Pengkhianatan Umno

Saya baca kenyataan bekas boss saya, Haji Khalid Abdul Samad dalam berita Siasah bertajuk "Rombongan PAS untuk mendengar tawaran BN, kata Khalid Samad". Saya kenal Khalid. Dia akan buat apa sahaja untuk menjaga perpaduan parti dan meredakan kegelisahan ahli-ahli PAS serta para penyokong seperti saya. Untuk menghormati niat Khalid, saya tak nak ulas kenyataan beliau.

Seorang pimpinan PAS memberitahu saya selepas berita pengakuan Perdana Menteri disiarkan, "aku fikir perpaduan jama'ah, bakaq!" Saya jawab, "memang perpaduan jama'ah kena jaga, tetapi kena hati-hati buat kenyataan. Jangan sampai orang kata hang pun sama!"

Saya taklah kata, nak buat apa pi dengar tawaran Barisan Nasional? Nak buat apa, sedangkan PAS menang melalui Pakatan Rakyat dan diundi rakyat kerana bersama Pakatan Rakyat.

Kalau tak bersama Pakatan Rakyat, adat cakap dan saya tak membabitkan soal kehendak Allah s.w.t., saya tak fikir Haji Roslan Shaharom, wakil rakyat kampung saya boleh menang; saya tak fikir Dr Mariah Mahmud boleh memang dan ramai lagi yang saya tak fikir boleh memang termasuk Menteri Besar negeri saya yang komited dengan kesederhanaan hidup, Haji Ir Mohammad Nizar Jamaluddin.

PAS telah menuai hasil dengan menyertai Pakatan Rakyat. Nak dengar tawaran BN pula. Nak tuai hasil apa lagi dari BN?

Sejak bila nak dengar tawaran BN? Bukankah sejak sebelum pilihan raya umum 8 Mac lalu telah main-main telefon dengan pemimpin BN?

Dan, lebih penting lagi untuk ditanya, bagaimana nasib PAS dalam pilihan raya akan datang?!

Saya pernah kata, saya pernah bertemu secara kebetulan dengan seorang Menteri Besar yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno ketika pergi makan bersama seorang Ahli Parlimen. Tetapi, saya tak ceritakan betapa beria-ianya Menteri Besar itu mengirim salam kepada Ustaz Nasharudin Mat Isa. Disebut-sebut dan ditekankan sungguh-sungguh berkali-kali nama Nasharudin.

As a person, Menteri Besar itu orang baik. Saya tak ada nak kata apa-apa kat dia.

Apa pun, mari kita berusaha bersungguh-sungguh mencari fail-fail dan arkib-arkib yang mendedahkan pengkhianatan Umno terhadap Melayu dan Islam, terutama di zaman Perdana Menteri sekarang. Melayu Islam konon!

  1. telah lama saya mengikuti perkembangan berita ini..(perbincangan antara PAS&UMNO). sebagai salah sorang pengundi yg beri undi pada PR, saya tidak halalkan undi saya jika PAS berpakat dgn UMNO. jika diteruskan, tunggulah PRU13, PAS akan tau akibatnye!

  2. Mengapalah berjumpa, berbincang sesama Islam menjadi satu kesalah besar...?

    Mengapa nampak takut sangat orang PAS terjebak dalam perangkap UMNO. Orang2 PAS ni bodoh sangat ka?

  3. salam penarik baca,
    terima kasih di atas artikel anda.saya dapat merasakan anda ini berfikiran terbuka :)

    tawaran dari BN?.bila saya baca ayat itu maksudnya samalah seperti tawaran dari Pak Lah.sejujurnya saya tidak lah tahu jeuh lebih mendalam tentang hal perjumpaan antara Pak Lah dan pemimpin-pemimpin PAS yang berkaitan.tapi jika perbincangan tersebut lebih kepada arah kebaikan masyarakat,saya rasa tiada masalah untuk perbincangan.kita muafakat demi kebaikan.

    tentang tawaran itu pula,terpulang lah kerana masing-masing ada pendirian yang tersendiri.politik seperti apa yang kita maklum penuh dengan tipu muslihat.semua pihak dari semua parti terdedah kepada perkara sebegitu.

    saya agak menghargai keterbukaan Pak Lah untuk berjumpa dan bermuzhakarah.mungkin benar beliau ikhlas :).tapi itu apa yg saya nampak kerana saya pernah terbaca "cara untuk mengelakkan fitnah adalah dengan tidak berfikiran negatif terhadap seseorang atau sesuatu perkara" :)

  4. Pak bakaq inilah hari paling sedih dalam hidup saya. kalaupun benda tu cuma nak pi dengar tawaran? tapi nawaitu itu pun aku dah seriau. macam manalah depa boleh buat macam tu.Kali pertama saya dengar berita ni perkataan pertama yang terkeluar adalah P..mak? astafirullah..Inilah "betrayal of the highest kind"

  5. aku tabik kat hang bakaq...

  6. bro bakaq,

    tolong review artikel nie


    Gagasan UMNO-PAS

  7. Buang aje pemimpin yang terlibat tu. Jangan cakaplah nak tolong orang Melayu atau Islam. Kau orang hanya pentingkan hal peribadi aje.

  8. uom pakat kuar pas kalau ini terjadi . kita berdiri tegoh belakang tok guru nik aziz .takbir

  9. Abg Bakaq,

    Kenapa hari ini UMNO nak bagi tawaran dan kenapa dulu UMNO tendang PAS macam anjin kurap? Sentimen mana yang ingin dimainkan? Melayu atau Islam? Kalau Melayu, sampai bila pun saya tak sokong, tapi kalau Islam, sampai mati pun saya tetap sokong. Kita kena ingat, kuatnya Melayu kerana Islam, bukan kuatnya Islam kerana Melayu, Islam tidak semestinya Melayu tapi Melayu sepatutnya Islam.

  10. Salam,

    Harap Pak Bakaq, bongkar habis-habis sape mastermind dalam Pas yang beria-ria nak adakan muzakarah 'rahsia' ni. Biar seluruh ahli Pas tendang mereka ni kedalam bakul sampah dalam Muktamar yg akan datang ini.Ini adalah pengkhianatan terhadap seluruh rakyat Malaysiayg telah mengundi Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum yg lepas.

  11. Adakah sejarah Majlis Tahkim akan berulang lagi ???... Kalau dulu Al_Quran diletakkan di hujung tombak, tapi sekarang perpaduan Melayu Islam dilambaikan di depan mata...
    Hasilnya, kemenangan didepan mata berakhir dengan perpecahan...

    Guane nih... Kalau saya tak setuju, nanti jadi macam puak khawarij ke... Nauzu billah...
    Dilema... delima...

    (As a side note, Majlis Tahkim ni ada juga diragui berlaku dlm sejarah, Wallahu a'lam).

    /ahoy! silver

  12. Ustaz Nasharudin p belajar macam mana nak cakap bohong dari Pak Lah,kita masih ingat Pak Lah kata minyak tak akan naik lepas pilihanraya,lepas tu minyak naik juga.Pak Lah juga kata dia tak tetapkan lagi tarikh pilihanraya,tiba2 esoknya dia umumkan tarikh pilihanraya. Itu hanya 2 contoh pembohongan yang Pak Lah buat. Ustaz Nasharudin pula kata orang buat fitnah dekat dia, kata dia buat pertemuan dengan Pak Lah tapi hari ini satu negara tahu dia dan kuncu2nya memang ada membuat pertemuan dgn Pak Lah. Untuk perpaduan melayu dan kepentingan umat islam konon, kenapa bila umno sakit baru nak bincang pasal perpaduan melayu?selama ini umno jaga islamkah?Kalau nak kena liwat dgn umno ustaz Nasharudin dan kuncu2 pergilah sendiri,jangan ajak atau orang lain bersama.

  13. 11 Adun DAP berpakaian barat pada perasmian Sidang DUN


    PULAU PINANG: Sebelas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP memilih pakaian barat dan bukan pakaian rasmi istiadat pada majlis perasmian Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang hari ini.Persidangan hari pertama DUN itu dirasmikan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas.

  14. yng herannya kenapa sekarang baru nak muzakarah. masa bn berkuasa berleluasa dulu ada sapa-sapa nak muzakarah dengan Pas? Ceit...! Kalau ada progam amno kat kampong-kampong ada ke diorang ajak orang Pas...Nampak warna hijau pun Zainuddin Maiden nak termuntah. Apatah lagi benda-benda bulat bewarna putih, 3 hari tido mengigau....betul ni, tak caya tanya member-member kerja kat Kementerian Penerangan dulu....!!!

  15. "Mursyidul Am juga berharap perwakilan membahaskan isu tersebut di Muktamar PAS di Ipoh Ogos depan".-HARAKAHDAILY-

    Tuan Guru dah bagi lesen..
    siaplah mereka yang terlibat untuk dibalun perwakilan.

  16. Bakaq;
    Aku rasa Ust Nasha dah jadi liabiliti kat TG. Elok tukar dengan Husam atau Mat Sabu atau Nizar saja!

  17. Pimpinan dan Ahli yang membelakangkan syura perlu dihukum. Selepas pergi jumpa UMNO baru nak minta kebenaran syura - apa cerita ni? Kalau aku jadi TG Nik Aziz pun payah nak buat fatwa ni.

  18. salam pak bakaq,

    aku mengikuti posting di blog ni atas sebab penulisan yg jujur dan benar, kerana berkatalah benar walaupun ianya terlalu pahit..

    tidakkah berbohong itu sifat2 si munafik. kenape perlu sembunyi2 kalau niatnya baik, tp secara ikhlasnya mmg tak patut pun nak pergi dgr tawaran BN... UMNO laknatullah...

    secara ikhlas mmg ada pimpinan PAS di negeri selangor yg nampaknya seperti gila kuasa, ahli JKKK kena jadi ahli PAS, ketua kampung kena jadi ahli PAS, jadi kami yg bukan ahli mana2 parti ni tp pejuang reformasi mcm mana?

    tak de ahli kat kampung tu lantik org luar jadi ketua kampung, ni apa kejadah ni..?

    rakyat ke kroni? ingat lah kejayaan kita ni adalah amanah, dan ujian dari Allah. jika ikhlas pasti ianya akan bertahan utuh lg sehingga PRU13.. kalau tidak paham2 sudah ler..

    wasalam.

  19. Mengapalah terlalu sempit fikiran PAS sehingga boleh berfikiran negatif dan membuat tohmahan terhadap Pak Lah sedangkan 'tawaran' Pak Lah untuk pertemuan atau muzakarah adalah satu pendekatan yang baik untuk kesejahteraan Melayu dan Islam. Bukan untuk perangkap PAS. Tentang pertemuan yang telah dibuat seperti yang Pak Lah dakwa tak perlulah dibesarkan. Yang penting muzakarah yang baru harus diadakan.

    Dalam isu muzakarah, sekarang ini kedengaran suara-suara sumbang yang mula 'mencucuk jarum' dengan cuba membangkitkan isu perkauman. Kita boleh baca dari blog lain, ada yang mengatakan UMNO dan PAS bermuzakarah hanya dalam isu bangsa Melayu dan Islam. Kemudian mereka mempertikaikan dan cuba untuk serang saraf dengan persoalan yang yang berbaur perkauman yang seolah2 sengaja dibangkitkan iaitu " Pak Lah, are you still a PM for all Malaysians? " (rujuk http://maverickysm.blogspot.com)... Inilah namanya orang yang kurang cerdik dalam isu politik bercakap berkenaan politik. Pak Lah memang seorang PM untuk semua rakyat Malaysia termasuklah kepada PAS dan semua parti dan semua rakyat waima dari segenap pelusuk Malaysia. Sebagai PM beliau mengambil berat semua hal dari ekonomi dan sebagainya termasuklah hal yang berkaitan dengan perkauman.

    Kita jangan lupa bahawa Pak Lah juga seorang Pemimpin UMNO. Beliau mempunyai strategi tersendiri. Dalam kontek muzakarah PAS-UMNO, sepatutnya isu perkauman tidak prlu dibangkitkan kerana pertemuan Pak Lah dengan PAS adalah sebagai Presiden UMNO. So, takde masalah jika topik utama muzakarah adalah berkaitan Mealyu dan Islam...

  20. salam kepada pejuang pejuang islam di malaysia ini....
    Ingat parti kita PAS pernah di tipuu dahulu sewaktu bergabung dgn umno dulu ...INGAT JGN KITA DI PATUK ULAR DUA KALI DARI LUBANG YANG SAMA ..MANA MANA PEJUANG DALAM PARTI KITA YANG HENDAK SANGAT BERMUZAKARAH DENGAN umno tuu ,ELOK UNDUR DIRI DAN PERGI MASUK umno kalu dah gatal buntuk sangat ..DALAM MUKTAMAR PAS NANTI ORANG-orang MACAM NI KENA BALUN CUKUP_CUKUP biar mka sedar sikit ..
    salam pejuangan ... syabas bang bakaq ..kAlu ada benda yang tak elok DAN YANG BOLEH MEROSAKKAN PARTI DEDAH ,DEDAH KAN dedah kan ajar agar semua orang tau ...

  21. aku akan keluar PAS jika PAS bergabung dengan UMNO.

    Ahli PAS Shah Alam

Post a Comment


Anda lelaki perkasa? Isteri segar menawan? Anak pintar cerdas? Klik di sini.
 

Jeritan dari Gaza

Hulurkan simpati

Photobucket

Bantuan anda diperlukan!

Pihak PAS Kawasan Kuala Kangsar memohon sumbangan orang ramai bagi membiayai jaminan 9 orang sahabat seperjuangan, mangsa kezaliman polis, yang telah ditahan oleh polis semasa kejadian tunjuk perasaan di Masjid Ubudiah, Bukit Chandan tempohari. Mereka akan diikat jamin pada 8hb Februari (Ahad) jam 3.30 petang, di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar. Berikut adalah akaun bank untuk sumbangan tersebut:

1. Parti Islam Semalaysia Kawasan Kuala Kangsar,
RHB Islamic Bank
Nombor akaun: 2-58187-00000991
2. Bendahari PAS Kuala Kangsar Azmi Kamal, Bank Islam
Nombor akaun: 08040020018015

Derma Kebangkitan Rakyat



Terima kasih di atas budi anda yang sudi mendermakan dana kepada Perakexpress untuk meneruskan perjuangan. Sumbangkan ke :-

Akaun Maybank : 158097625245
Mohd Afandi Ahmad (Mat Saman Kati)

Jumlahnya akan sentiasa diumumkan!

Arkib

Perpaduan


Presiden PAS (dua dari kanan) dalam
majlis perpaduan Islam di Iran

Forum Keadilan 15/3/09

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Klik gambar di atas. Sedap, bib!! Memang sedap sungguh!! Dan, boleh buat duit sakan!


Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Sila klik!!

Video

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Powered by FeedBurner

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

Participating for Allah s.w.t.

Boikot!!

Kawan-kawan

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008