Sedap!! Klik gambar di atas!

Minyak naik rakyat pun gila

Update selepas 12.00 AM 5/6/08


Tadi pukul 11.23 malam baru saya dapat isi minyak. Di stesen minyak, macam ada pesta isi minyak. Bagaimanapun, saya tengok hanya orang Cina, India dan lain-lain yang berbaris-baris mengisi minyak. Orang Melayu tak ramai.

Baru saya teringat. Majoriti orang Melayu kaya-kaya belaka. (Baca posting Cik Gu Nazir bertajuk "Malays are actually very rich"). Sebab itulah majoriti orang Melayu mengundi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya 8 Mac lalu. Apa nak heran minyak naik sampai 78 sen pun. Tak percaya? Tanyalah majoriti orang Melayu di Gerik.

Majoriti orang Cina dan India tak kaya macam majoriti orang Melayu. Sebab itulah mereka tak undi BN dalam pilihan raya yang lalu.

Bangunan-bangunan besar, tinggi dan tersergam di Pulau Pinang semuanya orang Melayu punya. Sebab itulah mereka mengamuk sakan kerana mempertahankan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Majoriti orang-orang Cina di pulau itu susah-susah belaka. Bak kata Haji Mohamad Sabu, walaupun mereka selalu mendendangkan boria "kami sokong pembangunan", tetapi bila pembangunan datang, orang-orang Cina di Pulau Pinang terpaksa membawa diri ke pendalaman Kedah seperti di Mahang dan Karangan. Mereka tak mampu "membeli" pembangunan di Pulau Pinang.

Bukan di Pulau Pinang sahaja. Di mana-mana pun. Segala kekayaan dan bangunan pencakar langit semuanya orang Melayu punya. Orang-orang Cina yang tinggal di kota-kota besar terpaksa tinggal di kawasan setinggan dan selalu menjadi mangsa pengusiran pihak berkuasa. Tu, yang nak kena halau di Pasar Minggu Kampung Baru tu, semuanya orang Cina belaka. Mana ada orang Melayu. Melayu lebih ramai yang kaya-kaya. Apa nak heran minyak naik 78 sen. Sebab itulah majoriti dari mereka mengundi BN dalam pilihan raya 8 Mac lalu.

Posting asal


(Malaysiakini 4/6/08)



(Ihsan Malaysiakini - Bloody Sunday)


(Ihsan Ressay)


(Ihsan Grafisosial)

(Antara 17/5/08)


(BBM, bahan bakar minyak jadi betul-betul musibah! - Suara Surabaya - 29/5/08)

"Rakyat tak payahlah demonstrasi" - Perdana Menteri, TV3 29/5/08
"Tidak ada kesan limpahan kepada barang-barang lain" - Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, TV3 29/5/08


(Ihsan Media Rakyat)
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. barang tak naik?? yelah tu...

  2. prof. ana semasa menuntut di USM dulu adalah konsultan Petronas bagi kejuruteraan carigali dan sains kimia..dia mendedahkan bahawa PETRONAS telah menjumpai telaga minyak dan gas yang tersangat besar dan banyak di dalam perut bumi negeri Kelantan Darul Naim....

    simpanan rezab minyak dan gas di Kelantan mampu bertahan sehingga 2060..dan bernilai hampir $ 1500 billion...itu pun PETRONAS menjangkakan bahawa masih banyak rezab minyak dan gas akan dijumpai di perut bumi dan perairan negeri Kelantan..

    namun kerajaan persekutuan mengarahkan PETRONAS supaya tidak menggali minyak dan gas tersebut sehinggalah BN berjaya menguasai Kelantan..sebab tu BN gila meroyan utk nak kuasai Kelantan...

    segala hujah BN untuk halalkan kenaikan harga minyak adalah hujah untuk membodohkan rakyat..hangpa maklum sendiri la kan

  3. Terbukti dengan lebih jelas lagi slogan BN = Barang Naik...

    Tulah masa kempen PRU12 dulu tak nak percaya slogan tu... sekarang tengok...?

    Haaa... Sokong lagi BN... Bagi lah lagi undi pada BN...!!!

  4. .... lain-lain yang berbaris-baris mengisi minyak. Orang Melayu tak ramai.
    Baru saya teringat. Majoriti orang Melayu kaya-kaya belaka. (Baca posting Cik ......
    --------------------------------

    tak jugak bang beca.... saya bila dah tengok orang beratur panjang... saya terus tuju ke pasaraya hypermarket.... buat pembelian panic untuk stok barang dapur n makanan 2-3bulan.... pada saya nak buat apa beratur panjang2 kat stesen minyak, buang masa, dengan kemungkinan darah tinggi naik bila minyak habis atau orang potong queue, semata-mata nak jimat rm40 bila isi full (perdana kapasiti 60ltr)... lebih baik saya beli barang keperluan lain, sebab barang2 tu pun akan naik silap2 boleh jimat sampai beratus2... pasaraya ni pun tak sesak sangat masa tuh...

    just for thought...

  5. Jgn bimbang.. kenaikan harga minyak ke RM270/liter takan lama.. kerana pada bulan ogos nanti.. ia akan naik lagi... hehehehehhe...

    akhirkata... pangkah le lagi..pangkah.. (pinjam kata Ust Ismail Kamus masa kempen PRU10)

    http://diver.miskin.blogspot.com

  6. Saya tak faham tulisan saudara. Majoriti orang Melayu di Pualau Pinang kaya-kaya?

    Yang saya nampak, yang kaya-kaya di Pulau Pinag ialah bukan Melayu, ini termasuklah Patrick Badwi.

    Berilah fakta yang betul.

  7. Rakyat kena urus kehidupan dalam apa hal sekalipun. Tak tahan tenguk Shahrir bercakap tentang subsidi sambil nganga mulut luas-luas. Juga tak tahan tenguk wajah Abdullah senyum sebagai wira dalam saat-saat begini.

    Kita sedia menjangka yang lebih hebat lagi lepas ini.

    Dulu ada poster pilihanraya berbunyi lebih kurang "Anwar tahu macam mana nak kurang harga petrol". Cakap, memang sedap!! Sembang kopitiam, cepat kawan-kawan kata Bullshit.

  8. pening memikirkan masalah kenaikan harga ni. kita pandang je lah benda ni ade sudut positif juga, industri2 lain akan dapat lebih dana hasil dari jumlah yang disave dr penstrukturan semula subsidi. entahlah, nk fikir lame2 pon buat pening je

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008