
Katakanlah Adun Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa melawat kawasan memakai seluar pendek, tindakan itu rasanya boleh dipertahankan dari segi hukum. Setakat bodo saya, yang saya diberitahu, hanya mazhab Syafie sahaja yang menetapkan aurat lelaki hingga ke paras lutut.
Begitu juga kalau seseorang yang dipandang sebagai ulama memakai bow. Tindakan beliau rasanya tidak salah di sisi hukum Islam. Soal menyerupai sesuatu kaum pun (tasyabbuh) mungkin tidak boleh dianggap relevan serta boleh diperdebatkan.
Tetapi soalnya sensitiviti. Selain dari itu, mungkin juga soal 'uruf. Sebahagian masyarakat negara ini belum sanggup lagi melihat sesuatu yang di luar kebiasaan mereka. Apa pun, it's sensitivity, Sir! Sabaq-sabaq laaa!
Begitu juga kalau seseorang yang dipandang sebagai ulama memakai bow. Tindakan beliau rasanya tidak salah di sisi hukum Islam. Soal menyerupai sesuatu kaum pun (tasyabbuh) mungkin tidak boleh dianggap relevan serta boleh diperdebatkan.
Tetapi soalnya sensitiviti. Selain dari itu, mungkin juga soal 'uruf. Sebahagian masyarakat negara ini belum sanggup lagi melihat sesuatu yang di luar kebiasaan mereka. Apa pun, it's sensitivity, Sir! Sabaq-sabaq laaa!
Other blogs updates (updates blog-blog Bahasa Melayu lain di sidebar blog ini)
Artikel-artikel mengenai Islam di sini









Cantik? Klik 






salam...
saya berharap berita yang sampai kepada saya mengenai sallahudin ayub itu tidak benar, saya juga berharap agar informasi yang saudara sampaikan kepada saya itu benar kerana "Allah bersama orang-orang yang benar".
jika saya silap saya mengakui kesilapan saya, dan jika saya benar saya berharap Allah membimbing kita ke arah kebenaran.
Tentang Ustaz Hj Hadi, Nasaruddin,dan Dr Hassan Ali saya ada menyimpan bukti tentang statement2 yang telah dibuat oleh mereka. Jadi pada pendirian saya secara sedar tidak sedar mereka telah menginjak nginjak fasal 5 perlembagaan pas. Jadi apa pula pendirian saudara?
Saya tidak mencari permusuhan kerana saudara lebih berumur dan berpengalaman berbanding saya yang masih muda. Sebagai generasi baru saya rasa tak salah kalau kiranya kita berkongsi informasi dan pendapat tentang sesuatu isu yang membawa kepada perjuangan sebuah pemerintahan islam. Sedangkan Rasulullah saw pernah memberi panji kepada usamah bin ziyad ra dan sedangkan imam ali as pernah mengganti tempat tidur Rasulullah saw.
Semuanya juga kerana "KITA" yang perlu menggerakkan perjuangan seperti kata saudara.
Kerana "KITA" saya berada di sini, kerana "KITA" yang lain-lain juga berada di sini, kerana "KITA" saudara membuka blog ini demi sebuah "PERJUANGAN".
Tapi "KITA" tak boleh lupa pada kisah ketika Khalifah Umar mengatakan "jika aku berbuat salah tegurlah aku" dan seorang sahabat menjawab " jika aku dapati kau wahai Umar berbuat salah, aku akan tikam kau dengan pedang aku wahai khalifahku".
Jadi di sini kita perlu sedar memang kitalah yang kena keriau kuat2 mengenai negara Islam, sedaya upaya kita.
Kitalah yang kena berusaha untuk memastikan agenda negara Islam menjadi arus perdana yang tidak boleh digugat sedikit pun di dalam PAS. Tetapi para pemimpin yang memegang kuasa yang akan membuat keputusan samada sesuatu yang kita gerakkan itu berjaya ataupun tidak, sebab itu kita perlu memilih pemimpin yang bertaqwa.
Mengapa kita perlu pada khalifah jika kita yang perlu menggerakkan negara islam? Kenapa kita perlu guru sedangkan kita boleh mencari ilmu dengan sedaya upaya kita sendiri? Kenapa kita perlu doktor sedangkan buku2 perubatan dah banyak? Semuanya kerana pemimpin itu yang akan memantau kita dari melampaui batas. Jika pemimpin itu salah kita perlu buat teguran, tapi jika pemimpin tetap bersikeras dengan kesilapannya kita juga perlu bersikeras menentangnya demi nama kebenaran bukan kebodohan.
Islam telah meletakkan Rasulullah saw sebagai pemimpin kita, selepas Rasulullah saw wafat Allah telah meletakkan Para Imam as sebagai pemimpin kita. Kenapa perlu Allah membuat aturan seperti ini jika hanya kita yang perlu "keriau" kuat2 tentang negara Islam? Kenapa perlu Rasulullah saw melantik Imam Ali as sebagai washinya jika kita saja yang perlu "keriau" kuat2 tentang negara Islam?
Ustaz2 Pas boleh sokong isu babi, sedang itulah yang mereka tentang dulu, hujjah2 mereka pula sama seperti UMNO mempertahankan isu babi dahulu. memang pada PKR dan orang2 yang berfahaman Islam liberal akan kata isu babi itu perkara kecil, tapi lama kelamaan adakah isu seperti lina joy juga perlu diperakui oleh ustaz2 pas? minta dijauhkan..
Bukankah isu babi dan isu lompat parti telah membuatkan ustaz2 ini secara sedar tak sedar akhirnya memijak2 fasal 5 perlembagaan pas? kerana ada antara mereka yang mengata kami sokong projek babi dan Tok Guru Nik Aziz dah tua tak boleh jadi PM?
Kita tak boleh mentaati dalam hal yang membawa kepada dosa.Abu Dzar ra pun tegur Khalifahnya bersendirian sampai kena cabuk dan buang daerah. Beliau ra tak suruh pun rakyat biasa keriau2, tapi Beliau ra kritik pemimpin supaya keriaukan keadilan Islam.
p/s = Kenapa saudara sibuk2 tegur pemimpin pas di Perak yang buat perjanjian Pangkor? Kenapa saudara sibuk2 mengkritik Karpal Singh? kita keriau sendiri2 sudahla.. :)
salawat & takbir!!
Setuju. Takkan itu pun bodoh sangat? (uih... keras ke saya pak?)
Asas dalam politik dan dakwah, kenal masyarakat dan mad'u.
Nak bahas pasal hukum, apatah lagi yang ranting, sampai bila tak habis!
Hentam saja lah LABU !
Kalau Anwar Ibrahim jadi PM serupa tu juga sebab masa dulu-dulu dia pun pakai bow juga. Hukum Harus.
Dalam sejarah Dinasti Umayyah, Muawiyah bin Abi Sufyan bukan setakat pakai bow macam hampa sekarang malah muntah kedarah arak.
Ja'far Bukit Bintang
Kadangkala mamat2 yang belajar tak habis ni lagi bahaya dari yang bodo langsung.
Komen bermentaliti rendah seperti "sokong babi" adalah terlalu simplistic sifatnya.
Pasal babi ni ' ia adalah PENUTUPAN 132 ladang babi yang berselerak di Selangor, dengan hanya SATU sahaja ladang dibenarkan di kawasan kubu kuat UMNO, itupun di atas tanah peniaga Cina (bukan Melayu), TANPA melibatkan satu sen pun wang kerajaan, dengan sistem ternakan tertutup yang tidak menjejaskan ALAM SEKITAR.
Lain kali, belajar jangan sekerat-sekerat.
salam Anonymous Monday, April 28, 2008 11:44:00 PM MYT..
sila buktikan dgn fakta dan kajian saintifik yang projek babi ini tak mencemarkan alam sekitar?
Saudara kata belajar jangan sekerat-sekerat, sekarang buktikan tuntutan saya tadi jika saudara dah khatam tentang isu babi ini.
Jangan hanya percaya dengan mendengar kata2 oleh si polan,tapi biarlah percaya dengan fakta dan kajian yang tepat. Nah sekarang buktikan.
salawat