Sedap!! Klik gambar di atas!

Tolonglah PKNS!

Terkejut saya, penduduk dan peniaga Pasar Minggu Kampung Baru rupa-rupanya setinggan di mata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Lantaklah apa DBKL nak kata apa pun. Perkara yang perlu menjadi perhatian ialah apabila seorang penduduk, Mohd Isa Said memberitahu, semakan dan carian yang mereka buat di Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan mendapati kawasan itu masih di bawah PKNS.

(Siaran langsung Parlimen di sini - Terima kasih kepada Waejo)

Kerajaan Selangor kini adalah kerajaan Pakatan Rakyat (PR). PR menjadi kerajaan kerana rakyat sudah tidak tahan dan tidak mahu lagi menerima Barisan Nasional. Inilah masanya untuk berjasa kepada rakyat.


Notis yang dihantar DBKL pada 8 Mei 2008


Notis yang dihantar DBKL pada 24 Mei 2008






Penduduk berkumpul mengadakan piket


YAM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ketika
merasmikan Pasar Minggu yang bernilai RM550,000
pada tahun 1967. Tunku bersalam dengan seorang peniaga.


Belatar belakangkan bekas kawasan yang terbakar dan papan
tanda mendakwa tanah berkenaan hak DBKL.


Sebelum berlansung sidang media bersama beberapa wartawan


Yang Dipertua Persatuan Peniaga dan Kebajikan Pasar Minggu Kampung Baru, Dr. Hosni Huseen Md Saat menunjukkan sesuatu kepada wartawan.
(Gambar-gambar ihsan Pasar Minggu 'Sunday Market' Kampung Baru KL)

Other blogs updates (updates blog-blog Bahasa Melayu lain di sidebar blog ini)
Artikel-artikel mengenai Islam di sini
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Saya setuju dengan Dr Hassan Mohamed Ali dalam hal ini, Islam tidak perlu dijenamakan semula kerana Islam itu sudah sempurna sejak azali lagi. Abdullah Ahmad Badawi hanya mengelirukan orang-orang Islam dan orang-orang kampung bila cuba re-branding Islam sebagai Islam Hadhari.

    Walau bagaimanapun ada twist terbaru parti PAS bilamana membuat kenyataan ini,
    Pesuruhjaya Pas Selangor itu juga menafikan pemimpin Pas di negeri itu pernah berjanji untuk menutup semua pusat hiburan dan kilang arak sekiranya mengambil alih tampuk pemerintahan negeri.

    Beliau mencabar mana-mana pihak supaya tampil memberikan bukti yang menunjukkan ada pemimpin Pas, termasuk dirinya yang membuat janji itu kepada rakyat pada pilihan raya.

    Baik Islam Hadhari atau Islam PAS semua tak menjadi! Baik cucu ulamak mahupun ahli-ahli politik berserban mengaku ulamak semua hanya menggunakan label Islam untuk politik murahan mereka. Kita heran kenapa pula PAS takut tutup kilang-kilang arak dan pusat-pusat hiburan di Selangor? Adakah pemimpin-pemimpin PAS takut pada Allah atau takut pada DAP?

  2. Saya tak pasti snagatlah apa yang PR boleh buat dalam hal ni. Tapi jika benar mahu dilihat sebagai kerajaan baru yang berjiwa rakyat, kita lihat apa yang boleh mereka lakukan. Tapi perihal ini dikatakan dalam "Selangor" ke, dan patutkah kerajaan negeri masuk campur?

  3. PR baru saja memerintah beberapa negeri,macam-macam mahu lihat perubahan,bagaimana dengan UMNO yang 50 tahun lebih memerintah terusan benarkan buka kilang arak dan judi takde pun desak pemimpin Islam Hadhari supaya tutup.

  4. Salam,

    Saya tertarik dengan isu di Kampung Baru..

    Yang menjadi tanda tanya saya kenapa?

    Saya mendapat tahu, mereka (Melayu) memberikan kedai untuk diniagakan oleh orang asing.. kiranya duit atas angin..

    Memang itulah yang dikatakan oleh warga asing, mereka tak mau kerja, cukup bulan datang minta sewa...

    (",)

  5. Bukan parti politik yg jadi perbicangan tetapi pemikiran org kita yg perlu dibersihkan dulu. Mana mungkin satu kerajaan gabungan yg baru bertapak bileh mengambil alih dan mestilah menggunakan saluran yg betul untuk mengambil tindakan terus keatas pengusaha2 arak dan pusat hiburan yg dah dihalalkan sejak dulu oleh BN.


    BN yg sudah memerintah lebih 50 tahun pun hanya mampu menjadikan malaysia hanya seperti sekarang dan menyusahkan rakyat. sabar lah wahai cik teja. Jangan gelojoh. biarlah tempoh pentadbiran selama 5 tahun di jadikan tempoh.


    Kita jgn mudah melenting oleh kerana fikiran kita telah dibasuh kita kena tunggu sedikit masa lagi agar kita menerima pemerintahan baru pula. Semoga tuhan merahmati negara kita. Amin

  6. Selangor sudah tiada kedaulatan ke atas kampung baru apabila telah diambil menjadi Wilayah Persekutuan.

    Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan yang boleh bantu

  7. setuju dengan mie...byk kedai di kampaung baru yg disewakan kepada warga asing...berape kerat je melayu yang berniaga disitu...mungkin org melayu lebih suke melihat tempat tersebut menjadi kampung warga asing daripada melayu itu sendri...

    saya sendri sedih dengan keadaan ini. dimane2 sumenya warga asing...tap melayu punya lesen niaga...kenape nak melenting bila dihalau keluar...sedangkan ramai lagi peniaga melayu yg tiada tempat untuk berniaga malah dihalau oleh pbt macam anjing kurap semata2 nak meraih untung yg tak seberapa...ini dah ade tempat tapi disewakan pula...

    ape pun...renung2kan lah kedaifan diri...jangan hanya tahu memberontak tapi tak nampak kelemahan sendiri...

    SALAM...

  8. untuk cik teja..
    banyak usul serta kata-kata rakyat mempersoalkan perjuangan Pas yang selama ini (malah selamanya) memperjuangkan kedaulatan Islam. PR memperjuangkan kebajikan rakyat serta ketuanan rakyat, yang mana saling tak tumpah dengan perlembagaan serta prinsip kepimpinan Islam.

    Namun, kenapa baru sekarang twist yang cik katakan mahu dipersoalkan? pusat hiburan dan kilang arak tersebut sudah 50 tahun berkerak di tanah Selangor, kenapa baru sekarang? siapa yang memimpin sebelum ini. kenyataan seperti ini yang mana bersifat melaga-lagakan parti dalam PR saya lihat sebagai satu niat jahat yang mana sudah mengaburi mata rakyat.

    pemimpin Pas tetap akan memperjuangkan Islam, malah Islam adalah tongak perjuangan Pas sejak ia ditubuhkan lagi. namun, kerak 50 tahun itu tetap memerlukan masa serta prosedur yang ketat bagi memastikan tiada pihak yang menyimpan dendam dan tidak puas hati. Islam itu indah, bukannya hukuman. jangan kotorkan nama Islam atas perbuatan tidak adil kepada yang bukan Islam, dan perjuangan itulah yang dipegang pemimpin Pas. sekian

  9. Saya stuju dgn anak perantau. PR baru tak sampai 3 bulan memerintah slgr, tapi kita seolah-olah menilai PR dah berumur 30 tahun. bersabarlah teja. soal kilang2 arak, judi, memang telah diharamkan kerajaan PAS bagi umat Islam. Sebagaimana kata MB selangor, ia memerlukan beberapa prosedur dan proses dengan mengambil kira aspek sensitiviti masyarakat non muslim sebagaimana proses pengumpulan penyiasatan terhadap penyelewengan kerajaan BN Slgr sebelum ini.

    Ingat, selangor diperintah PR! bukan PAS secara total!!

  10. Dah kalau PBT - PBT di Selangor masih di bawah pengaruh dan telunjuk UMNO?

    PBT-PBT pun instrumen penting dalam berkerajaan.Ibarat dua belah tangan untuk kerajaan PR.Habis, kalau masih ada "tahi-tahi" dalam PBT?

    Bersihkan PKNS, bersihkan MPPJ,MBSA dan seangkatan dengannya..barulah boleh memerintah seperti pemerintah.

    Setakat ni..ibaratnya masih jadi pembangkang di bumi yang diperintah.

    Nak guna Dewan MBSA untuk jadikan Pusat Khidmat Masyarakat pun payah Pak Ngah oi..

    Same goes to ajk masjid.

  11. Teja wrote:"Baik Islam Hadhari atau Islam PAS semua tak menjadi! Baik cucu ulamak mahupun ahli-ahli politik berserban mengaku ulamak semua hanya menggunakan label Islam untuk politik murahan mereka. Kita heran kenapa pula PAS takut tutup kilang-kilang arak dan pusat-pusat hiburan di Selangor? Adakah pemimpin-pemimpin PAS takut pada Allah atau takut pada DAP?"

    Pasal janji nak tutup tu aku tak pasti tapi pada aku tak perlu lah mencabar mana-mana pihak. Cakap je dengan ikhlas sekarang tak boleh tutup sebab tak ada kuasa yg memperuntukkan kami berbuat demikian. Ataupun kalau ada hujah yg jelas penutupan kilang arak akan menyebabkan penindasan kpd org kafir, bagitau je la terang2. ni siap cabar-mencabar pulak apa hal?

    Betul jugak apa yg ko kata tu "takut pada Allah atau takut pada" undang-undang dunia?

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008