Malam tadi saya hantar SMS kepada seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kelantan dari PAS. Saya tanya, bolehkah saya nak tulis kisah dia nak letak jawatan? Kalau tak bagi, saya kata, please reply. Kalau bagi, tak payah jawab pun tak pa.
Dia tak jawab.
Mungkin dia sungguh-sungguh nak letak jawatan. PAS sekarang mempunyai 38 kerusi Dun di Kelantan. Insya Allah, kalau ada pilihan raya kecil pun, PAS tetap akan kekal dengan 38 kerusi di negeri Cik Siti Wan Kembang itu.
Kerusi tersebut bukanlah kerusi yang pasti kalah seperti kerusi yang ditandingi oleh Haji Ahmad Rusli Ibrahim.
Rusli memang bertanding untuk menghadapi kekalahan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kok Lanas. Memang dah jangka kalah kerana Barisan Nasional (BN) dikatakan sudah mempersiapkan undi tentera di Kem Desa Pahlawan di situ. Lebih 2,000 undi tentera di DUN itu. Kalau dah mengundi depan mata "tuan" (pegawai atasan), yang sokong pembangkang pun boleh jadi kuca-lana.
Akhirnya Rusli kalah. Memang dah agak. Majoriti yang diperolehi oleh calon BN, Datuk Md Alwi Che Ahmad ialah 580 undi sahaja. Bayangkan tanpa undi pos. Bayangkan hanya 1,000 pengundi pos sahaja yang mengundi Alwi dan yang lain berani gila mengundi Rusli. Bayangkan sahaja...
Bila Rusli kalah, tup-tup dengar cerita dia akan dilantik jadi Speaker. Dia tidak minta pun. Siapa bagi tahu dia akan dilantik sebagai Speaker? Ada pembesar dari istana yang menggunakan ganti nama "kita" yang memberitahu. Pembesar itu pula menyatakan bahawa seorang pemimpin tertinggi PAS Kelantan memberitahunya.
Tidak pula diketahui bahawa Rusli pergi melobi Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Awang supaya mengutus surat kepada Perhubungan PAS Kelantan dan mencadangkan bekas Setiausaha Perhubungan Umno Kelantan itu jadi Speaker. Ada pemimpin PAS Kelantan pergi lobi? '
Harap tanya Tok Guru Presiden, betulkah Haji Husam Musa melobi beliau supaya tulis surat kepada PAS Kelantan dan mengarahkan supaya Rusli diangkat menjadi Speaker (Kalau arah, Tok Guru Presiden bukan arahkan Tok Guru Mursyidul Am, tetapi arah Perhubungan PAS Kelantan termasuk Pesuruhjayanya. Perlu ada pemisahan di situ. Itupun kalau arah).
Pergilah tanya Tok Guru Presiden. Saya tak rajin dengar Tok Guru berbohong. Jangankan berbohong, puji diri pun tak pernah saya dengar. Saya tidaklah dengar semua ucapan Tok Guru dari Rusila itu, tetapi setakat yang saya dengar, tak ada yang dia puji diri.
Saya hanya cakap yang betul. Saya tidak perlu ambil hati Presiden. Saya tak pernah minta apa-apa kepada Tok Guru ketika beliau menjadi Menteri Besar Terengganu. Saya tak pernah berkejar-kejar mencari kerja dengan anak-anak syarikat kerajaan Terengganu selepas PAS memerintah. Terlintas di hati pun tak pernah.
Saya tak teringin sebab saya tak ada kelulusan. Kalau mintak pun, mesti tak dapat. Sapa nak bagi kat aku?!! Oleh kerana saya tak layak untuk apa-apa pun, saya tidak teringin untuk jadi apa-apa pun dan saya tidak perlu bodek sesiapa pun untuk apa-apa pun. Kalau nak sangat pun, buat letih berangan-angan ja. Baik buat kerja lain. Lagi bagus.
Oleh kerana Tok Guru tidak pernah diketahui suka berbohong, tanyalah dia betulkah Husam atau siapa-siapa melobi supaya Rusli dilantik jadi Speaker?
Setakat saya tahu, kepada Rusli, bukan soal jadi speaker atau tidak. Kalau dia gila sangat nak jawatan, tentulah dia mengamuk, buat kenyataan akhbar dan ancam nak keluar parti bila dia disuruh bertanding di Kok Lanas. Itu kawasan bunuh diri.
Kalau Rusli melobi sana-sini untuk jadi Speaker, tentulah sebelum itu dia melobi bagai nak gila supaya dia tidak diletakkan bertanding untuk "bunuh diri"di Kok Lanas.
Cerita yang didengar ialah Rusli malu sangat kepada Sultan bila dia tak diterima menjadi Speaker sedangkan khabarnya Sultan telahpun mengetahui perkara itu. Tentulah Sultan tahu. Bukan besar mana pun Kota Bharu tu.
Rusli bertambah malu bila istana dikhabarkan menyifatkan pemimpin tertinggi yang memberitahu pihaknya bahawa Rusli akan jadi Speaker sebagai "pembohong". Apa perasaan kita kalau istana merungut di depan kita dan menuduh pemimpin yang kita sanjungi sebagai "pembohong". Nak salahkan istana pun tak boleh.
Lainlah kalau istana buat tak tahu dan biarkan orang parti lawan terus jadi Exco.
Sekarang, khabarnya Rusli tidak peduli lagi. Dia bukan kutu sengkek macam saya. Tak jadi Speaker pun bukannya dia akan mati. Pada masa yang sama, riuhlah khabar yang mendakwa Rusli akan kembali menjadi orang kuat Tengku Razaleigh Hamzah yang kini hendak merawat Umno.
Saya tertanya-tanya juga. Rusli menyertai PAS ketika PAS lemah, kira-kira dua bulan selepas kalah dalam pilihan raya kecil Pengkalan Pasir dan tinggal majoriti satu kerusi sahaja. Selepas itu, bagai amukan Allahyarham Ustaz Bunyamin Yaacob, Allahyarham Cik Gu Musa Salleh dan Ustaz Wan Ismail Machang di seluruh Kelantan selepas kekalahan PAS pada tahun 1978 dahulu, begitulah "amukan" Rusli ketika PAS lembik selepas kekalahan di Pengkalan Pasir.
Antara yang dibawa oleh Rusli ialah Ustaz Abd Hamid Derani yang mengisytihar penyertaannya dalam PAS pada 23 Jun tahun lalu.
Kalau seperti itu sejarah kemasukan Rusli ke dalam PAS, adakah dia akan kembali ke pangkuan Ku Li? Allah jua Yang Maha Mengetahui. Kalau sungguh, mungkin ramai di dalam PAS yang akan bertepuk tangan jika Rusli berbuat demikian.
Apa pun, pukul 12.01 malam tadi saya menerima SMS berikut dari sumber saya di Kelantan:

"Datuk (Rosli) tak sir (tak mahu) ikut Ku Li. Hari ni Taki (Datuk Takiyuddin Hassan) dipanggil ngadap Raja kol 5.30 pete (petang) isu Speaker dan balak".Nanti dulu! Jangan tuduh apa-apa dan siapa-siapa. Belum ada sesiapa pun yang dibuktikan bersalah. Saya hanya menyampaikan tanpa edit SMS yang saya terima.
Other blogs updates (updates blog-blog Bahasa Melayu lain di sidebar blog ini)

Cantik? Klik 

taki ke yang letak jawatan?
panas cite ni....terkezutttttt bacanya......
Bukan Taki...
Amww:
Kadang-kadang kalau nak ikut perasaan nak kata je "mapuuuuh....".
Pelbagai isu dipaparkan dalam blog ini menampakkan PAS sekadar berpolitik untuk meletakkan partinya di suatu aras pemerintahan bukannya meletakkan Islam pada tempatnya.
Ingatlah sekalian yang diberi amanah, PAS adalah wadah atau wasilah atau bahasa mudahnya pemudahcara untuk meletakkan Islam pada kedudukan yang sepatutnya.
Semoga Allah memberi petunjuk kepada kita semua.
Wasalam.
abang bakaq,
saya selalu jugak singgah mai kat blog nih. tapi honestly...saya heran...kenapala abang bakaq suka cari cerita2 yang 'hot', 'complicated', 'behind the curtain', 'controversial', 'conspirational' dan macam-macam lagi yang hanya akan diketahui jika kita memang sengaja cari cerita-cerita lagu tu.
saya hargai usaha abang bakaq utk offer 'check and balance' pada PAS,dan pastikan PAS takkan buat even a single mistake. saya faham tu kerana PAS adalah jemaah yang kita sayangi dan dukungi.
tapi abang bakaq...perluka sampai kita jadi lagu ni? saya tak kata tak boleh kritik...tapi kita kritik setakat yang ada sudahlah. tak perlulah kita pi selak sana, selak sini, pasang telinga tang sana, pasang spy tang sini hanya semata-mata nak cari cerita yang kontroversi dan pastu 'share' dgn orang ramai.
honestly saya rasa tak perlu.
tapi apa2 pun saya hargai yang ini hak abang bakaq...this is your own blog..your personal diary like most people say. you can say, speak and critics whatever and whoever you want. tapi di sana sentiasa ada batas-batas yang Islam gariskan.
ikhlas dari saya,
muhammad, Kedah.
saya sokong sangat pendapat en. muhamad ni. sepatutnya fasa sekarang adalah fasa memperkasa amanah yang baru terpikul. sekarang nampak macam dah sama dgn UMNO pulak.
betul la brader..patutnye dah dapat amanah,tunaikan la...nak cari itu ini dah macam orang bn dah ni..ni apa cerita ni..
ni lah bila dapat kuasa nampak pitih...tp jgn la menyamakan pas dgn umno sbb 2 ni bende berbeza...kita kene basmi ore dlm parti tu sdiri,kalo napok supo tekedaroh ko nama n duit gak cantas awal2 la