Sedap!! Klik gambar di atas!

Rakyat dibiawakkan



Blogger Umno, A Voice memberitahu saya bahawa rakyat menanggung beban kenaikan harga minyak kerana insentif korporat yang bertujuan meningkatkan pelaburan, subsidi kepada Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) dan ketirisan kepada orang luar.

Bayangkan, sejak tahun 1997, Petronas telah membelanjakan sebanyak RM58.2 bilion untuk subsidi gas asli. Daripada jumlah tersebut, RM27.6 bilion (iaitu 47 peratus) diberikan kepada IPP, RM21.2 bilion kepada TNB dan RM9.4 bilion kepada industri kecil, perusahaan yang lain dan pengguna domestik. (Juga baca berita Malaysiakini 21/5/08 bertajuk "Syarikat kaya-raya dapat gas subsidi")

Tenaga elektrik yang dijanakan oleh IPP hampir tidak digunakan oleh TNB. Lebih menyakitkan hati, TNB terpaksa membayar harga yang tinggi bagi tenaga elektrik pukal yang dibekal IPP. TNB membayar 14 sen setiap unit elektrik yang selama ini TNB jana dengan kos 8 sen sahaja.

Sampai bila rakyat terpaksa mengikat perut kerana IPP? Sampai bila IPP jadi biawak hidup? Jahat sungguh kerajaan yang membiawakkan rakyat kerana IPP.
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Abang Bakaq,

    Takkan kita nak dok nonong jer menanggung keperitan hidup, dengan membiarkan pemimpin kaya-raya menipu memperbodohkan rakyat.

    kenapa mereka tidak insaf? seharusnya pemimpin itu membimbing rakyat ke arah kemakmuran hidup.

    sedih...

  2. cilakak punya...pemerintah..nak bagi mapuhh orang macam tuu...Ya ALLAH Buka lah hati mereka nie..agar jagi pemimpin untuk rakyat.
    Tolong lah ya Allah..

  3. Harap para komentar jgn cepat menembak terus.

    IPP perlu diberi insentif untuk memastikan harga tenaga utk rakyat murah. Lagi baik mereka mengurus IPP lagi banyak untung.

    Generasi pertama IPP mmg mendpt preferential rate kerana semasa itu kerajaan tidak ada pengalaman dalam IPP dan dalam keadaan segera.

    Jika tidak memenuhi expected return tertentu, tidak ada yg berani melaburkan dan meminjam wang begitu besar.

    Apabila kita bertambah faham, maka terma utk IPP kemudian diubah lebih ketat.

    Jadi nak kata tidak memikirkan rakyat tidaklah tepat.

    Semasa IPP dulu, dolah dan kabinet hp6 terlibat dlm keputusna ini. Apabila dia naik takhta, dia dan balacinya mula menyalahkan tun.

    Setelah 4 thn dan hampir tewas, baru dia dpt difahamkan pegawai2 atau tkt 4 baru faham perlunya dicukai keuntungan berlebihan.

    Windfall tax 30% dikenakan atas keuntungan berlebih2an yang return on asset melebihi 9%.

    Nampak macam kononnya kerajaan Dolah lebih perihatin dari zaman Tun tetapi sebenarnya tidak. IPP tidak pernah mencapai RONA lebih 9%.

    Selamat kroni dolah YTL.

  4. Demo lagi:Ingat Minyak.....sekarang, kita jangan jadi hangat2 taik minyak....


    Kepada sahabat2 yang begitu terasa dengan kenaikkan harga minyak ini, jangan duduk peluk tubuh sahaja..ayuh kita buktikan. Tak guna kita mengeluh bersendirian.

    Ini adalah masalah satu negara, angkara BN yang durjana..ayuh kita bersama-sama, buktikan bahawa tindakan kerajaan BN ini salah dan ditoloak oleh rakyat. Ayuh turun berdemo sebelum minyak naik lebih tinggi lagi.

    Jangan lupa janji kita 13 Jun 2008, selepas solat jumaat. Kita berarak dari Masjid Kg. Baru hingga ke Suria KLCC.

    Sebagai tanda soladariti dan kemarahan rakyat pakailah baju MERAH!...kenapa mesti MERAH...ya..MERAH itu lambang keberanian dan semangat yang membara....ia juga adalah lambang untuk menunjukkan ketegasan dan keseriusan kita dalam membatah kenaikkan harga minyak ini...



    INGAT! MERAH itu bukan milik Umno...jangan lelong warna merah itu pada UMNO...MERAH itu adalah milik rakyat...Umno patut tukar warna rasmi parti mereka kepada warna yang lebih kusam...mereka tak layak pakai merah kerana mereka hingga kini masih takut untuk suarakan ketidakpuashatian rakyat atas tindakkan pemimpin mereka.

    Jadi, jangan lupa...13 jun adalah hari rakyat merampas perjuangan tulen dari Umno..kita bersatu bangkit dengan jiwa yang merdeka untuk menunjukkan pada mereka bahawa rakyat tidak takut pada kerajaan Umno-BN lagi.

    Selain dari Demontrasi ini juga, hari ini PAS Wilayah akan hantar satu surat bantahan kenaikkan harga minyak kepada PM pada jam 11 pagi di Perjabat Perdana Menteri, Putrajaya.

    Jam 2 petang pula, PAS Wilayah pula akan serah surat bantahan dan seruan agar pemimpin BN bertanggungjawab atas isu ini. Surat akan diserahkan pada sekretariat BN di PWTC. Bagi yang berminat, boleh berkumpul di Bus Stand depan The Mall jalan Putra.

    Sebelum itu. Pemudawilayah juga telah lancar Kempen Kutipan tandatangan yang dirasmikan oleh Presiden 8 Jun lalu.


    Dokumen memorandum boleh di download di sini. Bagi yang datang KL Jumaat ini, boleh datang terus ke pejabat YB. Titiwangsa di Kg. Baru bagi dapatkan salinan hardcopy secara percuma..

    Diharapkan rakan-rakan dan seluruh rakyat dapat memberikan kerjasama dengan mengedar dan mengumpulkan tandatangan bagi menjayakan kempen ini khusus untuk mendesak Kerajaan Barisan Nasional tunduk pada tuntutan rakyat.

    Bagi yang telah berjaya mengumpulkan senarai tandatangan, diharapkan dapat mengembalikan dokumen berkenaan kepada Sekretariat DPPWP sebelum 11 Julai 2008 (Jumaat) ke :

    Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
    18-3 Tingkat 2, Kompleks Udarama, Jalan 3/64A Off Jalan Ipoh,
    50350 Kuala Lumpur
    TelFax : (603) 40421559
    Zulkarnain : 0193764089
    Herman : 019-2168557
    Blog : http://dppwp.wordpress.com
    Email : pemudawilayah@gmail.com

    Bagi mereka yang masih bersemangat meneruskan kempen bantahan...pemudawilayah juga menyediakan program Edaran risalah pada;

    Tarikh : 14 Jun 2008 (Sabtu)
    Masa : 5 petang
    Tempat : Pasar Malam Jalan TAR (Bermula di Hadapan Masjid India hingga Ke Pertama Kompleks.

    Dan seterusnya pada malam itu satu ceramah akan diatadakan seperti maklumat berikut;

    ceramah rakyat MEMBANTAH KENAIKKAN HARGA MINYAK

    14 Jun 2008 (Sabtu)

    9.00 malam

    Pejabat Wakil Rakyat Titiwangsa, Kg. Baru

    Speaker:

    YB. Dr. Lo’Lo Hj. Mohd Ghazali
    YB. Amiruddin Shaari
    Ust. Idris Ahmad
    Mohamed Hanipa Maidin

  5. salam
    kalu x silap saya IPP mmg dah lama dapat untung banyak. masa zaman lim ken yaik dulu, dia pon pelik dengan perjanjian yg x masuk akal, awat petronas jual murah sangat kat IPP? IPP untung juta2, last2 rakyat jugak yang susah!

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008