Kepada yang sedang jakun kerana baru mendapat kuasa, selamat bermain-main dengan kuasa. Di sebalik tayangan keinginan untuk menambahkan daging untuk dimakan, apakah yang bersembunyi di belakangnya? Adakah gerombolan virus-virus kejakunan kuasa?
Kelihatannya virus-virus kejakunan kuasa sedang melarat menjadi arrogance of power - setelah virus-virus yang sama di tempat lain berlagak menjadi imperialis baru.
Kepada yang menggigit jari kerana kehilangan kuasa, selamat menjerit sepuas hati setelah kuasa yang diamanahkan dirogol dan diliwat dengan penuh kesyaitanan. Selamat menggunakan pelbagai topeng untuk menajiskan lagi sarang pembohongan.
Kelihatannya virus-virus kejakunan kuasa sedang melarat menjadi arrogance of power - setelah virus-virus yang sama di tempat lain berlagak menjadi imperialis baru.
Kepada yang menggigit jari kerana kehilangan kuasa, selamat menjerit sepuas hati setelah kuasa yang diamanahkan dirogol dan diliwat dengan penuh kesyaitanan. Selamat menggunakan pelbagai topeng untuk menajiskan lagi sarang pembohongan.
Other blogs updates (updates blog-blog Bahasa Melayu lain di sidebar blog ini)
Artikel-artikel mengenai Islam di sini
Artikel-artikel mengenai Islam di sini










Cantik? Klik 






Tukang beca, kalau saudara nak suruh kita orang baca utusan untuk rujukan, saudara tak payahlah susah-susah saudara buat blog. untuk baca surat khabar putar alam tu di mana-mana pun boleh dapat.
komen sejengkal rujukan surat khabar haprak tu sedepa. lebih baik saudara jadi pengedar utusan saja. lagi untung berlipat ganda
salam saudara... saudara tau ka carita sebenarnya perihal babi d selangor ni? punya banyak posting d blog saudara tentag isu babi tp mcm saudara memperlihatkan sikap seolah2 tidak mendapatkan maklumat yg secukupnya..
projek tersebut telah diluluskan oleh krjn sebelum ini.. so x da sebab kenapa krjn seblum ini (BN) nk bising2.
tentang kenapa ianya perlu d terusnkan... ini adalah kerana krjn negeri ingin memperbaiki sistem penternakan babi yg sedia ada skrg. tau kah saudara penternakan babi sedia ada skrg di urus secara tidak tersusun dan mencemarkan. ini adalah angkara krjn BN terdahulu yg sentiasa mengamalkan pentadbiran rasuah dan tutup sebelah mata .
kita tidak boleh menghapuskan babi semuanya d muka bumi malaysia atas alasan ianya haram. babi adalah makanan non muslim . bukan skrg mrk baru mkn babi. dah lama dah dari dulu lagi. jadi menghalang dan meyekat mereka dari menikmati makanan mereka adalah 'ZALIM'dan ' berlaku tidak adil kpd mereka'. kenapa kita sebagai umat islam harus bertindak sebegitu dlm keadaan mereka tidak menghalang kita menikmati apa yg kita amalkan dan makan selama ini.
apa yg perlu di buat ialah mengendalikan satu sistem yg tersusun , moden dan canggih terhadap penternakan babi ini agar ianya tidak memberi kesan pencemaran spt yg berlaku pada hari ini. INI LAH YG KRJN SELANGOR TENGAH USAHAKAN!!!!
oleh kerana itu lah syrkt dr luar melabur RM 100 juta bagi membolehkan teknologi itu d laksankan.
perlu juga d jelaskan di sini bhw penternakan d sngor itu hanya utk kegunaan domestik sahaja . nah, apa lagi? susah sgt ka nk guna kan akal kurniaan ALLAH SWT utk memetuskan mana yg baik dan mana yg buruk?
sepatutnya saudara kalau nk cerita pasal penternakan babi, cerita pasal babi d melaka yg jumlah meningkat berpiluh ribu, d usahakan secara haram, mencemarkan alam , dan d kelasifikasikan sebagai terbesar d asia tenggara... tahniah BN...
--- jack--
KENYATAAN MEDIA Oleh YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor 8 APRIL 2008
Projek Ternakan Babi Moden di Selangor
Kerajaan Negeri Selangor berharap pihak yang begitu prihatin tentang kelulusan Projek Modern Pig Farming di Selangor memeriksa fakta mereka terlebih dahulu. Projek di Ladang Tumbuk, Mukim Batu Kuala Langat ini telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri dibawah Barisan Nasional dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dipimpin YB Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo pada 30 Januari 2008 yang lalu.
Dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 2 April 2008, Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor yang baru merasakan wajar meneruskan projek tersebut dengan memantapkan lagi proses pelaksanaan memandangkan kawasan tersebut sememangnya sudah menjadi tapak ladang babi utama di negeri Selangor dan ia memenuhi piawaian kualiti yang tinggi selaras dengan kehendak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Kerajaan Negeri Selangor.
Sebarang bahan buangan dari ladang tersebut akan diguna semula dalam bentuk biogas untuk menjanakan elektrik, air untuk pembersihan ladang serta penanaman makanan untuk babi yang diternak. Justeru, tiada bahan buangan yang akan menjadi sisa dan keluar dari kawasan ladang tersebut.
Pada masa yang sama, menerusi projek ini, tiada ladang-ladang khinzir baru akan diluluskan di negeri Selangor dan semua ladang babi di luar kawasan ini dikehendaki memindahkan operasi mereka ke Projek Modern Pig Farming. Ini sejajar dengan dasar Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani agar sebarang usaha penternakan babi dilakukan di satu tempat untuk memudahkan kawalan dan penyeliaan bagi pihak berkuasa. Kerajaan Negeri juga berhasrat memperkenalkan dasar ‘one stop’ yang sama bagi penternakan yang lain bagi menjadikan industri penternakan lebih efisyen dan dapat diteruskan di sebalik kemajuan pesat Selangor.
Kerajaan Negeri Selangor yang baru di bawah Pakatan Rakyat antara Keadilan, PAS dan DAP berhasrat menyelesaikan masalah perniagaan, sosial dan budaya masyarakat pelbagai kaum dengan meluluskan projek ini dan melaksanakan dengan adil dan saksama dengan mengambilkira keharmonian hidup berbilang kaum di Selangor.
Isu Kampung Baru
16,637 hak milik telah diberikan kepada penduduk Kampung Baru di Negeri Selangor. Langkah ini dilaksanakan bersama beberapa insentif bagi menggalakkan mereka memperoleh hak milik. Tanah-tanah yang belum mendapat hak milik merupakan tanah yang berada di dalam rizab pantai yang mana sememangnya dasar kerajaan negeri untuk tidak memberi hak milik pada mana-mana pihak.
Pada masa yang sama, timbul masalah kilang tanpa lesen yang beroperasi di kawasan kampung baru. Kerajaan Negeri hanya akan memberikan hak milik untuk kegunaan kediaman dan bukannya industri atau perniagaan, dan berusaha mencari penyelesaian untuk kilang-kilang tanpa lesen di sana. Kerajaan Negeri akan terus bekerjasama dengan penduduk Kampung Baru untuk meningkatkan infrastruktur dan menjaga kebajikan mereka sepertimana penduduk Selangor yang lain.