Sedap!! Klik gambar di atas!

Pergi London kerana nak peluk Umno?

Artikel Tranungkite bertajuk "Stadium Shah Alam 'saksikan' DS Anwar gagal tarik 100,000 rakyat!" menarik perhatian. Sebelum itu, tertarik sungguh dengan cerita di dalam Malaysia Today yang dipetik dari akhbat The Straits Times Singapore bertajuk "Anwar's teasers cloud credibility". Antara lain diceritakan:
There have been media reports of PAS making overtures to join forces with Umno to ensure Malay-Muslim supremacy, but PAS information chief Mahfuz Omar has strongly denied this.
Semua laporan itu dibuat ketika hati tengah susah apabila terhidu berita beberapa hari lalu bahawa beberapa pemimpin PAS akan makan angin ke London untuk meminta fatwa orang-orang Ikhwan di sana bagi mewajarkan keinginan hati yang dah tak tahan lagi dah nak berkerjasama dengan Umno.

Sebagai penonton yang berpeluang menyaksikan Pemuda PAS mempelopori usul kepimpinan ulama dalam muktamarnya pada tahun 1982 di Madrasah Masriyyah, Bukit Mertajam dan sebagai tukang edar kaset ucapan Allahyarham Tan Sri Asri Muda selepas PAS di halau seperti anjing kepala buruk dari Barisan Nasional pada tahun 1978, saya tidak pernah terfikir bahawa akhirnya saya akan melihat ulama-ulama PAS berebut-rebut naik kapal terbang ke London untuk menagih fatwa hendak berkerjasama dengan Umno.

Susah sungguh nak menulis perkara ini. Saya sudah berjanji dengan diri sendiri bahawa saya akan menulis dengan bahasa yang lunak dan sopan. Saya tak nak tulis macam bakaq a.k.a. ~penarik beca selalu tulis. Orang kata kurang ajaq.

Tapi, saya pun tak berani nak kata apa. Entah lagu mana saya tulis selepas ini. Saya jauh hati!

Setakat homework yang saya buat dua tiga hari ini (termasuk dimarah dan dijerkah oleh beberapa pemimpin tertentu yang menjahit mulut mereka dan buat-buat sibuk kerana hendak menjaga "rahsia parti"), saya mendapat tahu bahawa kecenderungan itu bermula apabila Ustaz Dr Harun Din memperomosikan teori akhafu al-darurain.

Akhafu al-darurain kalau tak silap saya ialah memilih yang lebih ringan mudaratnya ketika berhadapan dengan dua pilihan yang tidak menguntungkan. Idea asal dikatakan datang dari Mufti Perak yang juga promoter Islam Hadhari, Datuk Seri Harussani Zakaria. Dialah yang dikatakan antara orang yang mencipta mentaliti bimbang tentang masa hadapan Melayu dan Islam setelah Umno kalah teruk di Perak. Apabila saya tulis dikatakan, ia bermakna saya tidak dapat mengesahkan fakta tersebut. Setakat mendengar cerita. Sebab tu saya tulis dikatakan. Kalau tak ada tulis dikatakan, itu saya tak ragu lagi.

Memang, saya tahu. PAS di dalam Pakatan Rakyat umpama Parti Progresif Rakyat (PPP) di dalam Barisan Nasional. Para pemimpin PAS juga dirundung kerisauan tentang nasib dan masa depan Melayu Islam. Di dalam Pakatan Rakyat, agenda Melayu Islam bagaikan taboo yang mesti dijauhi seperti penyakit berjangkit. DAP pula bagaikan bermusuh dengan apa sahaja yang bernama Islam. Lantaran itulah sesetangah ulama melihat penyertaan di dalam Pakatan Rakyat adalah pilihan yang lebih berat mudaratnya.

Anggapan itu menyebabkan mereka melompat kepada keputusan bahawa berkerjasama dengan Umno adalah akhafu al-darurain atau lebih ringan mudaratnya. Ahli dan penyokong PAS berhak bertanya apakah alasan mereka menyatakan bahawa itu adalah akhafu al-darurain? Adakah mereka membuat kajian yang melampaui keraguan yang munasabah bahawa kerjasama dengan Umno itu memang sebenar-benarnya akhafu al-darurain?

Paling memeningkan, adakah tokoh-tokoh Ikhwan yang ingin ditemui seperti Mustafa Tahan dan Faisal Mahlawi tergolong dalam kumpulan pakar dan specialist dalam mengenalpasti akhafu al-darurain di Malaysia? Adakah orang-orang seperti Mustafa Tahan atau Faisal Mahlawi kini menjadi doktor pakar yang hebat memberi ubat kepada Umno yang sedang sakit dan menjerit?

Kalaupun benar mereka adalah pakar yang mempunyai ubat untuk merawat gelejat Umno, apa pula yang mendorong Tuan Guru Presiden, Timbalan Presiden (yang dijangka menyertai rombongan itu sekembalinya dari seminar Commonwealth Parliamentary Association di Brussels) Haji Mustafa Ali dan Ustaz Harun Taib (Ustaz Dr Harun Din tak dapat pergi dan dikatakan akan digantikan) pergi menemui mereka untuk meminta nasihat mengenai kerjasama dengan Umno.

Adakah itu bermakna PAS hendak berbeza dengan Ezam Mohd Noor yang barangkali tidak pergi ke London meminta fatwa sebelum menjadi drebar ambulan untuk mengejarkan pesakit yang bernama Umno ke tanah perkuburan?

Saya tidak berhajat hendak memperkecilkan orang-orang seperti Mustafa Tahan dan Faisal Mahlawi. Mereka pasti ada kelebihan dan kekuatan tersendiri. Tetapi adakah Tuan Guru Presiden dan Ustaz Harun Taib yang diasuh oleh pemikiran Ikhwan Muslimin merasa pasti bahawa orang-orang Ikhwan yang ingin ditemui itu lebih tahu waqi' di negara ini dari mereka?

Saya tidak berniat hendak memperkecilkan, tetapi saya yakin Datuk Haji Nakhaie Ahmad, guru-guru takmir dan pak cik serta mak cik yang mengajar anak-anak jiran mengaji Quran lebih tahu tentang realiti di Malaysia berbanding tokoh-tokoh Ikhwan yang ditemui Tok Guru Presiden dalam persidangan di Turki baru-baru ini. Saya tidak tahu apa yang mereka kempen kepada Tok Guru Presiden sehingga beliau begitu bersungguh-sungguh dengan perkara itu selepas balik dari persidangan di Turki itu.

Kalau saya ada duit, saya akan siasat sendiri apakah hubungan orang-orang Ikhwan itu dengan Umno. Manalah tahu, kalau-kalau ada. Tak tuduh, nak siasat ja Tapi, dah duit tak dak, tak dapatlah nak siasat.

Selain itu, ahli dan penyokong PAS juga perlu tahu dengan duit siapa mereka pergi? Duit parti atau duit sendiri? Saya harap sangat mereka menggunakan duit sendiri. Kalau duit parti, sudah tentulah termasuk duit derma. Kalau benar duit derma digunakan, adakah wajar duit derma digunakan untuk pergi London ramai-ramai untuk meminta fatwa hendak berkerjasama dengan Umno? Bagai yang selalu diucapkan Cik Gu Pa, "tak kena tu!"

Berkerjasama dengan Umno adalah akhafu al-darurain juga "tak kena tu!"

Adakah seperti Nabi s.'a.w.w. berdoa agar orang-orang Rom tidak dikalahkan ketika berperang dengan Parsi? Asas Nabi yang dikasihi berdoa agar orang-orang Rom tidak dikalahkan diriwayatkan sebagai berpunca dari agama orang-orang Rom, iaitu agama Kristian yang merupakan agama Samawi (Abrahamic faith). Tetapi, dalam kes parti-parti lain, kita pun tak tahu parti mana yang bagaikan Rom dan yang mana yang bagaikan Parsi.

Alahai.... Nak kerjasama dengan Umno untuk Melayu? Untuk Islam? Kalau perkiraaannya masa depan Melayu dan Islam, saya tidak nampak perbezaan Umno yang dikepalai Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan DAP kalau dibaca laporan akhbar Today Online.


Kalau perkiraannya nak bantu masa depan Melayu, nanti bolehlah kita semua pakat-pakat buat projek besar-besar di Wilayah Pembangunan Iskandar. Majulah Singapura! Bolehlah kita majukan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). Bolehlah kita kawal polis dari bertindak ganas. Bolehlah kita turunkan harga minyak.

(The Edge Daily 24 September 2007 - imej ihsan Maverick SM)


(Ihsan Malaysiakini - Bloody Sunday)

(Ihsan Malaysiakini - Bloody Sunday)


Kalau perkiraannya kerana PAS seperti PPP atau seperti melukut di tepi gantang di dalam Pakatan Rakyat, adakah perkara itu berlaku kerana salah orang semata-mata? Adakah PAS tidak terlibat menjadikan dirinya seperti melukut di tepi gantang di dalam Pakatan Rakyat?

Dan lagi sekali nak ditanyakan, benarkah berkerjasama dengan Umno itu akhafu al-darurain? Apa hujahnya? Adakah berkerjasama dengan Umno tidak mengakibatkan PAS menjadi melukut di tepi gantang juga? Atau lebih buruk lagi, sampai berapa hari sahaja orang senyum dan tepuk bahu sebelum dihambat disebat seperti anjing kepala buruk?

Saya bukan peminat Datuk Seri Anwar Ibrahim malah saya meluat sangat kat dia sejak dia masuk Umno pada 29 Mac 1982. Bila dah jadi Timbalan Perdana Menteri, bagaknya bukan main lagi. Tetapi, buruk macam mana pun Anwar, PAS dah ada persefahaman dengan Anwar dan PKRnya. Adat berjanji tidak mengkhianati. Lebih berat lagi janji kepada rakyat yang mengundi PAS kerana meluat kepada Barisan Nasional dalam pilihan raya 8 Mac lalu, bukan kerana mereka hendak sangat kepada PAS. Adakah PAS akan kencing di atas persefahaman itu dan berak di atas kepala dan kepercayaan serta harapan rakyat yang mengundinya?

Amboi... megah sangatlah tu dok main-main telefon dengan agen komisyen Sukhoi dan Scorpene!! (Komen-komen lain di sini dan juga di sini)
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. PAS mestilah faham bahawa kejayaannya dalam PRU lepas adalah atas sokongan rakyat yg marahkan UMNO. JANGAN sekali sokongan rakyat dipinggirkan lantaran kaedah 'AD' yg tak tentu hujung pangkalnya!. WAJIB bersama penyokong yg mau bersama PR!.

  2. Salam, walaupun ada maklumat yang tuan perolehi berkaitan gerombolan tersebut, ia masih lagi dianggap sebagai khabar angin dan gosip oleh kami yang hanya mebaca dakwaan tuan.

    Buktikan dahulu perjalanan itu dengan fakta yang jelas....mcm gambar ke dan lain-lain.

    Kenapa tuan mesti menutup terus kerjasama dengan Umno jika mereka mahu Islam atau jika menguntungkan Islam melebihi Pakatan Rakyat? Realitinya saya tidak tahu.

    Ambil andaian wujud usaha untuk kerjasama. PAS melihat ia lebih baik untuk Islam dan muslim, walaupun Umno mahu kerjasama dengan niat non-islamic!

    Apakah ia lebih buruk dengan kerjasama Pakatan Rakyat yang mana PKR dan DAP juga seperti Umno, kerjasama dengan PAS bukan atas asas islamik.

    Maka yang lebih baik ialah yang lebih menguntungkan agama. Kerjasama dengan Umno ( jika berlaku: saya buat andaian ) bukan bermakna kita telah meluluskanparti Umno itu telah islamik atau telah mulia, sebagaimana kita juga tidak menyatakan DAP telah islamik dengan wujudnya Pakatan Rakyat.

    Bagi saya, satu sahaja jahatnya Umno yang belum ada pada PKR dan DAP, Umno adalah pengkhianat kepada perjanjiannya dengan PAS suatu masa dahulu.

  3. Bakaq,

    Kau ckp memang betul. Saya dah dapat maklumat ni lama dah.

    PAS sekarang ni tak dapat terima hakikat yang mereka dalam Pakatan Rakyat.

    Dan mereka tak dapat terima hakikat bahawa meereka perlu mengubah persepsi orang bukan Islam kepada Islam dan shariah Islam.

    Hakikatnya, kalau PAS sabar dan tekun memberi penerangan kepada orang bukan Islam, saya lebih dri yakin PAS mampu untuk mengubah persepsi orang bukan Islam.

  4. Kalau betul PAS nak peluk UMNO, maka siallah perjuangan rakyat selama ini untuk mengembalikan kuasa kepada rakyat...khianat peringkat tertinggi...

  5. Kalau setakat, keluar mulut harimau masuk mulut naga, kira boleh tahan lagi, tetapi kalau masuk mulut neraka..macamana..

    Apakan daya, pemimpin politik atas apa juga tiket, akhirnya tetap 'kotor' dan najis. Mereka suci dan wali ketika kalah, tetapi menjadi jin syaitan bila menang.

    Semoga bumi menelan mereka - kluangman

  6. sekiranya ada kerjasama PAS dan UMNO tanpa Islam menjadi terasnya tetapi bangsa, tak gunalah saya sokong Pas selama ini.

  7. Assalamulaikum. saya dapati anda ini ada masalah.

    (1) Anda merasa lebih pandai dari
    para ulama-ulama yang anda sebutkan. Saya tidak kata ulama-ulamak ini, bersendirian atau berkumpulan, bebas dari kesilapan. Adalah wajar kita menasihati mereka tetapi pada masa yang sama hendaklah kita muhasabah diri dan jangan sombong untuk mengaku kesalahan. Ingatlah, Iblis menjadi sesat kerana sombong dan engkar.

    (2) Kalau terjemahan anda tentang apa yang sedang dilakukan oleh beberapa pemimpin tertinggi PAS itu benar, JELAS para ulamak ini membuat kajian dan berbincang berkenaan dengan masalah tersebut, bukannya bertindak dengan melulu. Saya yakin mereka juga akan berbincang dengan sebegitu ramai lagi ulamak di Malaysia ini.

    (3) Anda ini taksub betul dengan persahaman PR. Saya nampak anda ini lebih rela Islam diperlekehkan, asal PR tetap kekal. Samalah dengan "biar mati anak, jangan mati adat"

    (4)Saya tidak rasa penyokong PAS akan marah, kerana pada waktu ini, ramai yang sudah naik angin dengan sikap anti Islam golongan penentang Islam dalam PKR.

    (5) Saya tidak suka dengan sikap buruk anda yang suka memperlekehkan ke Islaman orang UMNO. Memanglah, ramai di antara mereka yang fasik, sombong, durhaka dan zalim. Tetapi, saya tidak nampak mereka ini sebagai anti Islam; kalau betullah UMNO itu anti Islam, telah lama PAS berkubur dan jadilah Malaysia ini seperti umat Islam Kosovo atau sekular Turki, yang tinggal nama sahaja Islam. Saya rasa, kalau DAPlah yang memerintah, ini mungkin menjadi kenyataan.

    PS. Saya menggunakan nama Amer Hakimie mulai dari hari ini kerana ada juga individu lain yang bernama Amer (blog che det), agar tidak ada kekeliruan.

  8. dah dua kali pilihanraya gua pangkah PAS sebab TAK SUKA BN.

    kalau PAS join BN, dia hilang la undi gua dan orang2 macam gua.

    senang saja.

  9. PAS nak bersama Umno?.Ada juga baiknya,kerana akan lebih mudah lah PR memerentah di peringkat Persekutuan,biar pun PAS-Umno boleh mengambil alih negeri.Dan dalam jangka panjang pun,kerajaan negeri berkaitan akan di rampas semula oleh PR.Malahan mungkin juga perkahwinan mereka pun lebih singkat jodohnya.

    Kiraannya begini:

    1.Bukan semua wakil Umno boleh bersama PAS dan bukan semua juga wakil PAS boleh bersama Umno.jadi ada yg mencari haluan mnyertai PKR.Jangan-jangan gulungan ini jika di campur jumlahnya lebih ramai berbanding dgn jumlah MP PAS sekarang.

    2.Confirm,wakil-wakil parti bukan Melayu(Islam)MCA,MIC,Gerakan PBS dsb. tidak dapat bersama kombinasi PAS+Umno,kerana mereka khuatir akan jadi ekstrem Melayu dan ekstrem Islam dan mereka akan tersepit teruk di benci oleh penyokong mereka sendiri,jadi lebih baiklah mereka blah join PR.

    3.Ekonomi merudum teruk kerana banyak perkara yg tidak di bolehkan-Genting tutup,Carlsbeg tutup,4no ekor tutup,business rokok menjunam,ella dan masidayau tak boleh cari makan,aziz m.osman pun dah susah nak buat filem dan macam-macam lagi.Maklumlah Neg Islam +Islam Hadhari,tak kan itu semua nak biarkan.Yang kekal mungkin rasuah saja.

    4.Dalam p.raya yang akan Datang PAS dan Umno akan pula berebut kawasan selamat,tapi semuanya dah terlambat kerana mereka semua tak akan selamat lagi,kerana Ella dan Masidayu pun dah tentu tak undi PAS+Umnolagi.PR akan menang besar semula.

    Tapi mereka yg ke London tu bukan cerdik politik,biarkanlah Luncai terjun dgn labu-labunya.

  10. Kalau sekadar pergi London apa masalahnya? Guna duit parti- apa masalahnya? Aku ahli parti dan aku reda duit aku digunakan.
    Pergi jumpa ulama' luar negeri minta pendapat - apa masalahnya?

    Ini cuma pergi minta pendapat bro. Yang tu pun hang dah gelabah?

    Hang ingat senang ka nak peluk UMNo? lepas minta pendapat, mushawarah dlam AJK Pas Pusat, lepas tu jumpa Majlis Shura', lepas tu Muktamar.

    Banyak langkah lagi. PAS bukan one-man show macam UMNO atau Keadilan.

    Ni baru minta pendapat - apa masalahnya?

  11. Salam.PAS terlalu berpolitik dan bukan based atas dakwah atau prinsip.Dulu kutuk Mahathir.Ahli bawahan dan rakyat sudah menganggap Mahathir sudah "terkeluar"dari Islam,tak boleh berimamkannya.Tapi apabila Mahathir mula attack Pak Lah,lihat siap yg berduyun didepan majlis Mahathir.Nampak sangat PAS ini warga politik licik
    Dimanakah akhlak dan moral,tunjuk manakah dalam serah Nabi saw apabila Baginda sudah membuat janji dan pakatan,tiba-tiba dari belakang buat perkara bertentangan dengan semangat pakatan itu.
    Kemudian datang alasan itu bukan PAS tapi individu dalam PAS.Yang pasti individu itu adalah antara pimpinan tertinggi PAS.
    Keterburuan untuk mendapat short term gained lupa prinsip,lupa asas dakwah.
    Kita akan lihat golongan ini cuba nak psyche ahli-ahli melalui slogan ketuanan melayu islam.Saya tak percaya maklumat bahawa PAS ditawarkan jawatan TPM jika mereka bergabung dengan UMNO-walaupun bukan mustahil bagi UMNO buat tawaran spt ini kerana mereka adalah binatang politik-namun usaha sekumpulan dari pimpinan PAS ini akan mengajak kemarahan rakyat dan sukar untuk dipulih dalam masa dua tiga dekad akan datang
    Saya mohon doa agar mereka kembali sedar!

  12. Salam..

    Yr frens telling that you are skeptic.. Ask them if they have proof and better than you.

  13. Maklumat yang Tuan kemukakan mengenai pimpinan PAS yang ingin bersama UMNO BUKAN khabar angin - ianya suatu FAKTA.Penglibatan aktif Mustafa Ali, Us Harun Taib, Us Nasya dan di sokong oleh Us Hadi Awang dan Us Harun Din tidak lagi dapat di sembunyikan. Saya sebagai ahli PAS seumur hidup amat kecewa atas tindakan Pemimpin PAS yang sedemikian apatah lagi dengan menggunakan kaedah "AD" yang saya pasti langsung tidak munasabah jika di perhitung secara mendalam. Adakah berkemungkinan pemimpin2 PAS ini menggunakan kaedah2 tertentu (seperti AD)dan bertemu pihak2 Ikhwan antarabangsa hanya untuk menyelindungi hasrat sebenar - ia-itu sudah tak sabar untuk memegang kuasa, sebagai "opportunist". Pemimpin2 ini sedar bahawa PR akan dapat menumbangkan Kerajaan BN. Akan tetapi jika berlaku demikian, Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri dan PAS nak tunggu bila pulak sebelum dapat memegang kuasa PM ? Mungkin tidak kesampaian selama 10 tahun ? Jadi, walau pun Murshidul Am telah memberi sokongan penuh kepada PR, puak2 yang dahaga kuasa dalam PAS ini tetap mengkhianati perjanjian yang Murshidul AM telah beri kepada PR dengan melancarkan agenda mereka secara senyap. Pada hemat mereka jika PAS bergabung dengan UMNO maka kemungkinan besar PAS-UMNO dapat membina kerajaan dan oleh kerana PAS dengan cara ini akan menyelamatkan UMNO, maka jawatan Perdana Menteri akan dapat di rasai oleh PAS. Ini bukan lagi teori angan2 bahkan kemungkinan yang boleh direalasasikan. Cuba lihat apa yang berlaku selepas 8 Mac apabila Pakatan Rakyat memenangi Selangor - bukankah US Nasya dan Dato Hasan Ali berdialog dengan UMNO untuk menubuhkan "unity Government" atas alasan "agenda melayu" ? Itu sebabnya Sultan terpaksa berjumpa dengan Dato Hasan Ali secara berasingan. Tetapi pakatan sulit ini tidak berjaya. Sebab nya ? Khir Toyo mahu menjadi MB dan tidak akan beri laluan kepada Dato Hasan Ali menjadi MB. Oleh yang demikian biarlah lah semua pihak memekik "agenda melayu", "pertahankan islam", "AD", dan lain2 tetapi yang menjadi penggerak utama kepada pemimpin2 PAS ini tetap kedahagaan kuasa. Pada mereka Pakatan Rakyat tidak akan membawa apa2 makna - ego mereka akan mendorong mereka mencari helah lain asalkan dapat memegang kuasa; bukan mereka tidak mengetahui betapa korupnya UMNO itu - ini sudah jelas. Mereka juga tahu yang UMNO itu tersangat zalim - ini pun jelas juga. Dah tahu ini semua, cuba pulak mencari helah bahawa DAP sebagai ahli PR selalu sangat mengkritik PAS dan Islam dan oleh yang demikian, kononnya bergabung dengan pihak yang jelas korup dan zalim adalah lebeh baik daripada duduk dalam PR. Bukan kah ini hipokrasi yang sangat mengaibkan ? Jadi dalam keadaan sekarang dimana beberapa Ahli Parlimen UMNO telah terdesak hendak masuk PR tiba2 muncul pula PAS menghulur tangan secara senyap2 untuk bergabung dengan mereka. Bukan kah ini melemahkan usaha2 PR yang disokong kuat oleh Murshidul Am ? Jika ini lah arah tunjuk jalan yang digaris oleh sebahagian ulama2 kita maka saya percaya PAS akan perpecah.

  14. PAS kena sedar, Melayu "Islam Hadhari" ala UMNO telah lama memburukkan imej Islam pada kalangan bukan Islam.

    Islam x racist! Tp UMNO sejak dulu sampai skrg masih lg mengamalkan sikap racist kononnya atas dasar "Ketuanan Melayu". Isu "Ketuanan Melayu" ini sebenarnya adalah helah UMNO utk terus menerus berkuasa di bumi bertuah ini. Yang untung hanyalah golongan elit UMNOPUTRA, MCAPUTRA, MICPUTRA dsb... Kalau PAS ttp mahu bersekongkol dgn UMNO yg terang lagi bersuluh atas dasar RACISTnya, maka sesungguhnya PAS sudah hilang kelayakan untuk bercakap atas dasar Islam.

    Ingatlah pesan Rasulullah yg kita hanya akan mulia atas dasar Taqwa dan bukan atas dasar perkauman. Bertapa kita kena berlaku baik kepada jiran2 kita sendiri. Bayangkan jika kita sbg org Melayu Islam berada di tempat Bukan Melayu dan Bukan Islam yg didiskriminasikan buat sekian lama, apakah perasaan kita?

    Harap PAS sedar dan TIDAK LAGI MENARI MENGIKUT RENTAK GENDANG TARI UMNO setiap kali GENDANG DIPALU seperti dulu. Belajar dpd kesilapan yg lalu utk masa depan yg lebih cemerlang. Sebelum melaksanakan Islam, kita hendaklah memastikan yg masyarakat Islam dan Bukan Islam itu sendiri memahami dan malah dapat merasakan keadilan yg menjadi wadah Islam itu sendiri yg selama ini hanyalah RHETORIK semata2. Sudah menjadi sunnah, Islam tidak pernah tertegak atas dasar paksaan. Amalkan sunnah ini, tunjukkan keindahan Islam melalui tindakan yg dilakukan oleh org2 Islam itu sendiri. Org2 Islam mesti menunjukkan melalui teladan (lead by example) sblm mahu berdakwah kpd masyarakat bukan Islam... Hanya dgn cara ini dan BUKANNYA dgn menyertai UMNO semula, perjuangan Islam akan dapat diterima oleh orang2 bukan Islam.

    Ingat! Kalau PAS ttp mahu kembali bersama2 UMNO, maka perjuangan PAS dgn sendirinya akan ditolak oleh rakyat. Kalau PAS tetap mahu jadi seperti Luncai yg tenggelam bersama labu2nya, maka biarkanlah...

  15. PAS jadi macam PPP dalam PR bukan kerana PAS tak kuat, tetapi kerana tak pandai berpolitik.

  16. Kalaulah benar bagai dikata, PAS nak peluk BN, eeeerrr....rasa-rasa sampai bila-bila aku tak percaya lagi kat PAS. Memalukan dunia. Akhirnya yang berkubur bukan UMNO tapi PAS.

  17. Assallamualaikum,
    Kalau diamati selepas PRU12 yang lalu, ada suara - suara dari pihak PAS, yang menyuarakan agar orang umno masuk pas. Itu seruan yang baik. Tetapi untuk Pas bersama umno saya kira seolah-olah Pas hilang hala tuju. Sebenarnya saya sendiri bukanlah ahli mana-mana parti politik pun.Cuma seorang insan beragama Islam yang masih istiqamah mencari redha Allah SWT. PAS sebagai sebuah parti politik yang berlandaskan prinsip agama Islam, walau pun mengambil masa yang agak lama mengenal kesederhanaan Islam tetapi semakin matang dan seharusnya kini berdiri atas kekuatan sendiri.

    Pas haruslah menjadikan paksi perjuangan yang mana yang paling diredhai oleh Allah adalah mereka yang taqwa. Ingatlah Nabi SAW ketika perjanjian hudaibiyah, disitu juga ada kerjasama antara orang Islam dan Yahudi malah dikalangan mereka yang fasik.
    Bukanlah saya mengatakan orang Islam selain orang PAS adalah fasik.Itu pun hanya Allah SWT sahaja yang maha tahu. Kerana itulah NabiSAW tidak bertindak keras dengan orang fasik.
    Kalau PAS merasakan agak kekok berada dalam PR, kerana lantangnya DAP menyanggah apa saja tentang Islam, juga agak ragu dengan PKR kerana Anwar yang liberal pendiriannya, seharusnya disitulah peranan PAS buat terus istiqamah mentarbiah dan memperbetulkan persepsi mereka yang tidak tepat tentang Islam.

    DAP yang agak tebal fahaman sosialisnya dikalangan pimpinannya. Malah Anwar sendiri yang dikira lebih tahu tentang Islam tiada siapa yang tahu tahap keikhlasannya terhadap perjuangan Islam - kerana ini hanya Allah SWT yang tahu. Malah kita kadang nampak peranan yang berat " balancing act" yang diambil Anwar buat mengimbangi PKR itu sendiri. Mungkin ini satu strateginya. Untuk tidak menonjol menjadi "terlampau Islamik".

    Atau mungkin juga terlalu tenggelam dalam "keadilan Islam yang universal" kadang terlupa tunjang iman dan islam. Itu cuma persepsi saya.. mungkin.

    Jadi mengambil alasan AD sebagai imbangan buat bersama Umno, saya rasa amat ringan motivasinya.

    Belum ketahap sebegitu yang PAS perlu putuskan, Malaysia bukan Palestin bila mana PLO harus bersama Hamas kerana ada perlunya ber" AD".

    PAS sudah sampai pada satu tahap pencapaian yang agak " established" dan diterima semua kaum di Malaysia.

    In satu kekuatan yang diberi Allah SWT, gunakan dengan sebaiknya. Perkasakan lagi, dan seharus telah matang diatas kekuatan sendiri dengan entiti Islam yang jitu.

    Best practices dan key learnings yang banyak mendekatkan ummah kepada PAS seharusnya jangan didagangkan kerana elemen-elemen keinginan berkuasa kerana bangsa dan bukan kerana agama tidak akan kemana.

    Ikhlaslah dalam perjuangan. Bangsa bersatu bukan bererti agama unggul,hanya kehendak Allah SWT jugalah yang menentukan dan keikhlasan itulah yang benar.

  18. Alahai.... Nak kerjasama dengan Umno untuk Melayu? Untuk Islam? Kalau perkiraaannya masa depan Melayu dan Islam, saya tidak nampak perbezaan Umno yang dikepalai Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan DAP kalau dibaca laporan akhbar Today Online.

    PAS is better to be alone. DAP ke UMNO ke, kedua-duanya saya dah meluat sangat. Biarlah takde sokongan pun. Bukakan keahlian kepada bukan Islam. Pergiatkan penerangan. Kalau prinsip tergadai nak buat apa?

  19. kalau pas nak masuk amnu... adun kawasan aku nih.. next election.. pasang sendiri segala bendera dan poster tu.. tak teringin aku...

  20. Setiap kali saya ingin membuat kenyataan, timbul kerisauan dan malu bila memikirkan terlalu kurang pengorbanan dan sumbangan yang telah saya berikan dalam apa-apa jua perjuangan.Berbanding mereka-mereka yang sudah terlalu banyak berkorban tetapi jarang-jarang sekali membuat kenyataan. Mengkritik memang mudah, walaupun kadang-kadang langsung tidak sedar, apakah kesannya, atau setakat manakah impaknya. Cuma, kerana perasaan tidak puas hati, tidak senang hati, tidak suka hati, maka keluarlah luahan-luahan yang menggambarkan sedemikian rupa.
    Dari awal lagi, di dalam PRU12, PAS tidak pernah bekerjasama dengan DAP, cuma dengan PKR. Jadi tidak ada kena mengena dengan sokongan rakyat kepada PAS dengan kerjasama PAS/DAP. Pakatan rakyat hanya wujud selepas pilihanraya, tapi ini juga hanya keputusan pemimpin2 PAS, DAP, PKR, bukan bermakna penyokong2 mereka juga setuju dengan sebulat2nya. Hakikatnya ideologi setiap parti terlalu berbeza.
    Harus kita ingat selepas PRU ke 12, banyak perkara wajib dinilai semula.
    1. Pakatan rakyat bukannya pakatan Islam. Dalam Islam, tidak wujud sebarang kerjasama yang selain dari Islam. Dalam Islam, bukannya apa yang engkau hendak, atau aku nak, atau depa nak, atau mereka tu nak, atau rakyat nak, tetapi apa yang Islam nak.
    2. Selepas wujudnya Pakatan rakyat, suara-suara dalam DAP dan PKR yang kononnya mewakili rakyat, lantang bersuara menuntut hak rakyat, cuma kelihatannya tuntutan ini semuanya tidak condong kepada Islam dan setengahnya bertentangan dengan Islam.
    3. Dilihat juga pemimpim PKR juga sudah condong kepada tuntutan-tuntutan ini sehingga takut dikatakan penyokong Islam.
    4. PAS harus berani bertindak dan menunjukkan kekuatannya, tidak kira kemana arahnya, asalkan atas dasar Islam, PAS mesti tegas membuat keputusan, bukan atas arahan sesiapa.
    5. UMNO dalam keadaan lemah, jadi PAS harus pandai membuat perhitungan untuk kepentingan Islam. Cuma, PAS jangan jadi bodoh, membuat keputusan hanya untuk jangka masa pendek. PAS harus melihat jauh ke hadapan.

    Bagi saya, tindakan pemimpin PAS untuk mendapat pandangan luar adalah tidak salah, pandangan mereka mungkin lebih berkecuali berbanding mereka2 yang ada di dalam negara yang mungkin ada kepentingan. Lagipun,ini menunjukkan pemimpin PAS pun masih teragak-agak dengan langkah yang diambil, jadi mungkin dengan itu mereka lebih berhati-hati.
    Kalau betul anda penyokong PAS, anda harus faham, sebagai pendokong Islam, setiap tindakan oleh PAS, semestinya bukan mengikut apa penyokongnya hendak, atau rakyat hendak,atau anda hendak tetapi apa yang Islam hendak. Jika ini anda tidak faham, saya rasa anda telah salah masuk parti.
    Ramai orang takut dengan Islam kerana mereka ingat Islam adalah satu agama yang kuno, tapi mereka telah silap, sebenarnya Islam adalah agama yang futuristik. Kerana pemikiran manusia terbatas, maka mereka tidak dapat menjangkau hikmak-hikmah yang disebaliknya. Itu baru nama futuristik.
    Wallahualam.
    Muhammad.

  21. Sokong mawardi..biar sendiri asal jangan prinsip tergadai.-pju8

  22. Umno umpama najis yang amat busuk & keji, tidak boleh diubah bau & kejinya. hanya satu jalan untuk nya, iaitu lenyapkan Umno. Nama Umno itu sendiri sudah cukup menjijikan.

    Jika ketuanan melayu yang di bimbangkan Oleh Pimpinan Pas yang sedang berusaha 'memeluk Umno' sedarkah kita siapa yang mengadai, merobek, merogol, menelanjangan kan bangsa sediri kalau bukan Umno! Bumiputera di nafikan hak, sebaliknya Umnoputera di tatang bagai minyak yang penuh. Bumiputera melayu di bunuh di mamali, bumiputera melayu, bumiputera melayu dipukul didalam isa, dipukul ketika memperjuangkan hak sebagai rakyat malaysia, di cemuh, di berukkan.

    Hentikanlah usaha untuk 'memeluk umno' ini. Pas di landasan yang amat baik sekarang, kita kuat, kita ada sokongan akar umbi, bukan dari melayu sahaja bahkan dari setiap lapisan masyarakat malaysia. ingat perjuangan kita adalah Islam! Siapa yang lantang menolak Islam kalau bukan Umno?

    Rayuan saya kepada pimpinan Pas yang sekarang ini sedang berusaha untuk 'memeluk umno', hentikan lah. usaha itu sia-sia, usaha itu akan membuatkan kita lemah semula. kita pernah di hina, ditendang begitu sahaja.

    Saya merayu sekali lagi HENTIKAN LAH!

  23. ni artikel yg saya petik dari al-bakistani...seorang agak rapat dgn Ustaz Harun Taib....:

    GABUNGAN PAS – BN : FITNAH TERHADAP PIMPINAN PAS

    Sekembali aku dari mesyuarat penubuhan satu cawangan baru bagi PAS dari kawasan Subang, aku terus membuka internet untuk melayari berita dan maklumat semasa.

    Tranungkite.net menjadi tatapan pertamaku pada malam ini. Kebiasaannya, aku kurang berminat dengan forum, tetapi tidak tahu kenapa, pada malam ini hatiku rasa sedikit bosan, lalu bagi menghilangkan kebosanan tersebut, aku melihat ruangan forum.

    Mataku terpaku pada satu tajuk forum yang bertajuk ”minda pembaca : keluar pas jika pas sertai BN”. Aku klik pada tajuk tersebut, lalu terpampang satu artikle panjang yang ditulis oleh seorang penulis yang mendakwa berkeahlian PAS seumur hidup semenjak 1993, dan kini memegang jawatan di peringkat kawasan. Dan menggunakan nama penanya ”Abu Nusrah”.

    Dalam tulisan tersebut, amat terkejut apabila dinyatakan tanpa berselindung bahawa Cikgu Mustafa Ali, Tuan Guru Haji Harun Taib dan Tuan Guru Dr Harun Din merupakan orang yang bertanggungjawab berunding dengan kepimpinan UMNO dari kumpulan Najib Razak supaya PAS menyertai gabungan Barisan Nasional.

    Semalamnya, aku diSMSkan oleh salah seorang kawan bertanyakan tentang tulisan Bakar Haq dari blog http://penarikbeca.blogspot.com yang kononnya ada sebilangan pimpinan PAS pergi ke London untuk mengadakan gabungan antara PAS dan BN. Aku hanya memjawab ”wallahu ’Alam” disebabkan tulisan itu tidak menyebut secara jelas siapakah yang pergi berbincang di London tersebut.

    Pun begitu, dari tulisan Abu Nusrah ini pula, dia telah melakukan satu tuduhan secara nyata bahawa orang yang bertanggungjawab mengadakan perbincangan tersebut adalah Tuan guru Haji Harun taib.

    Membaca tulisan itu, aku merasa agak kepelikkan, disebabkan baru hari selasa baru ini aku berjumpa dengan Tuan Guru Haji Harun Taib. Perjumpaan yang dipenuhi dengan penerangan dan nasihat kepadaku tentang kekuatan kita dalam perjuangan islam. Dalam ulasan itu, Tuan Guru dengan terang mencemuh UMNO dan Barisan Nasional, yang dengan ini, mana mungkin Tuan Guru adalah orang yang bertanggungjawab untuk mengadakan perbincangan dengan UMNO untuk gabungan PAS dengan BN.

    Aku terus menghantar SMS kepada Tuan Guru dan bertanya secara nyata. Beliau bertanya balik, sapa yang sebar berita itu?.

    Aku mengatakan dari lamanweb Tranungkite.net, tulisan Abu Nusrah dan tulisan bakar Haq dari blog beliau, iaitu http://penarikbeca.blogspot.com.

    Apabila aku menghantar sms sebegitu, terus telefon bimbitku berbunyi, dan didapati Tuan Guru sendiri menelefonku dan menerangkan keadaan yang sebenar.

    Tuan Guru menyatakan, ianya adalah cerita dalam satu perbincangan diantara sebilangan pimpinan PAS yang agak ghairah dengan kemenangan Pakatan Rakyat dalam membina lima buah negeri.

    Dalam perbincangan tersebut, Tuan Guru menyatakan, apa guna kita berbangga dengan membina kerajaan, kalau Islam masih lagi tidak berjaya dilaksanakan. Yang paling penting sekarang, kita tidak perlu berbangga dengan membina kerajaan, tetapi berusaha untuk mengkuatkan parti Islam untuk menghadapi pilihanraya akan datang.

    Beliau mendakwa, mungkin dari kenyataan itulah menyebabkan ada sebilangan pimpinan tertentu (tidak perlu disebut nama) telah mengeluarkan kenyataan kepada pengikut-pengikut mereka sehingga melahirkan berita-berita fitnah seperti ini.

    Aku bertanya dengan Tuan Guru, adakah berita ini adalah fitnah, beliau terus menjawab ”sudah pasti Fitnah”.

    Sekian

    Wallahu ’Alam

    Al-Bakistani
    http://al-bakistani.blogspot.com

    abu_abdillah_azzam@yahoo.com

  24. Salam.Memang begitulah cubaan untuk menepis ,kononnya fitnah sengaja dibuat-buat dsbnya.Tetapi hakikatnya pimpinan PAS tahu usaha ini.Bukan main cakap-cakap sembang sambil minum kopi tapi satu usaha terancang.Cuma golongan ini tahu kemarahan ahli-ahli sebab itu mereka membisu dan memberi pelbagai jawapan yang samar-samar.
    kempen ketuanan melayu islam akan mula dicanang-canangkan.Pemimpin UMNO sudah mula bercakap parti-parti melayu mesti bersatu.Begitu lah mufti-mufti sudah mula bercakap irama ini.Mufti Perlis dan Perak.
    Kita tak menentang perpaduan.Tetapi acapkali ini merupakan helah dan tipu daya orang tersepit atau anjing tersepit.

  25. Sudahlah saudara..
    hentikanlah menyebarkan khabar angin,lain kali siasat dulu setiap berita yang anda terima sebelum menulis didalam blog,bukan menulis khabar angin,ini menunjukkan sikap tidak profesional anda dan tidak bermaruah,sekadar menulis politik kedai kopi sahaja..mana mungkin mereka bergabung,pas dan umno umpama minyak dan air,boleh duduk bersebelahan tetapi tidak mungkin bercampur,kepada pembaca lain harap jangan cepat gelabah,kepada penulis,harap hentikan tulisan berbentuk khabar angin.

  26. Salam,

    Fitnah yg korang duk sebutkan ni apa definisi dia sbnrnya? Kalau ikutkan Quran fitnah ni luas pengertiannya.

    Bukan apa takut ada yg ckp fitnah mengikut definisi diaorg lain dan yang menafikan pula faham fitnah guna definisi lain.

    Kalau betul UMNO nak ajak PAS join BN apa salahnya. Kan ke kita diajar kalau golongan tu condong kpd perdamaian kita kena condong jugak?

  27. [...Paling memeningkan, adakah tokoh-tokoh Ikhwan yang ingin ditemui seperti Mustafa Tahan dan Faisal Mahlawi tergolong dalam kumpulan pakar dan specialist dalam mengenalpasti akhafu al-darurain di Malaysia? Adakah orang-orang seperti Mustafa Tahan atau Faisal Mahlawi kini menjadi doktor pakar yang hebat memberi ubat kepada Umno yang sedang sakit dan menjerit?...]

    Salam Pak ,
    Mohon maaf, terpaksa pinjam frasa di atas . Jika sayangkan Malaysia , apakah tidak mungkin jika di ajak semua pihak - pihak yang mewakili kesemua rakyat Malaysia , tidak mengira dari mana asal keturunan mereka , asalkan warganegara malaysia, diberi ruang untuk menyelesaikan kemelut politik ,ekonomi ,apatah lagi gejala sosial , dengan minda yang terbuka dan positif DI DALAM SUATU WAJAH KERANGKA BARU , WADAH DAN ILTIZAM BARU. Tidak perlu sangat memikirkan dengan taksub perpaduan hanya bersentrikan Melayu, Islam itu Untuk Semua . Telah dikurnia, tidak terkira betapa banyaknya rahmat Allah ke atas manusia sejagat, namun banyak jua yang berusaha, dengan tangan-tangan mereka sendiri, melakukan berbagai-bagai kemusnahan pada alam yang fana ini. Mengapa kita tidak boleh mencontohi, kehebatan baginda Nabi Muhammad ( S.A.W ),Pesuruh Allah, yang tiada lagi selepas baginda , untuk alam ini. Setiap manusia ,apatah lagi yang Islam , mestilah lebih mengkaji tentang peribadi dan kaedah pemerintahan Baginda khususnya yang melibatkan kepuakan waktu hayat Baginda di kota Madinah, sebagai contoh.
    Tidak ada apa yang mustahil, jika pemimpin-pemimpin rakyat Malaysia jujur,ikhlas di dalam niat dan makruf dalam tindakan, nilai-nilai murni kemanusiaan dan ketuhanan, ditatang cermat bagai minyak yang penuh.Cabaran yang besar, namun pemikiran di luar kotak saja, mampu mencetus gerak langkah ke hadapan.

    Wallahu'alam

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008