Mungkin bersih, tetapi tak nampak bersih

Siaran langsung Parlimen di sini (Terima kasih kepada Waejo)

Pada 29 Jun lalu, Burmaa Oyunchimeg dilaporkan oleh Utusan Malaysia memberi keterangan seperti berikut dalam mahkamah (lihat juga berita Malaysiakini 29/7/07 bertajuk "Najib seen with Altantuya"):
Semasa disoal lanjut oleh peguam Karpal Singh, yang bertindak sebagai peguam pemerhati bagi keluarga Altantuya, Burmaa berkata, Altantuya telah menunjukkan kepadanya gambar Altantuya dan Abdul Razak dengan pegawai kerajaan Malaysia itu serta orang lain sedang menikmati jamuan pada satu meja bulat.

Beliau berkata, Altantuya menunjukkan gambar itu di Hong Kong selepas beliau (Altantuya) balik dari Perancis. (Burmaa bertemu dengan Altantuya di Hong Kong).

Karpal: “Boleh kamu terangkan gambar apa?"

Burmaa: “Ada satu gambar, saya fikir, Altantuya dengan Razak Baginda dan seorang pegawai kerajaan Malaysia dan orang lain sedang menikmati jamuan. Mereka duduk di meja bulat.”

Karpal: “Kamu tahu siapa pegawai kerajaan itu?

Burmaa: “Najib Razak. Saya ingat nama Najib Razak kerana nama Razak itu sama (dengan Abdul Razak Baginda).”

Bagaimanapun, Burmaa tidak menunjukkan gambar itu kepada mahkamah.
Hari ini akhbar yang sama melaporkan seperti berikut:
(Timbalan Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak, menegaskan bahawa beliau tidak pernah kenal atau berjumpa dengan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang mati dibunuh pada Oktober 2006.

Timbalan Perdana Menteri berkata, ekoran kes itu masih dibicarakan di mahkamah adalah tidak elok untuk sesiapa memberi komen.
Saya juga mendengar Najib berkata beliau berdoa agar kes itu akan dibicarakan dengan adil sehingga kebenaran akhirnya terserlah. Sudah pasti, ibu bapa serta keluarga Altanyuta dan ramai yang lain termasuk rakyat Malaysia juga mengharapkan bakal Perdana Menteri yang bersih juga berdoa begitu.

Persoalannya, siapa bercakap benar? Jika Najib bercakap benar, Burmaa berbohong di dalam mahkamah. Jika Burmaa bercakap benar, Najib pula yang berbohong di dalam Dewan Rakyat. Persoalan juga berbangkit, mengapa Najib enggan menunjukkan rekod perjalanannya untuk membuktikan beliau tidak bersalah?

Mengenai pembelian Sukhoi dan Scorpene, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah membangkitkan persoalan adakah keluarga Najib mendapat faedah dari perjanjian yang melibatkan pembelian 18 pesawat Sukhoi Su-30MK bernilai US$900 juta (RM3.2 bilion). Sudah hampir dua tahun persoalan itu dibangkitkan oleh Anwar.

Lebih dari itu, hampir dua tahun juga Anwar mencabar Najib mengheretnya ke mahkamah jika dakwaan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu ke atas Timbalan Perdana Menteri itu tidak benar.

"Saya tidak takut, kalau nak saman silakan sebab saya suka kalau masuk mahkamah nanti banyak benda yang boleh saya cakap dan bongkarkan. Saya percaya dia (Najib) takut kerana nanti banyak benda yang akan terdedah," tegas Anwar.

Hari ini, Bernama melaporkan Najib berkata, pembelian Sukhoi dan Scorpene dibuat mengikut tatacara kontrak (lihat juga berita The Star di sini dan PR-Inside di sini). Jika benar ikut tatacara kontrak, Najib mesti menjawab tanpa sebarang keraguan soalan Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) dalam Dewan Rakyat tadi. Lebih kurang, Ibrahim bertanya, mengapa Najib tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menuduh berlaku rasuah dan penyelewengan dalam urus niaga tersebut?

Najib menyifatkan tuduhan-tuduhan yang tidak henti-henti diulang-ulang selama kira-kira dua tahun itu hanya permainan politik semata-mata.

"Itu mainan politik," kata beliau yang juga Menteri Pertahanan ketika itu.

Malah Najib juga menolak penubuhan suatu suruhanjaya siasatan untuk menyiasat perkara itu.

"Tak payah lah setiap perkara hendak Royal Commission," katanya kepada Dewan Rakyat.

Jawapan-jawapan Najib dalam kedua-dua isu yang hampir setiap hari menjerkah dan menghambat cita-cita dan impiannya itu jelas tidak mampu malah gagal sama sekali membersihkan dirinya dari segala syak-wasangka.

Tidak ada sesiapa pun yang berhak menuduh Najib tidak bersih. Jika tidak ada bukti, jangan pandai-pandai menuduh Najib tidak bersih. Namun, pada masa yang sama, berapa kerat sangat yang berani berkata dengan tegas bahawa Najib bukan sahaja bersih malah dilihat bersih?

Oleh kerana rakyat Malaysia mahukan bakal Perdana Menteri yang bukan sahaja bersih malah dilihat bersih, tolonglah yakinkan bahawa Najib bukan sahaja bersih malah dilihat bersih.

  1. Walaupun saya komen yang post lagi satu tadi tu kurang oomph. Yang ni saya suka.

    Memang betul sekarang imej najib semakin tercalar, kerana buatan sendiri ataupun buatan orang. Tapi apa pun yang diperkatakan najib selepas ini memang akan dilihat sangat meragukan. Tapi kita juga tak boleh buat pertuduhan yang sewenang2nya. Ni yang saya tengah tertunggu2 untuk tahu apa sebenarnya yang RPK ada sebagai bukti mengenai perihal najib, yang RPK uar2 kan semasa dia ditahan dulu.

Post a Comment


Anda lelaki perkasa? Isteri segar menawan? Anak pintar cerdas? Klik di sini.
 

Jeritan dari Gaza

Hulurkan simpati

Photobucket

Bantuan anda diperlukan!

Pihak PAS Kawasan Kuala Kangsar memohon sumbangan orang ramai bagi membiayai jaminan 9 orang sahabat seperjuangan, mangsa kezaliman polis, yang telah ditahan oleh polis semasa kejadian tunjuk perasaan di Masjid Ubudiah, Bukit Chandan tempohari. Mereka akan diikat jamin pada 8hb Februari (Ahad) jam 3.30 petang, di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar. Berikut adalah akaun bank untuk sumbangan tersebut:

1. Parti Islam Semalaysia Kawasan Kuala Kangsar,
RHB Islamic Bank
Nombor akaun: 2-58187-00000991
2. Bendahari PAS Kuala Kangsar Azmi Kamal, Bank Islam
Nombor akaun: 08040020018015

Derma Kebangkitan Rakyat



Terima kasih di atas budi anda yang sudi mendermakan dana kepada Perakexpress untuk meneruskan perjuangan. Sumbangkan ke :-

Akaun Maybank : 158097625245
Mohd Afandi Ahmad (Mat Saman Kati)

Jumlahnya akan sentiasa diumumkan!

Arkib

Perpaduan


Presiden PAS (dua dari kanan) dalam
majlis perpaduan Islam di Iran

Forum Keadilan 15/3/09

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Klik gambar di atas. Sedap, bib!! Memang sedap sungguh!! Dan, boleh buat duit sakan!


Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Sila klik!!

Video

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Powered by FeedBurner

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

Participating for Allah s.w.t.

Boikot!!

Kawan-kawan

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008