Shabery tak pernah berubah. Itulah kesimpulan saya bila melihat debat antara Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sekurang-kurangnya, Anwar yang dituduh tidak berubah lebih banyak menumpukan tajuk perbincangan.
Saya pernah cuba memperkenalkan Datuk Ahmad Shabery Cheek dalam posting bertajuk "Selamat berkenalan dengan Ahmad Shabery Cheek". Baca betul-betul berita Malaysiakini yang saya pautkan di situ. Anda boleh memahami Shabery dan stailnya. Itulah Shabery sejak sekali-sekala saya terjumpa dengannya di Harakah dahulu - ketika itu beliau menjadi kolumnis lidah rasmi PAS itu.
Tak faham lagi? Saya teringat budak-budak bertengkar. Katakan, ketika kita budak-budak dulu, kita bertengkar dengan seorang budak. Kita kata kat dia, air liur hang nampak memutih-mutih tepi-tepi bibir bila hang bercakap. Banyaknya!
Memang, budak itu akan jawab, "aku dah sapu dengan lidah aku. Memang la masa aku bercakap jadi macam tu, tapi lepas aku bercakap, aku ada teknik nak hilangkan apa yang hang nampak tu".
Tetapi selepas itu, budak itu akan keluar dari pokok persoalan dan terus serang kita dan kata "mata hang pun aku pernah nampak banyak taik, hari tu aku nampak hingus hang meleleh tak habis-habis. Bau hang busuk", bla, bla, bla...
Bila kita tambah lagi fakta tentang mengenai air liurnya yang nampak memutih-mutih tepi-tepi bibirnya bila dia bercakap tu, dia akan jawab sikit lagi mengenai perkara itu. Sikit ja. Lepas tu dia akan tumpukan dengan serangan demi serangan kepada kita.
Selalunya budak yang kalah bertengkarlah yang buat hal. Bila dia dah tak tau nak jawab apa, mulalah dia akan kata, "hang tu suka buat kacau kat jalan!" Selepas itu mungkin akan ditokok tambah dengan maki hamun dan carut capai. Itu budak-budak la... Orang tua, terutama bila di hadapan umum, lain sikit style dia.
Kepada saya, Shabery tidak berjaya sama-sekali mempertahankan kerajaan yang diwakilinya. Dia hanya berjaya mendedahkan betapa tidak demokratiknya Anwar ketika beliau menguasai media-media seperti TV3, Utusan Malaysia dan akhbar-akhbar kumpulan NSTP dahulu. Itu sahaja kejayaan Shabery.
Tetapi beliau tidaklah nampak bodoh tahap tingkat lima Jabatan Perdana Menteri seperti tukang tanya yang dibawanya. Soalan pertama beliau dah nampak bodoh.
Tetapi, bila mendengar soalan kedua beliau, terus anak saya kata, "Ya Allah... Bangangnya dia ni! Sape ni, abah! Bodoh tahap gaban! Sebab minyak naiklah, yang lain semua naik harga.
"Bagi subsidi tak sampai seribu setahun, kita kena tambah duit minyak beribu-ribu. Kalau bagi duit sewa rumah RM100 sebulan kat rakyat pun, bantu apa namanya kalau dulu sewa kita kena bayar RM500 sebulan, sekarang dah naik RM700!"
Kalau budak sekolah menengah pun nampak orang yang nak berlagak pandai itu bangang tahap gaban, saya tak perlu kata apa-apa...
Update 11.48 pm
Malaysian Insider (sila klik pautan) mempunyai pandangan yang sama dengan saya apabila menulis:
Some may say Anwar, the de facto leader of Parti Keadilan Rakyat, won the debate as he focused on the issue at hand — the fuel price hike — while Ahmad Shabery, the Information Minister, seemed to take cheap shots at Anwar especially his younger days as a rabble rouser.






Cantik? Klik 




biaq haru macam mana pun,pak bakaq. shabeery tu tetap'gentleman'.
menteri lain ada berani?
melucukan tgk shabery chik.. reaksi sepontan anwar menepuk dahi dn menggelengkan kepala bila lawan nye seperti terbabas dari landasan..
salam PENARIK BECA,
rATA2 SEMUA BLOG YANG KU INTAI BERKISARKAN debat yang memalukan orang suruhan PakLah,
esok mari kita tengok akhbar/media kerajaan VS media pembangkang, masing -masing mengatakan pemimpin mereka yang terbaik, dah tentu sokong pemimpin mereka.
apapun debat tadi menjadi sejarah negara bilamana pemimpin pembangkang diberi ruang oleh Menteri Penerangan Muda ini.
Ulasan:
1. Syabas kepada Datuk Shabery yang menjadi pemimpin UMNO yang berani dari pemimpin UMNO yang lain seperti Naib Presidennya dan yang lain2 yang lebih banyak cakap dari jauh.
2. Lebih terbuka dari Bekas Menteri Penerangan terdahulu terutama Mydeen yang penakut lebih banyak serang peribadi DSAI melalui TV RTM dengan propragndanya yang akhirnya terlokop jahanam kalah dalah PRU12.
3. Boleh dikatankan Ahmad Shabery lah yang sebenarnya mengangkat martabat kepimpinan UMNO darilain-lain pemimpin yg senior yang lain hampeeh habok pun tarak..
4. DSAI lebih tenang dari Shabery yang agak gugup dan tercari2 jawapan yang pasti dan akhirnya untuk menutup kelemahannya itu , beliau menyelitkan serangan pribadi DSAI.
5. Penyokong Shabery (wak kardy)menyoal soalan yang berniat jahat tetapi cepat ditangkis oleh DSAI dan termalu sendiri.
6. Penyokong DSAI menyoal shabery dan shabery tidak menjawab soalan zulkifli.
7. Sebenarnya secara hakikatnya semua MP kerajaan terlebih dahulu telah diberi openerangan tentang PETRONAS, namun mereka terpaksa akur dengan bersetuju kerana dibawah kepimpinan kerajaan.
8. DSAI lebih banyak fakta berkaitan dengan INFLASI namun Shabery lebih berpusing-pusing menghentan DSAI.
9. Moderator, Johan Jaafar juga cuba memerangkap DSAI dengan memberi nasihat kepada nya jangan jadi PM.
10. Akhirnyanya yang paling memalukan ialah apabila DSAI menempelak Shabery BAHAWA BELIAU SENGAJA TIDAK MEMBALAS SERANGAN SHABERY WALAUPUN MENTERI MANTAN 46 ITU SECARA TERANGAN MENYERANGNYA KERANA FAHAM BAHAWA FORUM ATAU DEBAT MALAM INI ADALAH BERKISAR TAJUK DAN FAKTA.
DIAKHIR MAJLIS SHABERY SEOLAH2SEPERTI TERPAKU SEHINGGA SDAI YANG DATANG BERSALAM DENGANNYA
ulasan edyesdotcom Shabery Terkebil-Kebil
tahniah sabery kerana mempunyai teloq berbanding pm dan tpm!
Salam..
pada pendapat saya, debat ini adalah salah satu kejayaan untuk rakyat..
Takbir!!!
salam,
sekali lagi pakatan gagal menunaikan janji. harga 50 sen bukan diturunkan pada harga asal rm1.92 sebelum pru12 tetapi harga pasca pilihan raya iaitu rm2.90.
kerana apa anuar mengambil keputusan mengurangkan 50sen dari harga semasa iaitu rm2.90?
1)penjimatan adalah sebanyak rm5 billion dan lebih mudah bagi anuar memeutar belitkan fakta bagi mendapatkan penjimatan dan set-off.
2)rm15 billion (kos subsidi pengurangan harga 50sen dari rm1.92) penjimatan amat sukar di laksanakan.
kesimpulannya anuar bersetuju selepas pilihan raya harga minyak wajar dinaik 48 sen kepada rm2.40 iaitu kenaikan sebanyak 25%. Jelas di sini anuar menipu rakyat melalui janji kosongnya akan mengurangkan harga minyak dibawah rm1.92 pada pru12 yang lepas.
melayutara, anwar ckp itu mcm sbb time tu harga minyak dunia tagha tu..la ni dok naik.dia pun paham dan rakyat paham harga minyak ttp naik. tp patut ka naik truih 8 kupang? ini bukan janji kosong.
tu le... lain kali dgr le btol2... jgn le jadi macam pemimpin kerajaan yang baca report separuh 2... kan dsai dah kata 50 sen tu sebagai langkah awal... dan akan diturunkan lagi... sila ambil ikhtibar dari kejadian ini... jgn jadi spt shabery...
to melayutara..
saudara tidur kah semasa debat? dsai telah mengatakan bahawa langkah awal 'hari ini tubuh kerajaan esok turun harga minyak' adalah 50 sen.. jika sebelum pilihanraya bn janji xnaik, maka sudah tentulah harga minyak turun dari 1.92 kepada 1.42. tuhan bagi akal untuk berfikir..!!! pk la.. jgn tidur cm paklah..
to melayutara...
Saya rasa point yg dibagi oleh DSAI tu boleh dipakai pada sebelum atau selepas dari harga minyak naik. Sebab jadi lagu tu sebab timing ja.. debat tu diadakan selepas harga minyak naik.. cuba debat tu diadakan sebelum minyak naik.. point DSAI tu still boleh dipakai...so jadi la RM1.92-RM0.50=RM1.42...itupun dia ckp langkah awai... satu lagi Venezuela ngan Iran tu kena embargo dengan US.. nak dpt barang2 pun susah... sebab tu la inflasi dia tinggi...
Arab Saudi sbb depa memang suka pakai barang mahai..jd x kesah brg mahai pun...
Tokans
Sebagai warga di mana moderator Datuk Shaberi menjadi ketuanya, saya pun rasa malu dengan soalan aka ucapan tu. Seluruh warga akademik rasa betapa tidak akademiknya soalan beliau. Anyway, bagi kami di sini bukan sesuatu yang menghairankan kerana di sini pun beliau tidak menggambarkan sikap akademiknya. Majoriti ahli akademik tidak bersetuju dengan cara pengurusannya.
Apa yang saya cakap di atas tu menjawab komen2 dan kritikan dari wakil2 rakyat BN terutamanya Rembau yang menyatakan DSAI tidak menunaikan manifesto sebelum pilihanraya iaitu turun harga minyak. Ini kerana jika tarikh debat dibuat sebelum atau selepas harga minyak naik formula penjimatan akibat bocor/tiris oleh DSAI tersebut still boleh dipakai dan relevan.Tajuk pun 'naik jadi kerajaan hari ini,esok turun harga minyak'.. bukan 'turun jadi sekian-kian ringgit atau sen'. Tapi debat buat kat DBP.. bahasa Melayu pun tak paham ka!!
Tokans
Salam,
Masa sebelum pilihanraya harga minyak mentah ialah us110 satu tong sekarang us140 satu tong.
Annuar kata harga turun buat permulaannya 50 sen jadi RM2.20 satu liter berbanding rm 2.70 sekarang. lepas tu, kerajaan kaji lagi turunkan simpanan minyak dan gas IPP dari 40 peratus kepada 20 peratus, jimat RM1 billion. Ambil deviden Petronas kepada kerajaan RM1 billion. Kurangkan insentif kepada pelabur-pelabur jimat RM1 billion. kaji semula kos projek-projek mega (koridor) jimat RM5 billion. Rampas harta-harta Menteri daripada hasil rasuah RM10 billion. Rampas simpanan luar negara kroni-kroni RM5 Billion. Bila campor semua hasilnya pulangkan kepada rakyat melalui subisidi minyak, makanan, perubatan dan pendidikan.
Ekonomi haru hara bukan negara tidak ada duit tetapi duit negara masuk poket orang-orang tertentu sahaja. Ini semua susah nak bukti tetapi memang berlaku.
Salam,
Sabery telah pun menerangkan kewajaran kerajaan menaik harga minyak. Menurut Sabary kenaikan adalah masalah global bukan kerana masalah pengurusan dan pembaziran yang diucapkan oleh anwar. Alasan yang diberikan oleh sabery adalah sekiranya hanya petrol di malaysia sahaja yang naik tidak kepada negara yang lain boleh dikatakan masalah pengurusan sebalik tidak begitu.
Sabery juga telah menerangkan kaitan diantara kenaikan petrol dan inflasi. Bagaimana kerajaan mampu membendung kenaikan harga barang keperluan tidak melebihi 6 peratus (8 peratus kata Anwar) secara purata dan jauh lebih rendah berbanding dgn negara lain sebagai contoh yang diberikan harga beras di Malaysia adalah lebih rendah dari Thailand negara pengeksport beras. Bukankah ini satu pengurusan subsidi yang cekap dan yang lebih adil.
Sabery juga ada menerang langkah menurunkan harga minyak adalah tidak tepat kerana subsidi tidak diberikan kepada golongan sasar iaitu rakyat yang miskin yang lebih memerlukannya, sebaliknya golongan kaya yang tidak sepatutnya mendapatkan subsidi mendapat subsidi. Kesilapan sabery ialah tidak menerangkan di mana wang dijimatkan disalurkan kepada rakyat, diantaranya adalah subsidi tunai rm200 kepada nelayan kecil dan pengunguman baru pada jumaat ini.
Para penyokong pembangkang hanya menafsir apa yang diperkatakan oleh Anuar tetapi memekakkan telinga apabila sabery berbicara. Keputuan pantas dibuat anwar menang kerana sabery sekali sekala menghentam Anuar secara peribadi bukan kerana point2 yang dibicarakan. Kenapa ini yang putuskan oleh penyokong pakatan rakyat adalah kerana MEREKA TIDAK RELA ANUAR KALAH ATAU DISETARAFKAN DENGAN MUKA BARU dari kerajaan BN.
Salam.
Assalamualaikum semua,
Pada pendapat saya perdebatan pada hari semalam tidaklah menunjukkan siapa kalah ataupun menang.
Walaupun begitu Datuk Shaberi telah menyahut cabaran dengan beraninya untuk berdebat dengan DSAI yang terkenal dengan hujah-hujah beliau.
Walaupun Datuk Shabery lebih banyak menyerang hujahnya secara peribadi kepada DSAI, namun begitu terdapat hujah-hujah yang bernas dan relevan untuk menangkis hujah-hujah yang diberikan oleh DSAI.
DSAI nampak lebih tenang berbanding dengan Datuk Shabery di dalam mengemukakan hujah-hujahnya.
Walaubagamainapun, Menteri Penerangan tersebut telah mengimbas kembali kenyataan Anwar yang hanya mengambil preskripsi daripada tabung IMF yang akan memberi kesan kepada golongan peniaga, usahawan dan juga warga rakyat yang biasa dengan kenaikan kadar faedah yang mendadak.
Namun kedua-dua speaker mampu mengekalkan kestabilan emosi diri semasa berbahas. Mereka tidaklah terlau emosi dan juga agak fokus kepada tajuk perbahasan yang diutarakan.
kita semua nampak, Shabery terkena dengan perangkap Anwar yang berharga 50sen tu.
Anwar kata itu adalah sebagai langkah awal demi memastikan sistem ekonomi negara yang kian hancur itu dapat diperbaiki dulu.
Kemudian, apabila ketirisan kewangan negara dapat dibendung, penjimatan dapat dilakukan, maka harga minyak boleh diturunkan lagi.
Kenapa tak boleh turun harga minyak domestik ketika harga minyak global meningkat? adakah ianya mustahil? kalau BN memerintah memang la mustahil...
Tokan & Anons,
Hakikatnya anda semua bersetuju minyak dinaikkan selepas pru12 berbanding apa yang dikatakann oleh anwar sebelum pru12 "hari ini pakatan memerintah esok minyak turun harga"
Hakikatnya anda semua bersetuju adalah wajar kerajaan BN menaikkan harga cuma sepatut kurang 50 sen seperti yang ditawarkan oleh anuar.
Hakikatnya anda semua sebelum ini menelan bulat apa yang pembohongan oleh anwar bahawa "kenapa minyak kita semua harus naik kerana petronas juga mendapat keuntungan besarrr hasil kenaikan harga minyak" sebaliknya anwar hanya menyentuh hal2 ketirisan dan kebocoron dan pengurusan kewangan yang cekap itu hanya dapat menjimatkan RM5 Billion. Bukan menyentuh pendapatan Petronas.
bagaimana pula harga minyak terus naik berapa bilion lagi dapat dijimatkan oleh kerjaan PR untuk terus menampung sabsidi. Pada saya penyelesaian yang diwar-warkan oleh anuar tidak lebih hanya retorik dan bersifat sementara bukan berasakan perkiraan ekonomi yang hebat.
Hakikatnya anda semua bersetuju harga minyak dinaik!!!
Tahniah DSAI!! satu perdebatan yang hangat. DSAI berjaya menyampaikan kepada rakyat bahawa cara pemikiran dan tindakan kerajaan sekarang adalah lembab dan kolot. Tahniah jugak kepada Datuk Shabery kerana menyahut cabaran DSAI. Namun saya teringin skali tengok Pak Lah yg berdebat dengan DSAI. Adakah Cemerlang akan jadi Tembelang, Adakah Gemilang akan Hilang dan yang Terbilang jadi Tunggang Langgang...
melayuutara...
Saya budak sekolah pun faham apa yg dsai sampai. Xkan tu pun u xfhm kot...
"Sebab minyak naiklah yang lain naik sama" Itu pada alaf yang lalu, dan ia hanya benar pada barangan yang mempunyai kelok demand yang tidak elastik, jika keloknya elastik ia tidak akan jadi begitu.
Makanya saya berpandangan kenaikan harga minyak tidak semestinya berkadar terus dengan kadar inflasi. Apapun saya harap saudara janganlah terlalu memandang rendah sangat bangsa kita dalam menangani kemelut yang kita hadapi kini. Iaitu kenaikan minyak dan harga makanan.
Beri peluang dan bantulah apa-apa yang patut pada Datuk Sharir Samad. Kalau anak tuan bijak sangat, tolonglah fikirkan bagaimana nak "ajar" rakyat Malaysia agar jadi pengguna yang bijak, bukan terlalu mengikut hawa-nafsu berbelanja yang akhirnya akan menguntungkan golongan kapitalis bermodal besar sahaja.
Harga barangan akan naik jika pemodal decide untuk pass kesan kenaikan harga minyak pada the end product, tapi jika mereka perihatin, (mereka tidak akan perihatin tapi kita boleh "paksa" mereka agar perihatin) kebarangkalian peniaga menyerap kenaikan harga minyak itu ada.
Kita patut fokus bagaimana mau "paksa" golongan pemodal rakus ini agar tidak menyerapkan beban kenaikan harga minyak pada kita, atau kalau naik pun ianya berpadanan.
Saya merujuk pada pemodal-pemodal yang paid up capitalnya besar, yang selama ini sudah untung berlipat kali ganda atas kegianan masyarakat kita juga berbelaja sakan, sehingga umur 30 an dah dapat penyakit 3 serangkai.
Salam, Apapun aku nak ucapkan takziah kat Nordin Kardi. Walaupun dia bercakap tak la keluar "planta"mcm Shabery Chik tapi soalan dia menyerlahkan ketokohannya sebagai profesor paling kangkung yang Malaya pernah lahirkan.Sebagai warga UUM saya tumpang berbangga dengan persembahannya.
salam,tumpang lalu,
walaupun dapat jemputan kedewan,tapi pah bedah tak sior lebih baik nonton TV aje..rupe2nye gitu gayenye..ape macam yeop Sabri,bila nak letak jawatan,kata mesti dikota,sana sini oghang dok sembang mike tumpo ditangan DSAI..ingat ayat 2 dan 3 surah As saf..kate cucu opah..kail panjang sjengkey nak duge laut yang dalam...hai..malu yeop..budak sekolah cakap gitu..
salam,
yeop Sabri chik..camna sekarang,bila nak letak jawatan,mike dah tumpo ditangan DSAI.rujuk ayat 2 dan 3 surah assaf...
pade pendapat sy.
DSAI tidak berpegang pd dasar..
betul ape y di katakan oleh menteri penerangan ituu..
sebelum pilihanraya ape y DSAI katakan??
dan selepas pilihanraya pulak ape y diperkatakn???
ini semua mainan DSAI untuk meraih populari murahan drpd rakyat..
sebenarnye, bukn mudah untuk menurun harga minyak kerana ia melibatkan pasaran dunie...
kalau nak tahu lebih..
bykan mmbce ekonomi dunie..
tq
melayu utara
debat semalam hanya 52 minit dan setiap peluang bercakap hanya 4 minit dan kena bergilir-gilir plak. hang bagitau profesor mana boleh terang gagasan ekonomi hebat dalam masa 4 minit? tak tahulah kot paklah atau najib boleh.
Pada awalnya debat ini dirancang untuk berlangsung 90 minit tetapi last minit dipendekkan kepada 60 minit ( termasuk mukadimah dan penutup oleh moderator).
Apakata kita minta diadakan sekali lagi debat dan kali ini suruh paklah atau najib yang datang. kalau takut, buat peraturan, paklah dan najib berganding bahu berdebat dgn dsai. Pastikan masa debat 2 jam
bat8
sapa yang pendekkan?
Kalau DSAI mati dalam memperjuangkan bangsanya sekarang ni.. saya bangga.. kerana dah tak ramai orang melayu boleh diharap sepertinya. Saya doakan beliau sentiasa dilindungi dan terus dipermudahkan jalan perjuangannya... ammin...
Transkrip penuh debat Anwar-Shabery boleh didapati kat http://waksapu.blogspot.com/
Jom komen
Hahahaaaa.. memang betul Shabery tu bangang tahap gaban. BN salah pilih orang laaa nak berdepan dengan Anwar Ibrahim. Tolong la woi, jangan la nak perbodohkan rakyat lagi. Rakyat sekarang dah lebih matang berfikir. Terima kasih pada Dato' Seri Anwar Ibrahim yang banyak menyedarkan dan membuka mata kita tentang banyak kekalutan yang berlaku dalam kerajaan sekarang.
shaberi tk menjawab soklang langsung.. fail...
DSAI pernah di beri tajaan oleh Kerajaan Malaysia semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri dahulu untuk belajar hal ehwal ekonomi secara persenol jadi beliau tentunya arif dalam merancang mekanisma untuk harga minyak tersebut.