Sedap!! Klik gambar di atas!

Hang tuduh aku,aku tuduh hang

Siaran langsung Parlimen di sini (Terima kasih kepada Waejo)

Utusan Malaysia melaporkan penjelasan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa Kabinet hanya mencadangkan dan bukannya mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membatalkan kaedah mencalit dakwat pada pilihan raya umum lalu.
''Perkara ini disampaikan secara pandangan, selepas itu terserah kepada SPR sama ada hendak terima pandangan Kabinet itu atau masih berpendirian dengan keputusan yang telah dibuat.

''Ia bukan arahan, kita beri sebab-sebab mengapa cadangan itu dibuat. Kalau kita tak ambil kira langsung nanti akan salahkan kerajaan juga akhirnya,'' katanya.

Abdullah diminta mengulas kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman bahawa Kabinet yang tidak meluluskan penggunaan dakwat pada pilihan raya umum lalu walaupun SPR bersetuju dengan kaedah tersebut. (Utusan Malaysia 18/5/08)
Setelah skrip asal ditulis dengan baik, tiba-tiba ada skrip baru pula semalam:
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mendedahkan bahawa kabinet memutuskan pada hari pembubaran parlimen untuk menolak pelaksanaan dakwat kekal di jari pengundi dalam pilihanraya umum 8 Mac.

"Saya belum menyatakan sebelum ini bahawa yang sebenarnya terjadi ialah kabinet telah menolak cadangan kami (untuk memperkenalkan dakwat kekal) pada 13 Februari, hari parlimen dibubarkan," kata pengerusinya Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman di seminar mengenai pilihanraya umum 2008 di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) hari ini.

SPR, katanya, sudah bersedia memperkenalkan langkah tersebut demi menolak keraguan orang ramai tentang pengundian berganda. (Malaysiakini 17/5/08)
Perdana Menteri mungkin tidak menyangka ada tambahan skrip selepas skrip asal yang antara lain dikarang seperti berikut:
Abdul Rashid berkata, laporan keselamatan yang diterima SPR mendedahkan terdapat pihak tertentu di Malaysia telah membeli dakwat itu dari luar negara.

Pihak itu dikatakan merancang untuk mencalitkan dakwat itu pada kuku pengundi di kawasan luar bandar bagi menimbulkan kekeliruan dan syak wasangka mengenai status pengundi berkenaan.

Menurut Abdul Rashid, jika pengundi-pengundi itu hadir untuk mengundi pada hari pilihan raya, sudah tentu ia akan menimbulkan keraguan di kalangan ejen calon dan petugas SPR mengenai status pengundi itu.

Ekoran terbongkarnya komplot tersebut dan selepas mendapat nasihat dari segi perundangan dan ketenteraman awam, SPR dalam mesyuarat hari ini memutuskan untuk membatalkan cadangan penggunaan dakwat kekal itu. (Utusan Malaysia 5/3/08)
Skrip asal itu telah dikarang dengan penuh teliti. Bukan main-main, siap dengan hujjah berperlembagaan:
Keputusan SPR itu juga selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang melindungi hak asasi rakyat untuk mengundi dalam pilihan raya. (Utusan Malaysia 5/3/08)
Malah, ada duka yang diwayangkan dengan penuh hemah di dalam skrip itu:
‘‘SPR berasa amat dukacita atas keputusan yang dibuat ini. Namun demi menjamin kelancaran proses pengundian dan demi ketenteraman serta keselamatan awam, keputusan ini perlu dibuat.

‘‘Saya berharap semua pihak boleh menerima keputusan ini dengan hati terbuka,” kata Abdul Rashid. (Utusan Malaysia 5/3/08)
Jangan tak faham-faham, skrip itu adalah bukti hidup-hidup kesungguhan Perdana Menteri (bukan bohong hidup-hidup) untuk memastikan rakyat tidak dianiayai:
"Kemungkinan ada tindakan- tindakan daripada pihak-pihak tertentu yang boleh menimbulkan keributan dan boleh berlakunya kemungkinan orang yang hendak mengundi tak dapat mengundi disebabkan kukunya telah diletakkan dakwat ini.

"Maka ini adalah satu penganiayaan yang tidak boleh dibenarkan," katanya. (Utusan Malaysia 5/3/08)
Bukan Perdana Menteri sahaja yang prihatin. Timbalannya juga memperlihatkan keprihatinan yang tiada taranya. Skrip itu, katanya, dikarang untuk memastikan tiada yang kecoh dan tiada yang tegang. Jangan dipandang enteng, demi demokrasi. Demi memelihara hak rakyat untuk mengundi!
Timbalan Perdana Menteri memberitahu, ada pihak boleh mempengaruhi sesetengah pengundi untuk menggunakan dakwat yang sama pada kuku jari sehingga menyebabkan mereka tidak layak mengundi.

"Kalau tidak layak mengundi, kita telah menafikan hak mereka di bawah Perlembagaan Persekutuan dan akan timbul banyak kekecohan dan ketegangan pada hari mengundi.

"Jadi tindakan SPR ini merupakan satu langkah yang amat tepat," katanya. (Utusan Malaysia 6/3/08)
Sebab itulah Perdana Menteri mahu rakyat mempercayai skrip itu. Ikut ja dengan penuh kepatuhan dan ketaatan. Jangan nak bising-bising.
Perdana Menteri berkata, keputusan SPR itu perlu dipatuhi kerana ia dibuat bagi melancarkan proses pilihan raya umum Sabtu ini. (Utusan Malaysia 6/3/08)
Jangan nak bising-bising kerana kerajaan jujur dan tiada muslihat malah pembangkanglah yang akan meraih keuntungan:
"Tidak kena mengena langsung, kami tidak pernah menipu. Kami berjaya bukan kerana kami menipu, prestasi kami baik dan kami bekerja keras.

"Kini pembangkang gembira kerana mereka sudah ada alasan untuk memberitahu seluruh dunia kenapa mereka tidak boleh berjaya dalam pilihan raya ini. Ia satu alasan terbaik bagi mereka," kata Perdana Menteri. (Utusan Malaysia 5/3/08)
Malah, dengan pelbagai skrip tambahan, SPR juga akan mengutip ganjaran pahala di akhirat kelak.
"Selagi kami tidak buat kesalahan apa-apa, kami akan mengutip ganjaran pahala di akhirat kelak," kata Setiausaha SPR, Datuk Kamaruzzaman Md Nor. (Utusan Malaysia 7/3/08)
Ingat baik-baik, Perdana Menteri, kerajaannya dan SPR tidak menipu. Mana mungkin mereka menipu sebab mereka akan "mengutip ganjaran pahala di akhirat kelak". Tiada tipu, tiada auta!

Apa yang berlaku bukannya bohong wal tipu, hanya sekadar nasib tidak baik polis yang terkenal dengan kecekapannya (lihat Malaysiakini 28/5/2006). Nak buat macam mana, dah cari dah, tapi dah nasib tak baik, polis tak jumpa-jumpa juga sebarang bukti:
Polis tidak menemui sebarang bukti terdapat individu yang membawa masuk dakwat penanda kuku dari Thailand untuk digunakan pada Pilihan Raya Umum Ke- 12.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar memberitahu, polis telah mem- buka tiga kertas siasatan di bawah Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan berikutan terdapat laporan daripada beberapa individu bahawa dakwat itu telah dibawa masuk dari Thailand.

''Polis telah menemu bual pengadu serta saksi-saksi, didapati tiada sebarang bukti menunjukkan dakwat tersebut dibawa dari Thailand.

''Ini kerana tidak ada sebarang saksi pun yang pernah melihat dakwat tersebut dan daripada keterangan saksi, tiada sebarang individu, sindiket atau pihak-pihak tertentu yang dikenal pasti terlibat dengan kegiatan ini," katanya. (Utusan Malaysia 7/5/08)
Jangan tuduh polis berbohong. Polis jujur, tidak tipu, tidak auta. Polis dah jenuh dah berusaha dengan penuh komitmen demi integritinya yang begitu tinggi dan terpuji. Tengok-tengok khabar anginlah pulak!
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar memberitahu, keterangan pengadu dan saksi adalah merupakan khabar angin dan tiada sebarang individu yang dicam atau dikenali secara positif.

Jelasnya, kertas siasatan tersebut telah dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya pada 14 Mac lepas dan pada 21 Mac kes tersebut telah diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut dan kertas untuk simpanan (KUS). (Utusan Malaysia 7/5/08)
Sebelum ini pun, polis tak tipu. Polis jujur. Jujur sangat-sangat. Dan, demi kejujurannya, polis terpaksa bertindak tangkas dan pantas untuk memberi nasihat supaya penggunaan dakwat kekal itu dibatalkan. Demi keselamatan tuu!
Ketika mengumumkan perkara tersebut, Abdul Rashid berkata, keputusan itu dibuat pada mesyuaratnya hari ini berasaskan nasihat dari segi perundangan serta aspek ketenteraman dan keselamatan awam. (Malaysiakini 4/3/08)
Jangan nak bising-bising. Keputusan itu dibuat dengan dengan tulus dan jujur demi mengutip ganjaran pahala di akhirat kelak. Jangan tuduh keputusan itu dibuat kerana tekanan Barisan Nasional:
Sambil menegaskan bahawa keputusan itu dibuat tanpa sebarang tekanan daripada parti politik, beliau berharap semua pihak menerimanya dengan hati terbuka demi keselamatan pengundi. (Malaysiakini 4/3/08)
Jika hari ini Perdana Menteri bagaikan memperbaiki atau menafikan (PM: Batal dakwat budi bicara SPR - Malaysiakini 18/5/08) kenyataan Pengerusi SPR semalam (SPR: Kabinet batalkan dakwat kekal - Malaysiakini 17/5/08), ia bukan hang tuduh aku, aku tuduh hang. Itu sebenarnya amalan ketelusan Perdana Menteri sesuai dengan konsep Islam Hadhari.

Berkaitan di sini.

raja petra in jail prison
Selamatkan Raja Petra dari Akta Hasutan!
Other blogs updates (updates blog-blog Bahasa Melayu lain di sidebar blog ini)
Artikel-artikel mengenai Islam di sini
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. All I can say is AAB is a wolf hiding under a sheep skin. All malaysian had high hope on him that is why he was given a mandate in 11GE.

    Now I am glad I did not vote during 11GE as I was in foreign land. If not I would asked myself why didn't I see the wolf.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008