Tiba-tiba, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkifly Ahmad menjadi bogeyman baru. Apa dosa beliau? Besar. Besar sungguh dosanya. Sila baca laporan The Star di sini.
Sang security guard atau pengawal keselamatan sekularisme di negara ini duduk tak duduk sudah melantik diri sendiri sebagai polis baru yang menjerkah orang-orang PAS setiap kali mereka bersuara mengenai negara Islam. Apa sahaja kenyataan mengenai hasrat PAS untuk mewujudkan negara Islam kini menjadi suara terlarang.
"Forbidden, ada tau ka?"
Semakin kukuhlah kedudukan Malaysia sebagai negara polis. Selain PDRM, ada lagi rupanya polis-polis tiruan yang kerja mereka ialah menjerkah dan menghamun PAS setiap kali hasrat mewujudkan negara Islam diucapkan.
Tidak peduli walaupun Ahli Parlimen Kuala Selangor itu menyatakan "we are allowing more time for the electorate to understand us better" yang dengan sendirinya bermakna PAS akan menawarkan pilihan tersebut melalui pilihan raya dan bukan melalui paksaan. Apa mereka peduli itu semua asalkan mereka boleh bersedap-sedap menjerkah dan menghamun apa sahaja pernyataan PAS mengenai negara Islam.
Mereka juga tidak peduli kebebasan bersuara dan kebebasan menyatakan pandangan yang dijamin oleh Perlembagaan Malaysia. Mereka juga tidak peduli kalau kita bersuara mengenai hak untuk menganuti dan mengamalkan Islam yang dijamin oleh perkara 11 perlembagaan tersebut.
Depa siapa nak nafikan kebebasan bersuara setiap kali kita bercakap mengenai Islam dan negara Islam? Nak suruh pulak orang gugur negara Islam. Kamu siapa? Hey, we dont take order from you!
Awat? Depa nak kata bercakap mengenai negara Islam adalah amalan Islam yang disekat perkara 11(5)? Berlawanan dengan undang-undang am mengenai ketenteraman awam, kesihatan awam atau akhlak? Kalau benar demikian, adakah perkara 3 menjadikan agama yang mempunyai amalan yang yang berlawanan dengan undang-undang am mengenai ketenteraman awam, kesihatan awam atau akhlak sebagai agama rasmi?
Kalau ketagih sangat nak jadi polis tiruan pun, janganlah sampai nak sekat kebebasan bersuara dan penawaran pilihan secara demokratik. Bukannya nak paksa. Macamlah kita tak tau bahawa paksaan tidak boleh menjamin sokongan dan kesetiaan.
Bagi yang tidak mahu menjadi polis tiruan, mereka sedap-sedap pula menyatakan negara Islam tidak ada dalam ajaran Islam. Saya dah nyatakan pendirian saya dalam posting bertajuk "Bathsul Masail: Alahai Pak Pandir..."
Peduli apa depa setuju tak setuju. Aku bukan tertakluk kepada persetujuan hampa.
Dalam al-Quran, terdapat banyak sistem dan undang-undang. Kalau tak ada negara, di mana nak laksanakan sistem dan undang-undang? Nak laksanakan di mana apa sahaja amalan yang disyaratkan kepada kita untuk menganuti Islam?
Sebab itulah, kepada yang mahu merealisasikan Fasal 5 Perlembagaan PAS, kita mesti bersuara dengan lebih kuat dan kerap untuk menawarkan pilihan tersebut secara demokratik. Peduli apa undertakings apa pun. Kalau tak nak, itu hak masing-masing. Hak untuk menolak tidak dinafikan. Tetapi, jangan cuba nak jahit mulut orang.
Awat? Over your dead body? Who wants to step on your stinking dead body? It will dirty our shoes, or my sandal for that matter.
Sang security guard atau pengawal keselamatan sekularisme di negara ini duduk tak duduk sudah melantik diri sendiri sebagai polis baru yang menjerkah orang-orang PAS setiap kali mereka bersuara mengenai negara Islam. Apa sahaja kenyataan mengenai hasrat PAS untuk mewujudkan negara Islam kini menjadi suara terlarang.
"Forbidden, ada tau ka?"
Semakin kukuhlah kedudukan Malaysia sebagai negara polis. Selain PDRM, ada lagi rupanya polis-polis tiruan yang kerja mereka ialah menjerkah dan menghamun PAS setiap kali hasrat mewujudkan negara Islam diucapkan.
Tidak peduli walaupun Ahli Parlimen Kuala Selangor itu menyatakan "we are allowing more time for the electorate to understand us better" yang dengan sendirinya bermakna PAS akan menawarkan pilihan tersebut melalui pilihan raya dan bukan melalui paksaan. Apa mereka peduli itu semua asalkan mereka boleh bersedap-sedap menjerkah dan menghamun apa sahaja pernyataan PAS mengenai negara Islam.
Mereka juga tidak peduli kebebasan bersuara dan kebebasan menyatakan pandangan yang dijamin oleh Perlembagaan Malaysia. Mereka juga tidak peduli kalau kita bersuara mengenai hak untuk menganuti dan mengamalkan Islam yang dijamin oleh perkara 11 perlembagaan tersebut.
Depa siapa nak nafikan kebebasan bersuara setiap kali kita bercakap mengenai Islam dan negara Islam? Nak suruh pulak orang gugur negara Islam. Kamu siapa? Hey, we dont take order from you!
Awat? Depa nak kata bercakap mengenai negara Islam adalah amalan Islam yang disekat perkara 11(5)? Berlawanan dengan undang-undang am mengenai ketenteraman awam, kesihatan awam atau akhlak? Kalau benar demikian, adakah perkara 3 menjadikan agama yang mempunyai amalan yang yang berlawanan dengan undang-undang am mengenai ketenteraman awam, kesihatan awam atau akhlak sebagai agama rasmi?
Kalau ketagih sangat nak jadi polis tiruan pun, janganlah sampai nak sekat kebebasan bersuara dan penawaran pilihan secara demokratik. Bukannya nak paksa. Macamlah kita tak tau bahawa paksaan tidak boleh menjamin sokongan dan kesetiaan.
Bagi yang tidak mahu menjadi polis tiruan, mereka sedap-sedap pula menyatakan negara Islam tidak ada dalam ajaran Islam. Saya dah nyatakan pendirian saya dalam posting bertajuk "Bathsul Masail: Alahai Pak Pandir..."
Peduli apa depa setuju tak setuju. Aku bukan tertakluk kepada persetujuan hampa.
Dalam al-Quran, terdapat banyak sistem dan undang-undang. Kalau tak ada negara, di mana nak laksanakan sistem dan undang-undang? Nak laksanakan di mana apa sahaja amalan yang disyaratkan kepada kita untuk menganuti Islam?
Sebab itulah, kepada yang mahu merealisasikan Fasal 5 Perlembagaan PAS, kita mesti bersuara dengan lebih kuat dan kerap untuk menawarkan pilihan tersebut secara demokratik. Peduli apa undertakings apa pun. Kalau tak nak, itu hak masing-masing. Hak untuk menolak tidak dinafikan. Tetapi, jangan cuba nak jahit mulut orang.
Awat? Over your dead body? Who wants to step on your stinking dead body? It will dirty our shoes, or my sandal for that matter.
Other blogs updates (updates blog-blog Bahasa Melayu lain di sidebar blog ini)
Artikel-artikel mengenai Islam di sini
Artikel-artikel mengenai Islam di sini










Cantik? Klik 






17 Rabiul Akhir 1429
Salam
Saya bersama anda dalam hal ini.
Ramli AR
Che Bakak,
Memang you ni semangat tak lentur dari dulu lagi mempertahankan martabat Islam. Walaupun semasa demonstrasi 1986, 25 Disember, lu lari dan wa kena tangkap polis.
Tak pe... lepas tu pada tahun 1995 wa tinggalkan PAS dan lu masih duk lagi dan saya dengar terbaru ini lu tawakuf plak.
Namun gitu semangat kita tetap untuk karbala yang ada di sini dan assyura hari ini - Here and now.
Tetapi poin saya ialah, kenape nak agresif dengan mereka? Mampu ke mereka berdepan dengan Islam? Mampuke mereka berdepan dengan kita?
Sabar, bakak... ALlah has promised, and He never forgo His Promise.
Peace!
ya,pak bakaq sudah kembali... :D
salam..
malangnya ahli2 pas sendiri telah memijak2 fasal 5 perlembagaan Pas. mengapa?
kerana ahli2 Pas including ustaz2 Pas sudah mula lunak pada Anwar Ibrahim yang secara terang2an menolak negara islam.
Malah usaha ke arah fasal 5 perlembagaan Pas pun mereka langsung tak jalankan yang mereka sibuk usahakan adalah projek babi. Mengapa? Mengapa? ahli2 Pas & ustaz2 Pas sanggup membiar Tok Guru Nik Aziz berjuang keseorangan?
mengapa saya kata keseorangan? buktinya tiada siapa mengambil endah surat Tok Guru Nik Aziz kepada ustaz Haji Hadi. Malah Ustaz Haji Hadi pula mula dengan rela hati mengulang tayang kata2 Anwar Ibrahim di stadium Melawati supaya lompat parti. saya sokong kalau kiranya ia membawa kebaikkan kepada Pas dan Fasal 5 Perlembagaan Pas, tapi setakat mana keberkesanan lompat parti jika dinilai pada aspek perjuangan Pas untuk menegak negara Islam?
Sikap lunak ustaz Haji Hadi,ustaz Nasarudin Mat Isa,Dr Hassan Ali,Sallahudin Ayub sebenarnya telah membuat matlamat Pas untuk mendirikan negara Islam diinjak-injak oleh Anwar & PKR. Sedar atau tidak sedar ahli2 Pas juga sudah mula melunakkan diri pada Anwar lalu mengenepikan Tok Guru Nik Aziz akhirnya.
Apakah selama ini yang penat bjuang adalah Pas tapi akhirnya setelah lelah berjuang kemenangan diberikan pada Anwar & PKRnya? Lalu secara sedar tidak sedar kita telah mengulang tayang sejarah pejuang2 islam di turki,indonesia,chechen,filipina. yang mana parti islam penat lelah bejuang akhirnya parti yang tak menyokong negara islam yang menambat nama.
saya tidak hairan selepas ini ramai akan menghentam saya kerana comment saya ini. tapi pada mereka2
yang beraqal sihat,waras dalam bertindak,yang menyayangi perjuangan islam & Tok Guru Nik Aziz fikirlah kemanakah arah kita selapas ini bila asas perjuangan islam dileburkan oleh pejuang2 islam sendiri. Sejarah membuktikan yang menjatuhkan pejuang islam bukan orang2 kafir tapi tali barut didalam islam sendiri a.k.a musuh dalam selimut.
Adakah selepas perjuangan islam dilumat2kan kita akan terus membiarkan atau kita akan bangkit untuk mempertahan maruah Islam,nabi Muhammad saw, Ahlul Bayt as, Para Sahabat Pilihan ra?
Apakah kita akan membiarkan Rasulullah saw menangis kerana kejahilan kita untuk mempertahankan perjuangan Islam?Apakah kita mahu menjadikan diri kita seperti Fatah yang menjadi barua amerika atau kita mahu menjadi seperti Hizbullah dalam mempertahankan wilayah Islam iaitu maruah Muhammad saw rasul kita yang tercinta?
Apakah kita akan duduk menyepi atau kita akan lantang bersuara & bertindak untuk mempertahan agama ALLAH SWT ini?
salawat
Salam Pakcik dan Pencinta Kebenaran,
NULL N VOID
Saya tak nampak lagi hujah yang menyatakan "Perjanjian Pangkor" tu null and void. Nak jadikan macam tu, kita mestilah membuktikan sejauhmana kesan-kesan akibat melanggar syarat-syarat perjanjian. Pakcik tak terangkan apakah akibat-akibat yang digariskan dalam perjanjian itu, yang akan menimpa penandatangan jika dia melanggar syarat. Kapasiti penandandatangan juga pakcik tak jelaskan. Samada atas kapasiti peribadi atau jamaah(parti).
Saya ambil satu contoh mengenai kebebasan bersuara. Seorang pegawai kerajaan memang dilarang dari bercakap mengenai sesuatu isu mengikut perintah am kerajaan. Jika seorang pegawai itu enggan mematuhi arahan am kerajaan, beliau boleh memilih untuk meninggalkan organisasi kerajaan atau bersedia menerima tindakan tataterib. Peraturan ini terpakai dalam semua kerajaan di negara kita, termasuklah Kelantan. Rasional peraturan ini adalah bagi menjamin keutuhan organisasi dan disiplin ahlinya. Seorang tentera di Iran pun tak boleh cakap sembarangan. Peraturan ini diterima secara universal di dunia termasuk Amerika. Tiada ulamak muktabar membantahnya.
Tetapi jika dikatakan "perjanjian Pangkor" tu bertentangan dengan Perlembagaan PAS, memang jelaslah bertentangan. Bukan itu saja. Ianya bertentangan dengan Quran dan Sunnah.
Hujah untuk mengaplikasi prinsip-prinsip dalam Perjanjian Hudaibiyah tentulah salah dan semberono. Perjanjian Hudaidiyah tu "between two states engaging in warfare", bukan "between two parties within a states". Macamana belajar Usul Fiqh ni? 'Illah dah tak kena. Atau "ratio decidendi" antara dua keadaan tu jauh berbeza.
Kenapalah tak sentuh mengenai Perjanjian Madinah? Barulah tepat. Between parties within the city states of Yathrib. Kalau mereka nak bertukar hujah, barulah kita boleh sambung. Kalau tak, hanya menambah kekeliruan.
Kita memang boleh bersikap tidak percaya kepada penandatangan kerana jelas perjanjian tu menyekat kebebasan kita untuk meyakinkan masyarakat tentang negara Islam. Mereka sepatutnya dilaporkan ke PAS Pusat untuk disiasat dan dikenakan tindakan disiplin.
Bagi yang menyatakan banyak perkara lain yang boleh dibicarakan selain Fasal 5, nampaklah mereka tidak memahami Fasal 5. Macam orang kata selain Quran dan Sunnah banyak perkara-perkara lain yang bersifat universal yang boleh kita ketengahkan. Jangan hanya terhenti kepada Quran dan Sunnah sahaja. Orang begini buta Quran dan buta Sunnah. Kalau mereka faham Quran dan Sunnah, mereka takkan cakap begitu melainkan mereka adalah orang yang tidak beriman dengan Quran dan Sunnah.
Jangan lupa strategi Inggeris. Bila Inggeris memperkenalkan undang-undang Inggeris, mereka gunakan alasan yang sama. Mereka kata kita tak boleh pakai undang-undang China atau India. Nanti orang Melayu Islam marah. Kita tak boleh pakai Undang-undang Islam. Nanti orang China dan India marah. Kita pakailah undang-undang Inggeris kerana ianya berasaskan nilai-nilai universal. Sedangkan sampai sekarang, majoriti orang Islam, China dan India tak faham pun undang-undang Inggeris.
Macam Anwar Ibrahim memperbodohkan pemimpin PAS lah. Dia kata kalau ikut slogan DAP "Malaysian Malaysia" nanti orang PAS akan marah. Kalau guna slogan PAS "Negara Islam" nanti orang DAP marah. Kita gunalah slogan ciptaan politik Anwar Ibrahim. Semua boleh setuju. Berulanglah sejarah hitam ummat Islam walaupun ustaz-ustaz PAS yang tersengeh-sengeh dengan menyetujui Anwar Ibrahim tu memakai serban putih.
PAS bukanlah parti kepunyaan pemimpin. Bukan pula kepunyaan ahli. PAS adalah warisan dari perjuangan Nabi kita Muhammad saaw.
Prinsip mengatasi tokoh.
Tokoh tidak boleh mengatasi prinsip.
Andai tokoh melanggar prinsip, yang musnah adalah tokoh dan pengikutnya.
Prinsip tetap teguh walau dilanggar atau dilupakan.
Salawat
Salam Pakcik dan Pencinta Kebenaran,
KARPAL YANG CAKAP ATAU ANWAR YANG SURUH KARPAL CAKAP?
Lepas Karpal cakap "over my dead body" dulu, dia kata dia dah banyak membaca mengenai Islam dan seakan-akan bertaubat dari ucapannya itu. Lepas DAP banyak kalah dalam PRU 10, diapun tak cakap lagi. Tapi, lepas DAP banyak menang dalam PRU 12, dia menyinggung perasaan ummat Islam lagi.
Bila Ustaz Nik Aziz dan Ustaz Azizan tegur dia, dia senyap kejap. Malangnya al-bakistani yang mengaku Islam dan belajar agama pulak yang suruh kita berhati-hati dalam bertindak-balas terhadap kenyataan Karpal. Sampai macam nak kata teguran Ustaz Nik Aziz dan Ustaz Azizan tak kena caranya. Beliau kata kalau PKR dan DAP lebih terima Anwar jadi ketua, kita terimalah dulu sebagai strategi. Dia petiklah Hadis dan Quran. Tapi dia tak objektif. Sebab tak petik juga Hadis yang kata orang Islam tak boleh dipatuk kali kedua dalam lubang yang sama. Nampak sangatlah al-bakistani tu syiah Anwar yang sanggup menyembunyikan atau terlupa Hadis Nabi yang bertentangan dengan pendiriannya. Pendiriannya lebih bersumber kepada ketaksuban kepada Anwar bukan kepada ketaksuban kepada prinsip Islam.
Kalau Anwar nak suruh PAS gugurkan Negara Islam secara terang-terangan, habislah terbukti beliau American Islam. Betullah dakwaan bahawa beliau seiring dengan perjuangan Zionis. Atau beliau memang Zionis Melayu. Jadi Anwar test the market. Instigate Karpal buat kenyataan yang menyinggung perasaan dan mencabar keberanian Ummat Islam. Bila kecoh-kecoh nanti, Anwar akan datanglah sebagai mediator konon-kononnya. Syiah-syiah Anwar dalam PAS pun bermadah pujangga memujuk pimpinan PAS yang lain menerima nasihat Anwar. Syiah-syiah Anwar pun sibuk berakhi-akhi agar jangan merujuk hal ni kepada Ustaz Nik Aziz. Macam Ustaz Nasaruddin pernah cakaplah,"Tuan Guru dah tua. Tak boleh jadi PM." Agaknya sebab tu lah ada dakwaan Ustaz Nasarudin berjumpa dan berunding dengan Najib Tun Razak selepas PRU 12 baru-baru ni. Hal yang sama pernah berlaku dalam IRC. Ketika Ustaz Alias Othman, penterjemah buku "Apa Ertinya Saya Menganut Islam", mengatakan transaksi yang melibatkan riba itu tetap haram, akhi-akhi dalam IRC pun carilah ustaz-ustaz yang mengatakan halal. Sebabnya bukan nak cari kebenaran. Tetapi sebab ketika itu Anwar menawarkan projek kerajaan bernilai berjuta-juta ringgit kepada akhi-akhi IRC.
Maka kita perlu DOA dan baca Ziarah Kabirah selama 40 hari berturut-turut agar semua komplot jahat Anwar dan Syiah Anwar tewas berkecai macam tentera Abrahah. Dan supaya pejuang-pejuang PAS yang ikhlas terus kuat dan menyingkap komplot-komplot jahat zionis-zionis Malaysia dalam PAS.
Kalau nak tahu apa dosa besar Dr Zulkifli adalah beliau sokong projek babi. Beliau seorang pakar toksik. Kenapa pandai-pandai nak cakap pasal hukum membela babi? Bila menanggapi hukum Islam, kita tak cukup meneliti dari sudut teori hukum Fiqh semata-mata. Kita perlu lihat faktor-faktor sosial, politik, teknologi dan strategi zionis. Mengikut kajian Persatuan Pengguna Pulau Pinang dan Persatuan Pengguna Islam, hampir semua makanan orang Islam telah dicampur dengan ekstrak babi. Coco-cola pun ada babi. Itu sebab tak boleh dijial di Israel. Di mana kemahiran Dr Zulkifli mengenai kajian kuantitatif dan kualitatif dalam menanggapi projek babi? Kalau ketika Anwar didakwa keracunan arsenik, beliau sibuk menanggapi persoalan itu dengan cara kuantitatif dan kualitatif. Siap dengan graf sekali. Bila projek babi, beliau hanya keluarkan fatwa politik supaya ditelan oleh orang PAS. Ini cara UMNO yang memperbodohkan rakyat selama 50 tahun. Kenapa lepas menang kerusi parlimen, Dr Zul mewarisi tradisi UMNO tu? Itulah dosa besar Dr Zulkifli. Setelah apa yang berlaku, tergeraklah hati, entah-entah Anwar yang suruh Dr Zulkifli menimbulkan kembali isu ini agar Anwar dapat rancang mengeksploit isu ini terhadap PAS selepas Anwar dapat sokongan baru di Sabah malam ini.
Salawat
Sdr Saiful Anwar
Saya tidak boleh bercakap mengenai benda yang saya tidak tahu.
Tetapi setakat yang saya dimaklumkan oleh sumber yang boleh dipercayai, Salahuddin Ayub tidaklah disukai oleh Anwar Ibrahim.
Saya juga diberitahu oleh sumber yang boleh dipercayai itu bahawa Anwar pernah menyatakan dia "tak mahu ceramah sekali dengan budak tu (Salahuddin)".
Bila kebetulan saya jumpa Salahuddin di Restoran Thaqwa tempat kami sama-sama minum (saya pun minum di situ dan dia pun minum di situ - kebetulan berjumpa), saya bertanya perkara itu kepada Ketua Pemuda PAS itu.
Beliau enggan menafi atau mengesahkannya. Hanya berkata, "small matter, bro!"
Hanya untuk berlaku adil, saya rasa tidak tepat untuk menyatakan Salahuddin Ayub "sebenarnya telah membuat matlamat Pas untuk mendirikan negara Islam diinjak-injak oleh Anwar & PKR".
Mengenai pemimpin lain yang Sdr sebutkan, saya tidak ada fakta untuk membela mereka walaupun saya tidak fikir mereka melakukan perkara itu.
Pada saya, perkara terbaik yang perlu kita lakukan ialah bukan mempersoalkan apa yang depa atau sapa2 buat. Kitalah yang kena keriau kuat2 mengenai negara Islam, sedaya upaya kita.
Kitalah yang kena berusaha untuk memastikan agenda negara Islam menjadi arus perdana yang tidak boleh digugat sedikit pun di dalam PAS.
Kita!
Qisti Zahra'
Untuk berlaku adil (alahai, macam la aku adil sangat) kepada Dr Zul, saya emailkan komen anda kepada beliau.
Harap2 beliau jawab..
Qisti Zahra', berjuang atas nama Islam membenarkan kita 'damned' prejudis camtu ke? Sedikit sebanyak, berjuanglah dgn peribadi yang elok, bukan asyik nak sangka buruk dgn orang. Kalau ada fakta/hujah yg menyokong, takpa. Tapi main semberono aje. Memalukan pejuang Islam. Malu weh!
salam..
boleh saudara ulas lanjut mengenai :
Beliau enggan menafi atau mengesahkannya. Hanya berkata, "small matter, bro!"
apa maksud saudara sallahudin ayub kata small matter? isu projek babi atau anwar?
p/s = minta penjelasan supaya tiada miscommunication
salawat
Saiful Anwar,
isu projek babi atau anwar?
Anwar.
Salam Pakcik dan Pencinta Kebenaran,
Mawardi menuduh saya prejudis dan semborono tanpa bukti. Sila buktikan kebenaran tuduhan saudara. Bukti yang bagaimana yang diperlukan untuk membuat analisa politik? Imam Ghazali pun menghukumkan halal untuk kita mengumpat pemimpin. Asalkan jangan menuduh tanpa bukti. Orang Melayu kata fitnah. Tetapi jika pemimpin melakukan sesuatu yang boleh mengundang kesimpulan yang negatif, kita diizinkan untuk membuat kesimpulan sedemikian. Bagaimanapun saya harap saudara dapat membuktikan tuduhan saudara secara aqli, naqli dan fakta agar tidak tuduhan kembali kepada saudara sendiri.
Salawat
Di mana sumber yg menyatakan Dr Zulkifli ikut telunjuk Anwar dalam membuat kenyataan? Atau mahu guna alasan 'pemimpin melakukan sesuatu yang boleh mengundang kesimpulan yang negatif, kita diizinkan untuk membuat kesimpulan sedemikian'? Mana negatifnya kesimpulan dari kenyataan Dr Zul? At least tolonglah bagi sumber. Orang sekarang tak percaya pada anonymous. Tanpa sanad, orang boleh cakap seronok perut je. Kenapa perlu pulangkan pertanyaan pada saya? Cuba nyatakan sumber2 analisis anda supaya saya dan orang lain boleh percaya. Kalau setakat nak mengumpat pemimpin tanpa ada etika, please laa.. Memalukan pejuang Islam aje weh! Inilah penyakit pejuang Islam, suka sangat nak berburuk sangka pada orang lain. Apa? Kita lebih Islam daripada Islam lain. Bodoh!
Salam Pakcik dan Pencinta Kebenaran,
Anonymous kata:
Orang sekarang tak percaya pada anonymous.
Malangya dia yang anonymous.
Anonymous kata lagi:
Memalukan pejuang Islam aje weh! Inilah penyakit pejuang Islam, suka sangat nak berburuk sangka pada orang lain. Apa? Kita lebih Islam daripada Islam lain. Bodoh!
Malangnya, saya bukan pejuang Islam. Hanyalah insan biasa yang belum pun membuat keputusan samada ingin memulakan perjalanan pertama iaitu perjalanan makhluk menuju ke hadrat Tuhannya bersama Tuhannya seperti yang digariskan oleh Mulla Sadra Mutaalihin dalam "Asfar Arbaah Aqliyah".
Bagi yang bermukim di UTM, saya mencadangkan tuan-tuan bolehlah bermuzakarah dengan Ustaz Wan Ali Wan Jusoh, Ustaz Ramli Awang dan Tuan Latif Ibrahim. Mereka adalah aktivis Islam yang ikhlas dan banyak terdedah dengan pemikiran politik Islam dan etika bermuhasabah antara rakyat-pemimpin.
Kalau nak ajak orang beretika, belajar-belajarlah guna bahasa bersopan santun. Bahasa menunjukkan tamadun kita. Salah satu mikjizat Al-Quran adalah keindahan bahasanya. Bahasa jugak menggambarkan akhlak kita. Inilah yang paling penting.
Kita boleh ikut cara host kita ni. Pakcik Bakar Rashid. Bahasa dia tawadhuk dan bersopan walaupun mesejnya nakal jugak. Dalam bahasa persuratan di entri, beliau guna "Perjanjian Pangkor". Dalam bahasa pasar di kedai kopi, Pakcik mungkin guna "Perjanjian Pungkoq". Sebab guna cara belakang dan membelakangkan Fasal 5 Perlembagaan PAS. Tapi, Pakcik taklah sampai nak guna "Perjanjian Al-..buri" macam yang digunakan oleh Pakcik Mat Sabu.
Apapun, saya mintak Pakcik Bakaq dan Pencinta Kebenaran lain agar intensifkan DOA dan Ziarah Kabirah. Kerja keras kita takkan berkesan jika kita tak utamakan DOA dan Ziarah Kabirah. Dalam Surah Taha pun Tuhan kata,"Katakanlah bahawa TUHANku tidak akan memandang kamu kalau tidak kerana DOA kamu." Nabi pilak kata,"DOA adalah senjata orang beriman."
Mohon DOA tuan-tuan juga agar kita semua tidak ditinggalkan ALLAH walau sekelip mata sekalipun sehingga kita diserahkan kepada diri kita sendiri yang lemah serba-serbinya.
Salawat
salam...
saya berharap berita yang sampai kepada saya mengenai sallahudin ayub itu tidak benar, saya juga berharap agar informasi yang saudara sampaikan kepada saya itu benar kerana "Allah bersama orang-orang yang benar".
jika saya silap saya mengakui kesilapan saya, dan jika saya benar saya berharap Allah membimbing kita ke arah kebenaran.
Tentang Ustaz Hj Hadi, Nasaruddin,dan Dr Hassan Ali saya ada menyimpan bukti tentang statement2 yang telah dibuat oleh mereka. Jadi pada pendirian saya secara sedar tidak sedar mereka telah menginjak nginjak fasal 5 perlembagaan pas. Jadi apa pula pendirian saudara?
Saya tidak mencari permusuhan kerana saudara lebih berumur dan berpengalaman berbanding saya yang masih muda. Sebagai generasi baru saya rasa tak salah kalau kiranya kita berkongsi informasi dan pendapat tentang sesuatu isu yang membawa kepada perjuangan sebuah pemerintahan islam. Sedangkan Rasulullah saw pernah memberi panji kepada usamah bin ziyad ra dan sedangkan imam ali as pernah mengganti tempat tidur Rasulullah saw.
Semuanya juga kerana "KITA" yang perlu menggerakkan perjuangan seperti kata saudara.
Kerana "KITA" saya berada di sini, kerana "KITA" yang lain-lain juga berada di sini, kerana "KITA" saudara membuka blog ini demi sebuah "PERJUANGAN".
Tapi "KITA" tak boleh lupa pada kisah ketika Khalifah Umar mengatakan "jika aku berbuat salah tegurlah aku" dan seorang sahabat menjawab " jika aku dapati kau wahai Umar berbuat salah, aku akan tikam kau dengan pedang aku wahai khalifahku".
Jadi di sini kita perlu sedar memang kitalah yang kena keriau kuat2 mengenai negara Islam, sedaya upaya kita.
Kitalah yang kena berusaha untuk memastikan agenda negara Islam menjadi arus perdana yang tidak boleh digugat sedikit pun di dalam PAS. Tetapi para pemimpin yang memegang kuasa yang akan membuat keputusan samada sesuatu yang kita gerakkan itu berjaya ataupun tidak, sebab itu kita perlu memilih pemimpin yang bertaqwa.
Mengapa kita perlu pada khalifah jika kita yang perlu menggerakkan negara islam? Kenapa kita perlu guru sedangkan kita boleh mencari ilmu dengan sedaya upaya kita sendiri? Kenapa kita perlu doktor sedangkan buku2 perubatan dah banyak? Semuanya kerana pemimpin itu yang akan memantau kita dari melampaui batas. Jika pemimpin itu salah kita perlu buat teguran, tapi jika pemimpin tetap bersikeras dengan kesilapannya kita juga perlu bersikeras menentangnya demi nama kebenaran bukan kebodohan.
Islam telah meletakkan Rasulullah saw sebagai pemimpin kita, selepas Rasulullah saw wafat Allah telah meletakkan Para Imam as sebagai pemimpin kita. Kenapa perlu Allah membuat aturan seperti ini jika hanya kita yang perlu "keriau" kuat2 tentang negara Islam? Kenapa perlu Rasulullah saw melantik Imam Ali as sebagai washinya jika kita saja yang perlu "keriau" kuat2 tentang negara Islam?
Ustaz2 Pas boleh sokong isu babi, sedang itulah yang mereka tentang dulu, hujjah2 mereka pula sama seperti UMNO mempertahankan isu babi dahulu. memang pada PKR dan orang2 yang berfahaman Islam liberal akan kata isu babi itu perkara kecil, tapi lama kelamaan adakah isu seperti lina joy juga perlu diperakui oleh ustaz2 pas? minta dijauhkan..
Bukankah isu babi dan isu lompat parti telah membuatkan ustaz2 ini secara sedar tak sedar akhirnya memijak2 fasal 5 perlembagaan pas? kerana ada antara mereka yang mengata kami sokong projek babi dan Tok Guru Nik Aziz dah tua tak boleh jadi PM?
Kita tak boleh mentaati dalam hal yang membawa kepada dosa.Abu Dzar ra pun tegur Khalifahnya bersendirian sampai kena cabuk dan buang daerah. Beliau ra tak suruh pun rakyat biasa keriau2, tapi Beliau ra kritik pemimpin supaya keriaukan keadilan Islam.
p/s = Kenapa saudara sibuk2 tegur pemimpin pas di Perak yang buat perjanjian Pangkor? Kenapa saudara sibuk2 mengkritik Karpal Singh? kita keriau sendiri2 sudahla.. :)
salawat & takbir!!