkan kita mulia di sisi Allah, InsyaAllah.
istiqamah dlm perjuangan pastinya itu yg telah dijanjikan buat kita...
salam perjuangan..
maybe its time you take some rest anyway bang bakaq. Kita sama2 doakan kesihatan tuan, itu yang lebih penting.
semoga abang bakaq dan keluarga tabah menghadapi dugaan....
SALAM UNTUK KELUARGA BAKAR HAQ.
LOGO POLIS YANG POSTING TU DENGAN CERITANYA DARI BLOG RAJA PETRA. TAPI RAJA PETRA TIDAK DIDAKWA.
MARI SAMA-SAMA KITA PECAHKAN TABUNG UNTUK MEMBANTU SAHABAT KITA. KEIKHLSAN SEMASA SAHABAT SUSAH WALAUPUN 5 SEN LEBIH BESAR MAKNANYA BERBANDING 50.00 SEMASA BELIAU SENANG DAN KAYA-RAYA.
Saudara Bakaq sudah digertak...sekarang masih dipantau...pihak polis hanya akan berjaya sekira nya "elemen TAKUT" tersemai dihati saudara. Saya rasa mulai sekarang tulisan saudara akan lebih "lembut" dan "lunak" untuk tatapan individu2 yang menjadi kritikan saudara.
Pihak Polis hanya takut kepada blogger2 yang sudah tidak ada sifat takut dalam diri mereka...seperti Raja Petra. Jikalau negara mempunyai 10 blogger seperti beliau,pakai nampak ahli politik BN akan "terlanjang tanpa pakaian".
beliau seorang yang kritis mungkin ujian Allah kpd nya..walaubagaimana apabila beliau membuat keritikan kpd MB kedah amat baik tetapi jangan kaitan dengan sahabat nabi SAW dgn qaul sham ataupun qaul Madinah.hingga menghina Muawiyah RA.dengan melahirkan pimpinan yang amat busuk saperti Yazid..tetapi bagaimana dgn Umar Abdul Aziz rA yang juga lahir dalam pemerentahan Umaiyah.Saya tahu beliau amat menyajung tinggi Ayatullah Komeini..tetapi org ini yang yang banyak menhina/menkafikkan sahabat nabi..wallahu'alam
Solawat ala muhammad wa ali muhammad,
Saya amat bersetuju, saudara memohon maaf kerana kesilapan copy-paste lambang polis itu..Itu menunjukkan keihlasan dan bukan keegoaan saudara. Yang salah tetap salah walau diri sendiri lakukan tetapi yang sepatutnya dilihat adalah prinsip yang saudara pegang dalam artikel yang ditulis..
Sikap merendah diri saudara itu...saya tabik. Semoga Allah memberkati kerja-kerja saudara.
Wasalam.
AkhtartuAB.
Harap dapat terima pengajaran drp apa yg berlaku.Menghina sesebuah institusi yg berperanan penting kepada negara adalah tidak wajar walaupun pada lambangnya sahaja.Cukuplah dengan hujah2 yang bernas yg dpt menyedarkan PDRM dan masyarakat umum mengenai tindakan yg terlalu mengikut kerajaan BN skarang.Jgn diulangi lagi perkara yg sudah terjadi.Lawan tetap Lawan.
ebat...
memang hebat...
Penarik Becah idup!
Pendedahan komplot politik Umno di sebalik tuduhan terhadap Anwar
Mohd Rashidi Hassan
Dato' Seri Anwar Ibrahim mengulangi beberapa kali peringatan terhadap Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang didakwanya secara cuai terbabit dalam konspirasi mengenakan tuduhan liwat ke atas beliau.
Kata Anwar, PM secara cuai melibatkan dirinya dengan kes ini, dalam usaha untuk menggagalkan sebarang proses perubahan di Malaysia dan untuk menghindari kejatuhan karier politik beliau.
"Saya menasihati mereka di sekeliling beliau untuk menjauhi bahtera kepimpinan beliau yang bakal tenggelam itu selagi mereka mempunyai peluang," ujarnya.
Sebelum ini Ketua Umum KeADILan itu sering mengelak untuk bertembung dengan PM. Kelihatan jelas beliau hanya menumpukan serangan ke atas Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak yang didakwanya terbabit dalam pelbagai kes berkaitan rasuah.
Sehingga timbul suatu persepsi di kalangan rakyat, bahawa seolah-olahnya tercetusnya konflik peribadi Anwar-Najib. Anwar menuduh Najib terbabit dalam kes Altantuya Shaariibuu, manakala Najib mengaitkan Anwar dengan kes liwat Saiful Bukhari Azlan.
Mengapa berlaku sebaliknya? Anwar kini dengan nada yang tegas memberikan peringatan seumpama itu terhadap Abdullah?
Ada sumber mendakwa sewaktu kes pertama yang mendakwa Anwar dituduh meliwat Azizan Abu Bakar, pemandu isterinya, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Abdullah adalah antara yang disebut-sebut terbabit.
Ketika itu, selain Tun Dr Mahathir Mohamad, antara yang didakwa terbabit sebagai konspirator utama yang terbabit dalam 'mengenakan' Anwar adalah Tun Daim Zainuddin, Dato' Aziz Shamsuddin, Dato' Tengku Adnan Tengku Mansor, Dato' Megat Junid Megat Ayob, Dato' Seri Sanusi Junid dan beberapa orang lain.
Sewaktu Mahathir memecat Anwar sebagai TPM dan Menteri Kewangan pada 2 September 1998, Abdullah ketika itu menjadi Menteri Luar yang berada di Amerika Syarikat.
Selepas Mahathir memecat Anwar, Abdullah adalah antara individu yang pertama membuat kenyataan dari luar negara, menyokong pemecatan Anwar.
Sehingga ada yang sumber yang mengatakan, Mahathir melantik Abdullah menjadi penggantinya, 'sebagai hadiah' daripada kesetiaan yang tidak berbelah bahaginya kepada Mahathir, khususnya dalam kes Anwar.
Pada ketika itu, walaupun Najib menjadi Naib Presiden yang paling kanan, namun beliau tidak dilantik. Barangkali bukan kerana beliau lebih muda daripada Abdullah, tetapi Najib kelihatannya lebih berhati-hati untuk 'mengiyakan' serangan Mahathir terhadap Anwar berbanding Abdullah.
Justeru ada yang berpendapat, Abdullah Badawi sejak awal-awal lagi (sejak sebelum 1998) sudah 'establish' dengan grup yang mempercayai Anwar terbabit dengan salahlaku liwat.
Maka tidak hairan kali ini, ada yang mendakwa beliau terbabit dalam 'second accusation' terhadap Anwar.
Apakah Abdullah benar-benar terbabit, terserah kepada pihak berkenaan membuktikannya.
Apakah Abdullah sahaja yang terbabit? Apakah mungkin menantunya Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan bekas orang kanan Anwar, Mohamed Ezam Md Nor turut menjadi pelakon utama sandiwara terbaru ini?
Cara pembikinan dakwaan pertuduhan liwat ke atas Anwar
Menurut sumber beberapa bulan sebelum pilihan raya umum, dalam satu mesyuarat Gerak, pengerusinya Ezam ada membayangkan bahawa bekas bosnya, Anwar Ibrahim akan terbabit dengan satu lagi kes liwat.
"Waktu itu Ezam membayangkan nama lain (enggan disebut) sebagai pelakon utama yang akan terbabit dengan Anwar, tetapi alih-alih nama Saiful pula timbul.
"Watak-watak dan nama yang disebutkan Ezam waktu itu berbeza dengan watak yang berlaku, tetapi jalan cerita atau plot dramanya sama," kata sumber berkenaan.
Persoalannya bagaimana nama Saiful boleh timbul dalam kes ini. Menurut cerita kawan-kawan yang bertugas di pejabat Anwar, sejurus sebelum pilihan raya Saiful dibawa bertugas di pejabat tersebut oleh seorang bekas staf yang bernama Rahimi.
Rahimi dikenali amat rapat dengan Ezam. Pada waktu itu Ezam sudah lama keluar daripada KeADILan dan sering membuat berbagai kenyataan mengkritik KeADILan dan Anwar sendiri.
Namun, semua mereka menerima kehadiran Saiful dengan sangka baik, dalam keadaan Anwar kekurangan staf kerana kesibukan masing-masing berhadapan dengan pilihan raya umum.
Maka, bermula sebagai tugasan sukarelawan, sebagai 'pembancuh kopi' sehingga kepada tugasan mencatat beberapa perundingan dan perbincangan Anwar dengan pihak-pihak tertentu, Saiful turut terbabit.
Namun, apabila timbul kes yang didakwa Saiful bahawa beliau diliwat Anwar. Semua staf-staf Anwar terkejut dengan dakwaan beliau.
"Sehari sebelum Saiful hilang (difahamkan tiga hari sebelum membuat laporan polis), beliau berbual-bual dengan kami tanpa menunjukkan sebarang apa-apa yang pelik berlaku.
"Beliau menyapa kami, siap dengan senyuman lagi, tetapi apabila tuduhan ini dibuat ke atas bos (Anwar), kami amat terkejut," kata seorang staf Anwar.
Ada sumber yang rapat memberitahu Saiful dibawa untuk mendapatkan 'rawatan akibat diliwat' ke Pusrawi oleh Rahimi dan seorang rakan Ezam (namanya akan didedahkan kemudian).
Mereka juga dikatakan membawa Saiful ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas gagal mendapatkan 'laporan yang memuaskan'.
"Yang sahihnya Saiful berjumpa dengan Ezam, sehari sebelum Saiful membuat laporan polis ke atas Anwar. Rakan-rakan lain juga ada, mereka tidak dibenarkan menyertai perbincangan empat mata antara Ezam dengan Saiful," dakwa satu sumber lain.
Daripada keterangan-keterangan yang diperolehi secara berasingan melalui staf Anwar dan rakan-rakan dalam KeADILan, dapat digambarkan secara jelas bahawa, kemungkinan Ezam terbabit dalam komplot bagi merencanakan pertuduhan ke atas Anwar amat besar.
Jadi bagaimana pula Abdullah dan Khairy turut dibabitkan sama dan adakah Najib benar-benar terbabit dalam komplot ini.
Peranan Ezam-Khairy untuk mengenakan Najib?
Umum mengetahui Ezam memasuki Umno melalui Khairy dan berkawan rapat dengan kroni utama Khairy, Dato' Norza Zakaria yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno.
Kemasukan dalam Umno Ezam tidak ada kena mengena dengan Najib. Tetapi mengapa Najib terheret dalam kes ini?
Jika Ezam memasuk Umno melalui Khairy dan menghantar borang terus kepada Abdullah di Parlimen, mengapa pula dalam kes Saiful ini, Ezam menyuruh Saiful menemui Najib?
Daripada 'appointment' yang disetkan oleh Ezam untuk Saiful berjumpa Najib. Najib mendengar aduan Saiful. Melalui kenyataannya Najib mengakui bahawa Saiful ada berjumpa dengannya.
Persoalannya mengapa Saiful tidak dibawa Ezam untuk mengadu terus kepada Abdullah? Atau siapakah yang menyuruh Ezam mendapatkan 'appointment' dengan Najib? Apakah dalam plot ini, Khairy turut terbabit untuk 'mengenakan' Najib?
Hasil daripada 'appointment' yang disetkan Ezam tersebut, Najib tersepit dan dibelasah kiri dan kanan oleh Anwar dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.
Ada kawan-kawan media yang rapat dengan orang-orang Umno berkata, jika Najib tidak menemui Saiful (dalam 'appointment' yang disetkan oleh Ezam), Najib boleh 'mencuci tangan' dan beliau tidak perlu hendak 'pening kepala' dengan tekanan Anwar.
Dan, jika Khairy terbabit dalam kes ini, plot drama menjadi lebih besar. Ianya bukan sekadar pertuduhan liwat ke atas Anwar, malah ianya mengheret kepada 'game' pemilihan dalam pucuk pimpinan Umno menjelang Disember depan.
Semua plot-plot cerita ini menggambarkan wujud 'permainan' besar politik. Dan apabila Ezam yang memulakan langkah ini, apakah tidak mustahil ada 'tangan-tangan' utama yang mencatur 'permainan' ini.
Bagi orang-orang Umno, mereka mengesyaki 'tangan' utama yang memainkan peranan untuk mempertahankan kedudukan Abdullah, 'menghapuskan' Anwar dan menghalang kemaaran Najib, tidak lain tidak bukan adalah Khairy dan Norza.
Apakah Khairy dan juak-juaknya mampu melakukan tindakan politik seperti perumpamaan Inggeris 'killing two birds with stone'?
Persoalan di sebalik hubungan Ezam-Khairy-Norza
Apakah sekarang ini Ezam turut sama terbabit menjadi pelakon utama yang turut sama terbabit dalam percaturan politik dalaman Umno?
Menurut sumber-sumber yang rapat dengan Ezam, jelas bahawa bekas Ketua Angkatan Muda KeADILan itu mendapat pembiayaan daripada Khairy dan Norza melalui Gerak.
Ada sebahagian kenalan penulis, yang juga merupakan kroni-kroni rapat Ezam mengakui mendapat 'laba' yang besar daripada peruntukan yang diperolehi Ezam.
Ada yang bercerita dengan kawan-kawan, mereka hanya mendapat 'kuah' daripada 'setalam lauk' yang diterima oleh Ezam. Kuah-kuah pun nilaiannya ratusan ribu ringgit, sehingga ada yang membeli kereta baru secara 'cash', membeli rumah dan membuat 'renovation' yang mahal harganya.
Jika 'kuahpun' nilaiannya ratusan ribu ringgit, tidakkah Ezam yang menerima 'setalam lauk' boleh diumpamakan menerima jutaan ringgit daripada pihak-pihak berkenaan.
Itu pun ada yang mendakwa, ketika ditanya kepada Ezam adakah itu sahaja (ratusan RM) upah yang diterima oleh beberapa individu tertentu, Ezam dilaporkan sebagai berkata, "....tunggu dulu, ini baru masuk sikit, ada lagi nak masuk."
Selain daripada itu sumber yang rapat dengan Ezam memberitahu, selepas Ezam memasuki Umno dan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Gerak, beliau digantikan oleh Mohd Nazri Yunus.
"Kalau saudara hendak tahu, Nazri ini adalah staf Inska, sebuah institut pemikiran yang dibiayai sepenuhnya oleh Norza," dakwa seorang sumber.
Jika semua dakwaan ini betul, wah hebat betul permainan politik yang dimainkan oleh Khairy, Norza dan Ezam.
Sejauhmana dakwaan ini betul, penulis tidak dapat mempastikannya. Penulis hanya membuat analisis daripada sumber cerita daripada individu-individu berasingan, yang ditemui secara berasingan, lalu digabungjalin menjadi sebuah teori yang ada rasionalnya.
Rumusan daripada 'permainan politik ini' kes liwat ini sebenarnya sudah menjadi lebih besar. Bukan setakat tuduhan terhadap Anwar. Ianya mengheret kepada 'triangle battle' antara Abdullah - Anwar - Najib.
Sama ada Abdullah sedar tentang 'game' ini tidak penting. Tidak ada bezanya jika ianya membabitkan Khairy.
Namun apapun yang berlaku ketika ini, sama sekali tidak akan menjejaskan peluang Anwar untuk memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh 26 Ogos ini.
Masalah yang lebih besar dihadapi Barisan Nasional dan Umno selain daripada menghadapi Anwar ialah kecamukan politik dalaman.
Sama ada Abdullah dapat bertahan sehingga Jun 2010, sama ada Najib dapat menjadi PM sebelum itu, atau mungkin juga Anwar dapat membentuk Kerajaan Pakatan Rakyat, semuanya dicongkak dengan langkah yang amat berhati-hati dan kritikal. - tajdid. _