Bacalah sendiri di bawah bagaimana istilah Melayu Islam dihina dan dijadikan sundal dan jalang politik oleh Perdana Menteri. Ketika para pemimpin Umno, seperti kata Tok Guru Mursyidul Am, berada dalam keadaan terhoyong-hayang, istilah Melayu dan Islam (Melayu ciptaan Allah dan Islam yang suci ditanzilkan oleh Allah), dijadikan jalang politik oleh mereka.
Bahasa saya kasar sangat? Perkataan yang saya gunakan sudah cukup lunak, sangat lunak, untuk perbuatan jahat seperti itu. Lihatlah kenyataan yang menghina Melayu dan Islam serta menjadikan Melayu dan Islam sebagai jalang politik mereka:
Bahasa saya kasar sangat? Perkataan yang saya gunakan sudah cukup lunak, sangat lunak, untuk perbuatan jahat seperti itu. Lihatlah kenyataan yang menghina Melayu dan Islam serta menjadikan Melayu dan Islam sebagai jalang politik mereka:
Muzakarah secepat mungkinBerikut saya lampirkan sebuah cerita yang telah dimarahkan orang sebagai fitnah:
Utusan Malaysia (20/7/08): Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bersedia untuk memulakan muzakarah dengan Pas secepat mungkin demi penyatuan bangsa dan agama.
Menurutnya, beliau tidak mahu perbezaan politik menjadi penghalang kepada perbincangan berkenaan.
"Saya amat ingin menjayakan perbincangan tersebut," kata Perdana Menteri dalam pertemuan dengan kumpulan-kumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini malam ini.
Kata beliau lagi, perpaduan Melayu perlu diperkukuhkan kerana mereka sedang menghadapi cabaran-cabaran baru.
Abdullah juga mahu melihat perpaduan di kalangan masyarakat Islam negara ini kerana orang Melayu tidak dapat dipisahkan.
"Janganlah berbalah, akuilah kekuatan itu ada. Insya-Allah kita akan beroleh kejayaan," tegasnya.
Cadangan muzakarah sebelum ini telah dinyatakan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu wawancara dengan lidah rasmi parti itu, Harakah minggu lalu.
Dalam wawancara itu, Abdul Hadi dengan nada tegas menyatakan, dalam menyampaikan mesej Islam, Pas berhak mengadakan rundingan dengan UMNO tanpa perlu merujuk dengan mana-mana parti dalam pakatan pembangkang.
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam kenyataannya bulan lalu turut menyatakan kesediaan bermuzakarah dengan pemimpin utama Melayu terutamanya UMNO bagi membincangkan kepentingan masa depan umat Islam.
PM: I've met with PAS leaders
The Star (10/7/08): Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi has confirmed that he has personally met with "high-level" PAS leaders three times to discuss issues relating to Islam and Malay unity.
Although he declined to name these leaders, he said they were "decision-makers."
Abdullah, also Umno president, said this after launching National Cooperative Day and the National Cooperative Commission here on Sunday.
PAS spiritual leader Datuk Nik Aziz Nik Mat was not present at any of these meetings, said Abdullah, who had said recently that he was ever willing to hold a muzakarah (discussion) with PAS leaders to strengthen Malay solidarity.
Nik Aziz had said he was open to the idea of “small discussions” between PAS and Umno members, but not to party-to-party meetings.
Pernah berlaku suatu ketika di negeri antah-berantah, si pemecahbelah persatuannya yang kemaruk jawatan tinggi hendak pergi berjumpa dengan ketua negeri itu yang sakit gila talak kepada rakyatnya. Si kemaruk itu hendak pergi dengan guru politiknya.Berikut ialah petikan dari Mingguan Malaysia hari ini:
Syahadan dengan tiada disangka-sangka dan dengan tiba-tibanya, ketuanya hendak berpergian bersama-sama berjumpa dengan si gila talak itu.
Di halanglah akan ketua itu dari berpergian oleh penghimpun rakyat yang menerima nasib malang kerana berhimpun di dalam pagar atas arahan ketuanya dan ketua dua persatuan lain yang berkawan dengan persatuan mereka. Sehingga ke saat akhir, bersungguh-sungguh akan si penghimpun rakyat itu mahu berkumpul di tei jalan. Namun tiadalah berdaya akan si penghimpun rakyat kerana telah dipersetujui akan ketua tiga persatuan supaya berhimpun di dalam pagar.
Menjadi perbualan rakyat jelata yang menceritakan bahawa ketua salah satu persatuan yang bermasalah dengan pengawal negeri sedang bersungguh-sungguh hendak mengambil hati pengawal-pengawal negeri lantaran dia sedang berlawan dengan masalah besar yang belum disahkan adakah buatan dirinya sendiri. Dibuatlah persetujuan supaya berhimpun di dalam pagar.
Adapun setelah berhimpun di dalam pagar, rakyat negeri menjadi marah kerana ada binatang terlepas ke dalam pagar. Dipukul dibalunlah oleh rakyat negeri dan ahli persatuan akan si penghimpun rakyat itu. Tiadalah dia berdaya berkata apa-apa kerana mahu mengawal rahsia persatuan dan memohon maaf sahajalah akan dia.
Akan tetapi, tiada siapa pun yang tahu betapa besarnya jasa si penghimpun rakyat itu yang menghalang akan ketuanya berjumpa si gila talak. Lalu disuruhlah akan penghimpun rakyat itu seorang ahli majlis mesyuarat negeri yang kebetulan adik kepada anggota tinggi kerajaan si gila talak untuk menemani akan si kemaruk jawatan tinggi dan guru politiknya menemui si gila talak.
Telah bercerita akan rakyat jelata bahawa tujuan si penghimpun rakyat menyuruh ahli mesyuarat negeri menemani si kemaruk jawatan dan guru politiknya itu adalah untuk memerhati akan perbuatan mereka ketika berjumpa si gila talak.
"Saya mengharapkan tidak timbul suatu muzakarah yang mampu mencipta persepsi di kalangan rakyat bahawa berlakunya suatu perkongsian kuasa, itu saya tidak mahu. Saya tidak berminat untuk bercakap tentang itu.Petikan dari Berita Minggu hari ini:
"Sebab itu saya amat tidak bersetuju kalaulah muzakarah ini di awal-awal lagi menampakkan perkongsian kuasa kerana ia akan menyebabkan rakyat melihat kita tidak ikhlas. Mungkin esok kalau kita menghantar isyarat yang jelas kepada rakyat berhubung muzakarah ini, mungkin mereka akan menyatakan saya atau beberapa individu dalam kepimpinan dalam Pas ingin jadi menteri, ini akhirnya tidak mampu menyelesaikan masalah kita.
"Bagi mengelakkan tanggapan itu wujud, saya lebih suka jika Pas duduk di sebelah sini dan UMNO duduk di sebelah sana tetapi bersama-sama berbincang untuk menyelesaikan masalah orang Melayu. Ertinya, dalam soal ini Pas dan UMNO tidak perlu duduk dalam satu bumbung tetapi dengan wujudnya kedua-dua parti berkenaan, ia boleh mewujudkan ‘check and balance’ serta ketelusan" - Salahuddin Ayub.
"Pas dan Umno tidak perlu duduk sebumbung untuk membincangkan masalah ini atau apa juga masalah lain. Pas kekal dengan entiti Pas dan Umno kekal dengan entiti Umno, baru rakyat melihat bahawa kita ikhlas dan jelas untuk menentukan agenda kepentingan Islam dan Melayu yang hendak dibincangkan.
"Saya tidak setuju pandangan itu. Di Pulau Pinang, ada pihak mendakwa kuasa politik Melayu terhakis, sedangkan jika menerima realiti politik dalam negara, saya melihat sejak merdeka, Pulau Pinang memang diperintah parti komponen BN.
"Hakikatnya Umno memang menyerahkan Pulau Pinang untuk ditadbir rakan kongsi dalam BN. Kita tidak perlu mengungkitkan masalah orang Melayu hilang kuasa. Mengapa apabila DAP menang banyak kerusi dan Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri, isu Melayu diungkit sedangkan fenomena sama saja. Begitu juga di Perak dan Selangor.
"Tidak perlu syarat jika benar-benar hendak bermuzakarah. Kita terbuka, tetapi agendanya bukan politik kongsi kuasa tetapi kita telus. Biar kita kelihatan ikhlas membincangkan masalah sebenar orang Melayu pada hari ini yang perlu diperkasakan" - Salahuddin Ayub.






















Cantik? Klik 

Mula-mula dulu mana aku percaya cerita hantar passport, rupanya memang betul. Lagilah aku tak percaya penyumpah keramat nak rujuk, rupanya pun jadi betul.
Ini pun nampaknya macam nak jadi betul. Waduh-waduh gawat ni.
Harapan saya agar org2 cerdik pandai PAS agar berhati2 dgn umno yg sedang terdesak.
salam PENARIK BECA,
buat apa dibincangkan pasal muzakarah ini kerana topik utama yang nak dibincangkan ialah MELAYU bukan ISLAM..Asama itu diletakan No.2..Patutunya bincang asas agama terlebih dahulu baru datangnya perpaduan bangsa..ini terbalik macam mereka nak terbalikan agama..
Siapa yang perlukan siapa ?
Sejak bila PAS mengambil berat soal survival bangsa Melayu secara khusus ?
Kenapa tidak soal muzakarah dengan UMNO diperbincang dan diputuskan dalam Muktamar PAS Ogos ini, kenapa segelintir pemimpin cuba mendahului 'musyawarah', atas kepentingan apa dan siapa ?
Atas apapun, tahniah kepada UMNO, di peringkat seawal ini pun, kepimpinan PAS sudah bertelagah pendapat dan menunggu masa sahaja untuk berpecah belah dan berpuak puak. Sejarah perang Uhud menunjukkan tentera Islam tewas kerana muslihat musuh ketika tentera Islam berebut harta rampasan.
Pak Lah mcm nak buat spekulasi dgn siapa UMNO buat pertemuan. Tapi Tuan Guru Haji Hadi dah keluar statement:
"Perjumpaan pertama dengan YAB Perdana Menteri berlaku sejurus selepas PRU ke 12 yang lalu yang melibatkan Timbalan Presiden PAS, YB Ustaz Nasharudin Mat Isa; Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustapha Ali dan ahli parlimen Shah Alam,YB Hj Abd Khalid Samad.Pertemuan ini telah pun dilaporkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat dan Majlis Syura Ulamak PAS".
So, nanti kita tengok apa pulak Pak Lah and media nak main dengan permainan seterusnya.
SALAM...
KEPADA kulat lapok DALAM ISLAM SEMUA KENA AMBIL TAHU...
ISLAM ITUKAN SYUMUL...
WHY IS PAS SO STUPID AND HAS SUCH A SHORT MEMORY, has Pas forgotten how, umno screwed them economically when they ruled trengganau, oil royalty was taken away, what about the economic embargo of KELAntan ALL THESE years by umno, what about batu buruk shooting, what about phantom voters, has pas forgotten, OR is it there are trojan horses in pas who can be bought for a few pieces of silver, gold,project,kekayaan, menteri besarship, (promises of islamic state). Is PAS A GLUTTON FOR PUNISHMENT, ARE PAS LEADERS SO SHALLOW THAT THEY CAN BE BOUGHT SO EASILY, LOOK AT Tok guru NIK AZMI, this is a man who cannot be bought with promises and lies of umno, TO NIK AZMI I SAY AMONG ALL THE MALAY LEADERS YOU HAVE STOOD FIRM AND STEADFAST TO HIS PRINCIPLE, THIS IS WHAT I WOULD CALL A TOWERING MALAYS, NONE OF THE UMNO CLOWNS PAST AND PRESENT CAN EVEN LICK HIS SHOES., 'A PROMISED MADE, IS A PROMISE WHICH CANNOT BE DISCARDED, for these words sir i respect and salute you.