Kawan saya, Zaharin Mohd Yasin menulis:
Bagi yang menyaksikan pengusiran PAS dari Barisan Nasional pada tahun 1977, sukar dilupakan bagaimana PAS dihalau seperti anjing kurap. Antara dosa besar PAS ialah menubuhkan cawangan-cawangannya di kawasan Parlimen Sri Gading, iaitu kawasan yang diwakili oleh Perdana Menteri ketika itu, Allahyarham Tun Hussein Onn.
Kalau ikut teropong buluh saya, ada tiga pilihan dalam soal hubungan dengan Umno:
1. PAS dan Umno terus berseteru, bergaduh, bermusuh dan berkelahi sampai mati.
2. PAS bersahabat dan jilat-menjilat dengan Umno.
3. PAS berkerjasama dengan Umno dalam perkara yang patut dan wajar berkerjasama dan terus berbeza dan bersaing dalam perkara yang memang tak boleh berkerjasama.
Saya lebih cenderung kepada jalan tengah, iaitu pilihan ketiga.
Meskipun demikian, bila kita nak berkerjasama dengan kumpulan lain, kita sepatutnya berkerjasama dengan kumpulan yang mempunyai kepimpinan yang dihormati, pintar dan rajin. Kalau hendak berkerjasama dengan kumpulan yang mempunyai kepimpinan yang tidak pintar, kaki tidur, kuat berbohong, lesu dan tidak tahu membuat keputusan, baik lupakan sahaja dan jangan buat kerja bodoh.
Baik kukuhkan pengaruh dan keahlian PAS sambil mengatur strategi dan menyusun kekuatan untuk menghadapi cabaran yang akan datang.
Itu sebab sebagai seorang Perdana Menteri dalam kerajaan majoriti mudah dan Presiden Umno, dia langsung tidak mahu memberi respons atau memberikan sokongan balik kepada kenyataan Presiden PAS, Haji Hadi Awang yang bersedia memikirkan soal Melayu dengan terlebih dahulu membetulkan pentadbiran negara.Soal berkerjasama dengan Umno adalah soal yang sangat sensitif kepada ahli-ahli dan para penyokong PAS. Asal saja terlontar soal kerjasama dengan Umno dari mulut sesiapa pun, ramai yang naik angin. Bukan senang ahli-ahli dan para penyokong PAS mahu menerima perkara itu.
Jika orang berakal, kenyataan Haji Hadi Awang adalah satu hantaran yang baik dalam satu perlawanan bola dan jika penerima nya pasukan lawan sudah pasti bersedia untuk menendang terus di dalam gol tetapi Abdullah Hj Ahmad hanya membiarkan sahaja bola itu masuk kepada gol sendiri.
Kenapa tidak lebih daripada 24 jam selepas kenyataan itu, tidak ada seorang pun pemimpin Umno yang hendak menjawab akan kenyataan dari Haji Hadi Awang berkaitan perpaduan Melayu. Kalau takut sangat kerana belum di dahului oleh komen Abdullah Hj Ahmad, sekurang-kurang selepas berani bercakap dengan orang yang tidak hadir dalam perjumpaan dengan pemimpin Umno untuk meminta Abdullah Hj Ahmad meletakan jawatan, jika sekadar berani membentangkan kain rentang, baik tak payahlah bercakap banyak pemimpin Umno dalam soal Abdullah Hj Ahmad didesak meletakan jawatan sebalik teruslah sokong.
Jika Abdullah Ahmad yang menjadi robot yang dipandu arah oleh Tingkat 4, Perdana Putra dan Zulkefli Abdul tidak mengambil peluang atas kenyataan Haji Hadi Awang maka jelaslah Umno sudah memang benar tidak relevan dalam perjuangannya sebaliknya di samping memperjuangkan perjuangan asal PAS yakni melaksanakan kehendak-kehendak ajaran Islam dalam kehidupan dunia ini dan meminta seorang Islam ingat hari akhirat, PAS sudah bermula memikirkan soal Melayu.
Bagi yang menyaksikan pengusiran PAS dari Barisan Nasional pada tahun 1977, sukar dilupakan bagaimana PAS dihalau seperti anjing kurap. Antara dosa besar PAS ialah menubuhkan cawangan-cawangannya di kawasan Parlimen Sri Gading, iaitu kawasan yang diwakili oleh Perdana Menteri ketika itu, Allahyarham Tun Hussein Onn.
Kalau ikut teropong buluh saya, ada tiga pilihan dalam soal hubungan dengan Umno:
1. PAS dan Umno terus berseteru, bergaduh, bermusuh dan berkelahi sampai mati.
2. PAS bersahabat dan jilat-menjilat dengan Umno.
3. PAS berkerjasama dengan Umno dalam perkara yang patut dan wajar berkerjasama dan terus berbeza dan bersaing dalam perkara yang memang tak boleh berkerjasama.
Saya lebih cenderung kepada jalan tengah, iaitu pilihan ketiga.
Meskipun demikian, bila kita nak berkerjasama dengan kumpulan lain, kita sepatutnya berkerjasama dengan kumpulan yang mempunyai kepimpinan yang dihormati, pintar dan rajin. Kalau hendak berkerjasama dengan kumpulan yang mempunyai kepimpinan yang tidak pintar, kaki tidur, kuat berbohong, lesu dan tidak tahu membuat keputusan, baik lupakan sahaja dan jangan buat kerja bodoh.
Baik kukuhkan pengaruh dan keahlian PAS sambil mengatur strategi dan menyusun kekuatan untuk menghadapi cabaran yang akan datang.
Other blogs updates (updates blog-blog Bahasa Melayu lain di sidebar blog ini)
Artikel-artikel mengenai Islam di sini
Artikel-artikel mengenai Islam di sini










Cantik? Klik 






Amww:
Macam saya kata pada posting abang sebelum inilah, permainan ni ada tektik dan teknik. kena mahir lah para pemainnya.
saya yakin, jika jentera PAS digerakkan secara bijaksana (bukan secara sepenuhnya), rakyat mejoriti akan bersama PAS.
tolooooonglah sebarkan tarbiah dan dakwah islam sebenar ke merata ceruk kg. rakyat kita masih dahagakan dakwah dan tarbiah.
dakwah untuk orang bukan islam dan tarbiahlah mereka yang telah memeluk islam.
islam itu agama yang bersifat sejagat dan boleh diterima oleh naluri semulajadi manusia.
politik pun berpolitiklah. PAS berpolitik untuk Islam bukan untuk parti sahaja.
allahu akbar
(org kg)
Perebutan kuasa dan jawatan yang tiada relevensi menjadikan perjuangan sesuatu organisasi runtuh. Ketidakpuasan hati perlu disalurkan dengan cara yg betul.
Keamanan negara menjadi perkara pokok. Keamanan negara juga menuntut kesatuan bangsa. Majoriti bangsa di Malaysia adalah Melayu yg perlu menjaga ketuanannya. Apa yg ada skrg belum cukup memastikan negara kita aman selamanya.
Kepada Anonymous 1.03 pm
Di Penang, Kuala Lumpur dan banyak kawasan lain, saya nampak persekitarannya macam ketuanan China. Penduduk Melayu di Malaysia pada amnya hanyalah lebih kurang 60% berbanding dengan kaum lain. Anda haruslah sedar bahwa golongan bukan-bumiputra dan bumiputra bukan Melayu, amat bersatu di dalam memperjuangkan penentangan terhadap "the right of Malay" dan proses Islamisasi, yang menjadi intisari kepada perjuangan PAS.
Saya amat menyokong agar keadilah diberi kepada semua kaum dari segi peluang pekerjaan di jabatan kerajaan, biasiswa universiti, tender perniagaan, harga pembelian rumah dll, bagi saya setiap warganegara Malaysia patut diberi hak yang sama di dalam perkkara asas tersebut. Tetapi, saya amat menentang usaha-usaha untuk menghapuskan "the right of Malays".
Saya dapati golongan bukan melayu DAP/PKR amat bijak, berkebolehan di dalam komunikasi dan berfakta di dalam membicarakan isu-isu Islamisasi dan "right of Malay". Malangnya pihak PAS hanya bisa mengeluarkan statement "kurang jelas" dalam memperjuangkan ugama Islam.
Kita bukan berada di zaman jahiliah, di zaman uagam Islam baru ingin dikembangkan, tetapi disebuah negara yang telah dijelaskan di dalam konstitusi negara bahwa ugama Islam adalah ugama rasmi negara. Jadi kenapa pemimpin PAS takut dan hanya mengelurakan kata-kata berselindung di dalam isu Islam, seolah-olah ingin meletakkan kedudukan ugama Islam ke tahap yang lebih rendah daripada apa yang termaktub di didalam perlembagaan negara.
Satu perkara lagi, perjanjian Nabi Muhammad saw dengan puak-puak yahudi di Madinah bukanlah sesuatu perjanjian yang mletakkan penyebaran uagam Islam di belakang. Umat Nabi adalah umat yang berani dan tegas, bukan berselindung dan takut-takut; tetapi, pada masa yang sama amat adil.
Pas boleh bekerjasama dengan Umno dalam hal tanggungjawab bersama iaitu bangsa, agama Islam dan ekonomi. Dasar Umno dan Pkr jelas sekular kapitalis. Pas dasar nya Islam sewajibnya mengawal kedua parti ini agar tidak menyesatkan akidah umat Islam Melayu yg rapuh pegangan agamanya.
Ja'far Bukit Bintang
Kalau PAS amat marah kerana kenangan pahit sewaktu "dihalau keluar" daripada NN satu ketika dulu, mengapa mereka tidak marah bila DAP terang-terangan mencabar PAS untuk melaksanakan Undang-Undang Islam "over my dead body" Tidak kah itu lebih menaikkan kemarahan. Kalaulah Islam itu asas perjuangan mengapa sesama Islam amat berseteru, tapi dengan si Kafir yang terang2 menentang Islam kita berkawan.