Semalam, sempurnalah insubordination atau keingkaran PAS Kelantan terhadap keputusan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang disampaikan melalui surat yang ditandatangani oleh Tok Guru Presiden PAS. Surat tersebut meminta supaya Rusli Ibrahim dilantik menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan.
Bagaimanapun, Rusli tidak dilantik kerana nama beliau tidak tersenarai dalam senarai yang disediakan oleh Takiyuddin Hassan. Khabarnya, dosa besar yang dilakukan oleh Rusli sehingga menyebabkan beliau tidak tersenarai ialah kerana beliau dilihat sebagai orang Haji Husam Musa.
Husam pula khabarnya "tak bicara dah" (tak peduli dah) soal negeri Kelantan. Apabila para penyokong mengadu tentang peminggiran yang dikenakan ke atas mereka, beliau khabarnya dilaporkan oleh sumber sebagai berkata, "biarlah".
Jawapan Husam itu khabarnya sama dengan jawapan Tok Guru Presiden bila seorang pemimpin kanan mengadu kepadanya tentang insubordination PAS Kelantan itu. "Biarlah," Tok Guru khjabarnya menjawab begitu.
Sebenarnya usaha peminggiran terhadap Husam dan para penyokongnya telah bermula sejak sebelum muktamar PAS di Dewan Putik, Pengkalan Chepa 1 hingga 3 Jun tahun lalu. Muktamar itu juga menyaksikan orang kuat Takiyuddin, Abdul Razak Abas yang pernah dituduh selak kain dalam pilihan raya kecil Anak Bukit berjaya menjalan peranannya. Sila baca laporan dalam Laman Marhaen yang disalin di sini.

Walaupun sebelum itu dihebohkan usaha hendak "membunuh" Husam dalam muktamar itu, tetapi perkara itu kelihatan tidak dapat disempurnakan apabila Husam dipilih sebagai Naib Presiden dengan undi tertinggi. Pada masa yang sama, untuk kali pertama, Takiyuddin juga dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat. Terima kasih kepada kerja kuat Razak Abas.
Selepas muktamar itu, apabila Pesuruhjaya PAS negeri-negeri dipilih dan Tok Guru Mursyidul Am sekali lagi diamanahkan sebagai Pesuruhjaya Kelantan, beliau akhirnya memanggil mesyuarat perhubungan negeri yang pertama. Sebaik sahaja mesyuarat itu akan diadakan, seorang pemimpin PAS yang dilihat bimbang kedudukannya digugat oleh Husam dan seorang pemimpin veteran dari negeri berjiran khabarnya berkejar ke Kota Bharu mencari Tok Guru.
Ada yang mendakwa mereka bertindak demikian untuk memastikan pengaruh Husam dalam Perhubungan Kelantan dikudungkan habis-habisan. Tidak diketahui sama ada dakwaan itu benar atau tidak. Apa yang berlaku selepas itu telah dilihat sebagai kejayaan proses mengkudungkan pengaruh Husam di dalam badan itu. Husam kalah, Takiyuddin menang. 1 - 0.
Menjelang pilihan raya, Takiyuddin dihebohkan akan bertanding kerusi Parlimen Kota Bharu. Beliau dikatakan sangat tidak berpuas hati dengan cadangan tersebut sehingga menyatakan hatinya terluka kepada Tok Guru. Selepas itu, rakyat dalam kawasan Dun Bunut Payung telah menghantar memorandum dan memasang banner kerana mahukan Takiyuddin (lihat posting saya bertajuk "Bedan tak salah" dan laporan Zubaidah Abu Bakar bertajuk "Dissatisfaction delays naming of candidates" itu jugalah yang menyebabkan saya malas lagi nak simpan cerita tentang PAS Kelantan).
Pihak yang tidak berpuas hati mempertikaikan senarai calon yang dikatakan disediakan oleh Husam. Pihak pro-Husam pula menyatakan senarai itu disediakan oleh badan khas yang telah dilantik untuk membuat kajian mengenai perkara itu. Pihak yang tidak berpuas hati pula menyifatkan badan itu tidak bebas dari pengaruh Husam.
Akhirnya bukan sahaja Taki berjaya mengekalkan kedudukan selesanya di Bunut Payung malah Husam sendiri dihalau dari Dun Kijang kerana beliau "orang luar". Beliau "balik kampung" di Kubang Kerian dan bertanding di Dun Salor. Husam kalah, Takiyuddin menang. 2 - 0.
Sebaik sahaja selepas pilihan raya, dalam satu pertemuan di Pejabat Perhubungan PAS Kelantan, Takiyuddin cepat-cepat meminta Tok Guru mengisytiharkan Ustaz Ahmad Yakob sebagai Timbalan Menteri Besar. Tidak ada salahnya Ahmad menjadi timbalan. Tetapi yang dihebohkan ialah apa yang disifatkan sebagai permainan tersebut. Pelbagai perkara yang berlaku selepas itu tersebar luas kepada umum, terutama di Kelantan.

Takiyuddin juga menghulurkan senarai kepada Tok Guru. Ada nama yang tidak tersenarai. Selepas itu, keluarlah berita Malaysiakini bertajuk "Nasib Husam jadi tanda tanya". Sila baca juga posting Waejo bertajuk "Tak tergamak nak tanya…"
Akhirnya, nama Husam tersenarai juga dalam barisan Exco Kelantan. Apa pun, Husam semakin terpinggir dan semakin tak peduli dengan apa yang berlaku. Kalau orang tanya, jawapan standard beliau ialah "biarlah". Scoreboard memperlihatkan kemenangan Takiyuddin semakin besar. Husam kalah, Takiyuddin menang. 3 - 0.
Pada malam majlis angkat sumpah Exco di istana, Sultan khabarnya bertanya Tok Guru mengenai Rusli. Tok Guru khabarnya memberitahu Sultan bahawa Rusli akan dilantik sebagai Speaker. Sultan dikatakan senang dengan apa yang didengarnya.
Tiba-tiba tak jadi sebab nama Rusli tidak ada dalam senarai Takiyuddin. Tak kiralah sama ada Tok Guru dah sebut kepada Sultan atau tidak. Apabila keadaan menjadi "gege", Sultan panggil Takiyuddin menghadap. Tetapi Takiyuddin bukan calang-calang ahli politik.
Khabarnya, mengenai balak, sumber itu mendakwa Takiyuddin lebih banyak mendengar kemurkaan Sultan tanpa banyak menjawab. Mengenai perlantikan Speaker pula, sahabat karib Razak Abas itu menisbahkan perkara itu kepada Tok Guru.
Akhirnya, bila tiba perlantikan Exco, perancangan Takiyuddin bersama Razak Abas menjadi kenyataan. Husam kalah, Takiyuddin menang. 3 - 0.
Silap tu, tak betul tu. Tok Guru Presiden kalah, Takiyuddin menang. Taki 1 - Hadi 0.
(Oleh kerana nanti ada pula yang kenakan hukuman qazaf kepada saya kerana membawa berita palsu, izinkan saya nyatakan bahawa semua maklumat telah saya cuba sahkan. Jika saya tak dapat sahkan sedangkan maklumat tersebut diberikan oleh pihak yang selama ini memberikan maklumat yang tepat, saya pastikan ada perkataan "khabarnya" sebelum menulis maklumat itu, melainkan terlupa. Untuk membuat perbandingan supaya anda mendapat maklumat dari pelbagai sumber, sila baca yang berkaitan di sini)

Other blogs updates (updates blog-blog Bahasa Melayu lain di sidebar blog ini)
Artikel-artikel mengenai Islam di sini
Artikel-artikel mengenai Islam di sini

Cantik? Klik 

Aku dah kata dalam topik sebelum ni. Gelanggang Husam lebih besar daripada Kelantan. Gelanggang beliau di peringkat Pusat.
Tok Guru harus terus kekal memimpin Kelantan. Kita tengok betui atau tidak omomng-omongan Anwar. kalau betul, Husam kena diangkat jadi senator, dan seterusnya pemimpin pusat.
Dia adalah Prime Minister material, bukannya MB material.
Segala keputusan hendaklah dibuat melalui mesyuarat bukan di luar mesyuarat. Cuma dato Husam lebih suka runding diluar mesyuarat. Sebab itulah beliau sering kali tak sempat baca Al-fatihah dan surah al-Asr serta Tasbeh Kafarah.
Husam mesti diangkat jadi senator dan dilantik dalam jawatan paling kanan dalam kerajaan pusat jika Pakatan Rakyat memerintah... aku nak sangat- sangat lihat bila berlaku peralihan kuasa, Anwar Ibrahim jadi PM sebab dia perlu jadi PM permulaan kerana dia ada kewibawaan membawa Malaysia digeruni di persada dunia, Hadi Awang jadi Timbalan PM oleh kerana kedudukannya sebagai Presiden PAS dan Husam Musa diangkat sebagai Menteri Kewangan atau Menteri Pendidikan... Aku suka cara keja Husama Musa, smart dan cekap dan banyak idea2 baru... Dan insyaallah bila Hadi Awang bersara, Husam Musa akan diangkat jadi Timbalan PM... Bukan sebab x yakin pada ustaz Nasarudin, tapi untuk awal2 pemerintahan biar kita letakkan calon2 berwibawa untuk memimpin Malaysia untuk menyatupadukan melayu sama melayu, cina dan india... Juga untuk kekal berdaya saing antara negara2 hebat dunia.... Bila PRU13, Husam Musa bertanding parlimen dan bolehlah kalau Pakatan Rakyat diwakili majoriti ahli Parlimen PAS, Husam Musa diangkat PM ke7, dan Nasarudin jadi Timbalan PM... Masa tu perlahan- lahan kita sebarkan keunikan dan keadilan negara Islam dan tonjolkan imej Islam yang sebenar... Aku kecewa bila Husam x bertanding Parlimen tempoh hari oleh sebab aku rasa Husam Musa berpotensi jadi PM.... Sebab bila dia berhujah dalam Parlimen, mesti dengan fakta yang cukup kuat dan jarang sekali mana2 ahli parlimen BN berani mempertikaikan especially masa membentangkan usul dipotong gaji Setiusaha Parlimen, Timbalan Menteri dan Menteri Penerangan oleh kerana kegagalan RTM menjalankan fungsi2nya sepertimana termaktub dalam skop tugas dalam erti kata sebenar... Sana- sama kita doakan Husam Musa the next PM selepas Anwar Ibrahim....dan moga2 PAS dijauhkan dari unsur - unsur dengkin sepertimana UMNO oleh kerana kita ditarbiah dengan Islam dan dibentuk dengan usrah dan lain- lain program pemantapan diri merangkumi aspek kerohanian dan keilmuan politik dan isu semasa... Sebenarnya terus terang aku nampak dalam Malaysia 2 calon terbaik masa sekarang yang kita wajar ketengahkan sebagai PM Malaysia iaitu Anwar Ibrahim dan Husam Musa... Aku tau penarik beca mesti x setuju aku cadang Anwar, tapi Anwar perlu untuk memastikan permuafakatan Pakatan Rakyat kukuh, rakyat bersatu padu dan ekonomi Malaysia kembali pulih... Calon lain yang aku nampak berpotensi jadi PM masa sekarang ialah Ir Mohamad Nizar. Nik Aziz, Haji Hadi Awang dan Ustaz Nasaruddin Mad Isa aku rasa lebih sesuai jadi PM untuk 5 tahun lagi bila dah permuafakatan rakyat mula kukuh dan orang mula memahami Islam itu adil dan terbaik untuk semua... Dan apabila sebahagian besar kita berkeinginan sama2 dengan PAS membangunkan Negara Islam dalam erti kata sebenar... Sebagai tambahan, jika Allah bukakan hati Lim Guan Eng masuk Islam, moga2 orang2 alim ulama seperti Tuan Guru Nik Aziz, Hadi Awang dan Haron Din ambillah Guan Eng sebagai anak angkat dan didikla dia... Jika dah dididik, aku setuju 100% jika Lim Guan Eng jadi Pemimpin Malaysia dan the next PM lagi 5 tahun... Dengan syarat dia Islamkan juga DAP macam Sultan Islamkan rakyat tanah melayu atau dia tukar parti masuk PAS atau PKR, x pun gubal dasar DAP agar islamik sikit... Kita Berdoa Pada Allah dari saat ini...
AMIN....

sepatutnya husam bertanding di parlimen dalam pru 12 hari tu... dengan musuh politik yang ramai kat kelantan.. husam dah tak leh nak 'carik makan' dah.. huhuhu...
taki.. haha... orang bunut payong mintak taki bertanding kat situ sekali lagi, bukan pasal suka dengan taki... tapi lebih kepada tak suka dengan bakal pengganti dia tu..
diberita, nama sorang loyar ni yang naik... tapi, pasal mereka tak berkenan dengan sikap loyar yang berkenaan... tu yang 22 cawangan buat petisyen mintak taki kekal di bunut payong...
dan.. orang bunut payong pun bukan bekerja nak bagi taki menang.. mereka cuma kerja untuk menangkan parti Islam saja...
sekarang ni.. memang meluat tengok perangai parasit-parasit ni... mereka ni gila nak kan harta saja... perangai orang amnu tak abis lagi.. huhuhu...
Ketika sidang dewan undangan negeri Kelantan baru-baru saya sempat mengikutnya. Satu anekdot spontan yang agak menarik ingin saya kongsikan bersama penunjung Penarik Beca. Ketika berbahas wakil BN Kuala Balah secara sinis menyindir Bunut Payong yang berbaur unsur fitnah. Menariknya wakil exco, Kijang ketika mengulung bagi pihak kerajaan memuji ucapan Ketua Pembangkang yang ingin mempamerkan pendekatan berbeza daripada Ketua Pembangkang terdahulu. Justeru nasihatkanlah Kuala Balah yang cakap-cakap tidak bersumber kepada Bunut Payong. Sekilas penyokong kerajaan mengetuk meja. Paling kuat wakil Bunut Payong!