Sedap!! Klik gambar di atas!

PM "buta mata dan pekak telinga" - Dr M

Bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan keahliannya di dalam Umno tidak bermakna dan tidak berguna lagi kerana Presiden parti itu kini, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi "buta mata dan pekak telinga dan tidak faham mesej ahli Barisan Nasional (BN)".

"Oleh kerana Datuk Seri Abdullah buta mata dan pekak telinga dan tidak faham mesej ahli BN, oleh kerana ahli Umno pun turut bersama, oleh kerana proses demokrasi tidak berjalan, oleh kerana Umno yang ada sekarang bukan lagi UMNO yang ditubuhkan 62 tahun dahulu, saya berpendapat penyertaan saya sebagai ahli UMNO tidak bermakna dan tidak berguna lagi", kata bekas Perdana Menteri dalam blognya.

(Siaran langsung Parlimen di sini - Terima kasih kepada Waejo)

Lantaran itulah, katanya, beliau mengumumkan keputusannya keluar daripada Umno.

"Saya ingin tegaskan bahawa saya bebas dan tidak menyokong mana-mana parti lawan.

"Saya akan pohon untuk masuk Umno apabila Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sudah berhenti daripada menjadi Presiden Umno, Pengerusi BN dan Perdana Menteri Malaysia," katanya.

Mulut ditutup

Dr Mahathir mendedahkan, Abdullah tidak membenarkan wakil ke perhimpunan parti itu menyuara pendapat mereka.

"Mulut semua orang ditutup.

"Yang didengar hanyalah media arus perdana yang memuji Datuk Seri Abdullah sehingga dia percaya dia begitu popular dan akan sapu bersih parti lawan dalam pilihanraya umum ke-12.

"Hasilnya ialah kekalahan yang teruk bagi BN. Malangnya mesej yang hendak disampaikan oleh pengundi dan penyokong BN tidak dapat difahami oleh DatukSeri Abdullah.

"Dia masih berkata dia menang. Ini sukar diterima oleh orang Kedah, orang Pulau Pinang, orang Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan," kata beliau.

Semalam, Dr Mahathir mengisytiharkan keluar dari Umno di hadapan hadirin yang kebanyakannya ahli Umno Kedah di majlis bertajuk "Nasib kedudukan Bangsa Melayu" di sebuah hotel di Alor Star (Video di sini).

Mukhriz masih fikir

Dalam penjelasan lanjut di dalam blognya itu, Dr Mahathir memberitahu, isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali juga keluar dari Umno.

Anak mereka, Datuk Mukhriz Mahathir berkata buat masa ini beliau tidak mahu memberi sebarang ulasan mengenai tindakan bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad, mengumumkan keluar Umno pagi tadi.

Ahli Parlimen Jerlun iti memerlukan masa untuk berfikir mengenainya.

"Sekarang ini saya sedang berfikir," kata Mukhriz yang juga exco Pemuda Umno dalam lamanweb Agendadaily.

Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan kenyataan bekas Dr Mahathir yang hanya mahu kembali ke dalam Umno selepas Abdullah meletak jawatan sebagai tidak bertanggungjawab.

Turut mengisytiharkan keluar dari Umno ialah bekas Setiausaha Agung parti itu, Tan Sri Sanusi Junid dan 300 ahli Umno cawangan Jalan Badlishah di Merbok.

Bekas ahli Majlis Tertinggi parti itu, Tan Sri Khalid Abdullah memberitahu, beliau juga akan keluar dari Umno.

Bawa bencana

Menurut Dr Mahathir, keputusan beliau itu dibuat kerana Umno yang ada sekarang hanya wujud untuk menyokong Abdullah, keluarganya dan tindakan serta dasar yang tidak secocok dengan kepentingan bangsa, agama dan negara.

Umno yang ada sekarang, katanya lagi, bukan lagi Umno yang ditubuh 62 tahun dahulu yang berjuang untuk bangsa Melayu, agama Islam dan Negara Malaysia (Malaya); Umno yang menggagalkan Malayan Union, memperjuangkan kemerdekaan Malaya dan Malaysia dan membangunkan Malaysia sehingga menjadi negara yang termaju di antara negara membangun di dunia.

Beliau menyifatkan kepimpinan Abdullah "jelas membawa kekalahan dan bencana kepada BN, Umno, MCA, MIC, Gerakan dan PPP.

"Kemenangan Umno di Sabah dan BN di Sarawak bukan kerana kepimpinan Datuk Seri Abdullah,"katanya.

Dr Mahathir berkata, beliau akan menjelaskan satu persatu dasar-dasar dan tindakan Abdullah yang menjadikan kerajaan pimpinannya dan parti BN dibenci oleh ahli-ahli parti komponen sendiri.

Kata-kata kesat

Beliau juga mengulangi rasa tidak puas hatinya tidak dilayan sebagai ahli Umno selepas beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

"Saya tidak dibenarkan berjumpa ahli Umno dan ahli Umno tidak dibenarkan hadir apa-apa perhimpunan di mana saya dijemput sebagai jurucakap atau penyampai ucapan.

"Menteri-Menteri yang dahulu berada dalam Kabinet saya tidak dibenarkan atau tidak berani atau tidak mahu jumpa saya lagi.

"Jemputan oleh Umno dan bukan Umno kepada saya diarah ditarik balik oleh Mneteri Besar dan polis.

"Ramai pemimpin Umno melepaskan kata-kata kesat kepada saya dan ada yang menyuruh saya keluar daripada Umno walaupun mereka baru sahaja masuk Umno.

Tidak ada pemimpin Umno yang pertahankan saya secara terbuka," kata beliau.

raja petra in jail prison
Selamatkan Raja Petra dari Akta Hasutan!
Other blogs updates (updates blog-blog Bahasa Melayu lain di sidebar blog ini)
Artikel-artikel mengenai Islam di sini
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Satu pandangan negatif tentang pimpinan Dr M.

    http://malaysianunplug.blogspot.com/2008/05/mahathirs-selfishness-he-never-had-umno.html

  2. Let UMNO be the utmost confused hay-wired party in Malaysia. Let TDM or whoever else sinks the already sinking ship further!! BRAVO!!!

    Yes good riddance to bad rubbish; UMNO that is and also for all UMNO lovers et al…

    Thank you TDM especially for misleading most UMNO buggers to vote for PR in the last 12th GE…

    Yay for The People’s Power…!!! Down with UMNO!! Down with BN!!!

  3. Bukankah dia kata telinga dia besar.
    Pekak rupanya

  4. Rasuah Politik Pasca PRU-12?


    Saya terkejut apabila semalam semasa perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, sahabat saya, Dato' Abdul Rahman Dahlan (BN - Kota Belud) menyatakan bahawa beliau telah ditawarkan duit dan jawatan Kabinet daripada pihak Pakatan Rakyat ("PR") untuk melompat parti.

    Sila layari http://www.rembau.net

  5. No matter what everyone says, Dr M is the best PM we've ever had. His actions shows that he cares for the party. Pemimpin UMNO memang pandai mengutuk beliau, tetapi apa yang pernah mereka sumbangkan pada negara ini?

  6. Tun dah dilupakan oleh Melayu yang mudah lupa.

  7. Ramai orang tidak sedar kesan yang bakal menimpa bila BN tumbang nanti. Orang Melayu akan terkapai-kapai. Orang Melayu boleh lupakan tentang apa-apa keistimewaan yang ada. Baik dari segi pelajaran baik perniagaan. DAP dalam soal ini tidak pernah berganjak.

    Orang muda menjebik muka lalu berkata, "apa yang kami dapat dari UMNO dan BN, belajar pun kena berhutang, nanti kena bayar dengan PTPTN". Bila BN tumbang, meritokrasi sebenar akan bertapak.

    Budak-budak Melayu boleh lupakan pinjaman kena bayar, mereka tidak lagi berduyun-duyun ke IPTA.

    Orang bisnes pun begitu.

    BN ditangan Abdullah adalah longgar. UMNO juga longgar ditangan Abdullah. Permainan geopolitik Abdullah juga membimbangkan. Seolah beliau tidak sedar jeram didepan.

    Tun sudah memberi peringatan. PRU12 sebegitu rupa bukan sebab apa. Hanya isu Abdullah. Kalau MT terkeliru dengan kesetiaan, rakyat biasa boleh bebas berkata. Rakyat sudah berkata. Hanya MT yang terjerat dengan pangkat lalu benarkan perahu terlajak tanpa kemudi.

    Tun keluar UMNO adalah berupa amaran keras untuk semua. Ada yang senyum suka, tapi mampukah Abdullah terus memimpin UMNO, BN dan Malaysia.

    Rentetan peristiwa yang lalu memaparkan keadaan yang sangat sugul tentang kepimpinan Abdullah. Abdullah tidak wajar membidas dengan "Why should I".

  8. 3 ABDUL- MAHATHIR, KHALID & KARPAL SINGH

    3 ABDUL- MAHATHIR, KHALID & KARPAL SINGH?

    Satu tu, Abdul yang terlalu pintar dan bijak, satu lagi abdul yang pandai menabur janji dan satu lagi abdul yang selalu menerima ancaman dan suka cari gaduh.

    cerita lanjut
    jumpa di website
    http://pkrpasdap.blogspot.com

  9. 3 ABDUL- MAHATHIR, KHALID & KARPAL SINGH

    3 ABDUL- MAHATHIR, KHALID & KARPAL SINGH?

    Satu tu, Abdul yang terlalu pintar dan bijak, satu lagi abdul yang pandai menabur janji dan satu lagi abdul yang selalu menerima ancaman dan suka cari gaduh.

    cerita lanjut
    jumpa di website
    http://pkrpasdap.blogspot.com

  10. Someone tipped me off that ..

    Raja Petra Kamarudin is a Commoner ..

    Q1: How come Raja Kamarudin has TWO GRANDFATHERS ie. Raja Uda and Sultan Musa?
    Q2: Why he refused to answer such questions posted in his own site (Malaysia-Today.net)?

    A: Sultan Musa is NOT his grandfather! More Here [ http://thexstories.blogspot.com/2008/05/raja-petra-kamarudin-is-commoner-i.html ]

  11. Ni lah namanya orang yang tengah merajuk. Tapi dalam merajuk tu, ada juga strategi pintar yang tengah dibuat pakatan anak beranak Mahathir ni. Niatnya satu, nak tunjuk yang dialah PM nombor satu kat malaysia ni, takde orang lain boleh lagi hebat dari dia. Tu salah satu agenda, lain2 pun ada juga, tapi kita tengok dulu. Kalau macam ni perangai, macam mana kita nak tunjuk respek kat dia?

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008