Haji Mohd Sayuti Omar menulis:
Saya tak kata apa-apa tentang cerita Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS yang didakwa curi kambing itu. Nak kata apa, saya pun tak tau dia sapa.
Akhirnya saya berjumpa dengan Adun yang curi kambing itu. "Dengar cerita Abe... curi kambing? Tak sangka saing kawe curi kambing rupanya!"
Dia tak kata apa dan hanya tergelak besar sambil makan biskut wafer dan buah anggur ketika saya mengunjunginya.
"Dah la curi kambing, nak jadi Exco pulak tu!" lagi besar dia tergelak.
"Kita tak bicara bab Exco tu. Kita pun buka ada kelulusan.. Tak pade (padan) kalu kita nak jadi Exco pun. Lagi pun, timbul pulak (nanti) bab kroni. Kerajaan pembangkang ni kena cermat sikit," katanya lalu bercerita tentang kecil hatinya apabila kemenangan PAS di Kelantan dinisbahkan kepada tsunami sahaja. Tiada penghargaan langsung, pada pandangannya, kepada jentera pilihan raya.
Saya tak kata apa pada mulanya. Akhirnya, saya bersuara juga bahawa saya juga bersetuju bahawa kemenangan pembangkang di sebabkan oleh tsunami.
Malah saya pernah bertengkar dengan Waejo tentang perkara itu (tak sedap nak bubuh berhujjah atau berdebat, skema sangat bunyinya). Waejo kata kemenangan kerana kerja "20 jam sehari" sambil menyatakan PAS Kelantan telah berkerja ke arah pilihan raya sejak bertahun-tahun dahulu selepas para pengundi terkeliru dengan fallacy Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada pilihan raya 2004 lalu. Saya tak setuju.
"Tok Guru kalah di Bachok 1986 dulu PAS tak buat kerja ka? Menang besar 1990 tu sentimen kepada Ku Li atau fasal buat kerja? 1999 PAS menang banyak fasal buat kerja atau fasal orang Melayu sakit hati kat (Tun) Dr Mahathir (Mohamad)? Sentimenlah tu, kan? 2004 nyaris tak bungkus kerajaan (PAS) Kelantan, tak buat kerjakah? Dulu, tahun 1978, Ustaz Zabidi Ali menang di Permatang Pauh, kuat kerja sangat ka? Sentimen, Wae! Rakyat marah lawyer yang jadi calon Umno Permatang Pauh masa tu".
Memanglah, bila "sentimen Saudara Anwar Ibrahim" menyerang Permatang Pauh dalam pilihan raya 1982, Zabidi hanya mendapat 4497 undi sahaja. Itulah penyokong PAS sejati. Anwar mendapat 18849 undi manakala calon DAP, Tan Ah Huat mendapat 1825 undi. Apa pun, Anwar gagal menghilangkan deposit orang tua pejuang PAS itu. Ingat tu!
Waejo berhujjah balik. Sedap hujjahnya. Tapi saya tak ingat. Akhirnya, menantu Allahyarham Ustaz Fadzil Noor, Ahmad Sabki Yusof mencelah, "Kalu gitu kita kena kerja bina sentimenlah!"
"Cerdik hang ni," kata saya dalam hati. Memanglah, peguam muda dari "Republik Besut" tu Setiausaha Pemuda PAS. Takkan Salahuddin Ayub nak lantik orang bodoh dan malas jadi Setiausaha Pemuda PAS.
Kepada saya, bina sentimen kepada PAS bukan setakat debik Umno dan Barisan Nasional sahaja. Kita mesti membuktikan ketelusan dan keterbukaan. Ha.. ni baru nak balik kepada cerita curi kambing..
Sebagai seorang pejuang kebenaran, Sayuti perlu mengheret PAS menunjukkan keterbukaan dan ketelusannya. Jika dia dah dengar orang pakai kupiah kata tok wakil PAS curi kambing, ajaklah dia buat laporan polis. Kalau bakaq si kutu ini curi kambing pun dah dosa besar, apatah lagi kalau tok wakil PAS curi kambing. Dia menang atas tiket memperjuangkan Fasal 5 Perlembagaan PAS.
Mesti adukan kepada polis perkara itu. Mesti ambil tindakan. Pantang PAS mempunyai Adun yang curi kambing. Kalau kambing pun dia curi...
Saya tak dapat lagi upah menulis. Duit tengah kering sangat ni. Kalau dah dapat duit menulis nanti, saya nak ajak Sayuti pergi cari balik orang yang pakai kupiah putih tu. Tak kiralah, yang kupiah tajam macam kubah masjid Tibet atau yang mana pun.
Kelantan bukan besar sangat. Boleh jumpa balik kalau Sayuti cari orang yang pakai kupiah putih tu. Dia orang Kelantan. Bila kita dah jumpa, kita ajak dia buat report polis.
Untuk mencari orang yang pakai kupiah putih yang mendedahkan kisah Adun curi kambing tu, saya sanggup jadi drebar Sayuti.
"Boh (boss) bagi tau ja di mana, kawe bawak boh gi cari yang pakai kupiah putih tu!"
"Bunyi khabar wakil rakyat hak nak jadi Exco tetapi tak leh jadi tu pun ada ambil juga. Dia gi curi letak rumah dia. Ada dua tiga ekor di rumahnya.... besar-besar pula tu..." lanjut yang pakai kupiah lagi seperti tahu benar apa yang berlaku dan melihat sendiri kambing-kambing di rumah wakil rakyat yang tidak boleh jadi Exco itu.Walaupun saya jarang tengok blog Sayuti, kadang-kadang bila minum di Restoran Thaqwa, ada peminat Sayuti bercerita tentang tulisan-tulisannya. Bukan semua tulisan dia tak elok pada mata orang. Saya tetap pegang kepada petua yang diberi oleh Allahyarham Tok Guru Haji Mat Saman Kati yang saya banyak belajar darinya masa di kampung dulu, "beli roti benggali, jangan beli benggali roti".
Saya tak kata apa-apa tentang cerita Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS yang didakwa curi kambing itu. Nak kata apa, saya pun tak tau dia sapa.
Akhirnya saya berjumpa dengan Adun yang curi kambing itu. "Dengar cerita Abe... curi kambing? Tak sangka saing kawe curi kambing rupanya!"
Dia tak kata apa dan hanya tergelak besar sambil makan biskut wafer dan buah anggur ketika saya mengunjunginya.
"Dah la curi kambing, nak jadi Exco pulak tu!" lagi besar dia tergelak.
"Kita tak bicara bab Exco tu. Kita pun buka ada kelulusan.. Tak pade (padan) kalu kita nak jadi Exco pun. Lagi pun, timbul pulak (nanti) bab kroni. Kerajaan pembangkang ni kena cermat sikit," katanya lalu bercerita tentang kecil hatinya apabila kemenangan PAS di Kelantan dinisbahkan kepada tsunami sahaja. Tiada penghargaan langsung, pada pandangannya, kepada jentera pilihan raya.
Saya tak kata apa pada mulanya. Akhirnya, saya bersuara juga bahawa saya juga bersetuju bahawa kemenangan pembangkang di sebabkan oleh tsunami.
Malah saya pernah bertengkar dengan Waejo tentang perkara itu (tak sedap nak bubuh berhujjah atau berdebat, skema sangat bunyinya). Waejo kata kemenangan kerana kerja "20 jam sehari" sambil menyatakan PAS Kelantan telah berkerja ke arah pilihan raya sejak bertahun-tahun dahulu selepas para pengundi terkeliru dengan fallacy Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada pilihan raya 2004 lalu. Saya tak setuju.
"Tok Guru kalah di Bachok 1986 dulu PAS tak buat kerja ka? Menang besar 1990 tu sentimen kepada Ku Li atau fasal buat kerja? 1999 PAS menang banyak fasal buat kerja atau fasal orang Melayu sakit hati kat (Tun) Dr Mahathir (Mohamad)? Sentimenlah tu, kan? 2004 nyaris tak bungkus kerajaan (PAS) Kelantan, tak buat kerjakah? Dulu, tahun 1978, Ustaz Zabidi Ali menang di Permatang Pauh, kuat kerja sangat ka? Sentimen, Wae! Rakyat marah lawyer yang jadi calon Umno Permatang Pauh masa tu".
Memanglah, bila "sentimen Saudara Anwar Ibrahim" menyerang Permatang Pauh dalam pilihan raya 1982, Zabidi hanya mendapat 4497 undi sahaja. Itulah penyokong PAS sejati. Anwar mendapat 18849 undi manakala calon DAP, Tan Ah Huat mendapat 1825 undi. Apa pun, Anwar gagal menghilangkan deposit orang tua pejuang PAS itu. Ingat tu!
Waejo berhujjah balik. Sedap hujjahnya. Tapi saya tak ingat. Akhirnya, menantu Allahyarham Ustaz Fadzil Noor, Ahmad Sabki Yusof mencelah, "Kalu gitu kita kena kerja bina sentimenlah!"
"Cerdik hang ni," kata saya dalam hati. Memanglah, peguam muda dari "Republik Besut" tu Setiausaha Pemuda PAS. Takkan Salahuddin Ayub nak lantik orang bodoh dan malas jadi Setiausaha Pemuda PAS.
Kepada saya, bina sentimen kepada PAS bukan setakat debik Umno dan Barisan Nasional sahaja. Kita mesti membuktikan ketelusan dan keterbukaan. Ha.. ni baru nak balik kepada cerita curi kambing..
Sebagai seorang pejuang kebenaran, Sayuti perlu mengheret PAS menunjukkan keterbukaan dan ketelusannya. Jika dia dah dengar orang pakai kupiah kata tok wakil PAS curi kambing, ajaklah dia buat laporan polis. Kalau bakaq si kutu ini curi kambing pun dah dosa besar, apatah lagi kalau tok wakil PAS curi kambing. Dia menang atas tiket memperjuangkan Fasal 5 Perlembagaan PAS.
Mesti adukan kepada polis perkara itu. Mesti ambil tindakan. Pantang PAS mempunyai Adun yang curi kambing. Kalau kambing pun dia curi...
Saya tak dapat lagi upah menulis. Duit tengah kering sangat ni. Kalau dah dapat duit menulis nanti, saya nak ajak Sayuti pergi cari balik orang yang pakai kupiah putih tu. Tak kiralah, yang kupiah tajam macam kubah masjid Tibet atau yang mana pun.
Kelantan bukan besar sangat. Boleh jumpa balik kalau Sayuti cari orang yang pakai kupiah putih tu. Dia orang Kelantan. Bila kita dah jumpa, kita ajak dia buat report polis.
Untuk mencari orang yang pakai kupiah putih yang mendedahkan kisah Adun curi kambing tu, saya sanggup jadi drebar Sayuti.
"Boh (boss) bagi tau ja di mana, kawe bawak boh gi cari yang pakai kupiah putih tu!"
Other blogs updates (updates blog-blog Bahasa Melayu lain di sidebar blog ini)










Cantik? Klik 






Post a Comment