Sedap!! Klik gambar di atas!

Untukku agamaku!

ImageSedap sungguh orang Amerika ni bercakap dalam postingnya yang bertajuk "MUSLIMS…THINK FOR YOURSELVES not at the DIRECTIVE OF YOUR IMAMS!".

"Muslims have no idea what FREE SPEECH is all about and no idea as to what FREEDOM holds for the average man. They MIRROR the THOUGHTS and IMAGINATIONS of their RELIGIOUS LEADERS," katanya.

Orang Baratlah yang mencipta istilah "herd mentality". Selepas itu mereka ingat orang lain mempunyai mentaliti sebegitu. Dua kali George W Bush Bush menang sebagai presiden. Saya mungkin salah, tetapi bagi saya, antara lain "herd mentality"lah yang menjadi punca kemenangan Bush itu. Semua mereka mengekori imaginasi Bush mengenai senjata pemusnah massal (WMD) dan bogeyman baru, iaitu orang Islam.

Mereka ingat kita akan ikut sahaja apa kata imam dan ustaz tanpa sebarang hujjah atau nas yang dikemukakan. Mereka tak tahu, kita juga boleh mencari hujjah sendiri. Tinggal lagi, kita menanti pendapat dan pandangan ulama kerana mereka belajar Islam dengan disiplin ilmu. Bukan main tibai ikut suka hati.

Sebagai contoh, kalau saya baca hingga dua tiga lori buku mengenai perubatan pun, saya tidak akan diiktiraf sebagai doktor. Walaupun dari pembacaan saya, saya tahu saya sakit tak boleh kentut, saya tidak boleh mengesahkannya. Saya kena cari Dr Tokasid misalnya untuk mengesahkannya, kerana dia pakar perubatan yang diiktiraf oleh Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dan dia belajar ilmu perubatan dengan disiplin ilmu.

Ulama juga mencapai taraf itu dengan disiplin ilmu. Bukan main tibai baca dua tiga kepin buku lepas tu nak cakap pandai fasal Islam. Itulah yang mereka tak reti bahasa atau sengaja tak nak mengaku. Ah, saya meluat nak cakap mengenai orang yang mempertuhankan otak mereka - otak yang dicipta Tuhan.

Beliau juga berkata: "Just look at the supposed ‘ART’ displayed in public places such as museums, college campuses, art galleries that are TRULY ANTI-Christian. If Christians HOWLED like the MUSLIMS do at every turn, we would be a nation that continuously COVERED IT EARS from all the noise!"

unjuk rasa menentang Wilders

Eh, adakah sifat tidak bertindak mereka terhadap apa sahaja yang anti-Kristian memaksa kita untuk tidak bertindak juga? Mereka tidak bertindak, itu hak mereka dan itu mereka punya fasal. Kita mahu bertindak, itu hak kita. Itulah demokrasi yang mereka kultuskan, kan?!

Intolerance? Itu juga hak demokratik kita.

Meskipun begitu, demokrasi kepada kita hanyalah salah satu mekanisme untuk mengatur kehidupan. We are not being taken over by a cult called democracy, let alone free speech.

Itu pertama. Kedua, mereka mewajarkan tindakan meyakitkan hati orang dan mencetuskan permusuhan dengan memakai lesen yang telah lusuh digunakan berulang kali - kebebasan bersuara. Tidak ada bantahan. Itu sistem nilai mereka. Malaslah nak mempersoalkan sistem nilai orang. Lantak pi lah!

Kita juga ada sistem nilai kita. Menyeru yang ma'ruf dan mencegah yang munkar.

Mereka pakailah sistem nilai mereka. Tak elok melarang mereka menggunakan sistem nilai mereka. Kita pula nak pakai sistem nilai kita. Tidak ada siapa pun yang berhak melarang kita menggunakan sistem nilai kita.

لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ

Untukmu agamamu dan untukku agamaku! (Surah al-Kafirun, ayat 6)

Gambar di atas ialah Ahli Parlimen Belanda yang menyiarkan 'Fitna' dalam laman webnya, Geert Wilders. Berita-berita dan artikel-artikel berkaitan di sini.

Other blogs updates (updates blog-blog Bahasa Melayu lain di sidebar blog ini)
Artikel-artikel mengenai Islam di sini
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008