Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abd Rahman Dahlan mendakwa jumlah yang ditawarkan kepadanya supaya melompat menyertai parti pembangkang sangat besar hingga cukup untuknya "hidup senang-lenang tiga generasi." Fuh! Betulkah?
Jika benar dakwaan beliau dan beliau pula menolaknya, beliau mungkin tergolong dalam golongan mempunyai nilai agama dan akhlak yang baik.
Ketika ditanya mengenai dakwaan Abdul Rahman bahawa beliau ditawarkan sejumlah wang besar untuk melompat menyertai pembangkang, Tok Guru Mursyidul Am berkata, seseorang mempunyai nilai agama dan akhlak yang baik akan menolak tawaran sedemikian, tidak kira berapa banyak yang ditawarkan.
Masalahnya, kita belum boleh menyatakan Abdul Rahman nilai agama dan akhlak yang baik. Kita tidak boleh memastikan adakah beliau bercakap benar atau berbohong. Ketika beliau membuat dakwaan itu di Dewan Rakyat 13 Mei lalu, Tian Chua (PKR-Batu) telah meminta beliau melaporkan perkara itu kepada Badan Pencegah rasuah (BPR).
"Sila rujuk kepada BPR dan kena ada fakta," kata pejuang rakyat itu .
Abdul Rahman hanya menjawab,"Siapa makan cili dia terasa pedas.".
Selapas itu, Nga Kor Ming (DAP-Taiping) juga meminta beliau membuat laporan. "Tidak ada apa-apa bukti. Jika ada laporan patut dibuat," kata Nga.
Abdul Rahman tetap enggan menyatakan kesediaannya untuk membuat laporan. Beliau hanya meneruskan ucapannya:
Tuan Yang di-Pertua, saya mahu memberitahu kenapa saya membuat kesimpulan begitu kerana trend merasuah ini pernah dipraktikkan semasa membeli undi untuk bertanding timbalan presiden menentang Allahyarham Tun Ghaffar dahulu. Duit berbakul-bakul, projek dan pink form menjadi pelincir kejayaan memenangi jawatan timbalan presiden. [Tepuk]Saya rasa, tidak perlulah bagi Datuk Seri Anwar Ibrahim menunggu Abdul Rahman membuat laporan kepada BPR. Sebelum ini, dalam posting mengenai laporan The Edge Daily 14/5/08, saya menulis seperti berikut:
Sejarah tidak boleh diubah, kami di Sabah masih ingat bagaimana perwakilan dibeli dan diugut. Terima kasih kepada pemimpin Agung PKR ini yang telah memperkenalkan dan membudayakan politik wang dalam UMNO Sabah.
Saya juga berharap Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil tindakan ke atas petikan kata-kata yang berbau fitnah terhadapnya yang disiarkan oleh The Edge Daily, kalaupun ucapan Abdul Rahman di dalam Dewan Rakyat tidak boleh diambil tindakan.Kini, Abdul Rahman bukan setakat membuat tuduhan di dalam Dewan Rakyat sahaja. Dalam berita Utusan Malaysia 15/5/08 bertajuk "Cukup untuk hidup senang-lenang 3 generasi," beliau secara terbuka berkata, jumlah yang ditawarkan untuk beliau melompat menyertai parti pembangkang sangat besar hingga cukup untuknya “hidup senang-lenang sehingga tiga generasi.”
Gambaran yang diberikan oleh laporan akhbar itu sangat berat. Anwar digambarkan sebagai taik rasuah atau kaki rasuah. Itu gambaran yang sangat buruk dan busuk terhadap Anwar. Tindakan undang-undang perlu diambil untuk membersihkan nama baik bakal Perdana Menteri kerajaan Pakatan Rakyat yang khabarnya boleh ditubuhkan bila-bila masa.
Akhbar itu seterusnya melaporkan beliau berkata, jumlah sebenar yang ditawarkan oleh ‘utusan’ khas yang dihantar untuk bertemunya itu hanya akan didedahkan bila tiba masa yang sesuai.
“Utusan ini pun kawan-kawan juga. Saya tak mahu kata ia diutuskan oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi secara umum tak salah untuk beranggapan begitu kerana beliaulah yang beria-ia hendak tubuhkan kerajaan.
“Ada dua kali mereka berjumpa saya iaitu minggu lalu dan minggu sebelumnya,” kata Abdul Rahman kepada pemberita di lobi Parlimen.
Kenyataan Abdul Rahman di dalam Utusan Malaysia sangat jelas mengaitkan Anwar. Anwar menjadi orang tertuduh.
Sebelum ini, dalam posting mengenai tuduhan-tuduhan ke atas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, saya menulis:
Jika benar ikut tatacara kontrak, Najib mesti menjawab tanpa sebarang keraguan soalan Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) dalam Dewan Rakyat tadi. Lebih kurang, Ibrahim bertanya, mengapa Najib tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menuduh berlaku rasuah dan penyelewengan dalam urus niaga tersebut?Saya yakin, tidak perlulah saya menulis seperti berikut:
Saya tidak dengar dengan jelas jawapan Najib. Tetapi lebih kurang beliau menyifatkan tuduhan-tuduhan yang tidak henti-henti diulang-ulang selama kira-kira dua tahun itu hanya permainan politik semata-mata.
Jawapan-jawapan Najib dalam kedua-dua isu yang hampir setiap hari menjerkah dan menghambat cita-cita dan impiannya itu jelas tidak mampu malah gagal sama sekali membersihkan dirinya dari segala syak-wasangka.
Tidak ada sesiapa pun yang berhak menuduh Najib tidak bersih. Jika tidak ada bukti, jangan pandai-pandai menuduh Najib tidak bersih. Namun, pada masa yang sama, berapa kerat sangat yang berani berkata dengan tegas bahawa Najib bukan sahaja bersih malah dilihat bersih?
Oleh kerana rakyat Malaysia mahukan bakal Perdana Menteri yang bukan sahaja bersih malah dilihat bersih, tolonglah yakinkan bahawa Najib bukan sahaja bersih malah dilihat bersih.
Keengganan Anwar membuat laporan polis ke atas Abdul Rahman akan mengakibatkan dirinya tidak bersih dari segala syak-wasangka.
Tidak ada sesiapa pun yang berhak menuduh Anwar tidak bersih. Jika tidak ada bukti, jangan pandai-pandai menuduh Anwar tidak bersih. Namun, pada masa yang sama, bolehkah kita menyatakan dengan tegas bahawa Anwar bukan sahaja bersih malah dilihat bersih?
Oleh kerana rakyat Malaysia mahukan bakal Perdana Menteri yang bukan sahaja bersih malah dilihat bersih, tolonglah yakinkan bahawa Anwar bukan sahaja bersih malah dilihat bersih.
Berkaitan di sini (termasuk ucapan Abdul Rahman di dalam Dewan Rakyat).
Other blogs updates (updates blog-blog Bahasa Melayu lain di sidebar blog ini)
Artikel-artikel mengenai Islam di sini
Artikel-artikel mengenai Islam di sini























Cantik? Klik 

Kalau Anwar tak ambil tindakan, makanya Anwar dan Najib kira 2x5 lah juga ye. Malanglah kita rakyat jelata bila kedua-dua bakal PMnya kelihatan tidak bersih yeee...
Saya cuma pray Raja Nazrin turun takhta jadi rakyat jelata dan tentang Anwar dalam pilihanraya kecil akan datang aje barulah N for teori RAHMAN betul-betul belum tercemar tak gitu?
takpe, takpe
aku dah propose solution supaya PM adalah dari kalangan sabah sarawak
hehe
dulu, masa tg nik aziz cakap dia pernah cuba disogok... tapi menolak... terus aje bpr datang jumpa dia ambil statement... macamana dengan yang abdul rahman ni?...
Sekarang ini kita semua sebagai rakyat sedang melihat sebuah drama atau sandiwara yang sedang dilakonkan oleh watak-watak 'HIPOKRIT'.
Entah siapa yang benar siapa yang bersalah. Sebagai penonton marilah sama-sama kita melihat endingnya sahaja.
'Mari kita tengok sapa yang kena...
saya setuju dengan cadangan tuan supaya anwar laporkan ke BPR. tetapi walau pun anwar tidak lapor,pihak BPR sepatut menyoal siasat si rahman ni sebab sebelum ini pun Tok Guru Nik Aziz dah pun disiasat walau pun tak ada siapa pun buat laporan. kalau BPR tidak siasat maknanya BPR tu adalah "Bapak Pelindung Rasuah" sebenarnya.
Sdr penarik beca,
Cerita ringan-ringan ni saya dah antar ke bebrapa blog lain. Biasa la dalam blog pro PKR teruk juga saya kena hentam. Agapini penglipurlara.
Minta izin :
WALAUPUN BANYAK penafian, berita Ahli Parlimen berpaling tadah menyertai PR yang diketuai
'PM-in-waiting' DS Anwar Ibrahim tidak akan reda sehingga benar-benar berlaku. Jika yang melompat adalah ikhlas, tanpa tekanan, tanpa sogokan, untuk perjuangan, maka PR akan masih bersih suci.
Tetapi jika melompat kerana tawaran jawatan dan sogokan wang maka PR akan menerima sekutu-sekutu yang terpalit dengan imej mata duitan dan mudah dibeli dan kesucian PR ternoda. PR seolah macam Pak Haji membela pelacur. Bak kata Husain Lampoyang ' berniaga orang lebih untung dari berniaga unta.'
Jika lompat melompat ini melibatkan sogokan wang, bererti pemberi sogokan juga pengamal budaya yang sama. Dah biasa dengan sogok mogok.
Dan wang modal untuk sogokan ni siapa nak ganti? Dari poket sendiri ? Banyaknya duit. Pendahuluan daripada kawan ? Kawan yang mana? Kalau pinjam daripada Soros atau Wolfowitz yahudi tu, negara jadi cagaran.
Apapun, jika 'PM-in-dreaming' masih lalok lagi anggaplah lompat melompat ini akan berlaku dan kita kena bersedia dengan senario yang amat menarik.
1. DSAI tak dapat jadi PM sebelum September sebab tempoh pantang larang diadakan pilihan raya kecil tak habis sehingga 8 September 2008. Takcaya tanya Rashid kat SPR tu.
2. Oleh sebab bulan puasa dan raya dimana kempen yang ada kutuk megutuk ditegah, (kecuali jika Nik Aziz dan Haji Hadi memfatwakan o.k) DSAI hanya ada harapan selepas Oktober.
3. Jika tak ada AP dpd PKR yang memberi laluan untuk by-election pada DSAI, beliau kena tunggu AP UMNO beri laluan, samada dengan sogokan wang atau tunggu siapa yang mati.
Kalau yang mati dpd MCA atau MIC, DSAI juga melepas sebab calon DAP akan bertanding.
Biasalah sebab politik kita masih lagi berasas kaum.
4. Kalau bertanding dekat kawasan ramai Melayu, Jawa dan Bugis peluang DSAI adalah tipis.
Kalau di kawasan ramai India ada harapan. Permatang Pauh atau Klana Jaya paling selamat.
5. Sementara menunggu DSAI, isteri dia jadi PM sekejap, kalau yang melompat tadi dah jadi 40 + 82 AP PR sedia ada. (Majoriti mudah 112 shj) Itu pun kalau Nik Aziz dan Hj Hadi boleh terima arahan dpd wanita sebagai khalifah.
6. Yang melompat tadi pun tak senang jugak sebab, manalah tau, disebabkan terlalu takbur, DSAI kalah by-election. Itu pasal dia kena cari tempat selamat.
7. Bila dah jadi PM, DSAI kena lantik 5 jawatan Timbalan PM : Hj Hadi untuk jaga umat Islam, Lim Kit Siang untuk jaga kaum Cina, Gobalakrishnan untuk jaga kaumIndia, (seperti cara pembahagian harta di Pulau Pinaang) DatukAnifah untuk Sabah, dan seorang wakil dpd Sarawak untuk Saerawak (sebagai upah melompat parti).
8. Karpal Singh dilantik speaker Dewan Rakyat.
9. Sebagai PM, DSAI kena turut arahan DAP dan parti-parti bukan Islam sebab bilangan
mereka 67 (DAP 28 + PKR 12 + Parti-parti Sabah 12 + parti-parti Sarawak 16) berbanding
bilangan AP Islam hanya 55 (PAS 23 + PKR 19 + Datuk Anipah + kawan UMNO 12 )
Jurang bertambah besar sekiranya ada AP Gerakan, MIC atau MCA melompat juga kerana gara-gara 'PM-in-dreaming.
10. Sebab bukan Islam lebih ramai Karpal akan paksa Nik Aziz umum Malaysia bukan negara Islam
11. Semua jawatan penting di khas untuk DAP dan bukan Islam, macam di Pulau Pinang, Selangor dan Perak. Menteri Kewangan dan segala jawatan berkait ekonomi pergi pada DAP.
(Macam sebelum tahun 1970an dimana Bendahari persatuan dan hal-hal beniaga diberi pada Cina sebab Melayu tak pandaikira-kira dan beniaga. Lagipun Melayu tak boleh tengok duit, nanti rasuah dan songlap. Cina takpe sebab dia orang bukan hantu duit)
12. PAS diberi jawatan Menteri Agama Islam dan Menteri Sumber Asli (hasil balak je).
13. PKR dapat jawatan PM, cukuplah. Itu yang diidamkan. Hanya Azmin Ali saja dapat jawatan, sebagai Menteri Perhubungan Awam (Kementerian baru)
14. Sabah dan Sarawak ? Dah lupa semula.
15. Setiap hari akan diadakan demonstrasi jalanan sebab ini perjuangan PR yang dipelopori oleh DSAI sejak zaman penuntut lagi. Bagaimanapun yang ada dijalanan ini hanya pengikut-pengikut Melayu dan India sahaja. Pengikut Cina seperti TianChua tak main dijalanan sebab dah jadi Menteri Dalam Negeri. Selama ni memang kaum Cina kurang demo di jalanan tetapi lebih di coffee house.
Banyak lagi senario yang menarik yang akan meyusul kemudian.
Posted by Bung Karno at 12:05 AM