Sedap!! Klik gambar di atas!

Aku seorang turutkan hati

Dalam temubual dengan media yang saya siarkan dalam posting sebelum ini, antara lain Tok Guru Mursyidul Am berkata:
Isu muzakarah yang dibesar-besarkan oleh pihak tertentu, bagi saya tidak ada benda baru yang saya nak tambah. Apa yang saya nak sebut ialah mengulang kenyataan saya yang lepas kerana bila berlaku keadaan begini orang PAS tetap marah pada orang PAS dan orang Pakatan Rakyat pun marah pada PAS. Akhir sekali PAS akan jadi kera sumbang, kiri kanan jadi akan marah.
Pagi ini (jam 8:52:36 pagi), saya menerima SMS dari seseorang yang berada sangat dekat dengan pemimpin. Berikut kandungan SMS itu yang tidak saya edit:
Statement ustaz nasha dalam the star hari ini very damaging to PAS image. Something has to be done. Kalau tak PAS akan jadi kera sumbang macam tok guru nik aziz cakap.
Something has to be done? Apa yang saya boleh buat? Saya hanya penyokong tegar Fasal 5 Perlembagaan PAS.

Saya tak nak tuduh siapa-siapa IQ zero. Saya juga tak nak kata begitulah akibatnya apabila oportunis menjadikan politik sebagai industri dan bukan berpolitik kerana iqamatud-Din wa siyyasatud-dunya bih.

Pepatah Melayu ada berkata, "menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri." Pepatah Melayu memang lunak aturan bahasanya. Pepatah Melayu tak pernah kata "menelanjangkan kebangangan sendiri". Timbalan Presiden berkata:
“I am not sure of his popularity when compared to 1998. The latest developments – the Saiful event and the statutory declaration by private investigator P. Balasubramaniam – have affected Anwar’s credibility.

“Still, his ability to lead is unquestionable. It’s arguable that the Malay community is also starting to believe the accusations against Anwar. His delay in taking an oath to swear on the Quran is also an issue.”
Baca in between the lines. Ada unsur menjatuhkan hukuman? Tanya ja. Bukan tuduh. Dan, bagaimana pula kisah akuan bersumpah Balasubramaniam menjejaskan kredibiliti Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika begitu banyak jari, walaupun tanpa bukti, menuding kepada Datuk Seri Najib Tun Razak?

Adakah Timbalan Presiden tidak sedar bahawa kawan main telefonnya tidak kelihatan bersih, walaupun mungkin beliau bersih? Mungkin.

Ketika tokoh-tokoh PAS, termasuk ketika Ahli-Ahli Parlimen PAS (tidak termasuk Timbalan Presiden) bertegang leher dengan Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional di Dewan Rakyat dan menekankan bahawa Anwar perlu disiasat dan dibicarakan dengan adil tanpa sebarang keraguan, mengapa menjatuhkan hukuman bahawa kredibilitinya telah terjejas secara terbuka di dalam media?

Saya tidak pernah suka kepada Anwar sejak beliau menyertai Umno pada 29 Mac 1982 hinggalah sekarang. Saya seboleh-bolehnya tak nak beliau menjadi Perdana Menteri. Tak nak. Tetapi, itu bukanlah lesen untuk tidak berlaku adil kepadanya.

Timbalan Presiden juga berkata:
“With recent developments, my personal view is that the Pakatan is very fragile; but we are trying to strengthen the coalition.

“Nobody can deny this. There are problems at both state and federal levels. Pakatan must get its house in order and consolidate its position.”

When asked how this can be achieved, he answers: “The level of communication among ourselves isn’t up to standard. This is because everyone is busy. We need to increase the regularity and frequency of communication.

“We are still to a large degree polarised (Malays, Indians and Chinese) and are still finding it difficult to overcome these differences which remain at the core between the different Pakatan members.”
Saya tak pernah melihat orang londeh kain dan telanjang depan orang. Kalau Pakatan rapuh, tidakkah sedar bahawa orang boleh kata, "kenapa rapuh? Kamu semua buat apa? Kenapa para pemimpin PAS tak ambil peluang kukuhkan yang rapuh dan membuktikan ketrampilan berpolitik mereka? Tidak ada ketrampilan berpolitik?"

Orang juga boleh kata, kamulah salah satu sebab rapuhnya Pakatan Rakyat. Medan da'wah dibuka Allah, dengan Umno kamu bermukah.

Buat apa dan duduk sajakah sehingga Pakatan house not in order? Itupun kalau benar not in order. Level of communication among ourselves isn’t up to standard? Busy?

Tanyalah Haji Ir Mohammad Nizar Jamaluddin sama ada level of communication up to standard atau tidak. Tak pernah tanya Ustaz Ahmad Awang? Tanya Ir Amiruddin Hamzah benarkah level of communication antara rakan-rakan Pakatan Rakyat di Kedah up to standard atau tidak. Nak tanya Ustaz Azizan, kot-kot berat mulut. Nanti dia ungkit pula, apa hang buat masa jadi Ahli Parlimen Yan dulu?

Memanglah, kalau tanya seorang Exco yang dipandang curiga oleh rakan-rakan kerana pernah dilaporkan berpolitik dalam gelap dengan Umno, banyaklah yang tidak kena. Merungut tak habis-habis. Banyak yang tidak up to standard.

Busy? Memanglah. Dilaporkan oleh beberapa kawan bahawa tidak ubah seperti penggal 1999-2004 juga, duduklah sekejap dalam Dewan Rakyat, ada yang kata dalam lima enam minit sahaja (kalau ya pun, janganlah kata dalam lima enam minit sahaja), lepas itu pergi minum-minum dan berbual-bual dengan menteri-menteri (getting the feeling of being a minister?) dan selepas itu ghaib. Fitnah? Tanyalah orang lain yang berada di Parlimen.

Saya tak nak tulis apa yang didesak sangat-sangat oleh seseorang yang dah lama geram. Kononnya bercakap dalam dewan jarang-jarang malah ada yang tuduh kalau bercakap pun, ucapan Ahli Parlimen Kinabatangan lagi baik. Mengenai dakwan ini, jalan terbaik ialah jangan percaya sehinggalah anda semak terlebih dahulu hansard Dewan Rakyat.

Polarised? Orang Cina undi PAS, orang India undi PAS dan orang Islam yang tak boleh terima PAS pun undi PAS sehingga boleh menang di DUN Pasir Panjang, DUN Maharani, DUN Sungai Abong, Parlimen Kota Raja, Parlimen Titiwangsa dan lain-lain (sekadar menyebut beberapa contoh), masih polarised to a large degree?

Ingat senang orang-orang Cina,India dan Melayu yang benci PAS hendak memujuk hati mereka memberi undi kepada PAS? Hakikat bahawa mereka sanggup berbuat demikian menunjukkan amukan polarisasi di dalam jiwa mereka telah berjaya mereka redakan, tak kisahlah walau diredakan sehalus habuk sekalipun.

Mengapa tidak manfaatkan perkara itu? Mengapa tidak polish lagi supaya tolak ansur itu lebih mencengkam di jiwa mereka? Mengapa sibuk berpolitik dalam gelap dengan Umno?

Katakanlah Anwar akhirnya akan didapati bersalah, Pakatan Rakyat berada dalam keadaan yang sangat rapuh, masih tunggang-langgang, komunikasi masih di paras sengal dan poyo manakala polarisasi pula dirasuk histeria, adakah itu bermakna mesti cabut lari dan mampuih pi lah?!

Bukankah kerja pemimpin yang berwibawa ialah mengubah "from no chance to a goal?" Susah? Memanglah. Kalau nak berpolitik demi iqamatu-Din wa siyyasatud-dunya bih memang susah. Tapi kalau politik hendak dijadikan industri, banyaklah jalan mudah.

Siapa pun Karim Raslan, bacalah pesanan beliau:
Still, I am very troubled by the reluctance to deal across the racial divide. The Malaysian voting public entrusted the Pakatan with a mandate for change and even if the putative leader Anwar Ibrahim has been (perhaps temporarily) derailed, we expect PAS to continue with the venture of building on what Nasharuddin himself concedes as “the shared ground of equality and fairness”.

Should it fail to do so, it will show us that the men in green are no less susceptible to money and power than their friends in blue.

I hope PAS will resist the temptation. On March 8, Malaysians voted for a two-party system.

They did not vote for a hastily assembled collaboration between PAS and Umno. PAS should be extremely wary of misinterpreting the March 8 results.
Kepada yang bermain politik di dalam gelap dengan Umno (seorang Ahli Majlis Syura memberitahu seseorang bahawa tak pernah bincang pun hal bertemu Umno itu. Kita bersangka baik dahulu. Mungkin Ahli Majlis Syura yang berkenaan tak datang mesyuarat), saya petik pantun yang saya jumpa dalam artikel "Siapa bersetia dengan engkau?" tulisan Rahman Shaari dalam Sinar Harian hari ini.

Banyak orang bergelang tangan
Aku seorang bergelang kaki
Banyak orang berkata jangan
Aku seorang ikutkan hati
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Sedeh...

  2. Abang Bakaq,

    bila saya baca artikel nie, rasa sedih pun ada... is this the end ?

    Saya tidak faham kenapa Tim.Presiden berkata demikian depan press.

    "pakatan rakyat is VERY fragile"!

    Mengapa ayat ini keluar dari mulut timbalan presiden PAS??? dan kemudian menyuruh semua orang menerima hakikat ini...

    bukankah hakikat yang hakiki ialah, kita wajar memperkukuhkan Pakatan dari segala aspek!! mengapa tambah kecelaruan dan mengikut rentak keretakan UMNO !! mengapa biarkan perkara ini berlaku...

    Apa salah Pak Anwar kepada PAS ??? Apa salah beliau ??? mengapa kredibiliti beliau menjadi persoalan?? adakah nasha percaya cerita de javu liwat itu???

    AKU MARAH NI!! masa aku benci PAS dulu, aku paling meluat dengar ucapan si nasha nie, macam orang tak cukup zat!. terus terang cakap (walaupun bukan dalam blog aku)...

    Tapi dalam peredaran masa, aku mula menyanjungi PAS sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam. aku iktiraf PAS sebagai satu perjuangan yang wajib disokong. Dengan ketrampilan TGNA sendiri telah membuka hati aku untuk menerima perjuangan PAS.

    Aku harap abang bakaq tolong ambil inisiatif untuk membetulkan apa yang dah jadi hari ini. bagi jalan ke arah kejayaan, bukan jalan mati.

    kita tengah bertempur dengan kerajaan sekarang nie, kena la bersatu. harus memperkuatkan Pakatan Rakyat!

    akhir kata, KERAJAAN betul2 dah berjaya memporakperandakan kita ! ayuh, rapat kembali. Buang segala yang celaru. tendang siapa yang perlu. Kita kena kerja kuat untuk PRU kecil yang mendatang ini. Sanglang dan Kulim BB.

    salam perjuangan

  3. salam pak bakaq,

    simple ja exlty.mcm pesan tg nik aziz:"Kita nak jaga Islam, jaga Umno apa yang akan kita dapat. Umno ni sebenarnya parti yang melonggarkan iman, orang Melayu selama ini longgar kerana Umno.

    "Tetapi kalau PAS nak jaga Islam, bukan caranya untuk PAS bekerjasama dengan Umno, sebab parti itu parti sekular yang hanya memperjuangkan dasar untuk dunia semata-mata,"ujarnya.

    http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=15925&Itemid=1

    moga mendapat lindungan Allah dr anasir2 kuffar.

    -bdktakpergomengungi-
    moscow

  4. "Ingat senang orang-orang Cina,India dan Melayu yang benci PAS hendak memujuk hati mereka memberi undi kepada PAS? Hakikat bahawa mereka sanggup berbuat demikian menunjukkan amukan polarisasi di dalam jiwa mereka telah berjaya mereka redakan, tak kisahlah walau diredakan sehalus habuk sekalipun."

    Penarik Beca,

    Terima Kasih kerana memahami. Memang bukan senang saya mempengaruhi kawan2 yang bukan Islam dan bukan Melayu supaya mengenali, memahami, menyukai dan langsung mengundi PAS. Penat lidah saya berhujah dan berdebat dengan mereka yang teramat skeptikal dengan PAS. Mana saya nak letak muka jika terjadi PAS bergabung dengan UMNO. Apa saya nak kata pada kawan2 saya lagi? Kredibiliti saya pun akan tercabar. Kami semua sudah bosan dengan UMNO dan BN dan jangan hampakan harapan kami iaitu PAS, DAP dan PKR boleh terus bekerjasama. Paling utama jangan sampai non-Muslim rasa tertipu oleh PAS. Itu saja yang saya minta.

    Saya bukan ahli PAS, saya juga bukan ahli PKR, jauh sekali DAP. Saya cuma rakyat biasa yang menumpang bumi bertuah ini yang benci kepada segala bentuk penindasan. Saya doakan semoga perjuangan sebenar PAS akan diteruskan oleh saudara2 yang benar2 ikhlas.

  5. Brilliant and timely

  6. Dulu orang kata "PAS is a bigger devil than UMNO" sekarang orang kata "PAS is the worst devil than UMNO". Apa pun komen para pembaca, perkara utama ialah kepercayaan rakyat terhadap Pakatan Rakyat akan pudar dan seterusnya membawa kemelut yang berpanjangan. Muzakarah atau apa pun ayat Arab yang digunakan sebagai justifikasi pertemuan pari UMNO dan PAS. Lepas ini lebih baik sokong UMNO dan BN walaupun korup, rasuah dan salah guna kuasa....

  7. sounds like Ezam's trilogy.... an opportunist.... may All protect us all. Amin

  8. Depa tu teringin/gian/lapaq sangat nak jadi menteri la tu.. isi borang masuk umno saja lah oii.. jng dok babit kan parti. aku dari mula lagi tak bropa percaya sgt dengan manusia jenis tak reti mengenang budi pengindi ni.. terutamanya yang mai dari negeri kebanggaan aku kedah..

  9. BACA DAN FAHAM TULISAN SAYA NI. LIDAH PAS ADALAH HARAKAH. KALAU BACA SURAT KHABAR (FITNAH) YANG LAIN, BACA SAJALAH, JANGAN BUAT RUMUSAN.

    IN ENGLISH: MAIN COMMUNICATION MEDIA FOR PAS IS "HARAKAH". IF ONE READS OTHER NEWSPAPER, PLEASE DO JUST THAT AND DO NOT MAKE ANY CONCLUSION.

  10. tok guru,please do something,we had come this far and we had broken the barrier between non muslim and PAS,what we want is a better and cleanier goverment,please pray for the best.

  11. Aku orang India yg menyokong Pas di Kedah sampai boleh memerintah harap pemimpin PAS bukan serigala yang berpakaian kambing.

  12. Tok Guru,we hav come this far,we broke the barrier between us,please pray for the best to happen.

  13. Saya lebih yakin parti komponen BN dari parti komponen Pakatan Rakyat. sekurangng2nya ada sebuah parti bernama UMNO yang sesama agama dengan saya yang perjuangkan Melayu dan Islam. Pakatan Rakyat cuma PAS saja parti berasaskan Islam dan melayu. Memang susah nak berbincang dengan UMNO tetapi InsyaAllah lebih mudah jika dibandingkan dengan parti bukan berasaskan Islam dan melayu. Sekarang depa sokong la PAS, masa akan datang belum tahu lagi. Bacalah sejarah dunia. Dulu Amerika sokong Sadam, lepas tu dia dah tak berguna untuk Amerika tukar lah orang lain.Kita orang Islam lebih yakin sesama Islam dan harus memaafkan kesalahan sesama Islam mengikut peraturan Islam.Muslim itu bersaudara. Tuan bagaimana?

  14. Apa yang Pakatan Rakyat perlu tingkatkan adalah komunikasi di kalangan pemimpin PAS, PKR dan DAP. Kukuhkanlah perpaduan dan beri sokongan kepada satu sama lain. "ALL for one and one for ALL!" Marilah sama-sama kita tumbangkan parti rasuah BN(Bangkai Najis) ni!

  15. Jika saya Murshidul Am Pas,

    You Dato Mustafa Ali, You are fired

    You Ustaz Nasaruddin Mat Isa, You are fired

    You Tuan Khalid Abdul Samad, You are fired

    You Tuan Mahfuz Omar, You are fired

    You Tuan Salahuddin, You are fired

    You All the pas leaders from the top to the lowest rank are answerable to The Almighty God. You can not run away from the punishment just saying that i follow what are the top leaders said.

    When you die, when your body going to be buried you have known that the leakage questions. Who is your Imam (Leader)?
    If you say your leader is Muawiyyah you will be deserved to be treated like Muawiyyah...

    Azlang, Kuala Kedah

  16. Tahniah. Tulisan di atas cukup menyakinkan. Ustaz Nasha kena berhati-hati dengan permainan politik pihak yang begitu lincah dengan sepak terajang politiknya itu.

  17. Saya hilang kepercayaan kepada Timbalan Presiden PAS. Timbalan Presiden UMNO memang saya lama dah tak percaya.

    Orang selalu kondem dan tak percaya pada PKR tapi saya kata, aku orang PAS, kalau PKR keluar Pakatan pun tak mustahil. PAS tetap teguh.

    Hari ini kawan tanya saya, apa dah jadi dengan PAS? Saya jawab, aku percaya PAS Nik Aziz.

    Tapi nampak gayanya, kalau tak buat sesuatu, PAS lebih teruk dari UMNO dan PKR lah...

  18. Teringat saya semasa satu PU yang lalu, semasa Negeri Minyak tetiba menjadi hijau, kekawan telah mengingatkan saya jangan terlalu ghairah dengan perjuangan PAS, ghairahlah dengan perjuangan Islam.

  19. You have written well and it has touched me.

    It is really not easy to convince non-Muslim voters to vote for PAS in the last GE and as a Chinese, I can attest to this when I managed to convince almost ALL my family members to do so to give Pakatan a chance.

    Now, we are watching every movement of PAS leaders with great interest and trepidation. PAS will do well to appreciate the enormous good faith that traditionally anti-PAS voters have given to them in the last election. It is utter suicide to betray us all.

  20. Penarik Beca...

    Apa yang saya diberitahu sebelunm Ezam meletakan jawatan sebagai Pengerusi Gerak dan sebelum masuk UMNO dalam meeting GERAK dia ada menyatakan dia mendapat restu dari kalangan Pemimpin PAS antara TGHH dan Nasarudin Mat Isa untuk dia masuk UMNO, kalau tak percaya sila hubungi kwn kita pernah mengangotai GERAK, bekas calon PKR pilihanraya 2004 di Pahang yang baru2 ni masuk PAS, beliau dan kawannya dari Terengganu tidak mengikuti jejak Ezam masuk UMNO.

    MH

  21. Mengapa kita takut menerima kenyataan. sedangkan jauh di lubuk hati kita itulah sebenarnya yang kita ingin katakan! Nasa sekurang-kurangnya jujur kepada dirinya sendiri dan InsyaAllah Allah akan bersama orang yang jujur. Kita yang mengkritik ini jujurkah kpd diri kita sendiri dan Allah. Entahlah.....

  22. salam. saya kadang-kadang tertanya2 sendiri. agak-agaklah, kalau PAS tak menang mcm sekarang atau UMNO tak kalah macam sekarang, UMNO ni nak tak 'berbaik-baik' dengan PAS nih?

  23. I am a Chinese who convinced many of my friends and relatives to vote for PAS in the last election.

    I told them that PAS, based on its track record in Kelantan, is trustworthy, clean and put the rakyat's needs ahead of its own leaders' well-being.

    However, the latest move by PAS to muzakarah with UMNO is akin to inviting a tiger into your own den. How can the PAS leaders ever consider joining hands with UMNO, which had mismanaged the country for the last 50 years. Corruption, cronyism, racial polarisation etc are among the policies practised by UMNO.

    By joining hands with UMNO, are the few PAS leaders, especially your timbalan presiden, now saying that corruption, cronyism, racial polarisation etc are accepted in Islam? The fuel price hike? Your timbalan presiden also agree with that too?

    Has PAS forgotten the mandate given by the voters, be it PAS members or non-PAS members, for it to challenge the corrupt practices of the BN government?

    If PAS carry on the muzakarah and indeed join hands with UMNO, I'm sure many who have voted for you in the last election will abandon you in PRU-13. And these voters many never vote for PAS ever again.

  24. Aku teringat kata2 bekas Ketua Menteri P.Pinang Koh Tsu Koon, punca kekalahan teruk BN adalah kerana kesombongan pemimpin2 UMNO,ini adalah satu peringatan untuk pemimpin2 PAS, baru menang sikit jangan la dah mula nak sombong, bila duduk diatas jangan tengok orang dibawah kecil, orang dibawah pun tengok kita kat atas kecil juga,dulu ramai dikalangan kita ragu2 dekat pemimpin PKR, bila2 masa saja kita kata mereka boleh masuk umno balik macam ezam tapi sekarang pemimpin kita pula yang terhegeh2 pergi jumpa pemimpin UMNO. Yang untung sekarang adalah Pak Lah, dia berjaya memecah belahkan ahli2 PAS,menimbulkan tanda tanya dikalangan komponen PAKATAN RAKYAT,buat orang lupa pasal minyak naik,harga barang2 naik dan macam2 masalah yang dia buat dekat rakyat. Pimpinan kita pula asyik gila kuasa,lupa matlamat asal perjuangan.

  25. Disappointing!!! Nasharudin should be sacked!!

  26. syabas kerana abang bakaq berjaya menanamkan keraguan ke dalam hati banyak orang pada PAS. Tak perlulah musuh2 Islam bersusah payah menghancurkan PAS. tahniah..jutaan tahniah.

  27. Bakaq,

    kau bekas Harakah kan. jeng jeng jeng

    Ada pendedahan terbaru.

    CIkgu PA rupanya sebelum PRU lagi setiap kali akan submit Harakah punya final draf ke pejabat Pak Lah untuk proof reading.

    Dan Cikgu PA akan dapat instruction dari Pak Lah pasal mcmna nak main berita. Biasanya CIkgu PA akan cuba untuk menjatuhkan Najib

  28. When Nash Mat Isa says he is not aware of Anwar's popularity like the case was in 1998, I want you to ask him the one question: how do you know that and what did PAS do to achieve the results it couldn't when Anwar was "popular" going by what Nasha says? He must be a stupid and a traitor. Were it not for Anwar, PAS would go no where and every body knows that. Let me examine the issues that were fought over the elections:

    1. Lingam Gate: Did PAS contribute to the anger that was created after this video was released? No. It was Anwar but the anger that he created benefited PAS through votes from Malays and non-Malays.

    2. The unfinished business of 1998. Many Malays havn't forgiven UMNO for the 1998 episode and when they saw Anwar on the campaign trail, they switched on to the opposition.

    3. Convincing the Chinese to vote for PAS. The creation of New Malaysian Economic Policy made many Chinese and Indians switch to PAS wherever it stood and thus won. Did PAS create this "ploy" to win? No. But they benefited from it.

    4. BN Media Character Assassination. It was Anwar who bore the brunt of BN media when we were going into the elections and many Malays got aghast at this mistreatment. It translated into votes that benefited PAS. Was it Nasha mat Isa who suffered? No. But he won through the sufferings of others, yet he talks cock. Traitor to PAS and to Islam indeed.

    5. DAP-PAS electrol pact. The two would have never met face to face, it was Anwar who helped them meet and share the seats so that they take on BN one on one and help each other. Was he the one who created that atmosphere?

    6. Bringing liberal Malays to support PAS rather than UMNO. The anger that was created by showing the failure of NEP, the judiciary and other institutions made the learned liberal Malays vote for PAS rather than UMNO. But it wasn't PAS that created that awareness and anger and it was not PAS that suffered injustice at the state institutions, yet PAS benefited from it and thus votes.

    7. Anwar was the one who campaigned for PAS candidates in all states and convinced the non-Malays that was PAS was the better choice. He campaigned for Dr Lulu, Maria Siti, Samad and many more in other states, they won. Now Mat Isa talks as if PAS was popular in itself and won like that. Stupid. Be careful boy.

    8. There are many other issues that were fought over the elections and none of it was created by PAS, yet it reaped the benefits and Mat isa talks as if he was the one who achieved the results. Can someone talk to this idiot. Where is Husam so that he takes over? Sore loser and traitor to PAS.

  29. 1. Orang Melayu suka benar pandang belakang. Maksud saya suka mencari kesalahan dan kelemahan kawan dan lawan. Tetapi tidak seronok @ tidak berminat untuk mencari kebaikan kawan dan lawan. Agama menyuruh kita bersangka baik dan memacu minda mencari yang terbaik.

    2. Jika penyatuan boleh membawa kebaikan dan kemantapan agama Islam, biarlah prinsip tergadai. Kita bina prinsip baru atas nama "Penyatuan Ummah"

    3. Sokongan orang kafir, bukanlah sokongan yang sejati. Tetapi dibuat-buat atas kepentingan peribadi. Mana ada prinsip orang kafir mahu melihat orang Islam berjaya dan terus berjaya. Mereka lebih suka melihat kita merana dan berasa diri kita 'rasa terhina'.

    4. Seburuk-buruk AMMENO, mereka masih mengenal 2 khalimah syahadah. Sebaik-baik DAP mereka menghalang perkembangan agama Islam.

    -ADAM AMIN-

  30. Tukar je Presiden tu. Dulu kata umno kafir. Mak aku percaya lah kat dia bulat-bulat.

  31. aku tetap aku...

  32. "Ingat senang-senang orang Cina, India & Melayu yang benci PAS nak undi PAS?"

    Ini pengalaman saya masa minum pagi seorang diri di gerai depan Hospital lama Jasin, I was deeply touched, bila apek tua menegur saya dan menunjukkan paper berbahasa Cina pasal kita boleh ikuti parlimen secara terbuka. Well I believe lelaki cina itu percaya saya penyokong PAS berdasarkan pakaian saya. Yup saya pakai tudung labuh, ayah saya imam yang banyak berhabis duit Pakatan Rakyat sokong PRU 12 yang lalu.

    Tapi saya seorang yang celik internet dan sudah baca ntri Allahyarham A Rustam Sani dan tahu ada pakatan sulit UMNO-PAS sebelum PRU lagi, cakap something yang saya rasa telah menghampakan lelaki cina tersebut.

    I feel bad for that Chainese Old Man till now. Dia marhaen yang sama-sama mau lihat perubahan, kekayaan negara diagih bersama, rahsuah dan pilih kasi dibenteras, kerakusan dan kesombongan pemerintah tuntas, tapi saya tak boleh bohong sama dia, sebab saya tau penulis-penulis menefesto Pakatan Rakyat terdiri dari idealis tegar yang tidak berpijak di bumi nyata dan haven't have the slightest idea kekakngan dan kedurjaan yang dalam dunia politik Negara.


    Kesimpulannya:-

    So kalau Uncle Cina tadi lihat muka depan Utusan semalam, apa agaknya perasaan dan tanggapan dia tentang Islam agaknya?

  33. sir,

    i've given my hopes to PR starting GE12. why is PAS (or certain quarters in PAS) trying very hard to demolish that HOPE? why don't PAS just take action on that handful of people instead of destroying the hopes of millions of people??

    joe mann

  34. Untuk Muslim saja. Tak ade ke sesiapa cuba jawab soalan/pandangan yg agak penting oleh Anonymous (Tuesday, July 22, 2008 6:26:00 PM MYT )? Diturnkan semula komennya.

    Saya lebih yakin parti komponen BN dari parti komponen Pakatan Rakyat. sekurangng2nya ada sebuah parti bernama UMNO yang sesama agama dengan saya yang perjuangkan Melayu dan Islam. Pakatan Rakyat cuma PAS saja parti berasaskan Islam dan melayu. Memang susah nak berbincang dengan UMNO tetapi InsyaAllah lebih mudah jika dibandingkan dengan parti bukan berasaskan Islam dan melayu. Sekarang depa sokong la PAS, masa akan datang belum tahu lagi. Bacalah sejarah dunia. Dulu Amerika sokong Sadam, lepas tu dia dah tak berguna untuk Amerika tukar lah orang lain.Kita orang Islam lebih yakin sesama Islam dan harus memaafkan kesalahan sesama Islam mengikut peraturan Islam.Muslim itu bersaudara. Tuan bagaimana?

  35. Saudara/i,

    At least Saudara Khalid Samad dah come clean on tindak tanduk UMNO dalam Star July 23. Sila baca dan sedar yang ini semuanya Propaganda Dollah dan media untuk pecahkan keutuhan PR.

    Betui cakap poster: Kalau lapaq sangat jawatn Pak Menteri (Pembesar) isi borang Umno.
    Cuma takut Umno merundum nanti, hang terhegeh - hegeh nak masuk balik PAS.

    Syafiq

  36. aaaahhhhhhh! semuanye politik murahan Amenoo.
    jangan terjatuh dalam perangkap mat toyo & bodowi yang lemas dah! pemimpin2 kite perlu bertindak bijak dan cerdik

  37. assalamualaikum wrth pak bakaq,

    kenapa ngan ustaz nasha tu? dier tu mmg berjuang tuk ISLAM atau tuk material mcm byk org umno? dier pon nk beli istana ka? sayang, contoh trbaik di depan mata dier..iaitu TOK GURU ..dier tk contohi...tp nk bersongkongkol plak ngan org yg kondem ISLAM secara terang-terang...tk rasa kotor ke berpeluk n bersalam ngan si najis tu..( sori saya bukan salah type ) ws..

  38. "3. Sokongan orang kafir, bukanlah sokongan yang sejati. Tetapi dibuat-buat atas kepentingan peribadi. Mana ada prinsip orang kafir mahu melihat orang Islam berjaya dan terus berjaya. Mereka lebih suka melihat kita merana dan berasa diri kita 'rasa terhina'.

    4. Seburuk-buruk AMMENO, mereka masih mengenal 2 khalimah syahadah. Sebaik-baik DAP mereka menghalang perkembangan agama Islam.

    -ADAM AMIN-

    Wednesday, July 23, 2008 8:21:00 AM MYT"

    Can anyone explain to me how this country will not be polarised with comments like this? So, since I'm Chinese and therefore a Kafir? Therefore I cannot be trusted? Maybe you're right. I rather you and this country go to HELL before I will ever vote for a MALAY or "Islamic" politician again. Based on your comment Mr Adam Amin, I will do my very best for you and your kind to always merana and 'rasa terhina'.

    Now, are you happy? This is one Kafir who will live up to your expectation!

  39. Well Mr Adam Amin doesnt know the concept of 'mualaf' or 'munafik' and categorised all non muslim as 'kafir', and Islam in his view cannot trust non muslim at all, or perhaps a cyber trooper ?

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008