"Sekiranya Pakatan Rakyat (PR) mengadakan bantahan dengan cara keluar di jalanan khuatir pelabur berasa takut dan bimbang", itu ayat yang terdapat dalam berita bertajuk "Husam: Jangan salahkan Carburetor Dung" yang memetik Naib Presiden PAS, Haji Husam Musa.
Saya berharap Husam hanya menceritakan kebimbangan Barisan Nasional (BN) dan bukan kebimbangan beliau sendiri. Saya berkata begitu kerana saya telah mendengar banyak sungguh pemimpin PAS Kelantan yang menggunakan hujah seperti di atas. Saya juga berharap para pemimpin PAS Kelantan yang berkenaan hanya menceritakan aliran pemikiran para pemimpin BN dan bukan aliran pemikiran mereka sendiri atau aliran pemikiran yang dibentuk oleh mana-mana pemimpin kanan PAS di Kelantan.
Saya melahirkan harapan sedemikian kerana aliran pemikiran seperti itu tidak betul, sekurang-kurang menurut pemerhatian saya yang bodo ini. Korea Selatan misalnya, mengalami lebih banyak demonstrasi jalanan berbanding Malaysia. Adakah pelabur berasa takut dan bimbang untuk melabur di negara itu? Bacalah berita bertajuk "Korea's outbound FDI in Q1 2008".
Sebab itulah saya berharap Husam hanya menceritakan kebimbangan Barisan Nasional (BN) dan bukan beliau yang tersilap pengamatan.
Mengenai tindakan pembangkaian kemanusiaan, Husam berkata: “Saya bukannya pro kepada band rock itu tetapi kalau kita dengar semula senikata lagu (yang dinyanyikan) itu ada mesej tertentu kepada kerajaan,
“Cuma silap budak tu (penyanyi) buka seluar walaupun dalam konsertnya sebelum ini pun dia memang buat begitu, jadi pada malam itu tak baiklah dia buat macam tu”.
Husam lebih cerdik dan lebih tahu tentang uslub dalam menyampaikan sesuatu perkara. Dia bukan bodo seperti saya. Tetapi saya hanya ingin tahu, berapa orang yang dapat menangkap senikata yang disampaikan terjerit-jerit tak tentu hujung pangkal itu? Kalau yang hadir pun tak tahu apa hujung pangkal yang nak disampaikan dalam episod pembangkaian kemanusiaan itu, BN boleh dengar dan boleh reti bahasakah?
Berapa orang yang naik semangat mereka sehingga mahu memprotes habis-habisan setelah mendengar lagu-lagu yang memijak akhlak itu? Saya tak payah cakap, Husam lebih tahu mengeni akhlak dari saya yang bodo. Selalu dia petik dan rujuk Surah al-Ahzab ayat 21 dan surah al-Qalam ayat keempat.
Bagaimanapun, saya setuju habis pandangan Husam yang menegaskan bahawa perhimpunan itu adalah bukan untuk orang yang warak dan wali sahaja tetapi kepada semua pihak yang ingin suarakan bantahan. Memang betul dan saya silap. Sebab itulah agaknya guru-guru yang mengajar kita yang mana orang dan yang mana bangkai pun dipanggil sungguh-sungguh untuk meraung, menjerit dan meneran.
Dan, jika benar laporan Malaysiakini semalam yang bertajuk "Kecoh: Unit Amal PAS disalahkan" yang menyatakan wakil unit itu "mengakui kesilapan mereka" kerana kononnya "telah meninggalkan medan perang," saya telah diberitahu oleh sumber yang saya percayai bahawa seorang pemimpin kanan Pemuda PAS amat marah dengan tindakan mengakui "kesilapan" itu.
Kepada saya, Unit Amal sepatutnya dipuji dan disanjungi kerana tindakan mereka itu. Bukan dipersalahkan dan dimarahi. Berdirilah atas prinsip sendiri, wahai Unit Amal!!
Demo Protes: Untung secupak rugi seguni (Ustaz Udris Ahmad)
Apa yang telah saya bimbangi nyata berlaku (Nasrudin Tantawi)
Apa alternatif PAS? (Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik A Aziz)
Komen di dalam posting Elizabeth Wong bertajuk "Carburetor!"

I do not mean to rain on your parade but I just wonder the things you guys do on stage like ‘grinding and screeching’ should be called ‘music’. Seems to me more like a cacophony of noises that is mistakenly called music. But it really is not.

Cantik? Klik 

setuju. Unit Amal sepatutnya dipuji atas tindakanya meninggalkan majlis berupa demikian.
Alak berniat dan bermaksud tonggeng punggung pada Pak Lah dan BN. Tapi bagaimana anda kalau seseorang menungging kepada anda tetapi katanya niat tungging pada orang lain. Alamatnya dia tu nak makan penyepaklah!
salam.
mengapa perlu minta maaf. unit amal itu betul. tak perlu minta maaf. tak berkenaan pun.
dan kenapa tak nak salah carburetor dung? mereka tak salahkah? ekspresi yang dibolehkan kah? jadi contoh anak-anak kita kah? itukah yang dimahukan?
saya rasa cik husam patut 'ajar' carburetor dung bagaimana membawa diri dan mengekspresi perasaan, bukan sahaja dalam majlis sebegini, tapi di mana jua, di bumi tuhan ini. agar nanti mereka dilihat sebagai contoh mengekspreskan perasaan dengan betul dan benar.
Memang tak patut Alak berlaku sedemikian pada raly tersebut kerana ianya dihadiri bukan sahaja kaum lelaki tetapi juga wanita.
Akan tetapi rasa-rasanya objektif rally tersebut memang tidak tercapai.
Tengok lah dimana-mana blog, yang ditulis mengenai rally tersebut adalah tentang kes Alak tunjung pun****. Tiada yang mengatakan bahawa rally tersebut telah berjaya memberikan mesej yang jelas kepada yang lain.
Lucu tetapi itu lah kenyataannya. PR belum sukup matang lagi untuk memerintah negara. Buat rally pun macam rancangan last minute, walaupun ia sudah lama diwar-warkan dengan gah.
salam
Oppression!
“We walked so proud, we walked so free”
I heard you shout
Do all you want, say all the rage you have inside
Open your eyes, society
See what we got
You think you’re free, you think you’re safe
You know you’re not!
Oppression!
What do you read, what can you see
Between their lines?
What can you do, what can you say
When you’re blind?
Where should we shout, where should we turn
When we see their faults?
Are we so thick, are we so dumb
Just like they want?
Oppression!
We’ll raise our voice (no way!)
We’ll raise our fists (no way!)
Is this your face democracy, conformity?
We’ll criticise (no way!)
We’ll organise (no way!)
Where is our voice, democracy, stability?
What should we see? (nothing!)
What should we think? (nothing!)
Where’s our sight, democracy?
You hide the key!
You’re blinding me!
Oppression!
© 1993 - Carburetor Dung
sepatutnya, alak letak gambar paklah kat situ.. pas tu tunggin la sampai pagi.. mesti orang pr tak marah... hahaha...
Aku tak faham pasal Husam tak salahkan Carburetor Dung? Baikkah jika diorang tnjuk pung**** kat orang ramai? Apa tujuan penyanyi tersebut buat macam tu kalau bukan untuk menghina seseorang? PKR ni cakap je berapi tapi bila buat event 'besar' macam tempohari, kelam kabut jadinya..